You are currently browsing the monthly archive for May 2013.
Sedutan ceramah Ustaz Kazim Elias “Cinta Allah Cinta Rasul” di Surau Al-Azim, Taman Keramat pada 28 Disember 2012.
Rakaman penuh boleh dicapai di sini: Ustaz Kazim: Cinta Allah Cinta Rasul
Pelbagai rakaman lain dalam: youtube.com/user/akarimomar/videos
Sedutan ceramah Ustaz Kazim Elias “Cinta Allah Cinta Rasul” di Surau Al-Azim, Taman Keramat pada 28 Disember 2012.
Rakaman penuh boleh dicapai di sini: Ustaz Kazim: Cinta Allah Cinta Rasul
Pelbagai rakaman lain dalam: youtube.com/user/akarimomar/videos
Bagi umat Islam kenyataan di atas tidaklah salah. Tetapi ayat di atas sebenarnya dipetik dari sepotong ayat dari Al-Kitab (Bible) dengan menggantikan perkataan God dengan Allah sepertimana yang dikehendaki oleh evangelis Kristian yang tidak jujur hendak guna kalimah Allah.
Malah banyak lagi kecelaruan yang boleh kita lihat, apabila kita menggantikan perkataan God dengan kalimah Allah, begitulah yang kemukakan oleh pendakwah yang terkenal, Saudara Shah Kirit (profil dari blognya) dalam satu temubual dan kiriman emel beliau baru-baru ini.
Saya lampirkan sebahagian dari emel beliau dan rakaman temubualnya (yang boleh ditonton melalui youtube) di bawah.
What will happen when we use Allah for God in the English Bible..?
Jesus said: “Allah is greater than I” (John 14:28),
Jesus said the most important commandment is “‘Hear, O Israel, the Lord our Allah, the Lord is one. Love the Lord your Allah with all your …heart and with all your soul and with all your mind and with all your strength.” (Mark 12:29-30)
“I am Allah, and there is no other; I am Allah, and there is none like me” (Isaiah 46:9),
‘One of those days Jesus went out to a mountainside to pray, and spent the night praying to Allah.’ (Luke 6:12),
“Jesus of Nazareth was a man accredited by Allah to you by miracles, wonders and signs, which Allah did among you through him, as you yourselves know.” (Acts 2:22),
“I am the LORD your Allah, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. You shall have no other gods before me.” (Exodus 20:2-3; Deuteronomy 5:6-7),
Jesus prayed to Allah:
‘Going a little farther, he (Jesus) fell with his face to the ground and prayed, “Allah, if it is possible, may this cup be taken from me. Yet not as I will, but as you will.” (Matthew 26:39),
‘Jesus prayed to Allah for himself and said, “…Now this is eternal life; that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent…” ‘ (John 17:3).
Now I wonder what was the actual teachings of Jesus Christ according to the HOLY BIBLE !!?
Di bawah ini adalah petikan rakaman dari forum di Masjid Al-Azim Pandan Indah pada 17hb Januari 2013:
(Kiriman ini adalah dikemaskini dari apa pernah diterbit pada kiriman 11 January, 2010)
Semasa pendengaran rayuan kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya (baca laporannya di sini) semalam, puak-puak Kristian telah datang hadir beramai-ramai.
Mereka ramai-ramai memakai baju-t tanpa kolar dengan tertera tulisan “Herald” – merujuk kepada majalah mereka yang telah berterusan melanggar arahan penerbitan oleh KDN semenjak 1986 yang tidak membenarkan penggunaaan kalimah Allah.
Puak-puak Kristian ini dengan angkuh tidak mengindah arahan pihak polis yang mengawal tidak membenarkan mereka masuk kerana salah satu etika untuk hadir pembicaraan ialah mesti memakai baju berkolar tidak boleh ada sebarang “pengiklanan” atau “bantahan” bertulis seperti terpapar di baju masiing-masing.
Puak-puak gereja ini bukan sahaja kurang ajar kerana tidak mengikuti peraturan malah mereka turut juga tidak menghormati mahkamah.
Inilah kebiadaban mereka terhadap mahkamah negara kita.
******
Sehari sebelum mala petaka tornado pada hari Isnin 20hb Mei, Oklahoma City merayakan perarakan dan pesta Gay pada hari Ahad 19hb Mei, 2013.
Gambar-gambar di bawah memberi gambarannya:
Semoga kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Kita tolak sesiapa sahaja yang ingin membawa masuk budaya songsang LGBT di Tanah Air kita ini.
Mahkamah telah, di antara lain, memerintahkan bahawa:
- Rayuan perayu dibenarkan;
- Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 31.12.2009 yang menolak permohonan perayu di bawah Aturan 53 Kaedah 8 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 diketepikan;
- Perayu hendaklah disifatkan telah menjadi pihak kepada prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sebagai responden di bawah Aturan 53 Kaedah 8 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan dibenarkan untuk didengar sebagai penentang dan dalam hal ini perayu telahpun didengar sedemikian di hadapan Mahkamah Tinggi; dan
- Tiada perintah mengenai kos serta deposit dikembalikan.
Perintah persetujuan ini pada hakikatnya menjadikan enam Majlis-majlis Agama Islam Negeri & MACMA tersebut sebagai pihak-pihak di dalam prosiding kes ini dan dibenarkan mengemukakan hujahan masing-masing di dalam rayuan utama terhadap permohonan semakan kehakiman (judicial review) kes tersebut.
Sebelum ini, rayuan kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perintah Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah itu ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 30.05.2013.
dipetik dari: http://azrilmohdamin.com
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
KDN dalam kenyataan Khamis berkata sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.
Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.
“Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu.
Puak-puak evangelis Kristian hendak sangat guna nama suci Allah untuk nama Tuhan mereka. Apakah nama-nama yang mereka guna sebelum ini tidak sesuai?
Atau apakah mereka kini sudah memperakui tiada tuhan lain melainkan Allah?
**********
Baca seterusnya:
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Allah is greater than Jesus
SHAH ALAM, 23 Mei (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.
— BERNAMA
***********
Justice Akhtar: Intention to finish off Sosilawati, others at wrong place wrong time

SHAH ALAM (The Star): One of the motives for the murder of Datuk Sosilawati Lawiya is former lawyer N Pathmanabhan’s inability to honour a cheque issued to her, Justice Akhtar Tahir said in his judgement.
“Pathmanabhan testified that he appeared for both Sosilawati and (politician) Rahman Palil (a name mentioned during the defence trial) in the same deal and by doing so he was caught between the devil and the deep blue sea.
“It was his (Pathmanabhan) testimony that he was reluctant to organise a meeting involving both of them when requested for such a meeting.
“When pushed to the corner, as what happened to Pathmanabhan in this case, he took the easy route of eliminating one of the persons and unfortunately it happened to be Sosilawati.
“The rest who accompanied Sosilawati were just at the wrong place at the wrong time,” he said.
Sosilawati, 47, her driver Kamaruddin Shamsuddin, 44, bank officer Noorhisham Mohamad, 38, and lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, were reported missing after they went to Banting for a land deal. Their disappearance made headlines nationwide.
The judge found Pathmanabhan, 43, and farm hands T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22 and R. Kathavarayan, 33, guilty of murdering Sosilawati and the others at Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, between 8.30pm and 9.45pm on Aug 30, 2010.
Justice Akhtar noted that the case was unlike others where no dead bodies were recovered.
“The only other case of a similar nature was the case of Singaporean Sunny Ang where the accused was convicted despite the body of victim not found,” he added.
He said the court did not see a reason why the accused in this case cannot be convicted merely because no bodies were recovered.
“The evidence in this case satisfies the ingredients required to prove a charge of murder.
“The four accused had caused the death of Sosilawati and her aides and they only had one intention to do so, that is to cause the deaths intentionally with full knowledge of their actions,” he said.
Apa yang dituntut oleh puak-puak gereja evangelis Kristian untuk mengguna nama suci Allah adalah suatu tipu helah terancang mereka. Kaedah untuk menuntut penggunaan nama Allah sebagai ganti nama Tuhan mereka bagi memperdayakan umat Islam adalah disebut sebagai kontekstualisasi (contextualization).

Tidak dapat dinafikan bahawa orang-orang Melayu adalah sasaran puak-puak evangelis Kristian sejak sekian lama (buku ini ditulis pada tahun 1918)
Kontekstualisasi adalah kaedah menterjemahkan Bible dan bahan-bahan bacaan Kristian serta kaedah pendakyahan yang disesuaikan dengan keadaan setempat yang hendak didakyahkan. Ianya juga disebut sebagai “indigenization”.
Dalam tulisan sebelum ini telah dijelaskan penggunaan nama suci Allah untuk terjemahan istilah God adalah tersasar dan tidak tepat (baca di sini).
Saya juga telah mendedahkan bahawa puak-puak evangelis Kristian (hinggakan di Amerika Syarikat) gelisah apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penyiaran lagu “Allah Peduli” oleh Agnes Monica (baca di sini) kerana ini mereka kata akan menghadkan penyebaran dakyah Kristian mereka. Walhal seseorang itu boleh jatuh murtad apabila menyanyikan lagu tersebut (baca di sini).
Sebenarnya puak-puak evangelis Kristian ini TIDAK JUJUR dalam tuntutan mereka hendak mengguna nama suci Allah ini. Orang-orang yang dulunya didakyah dengan mengguna kalimah Allah akhir tidak lagi dibenakan menggunakan kalimah Allah setelah murtad masuk Kristian (baca disini).
Bagi mereka nama Tuhan mereka ini boleh ditukar-tukar mengikut mangsa yang mereka ingin murtadkan.
Di Malaysia kita dengar mereka bersungguh mengatakan nama suci Allah adalah kalimah yang paling sesuai untuk mereka guna sebagai ganti kepada istilah God. Malah mereka katakan tidak ada istilah lain yang sesuai dan tepat.
Mari kita lihat pembohongan puak-puak evangelis Kristian. Dalam usaha dakyah mereka kepada penganut agama Hindu di Bangladesh, mereka tidak mahu gunakan kalimah Allah. Untuk mengelirukan penganut Hindu ini evangelis Kristian ini menggunakan istilah Iswar (atau ada juga dieja dengan Ishwar atau juga Iswara [sepertimana nama model kereta Proton]).
Dalam majalah mereka sendiri, Christianity Today (Jan-Feb 2013), dalam artikel bertajuk “How Much Muslim Context Is Too Much for the Gospel?” ada menyebut:
To Hindus, who compose about 10 percent of the Bangladesh population, Iswar is a positive bridge word into the Christian faith.

Nama Tuhan Kristian boleh ditukar-tukar mengikut sasaran pendakyah mereka bersesuaian dengan kaedah pembohongan atas nama konteksualisasi (contextualization).
Terjemahannya:
Untuk 10% penduduk Bangladesh yang beragama Hindu, ISWAR adalah istilah pengantara kepada kepercayaan Kristian.
Kalau hendak dikira dari segi sepatutnya, kalimah Allah lah yang patut evangelis Kristian guna dengan menyeluruhnya di Bangladesh kerana penduduk Islam di sana adalah majoriti yang besar berbanding dengan di Malaysia.
Tetapi untuk satu kelompok peratusnya yang kecil pun mereka tukarkan nama Tuhan mereka kepada nama Tuhan yang biasa digunakan oleh sasaran pendakyahan mereka. Penggunaan istilah Iswar itu tidak menyeluruh untuk semua orang Bangladesh.
Malah kalau kita buat carian mudah untuk maklumat “God in Christianity” atau “Name of God in Christianity” dalam Google, kita sudah pasti tidak akan temui Allah digunakan dalam carian-carian awal/popular termasuk dalam “wikipedia” dan seumpamanya.
Ini menunjukkan bahawa nama suci Allah bukanlah suatu kalimah yang disepakati dan diguna dengan menyeluruh di bumi ini oleh orang Kristian untuk menggantikan istilah God.
Sememangnya orang-orang Kristian tidak berniat dan bersungguh untuk mengguna nama suci Allah untuk menggantikan istilah yang biasa mereka guna Lord/God/Jesus/Yahweh/Elohim itu. Mereka sebenarnya berNIAT JAHAT dan untuk MENIPU.
**********
Bacaan berkaitan:
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
Recent Comments