Pada hari ini pihak Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah menerima aduan daripada beberapa Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) berhubung satu poster di laman sosial Facebook yang dipercayai melanggar peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Poster daripada pihak gereja tersebut boleh dimuat turun dari lamanhttp://www.necf.org.my/view_file.cfm?fileid=613.
PPMM ingin menegaskan sekali lagi bahawa kes berkenaan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur untuk menggunakan nama Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu “The Herald Weekly” masih belum dilupuskan di Mahkamah. Pada 6 Januari 2010 suatu kebenaran penggantungan terhadap penghakiman Mahkamah yang diputuskan pada 31 Disember 2009 telah dibenarkan Mahkamah.
Kes ini sedang didengar di peringkat Mahkamah Rayuan di Putrajaya dan telah ditetapkan pada 23 Mei 2013 untuk pihak-pihak berhujah berhubung rayuan 6 Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) untuk menjadi pencelah (intervener) di dalam permohonan pihak gereja tersebut. Manakala tarikh pendengaran rayuan terhadap pemohonan substantif kes tersebut pula hanya akan ditetapkan selepas pengurusan kes dijalankan di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013 kelak.
Oleh kerana terdapat penggantungan keputusan berhubung kebenaran menggunakan nama Allah di dalam penerbitan berbahasa Melayu “The Herald” tersebut, maka kedudukan sedia wujud yang melarang penggunaan nama Allah bagi penganut agama bukan Islam adalah tetap terpakai dan masih berkuatkuasa sehingga kes ini dilupuskan sepenuhnya oleh Mahkamah di Negara ini. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana pihak yang secara sengaja dan berterusan menggunakan nama Allah dalam konteks agama bukan Islam bagi sebarang tujuan, khususnya penerbitan dan sebarang usaha dakyah terhadap penganut agama Islam.
Poster pihak NECF yang jelas menyalahgunakan nama suci Allah ternyata merupakan suatu tindakan yang bersifat jenayah dan melanggar Jadual (Seksyen 9) Bahagian I Enakmen tersebut yang melarang penggunaan nama Allah berserta istilah-istilah Islam yang lain oleh penganut agama bukan Islam. Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) atau (2) di dalam peruntukan tersebut boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.
PPMM menggesa supaya NGI atau mana-mana individu di kalangan umat Islam untuk tampil membuat laporan polis bagi siasatan dimulakan. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor juga boleh membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan sewajarnya dibuat terhadap pihak yang melakukan pelanggaran seksyen tersebut.
Kenyataan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM): 14 Mei 2013 bersamaan 4 Rejab 1434
2 comments
Comments feed for this article
14 May, 2013 at 8:58 pm
mansaldamha
Jangan heran. Mereka akan terus mendesak. Undang2 n kesederhanaan xda makna kepada mereka. Yg mereka takut kalau kita tegas n ambil tindakan. Ini pun bukan jaminan mereka akan tunduk. Kembalikan ISA! Amerika n Sigapura menggunakannya kpd rakyat kita. Istihar emegency n gantung Parlimen. Buat apa yg Tun Razak buat. Kita mesti tegas skrg dlm segala hal. Tiada tempat lagi kpd org yg llemah n sentiasa sedia berkompromi. Desperate move must be taken by desparate action for the sake oo peeace n security. Econmy is nothing without safety n securty and survival of the ummah! W must priortise our action.declare emergency if we must. Do not wait till life is lost. Lie “ahad 5atu, prevention is better than cure. Pre emtive n proactive actions must be taken NOW!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
14 May, 2013 at 9:56 pm
mansaldamha
Jangan heran. Mereka akan terus mendesak. Undang2 n kesederhanaan xda makna kepada mereka. Yg mereka faham ketegasan n tindakan. Ini pun bukan jaminan mereka akan tunduk, sepertimana xda jaminan mereka sokong kita bila beri mereka “rasuah” kata mereka utk mendapatkan sokongan mereka.. Kembalikan ISA! Amerika guna undang2 lebih zalim dari ISA skrg. Mereka boleh tangkap rakyat asing n dibicarakan di negara mereka n baru2 ini Sigapura menggunakannya kpd rakyat kita. Negara makmur mengamalkan demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dll. setelah menzalimi n kehidupan rakyat mereka matang. Itupun mereka terus zalim n menggunakan ISA. Jangan harap mereka suka lihat negara kita dan org lain makmur, kecuali sekutunya. Maka itu mereka benci kita. Mereka mahu kepung China; kita diminta menyokongnya. Tiada tempat untuk berkecuali. Sama ada kita bersama mereka @ China yg bakal menjadi negara utama dunia. Ekonomi mereka diambang kehancuran. Kita mesti bijak buat pilihan. Kalau perlu dan terus didesak, kita harus timbangkan dan jangan teragak2 utk mengistiharkan dharurat n gantung Parlimen. Buat apa yg Tun Razak buat. Tak guna kita senang, ekonomi baik; tetapi negara, agma, n rakyat/ummah tergadai. Sekarang kita mesti tegas dlm segala hal. Tiada tempat lagi kpd org yg lemah n sentiasa sedia berkompromi. Desperate move must be matched by desparate actions – for the sake of peace n security. Econmy is nothing without safety, securty and survival of the ummah! We must priortise our actions n declare the emergency if we must. Do not wait till life is lost. Like what happened in “Lahad Datu”. Prevention is better than cure. Pre emtive n proactive actions must be taken NOW!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.