Mahkamah telah, di antara lain, memerintahkan bahawa:
- Rayuan perayu dibenarkan;
- Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 31.12.2009 yang menolak permohonan perayu di bawah Aturan 53 Kaedah 8 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 diketepikan;
- Perayu hendaklah disifatkan telah menjadi pihak kepada prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sebagai responden di bawah Aturan 53 Kaedah 8 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan dibenarkan untuk didengar sebagai penentang dan dalam hal ini perayu telahpun didengar sedemikian di hadapan Mahkamah Tinggi; dan
- Tiada perintah mengenai kos serta deposit dikembalikan.
Perintah persetujuan ini pada hakikatnya menjadikan enam Majlis-majlis Agama Islam Negeri & MACMA tersebut sebagai pihak-pihak di dalam prosiding kes ini dan dibenarkan mengemukakan hujahan masing-masing di dalam rayuan utama terhadap permohonan semakan kehakiman (judicial review) kes tersebut.
Sebelum ini, rayuan kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perintah Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah itu ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 30.05.2013.
dipetik dari: http://azrilmohdamin.com
1 comment
Comments feed for this article
24 May, 2013 at 9:20 am
Puak-puak Kristian Kurang Ajar dan Tidak Hormat Mahkamah | Karim's Blog
[…] pendengaran rayuan kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya (baca laporannya di sini) semalam, puak-puak Kristian telah datang hadir […]