You are currently browsing the monthly archive for July 2013.

bersambung dari: Percanggahan Syiah – ajaran Islam

oleh Ismail Mina Ahmad

UIMA-Syiah-Utusan29Jun2013.pngSEPANJANG sejarah Islam, bermula dari zaman Saidina Ali RA lagi, firqah atau golongan Syiah yang menolak Mushaf Uthman dan mengkafirkan Sahabat dan Ummahatul Mukminin, telah dihukum kafir. Imam Abi Muzaffar al-Isfarayni dalam Tabsir fi ‘d- Din-nya telah memberi fatwa, bahawa orang yang solat di belakang penganut Syiah yang iktikad mereka seperti ini, wajib mengulangi solatnya. Khomeini ialah antara orang yang mengkafirkan Sahabat!

Untuk makluman, semua ulama dunia Islam dari Maghribi, Turki, hingga Indonesia, menolak Syiah. Mereka termasuklah Said Hawwa, Syed Abu Hasan Ali an-Nadvi, Syed Muhammad al-Maliki, Yusuf Qaradhawi, Habib ‘Umar dan seluruh ulama Hadramawt, ulama Lucknow dan seluruh ulama benua kecil India, ulama al-Azhar dan banyak lagi.

SYIAH DI MALAYSIA

Perkembangan Syiah di Malaysia amat membimbangkan. Ini adalah kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh, rangkaian antarabangsa serta mendapat sokongan dan pembelaan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tempatan.

Dari segi kewangan, mereka berjaya membina pelbagai jenis perniagaan dengan rangkaian yang banyak dan besar. Mereka mempunyai perniagaan strategik dengan memiliki restoran dan menjadi pengeluar serta pengedar barangan makanan dan minuman serta produk kesihatan. Jenis perniagaan ini berkaitan dengan orang ramai secara langsung. Ini adalah mekanisme yang baik untuk menyebarluaskan dakyah mereka.

Dalam suatu perhimpunan Bersih, mereka pernah mengagihkan air mineral keluaran mereka secara percuma kepada para demonstran. Mereka juga mempunyai rangkaian pendidikan dan tadika yang banyak serta pusat-pusat penyebaran ajaran mereka dengan pelbagai nama di pelbagai tempat.

Mengenai rangkaian antarabangsa pula, mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Syiah di Iran. Syiah Iran membantu mereka membina rangkaian perniagaan dan membekalkan literatur serta pendakyah di sini. Dari segi politik pula mereka mempunyai hubungan erat dengan sebuah parti politik Syiah terbesar di Lebanon yang radikal.

Sementara itu dalam negara ini pula, mereka mendapat sokongan, pembelaan dan perlindungan daripada beberapa NGO Islam serta parti politik.

Ini ditambah pula dengan kedatangan mulah-mulah Syiah bertali arus dijemput menghadiri wacana-wacana dan perjumpaan-perjumpaan sulit dengan kumpulan mereka, selain daripada kebanjiran pelajar-pelajar Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi.

Perlu kita fahami, Syiah seperti juga gerakan Zionis-Kristian, berusaha menguasai parti politik dan NGO Islam yang berpengaruh. Mereka pandai menyusun strategi dengan menjadikan aktivis ini sebagai anak catur mereka dalam rangka menguasai organisasi tersebut.

Strategi ini agak menjadi, walaupun belum berjaya sepenuhnya. Pada suatu ketika, mereka berjaya menguasai sebuah persatuan ulama di Malaysia. Dan kini mereka berjaya meletakkan orang mereka dalam sebuah parti politik sehingga memegang jawatan penting.

Kepada pengagum dan pengusung Syiah dan Khomeini di Malaysia, mereka perlu tahu sikap sebenar beliau kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Khomeini telah mengkhianati Mufti Ahmad Zadeh, rakan seperjuangannya semasa menjatuhkan Shah Iran dahulu. Selepas berjaya menjatuhkannya, Shah telah dipenjara oleh Khomeini. Beliau jatuh sakit di dalam penjara tanpa rawatan secukupnya.

Apabila kesihatan beliau semakin teruk, beliau dipindah dari penjara besi ke penjara rumah pula dan tidak dibenarkan berubat ke luar negara. Kenapa? Kerana Mufti Zadeh seorang Sunni! Banyak juga imam masjid dan pendakwah Islam Sunni terpaksa lari ke Pakistan semasa pemerintahan Khomeini.

PENUTUP

Ajaran Syiah benar-benar meruntuhkan ajaran Islam kerana mereka menghalalkan yang haram seperti nikah mutaah, solat jamak sepanjang masa dan paling parah ialah menolak Quran Mushaf ‘Uthman dan Hadis Nabi yang menjadi sumber dalam hukum-hakam Islam. Apa akan terjadi? Islam jenis ini bukan agama Islam lagi!

Kaedah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Justeru untuk membendung penularan virus Syiah dalam kalangan masyarakat Ahli Sunnah wal Jamaah di negara kita, umat Islam perlu mendalami dan memperkemaskan serta memperkasakan akidah dan syariat mereka. Mereka perlu mempelajari kitab-kitab muktabar dalam subjek Usuluddin-‘Aqidah-Tauhid dan juga Hukum hakam Fiqah. Ilmu-ilmu ini akan dapat menjadi neraca dan kayu pengukur dalam menyuluh kebatilan ajaran Syiah itu.

Selain daripada menekuni dan memantapkan ilmu-ilmu dalam wacana Ahli Sunnah wal Jamaah, usaha-usaha pencegahan melalui undang-undang dan peraturan serta tindakan bersepadu perlu disegerakan.

Pihak berkuasa agama negeri dengan kerjasama pasukan polis perlu melipatgandakan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri perlu mengawasi kedutaan Iran supaya mereka tidak menyebarkan buku-buku Syiah kepada masyarakat Islam. Sementara pihak Imigresen pula perlu menghalang pendakyah-pendakyah Syiah daripada memasuki negara ini. Kementerian Pendidikan pula patut mengurangkan pengambilan pelajar dari negara Syiah atau dari kalangan penganut Syiah.

Perkara ini bukan luar biasa, kerana kita pernah melakukan polisi ini ketika Perang Dingin dahulu yang mana pelajar dari negara-negara Komunis dikenakan tapisan dan sekatan. Selain itu, kerajaan juga perlu menghalang pelajar kita daripada belajar di pusat-pusat pengajian Syiah. Ini juga pernah dilakukan oleh kerajaan semasa ancaman Komunis satu ketika dahulu. Bahkan kerajaan perlu mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri atau yang setara dengannya. Ini semua adalah mekanisme yang bertujuan untuk memelihara kesucian ajaran Islam.

Selain itu, untuk membantu mencegah penularan virus Syiah di Malaysia, organisasi-organisasi Islam, baik NGO atau pun politik, patut mengisytiharkan secara terbuka, yang organisasi mereka menolak ajaran Syiah daripada berkembang di Malaysia sama seperti mereka menolak fahaman Komunisme.

Mereka juga perlu memastikan yang fahaman Syiah ini tidak ada dalam organisasi mereka. Jika didapati ahli-ahlinya beramal atau cenderung kepada fahaman Syiah, perlu dicegah segera dengan mengajar mereka fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar berdasarkan teks-teks muktabar. Sekiranya mereka masih berdegil tidak mahu kembali kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, tindakan memecat adalah pilihan paling baik. Pas patut mendahuluinya dalam perkara ini.

Kita perlu bertegas dan tidak perlu melayan dengan desakan dan asakan puak yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan. Dari satu perspektif, dalam Islam tidak ada kebebasan mutlak. Diri kita pun bukan milik kita. Perjalanan hidup kita pun ditentukan oleh Allah SWT seperti cara-cara beramal dan bermuamalah. Kita tidak boleh bersolat atau berpuasa dan lain-lain ibadat dengan cara dan kaedah ciptaan kita sendiri.

Dari satu perspektif lain, pada paras individu, kita memang ada kebebasan, tetapi kebebasan mesti dalam lingkungan dan batas-batas syariat. Seseorang bebas berzikir bersendirian semahu-mahunya, berinfaq sebanyak-banyaknya dan membaca al-Quran berkali-kali khatam, tetapi mereka perlu ingat, bahawa mereka tidak boleh menjerit membaca al-Quran dengan kuat di tengah malam buta semasa orang lain sedang tidur, kerana kebebasan individu tidak boleh mengatasi kebebasan masyarakat.

Maka dalam konteks perkembangan ajaran Syiah di Malaysia ini, soal hak kebebasan beragama tidak timbul, kerana mereka menggunakan jenama Islam untuk merosakkan Islam sama seperti ajaran Qadiyani, Khawarij, Muktazilah, Mujassimah, Karramiyah, Nabi Melayu, Ayah Pin, pluralis agama dan lain-lain.

Agama Islam ini adalah hak Allah SWT dan manusia hanya menjadi pemegang amanah-Nya sahaja. Justeru, pemerintah dan setiap individu Muslim wajib melaksanakan amanah ini dengan memelihara kesucian ajaran Allah SWT dan menyekat aktiviti yang boleh merosakkannya seperti kita menjaga al-Quran daripada diubah atau dihina oleh seseorang.

Justeru, Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) sebuah organisasi dakwah Islam, mengambil inisiatif menganjurkan satu program khusus membincangkan mengenai kesesatan ajaran Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah. Seminar sehari ini, akan berlangsung pada 6 Oktober akan datang, bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Insya-Allah.

PENULIS ialah Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130730/re_05/Pendirian-ulama-Islam-tentang-Syiah#ixzz2aV1D4MFh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Oleh Ismail Mina Ahmad

UIMA-Syiah-Utusan29Jun2013.pngDEWASA ini, isu aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negara kita, kembali hangat diperkatakan. Pelbagai pihak daripada kalangan pihak berkuasa agama Islam, kementerian-kementerian yang menjaga urusan keselamatan dan agama serta penganut Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, telah memberi respons. Tidak terkecuali turut memberi respons ialah penganut Syiah sendiri serta para simpatisan mereka, termasuk daripada kalangan golongan Liberalis dan puak yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia (HAM).

Isu ajaran dan golongan Syiah bukan baharu dalam kalangan umat Islam. Sejak hari pertama wujudnya golongan Syiah ini, seluruh umat Islam yang dipimpin oleh ulama dan pemerintah, telah bangun menentang mereka.

Para ulama Islam telah mengarang ribuan kitab menjawab dan menolak fahaman sesat dan salah ini, sementara pemerintah pula membuat peraturan dan memberi hukuman kepada mereka selaras dengan tuntutan Maqasid Syara’ iaitu memelihara agama Islam daripada dicemari dan diubah serta dirosakkan daripada ajarannya yang sebenar dan asal, seperti yang di bawa oleh Nabi SAW.

Kemasukan fahaman Syiah ke Malaysia adalah melalui perancangan rapi. Selepas Revolusi Khomeini menumbangkan Shah Iran, dia menubuhkan kerajaan Syiah. Bukan kerajaan Islam. Ini adalah kerana Perlembagaan negara Iran, meletakkan mazhab Ja‘fari sebagai mazhab rasmi negara itu. Tidak seperti yang dilaungkan mereka iaitu: Tidak Barat, tidak Timur tetapi Islam dan Wehdah Islamiyyah. Islam mereka ialah Syiah bukan selainnya.

Berikutan dari itu, Kerajaan Iran menjemput pemimpin-pemimpin politik dan badan-badan dakwah Islam seluruh dunia ke Iran, termasuk Malaysia. Ada organisasi Islam yang terpengaruh dan membawa balik fahaman Syiah ke dalam organisasi mereka seperti dari Malaysia. Ada yang tidak.

Setelah terpengaruh dengan dakyah Syiah, organisasi ini menghantar pula anak-anak yang amat muda ke Iran untuk mempelajari ‘Islam’- Islam versi Syiah. Di samping itu, pelbagai buku ‘akidah dan agama Syiah, membanjiri masuk melalui badan-badan politik dan NGO-NGO ini.

Berikutnya, berduyun-duyun ulama Syiah datang atas jemputan organisasi-organisasi ini, memberi ceramah dan membentang kertas kerja dalam wacana-wacana anjuran mereka. Untuk mengukuhkan lagi penyebaran fahaman Syiah, Syiah Iran telah melabur wang yang banyak, menubuhkan institut-institut untuk menerbitkan tulisan-tulisan dan buku-buku serta membiayai kegiatan terjemahan buku-buku agama Syiah.

Antara buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah al-Hukumah al-Islamiyyah, karangan Khumayni yang bercanggah dengan akidah Islam itu. Ia diterjemah oleh seorang pemimpin NGO dakwah Islam!

Seorang Muslim yang serius, sekiranya meneliti literatur berkaitan dengan doktrin dan konsep Usuluddin dan Tauhid serta Syariat Islam, pasti dia akan bertemu ajaran Syiah amat bercanggah bahkan bertentangan sama sekali daripada ajaran agama Islam seperti yang dibawa oleh Nabi SAW, baik dalam perkara yang bersifat Usul mahu pun yang bersifat Furu’.

Ini berdasarkan kepada sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Madjah, yang menerangkan mengenai golongan yang berjaya atau firqah al-najiyah. Baginda ditanya oleh Sahabat mengenai golongan yang berjaya. Baginda menjawab: Ahli al-Sunnah wal Jamaah. Tanya Sahabat: dan apakah al-Sunnah wal Jamaah? Baginda menjawab: apa yang saya dan Sahabat-sahabat saya berada ( berpegang dan beramal padanya) pada hari ini. Jelas dari Hadis ini, golongan yang berjaya hanyalah golongan yang Iktikad dan Syariat mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah bukan selainnya.

AKIDAH DAN SYARIAT SYIAH

Tulisan ini akan menerangkan beberapa pokok ajaran Syiah yang menyalahi ajaran kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya ialah:

1. Al-Quran

Agama Syiah menolak al-Quran Mushaf Uthman sebagai Mushaf al-Quran yang lengkap lagi autentik. Mereka mempunyai mushaf sendiri yang bernama Mushaf Fatimah. Bagi orang Islam, al-Quran yang ada di tangan kita hari ini, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi SAW, tetapi bagi Syiah seperti yang terdapat di dalam Usul al-Kafi iaitu sebuah koleksi Hadis menurut epistemologi mereka, al-Quran mereka itu, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Sayidah Fatimah binti Rasul SAW, sebab itulah dinamakan Mushaf Fatimah.

Mushaf inilah yang diterima sebagai paling benar lagi autentik. Menurut mereka, Mushaf Uthman hanya mengandungi sekitar satu pertiga sahaja dari mushaf yang lengkap. Dua pertiga lagi berada di dalam Mushaf Fatimah. Khumayni dalam Wasiyat-nya menyebut dengan terang mengenai Mushaf Fatimah ini dan berkata mereka mendapat penghormatan dengannya.

Beliau menyeru supaya Imam Mahdi mereka, iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari segera keluar dari lubang penyembunyiannya di Iraq dan membawa keluar bersamanya Quran Mashaf Fatimah ini. Tetapi untuk menjaga maslahah di depan orang Islam, mereka beramal dengan doktrin taqiyyah yakni berpura-pura menerima al-Quran yang ada di tangan kita.

Cuba kita bayangkan, jika ada penganut agama Buddha atau Hindu membuat dakwaan yang al-Quran Mushaf Uthman tidak autentik, apa akan terjadi?

Sementara itu, dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran pula, tafsiran mereka berlainan dengan kita, terutama ayat yang di dalamnya ada perkataan imam. Mereka memaknakannya sebagai Sayyidina ‘Ali r.a, seperti dalam Surah al-Sajdah: 24; waja‘aln’ minhum aimmatan yahd’na biamrin’ lamm’ obar’. Dan perkataan n’r dalam Surah al-Taghabun:8, fa’min’ bill’ hi wa ras’lihi wa‘n-n’rillaz’ anzaln’, diertikan oleh mereka sebagai imam-imam mereka.

2. Al-Hadis

Dalam epistemologi Ahli Sunnah wal Jamaah, Hadis ialah merangkumi perkataan, perbuatan dan ehwal Rasulullah SAW. Kemudiannya, Hadis-hadis ini disampaikan oleh generasi Sahabat kepada generasi berikutnya secara mantap dan tidak putus sanadnya sehinggalah disusun menjadi koleksi dalam sebuah buku oleh para perawi kemudian seperti perawi yang Enam, Ahmad, Imam Malik, Ibn Sunniy, as-Syafi‘i dan lain-lain.

Akan tetapi bagi Syiah, Hadis dalam epistemologi mereka ialah sesuatu yang diucapkan oleh para Imam mereka sahaja dan sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah SAW. Ini adalah kerana dalam ajaran mereka, para imam mereka itu menerima ilmu terus daripada Nabi SAW, walau pun semasa ketiadaan Baginda SAW, dan lagi pun, dalam ajaran mereka, Imam-imam mereka adalah maksum yakni bebas daripada kesalahan.

Dalam epistemologi Sunni, konsep seperti ini tidak boleh dinamakan sebagai Hadis atau kalau mahu juga hendak dikatakan Hadis, ia tergolong sebagai Hadis munkar atau pun Hadis palsu.

Syiah menolak dan tidak menerima Hadis Nabi yang disampaikan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin r.a, kerana menurut akidah mereka, semua Sahabat Nabi SAW telah murtad setelah wafatnya Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja.

3. Mengkafirkan Sahabat Radiyallahu ‘Anhum

Dalam agama Syiah, terdapat satu konsep dan doktrin bernama al-bara‘ah atau tabarra. Doktrin ini bermaksud, mengutuk, mencaci bahkan memutus hubungan kasih sayang dengan semua Sahabat. Mereka ini buta sejarah. Bukankah Saidina Ali sendiri mengahwinkan anaknya dengan Saidina Umar r.a?

Menurut mereka semua Sahabat menjadi murtad dan kafir selepas wafat Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja seperti Ali, Miqdad, Abu Dzar, Salman dan beberapa yang lain. Mereka juga beriman dan percaya yang para Sahabat bersepakat menyembunyikan wahyu dan mengkhianati wasiat Rasulullah SAW dalam hal imamah dan pelantikan Saidina Ali r.a sebagai khalifah.

Dan mereka menuduh Sahabat tidak amanah kerana mengurangkan ayat al-Quran sebanyak dua pertiga daripada wahyu asal, yang demikian hilanglah ayat-ayat yang berkaitan dengan imamah ‘Ali r‘a. Justeru, semua Sahabat itu dalam Iktiqad Syiah telah menjadi kafir. La hawla wala quwata illa billah.

Dalam kaitan dengan doktrin tabarra ini, mereka senantiasa berdoa mengutuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiyallahu ‘Anhuma yang disifatkan mereka sebagai ‘dua berhala Quraisy’.

Khumayni telah mengkafirkan Saidina Umar al-Khattab r.a dan mengatakan Saidina Abu Bakar r.a pula, seorang manusia yang jahil agama.

Berdasarkan kepada Hadis di awal tulisan ini, bahawa golongan yang berjaya daripada neraka ialah orang yang mengikuti ajaran Rasul dan Sahabat Baginda. Bagaimana seseorang atau sesuatu golongan boleh berjaya dan selamat daripada api neraka, sedangkan mereka enggan mengikut perjalanan Sahabat tersebut bahkan mengkafirkan mereka.

4. Ummahatul Mukminin

Seperti para Sahabat, Syiah juga langsung tidak menghormati Ummahatul Mukminin pada hal mereka itu semua adalah isteri-isteri Baginda yang tercinta. Syiah melemparkan pelbagai fitnah, tuduhan palsu, jijik dan jahat kepada Ummahatul Mukminin Saidatuna Aishah r.ah, bahkan dalam iktiqad raj’ah mereka, beliau r.ah akan dihukum oleh para Imam Syiah menjelang kiamat kerana berkhianat dan menganiayai puak Syiah seperti dalam kes Peperangan Jamal. Atas dasar ini juga Syiah bukan daripada golongan Islam.

5. Raj‘ah

Syiah beriktikad bahawa para Imam mereka akan hidup semula di akhir zaman untuk menghukum para Sahabat dan Isteri Nabi SAW yang mereka tuduh bersekongkol merampas hak Saidina Ali sebagai khalifah. Termasuk yang akan dihukum dalam akidah mereka ialah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah, Aishah r.a dan lain-lain. Demikian khurafat mereka.

6. Konsep Imamah

Dalam ‘akidah Syiah, Imamah atau Walayah atau kepimpinan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Khumayni berkata dalam buku beliau, al-Hukumah al-Islamiyyah, muka surat 18, bahawa Nabi perlu menentukan seorang pengganti Baginda dan Baginda telah pun berbuat demikian, yakni melantik Ali r.a. Jika Baginda tidak berbuat demikian, bermakna Baginda tidak menyampaikan Risalahnya ( ms 19 ). Oleh sebab itu, Imamah ini termasuk ke dalam Rukun Iman Syi‘ah. Sesiapa yang tidak percaya kepada doktrin dan konsep Imamah ini, menurut Syiah, ia bukanlah seorang Islam dan layak dihumban ke dalam neraka.

Dalam buku al-Hukumah al-Islamiyyah itu lagi, pada muka surat 52, beliau menyifatkan Imam-Imam mereka mempunyai kedudukan yang amat tinggi di sisi Allah SWT, sehingga tidak tercapai oleh para Malaikat muqarrabin dan juga Nabi-Nabi yang diutus. Dalam membincangkan hal kepimpinan selepas Rasulullah SAW pula, dia langsung tidak menyentuh kepimpinan tiga khalifah awal iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman radiyallahu ‘anhum dan terus melompat kepada Sayyidina Ali r.a. Ini adalah kerana dalam ‘akidah Syiah, mereka tidak mengiktiraf kepimpinan tiga khalifah sebelum Ali r‘a bahkan disifatkan tiga khalifah yang mulia itu, adalah perampas hak khalifah Ali r.a.

Mereka juga beriktikad bahawa semua Imam mereka adalah maksum. Khumayni berkata, bahawa Imam-Imam mereka tidak bersifat lupa dan lalai (ms 91) bahkan ajaran mereka itu, sama seperti ajaran al-Quran yakni wajib dipatuhi hingga Hari Qiamat (ms 113).

7. ‘Ismah

Konsep imamah berkaitan rapat dengan doktrin ‘ismah. ‘Ismah bermaksud semua imam mereka adalah manusia maksum yakni tidak melakukan dosa, baik dosa besar mahu pun dosa kecil, bahkan dalam segala perlakuan mereka, imam-imam mereka itu tidak tersalah dan tersilap sedikit pun. Sebab itu imam-imam mereka boleh membuat hukum, yakni boleh menghalal dan mengharamkan sesuatu hukum Syara’. Ini bercanggah daengan ‘Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa yang maksum hanya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sahaja.

8. Ghaybah dan Menunggu Imam Mahdi

Syiah percaya bahawa Imam mereka yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hasan al-‘Askari telah ghaib. Dalam akidah Syiah, ia dianggap sebagai ghaybat al-sughra atau kehilangan kecil. Dia ini membawa bersamanya Mushaf Fatimah. Semasa ghaybat al-sughra ini – dalam khurafat mereka – pemimpin semasa Syiah masih boleh berhubung dengannya, bertanya pelbagai masalah dan jawapannya itu akan disebarkan kepada pengikut-pengikut mereka.

Beliau yang dikatakan ghaib kira-kira seribu tahun dahulu itu, masih hidup hingga sekarang dan akan datang semula ke dunia ini di akhir zaman, membawa bersamanya Mushaf Fatimah itu, untuk menyelamatkan dunia ini. Masa antara ghaybat al-sughra dengan kemunculan semula Imam Mahdi mereka itu, disebut sebagai ghaybat al-Kubra atau kehilangan besar. Sebab itu dalam wasiatnya, Khumayni berkata adalah suatu penghormatan kepada mereka kerana mereka mempunyai Mahdi jenis ini dan dia berdoa supaya Mahdi itu segera keluar dari lubang persembunyiannya. Semasa ketiadaan imam, maka yang ada ialah naib imam. Khumayni adalah salah seorang naib imam.

9. Taqiyyah dan Kitman

Taqiyyah dan Kitman dalam akidah Syiah bermakna menyembunyikan kepercayaan dan amalan sebenar mereka sekiranya mereka bersama-sama dengan masyarakat Islam. Ini bermakna mereka juga sedar bahawa ajaran dan amalan mereka itu adalah salah. Menurut ulama mereka, amalan taqiyyah dan kitman merupakan amalan nenek moyang mereka yang terdahulu dan pelakunya mendapat pahala. Atas dasar ini mereka dapat hidup hingga sekarang. Dalam menyebarkan dakyah mereka di Malaysia, mereka bertaqiyyah, menggunakan slogan cintakan Ahli Bayt, pada hal Ahli Bayt dalam konsepsi mereka, hanya beberapa orang sahaja, berbeza dengan konsep kita Ahli Sunnah wal Jamaah.

Perlu difahami, amalan taqiyyah ini dibuat jika mereka berada dalam keadaan tersepit dan dalam jumlah sedikit atau untuk mencapai sesuatu tujuan keagamaan mereka seperti keadaan awal mereka di Malaysia pada tahun-tahun 1980-an dahulu. Tetapi amalan ini akan ditinggalkan apabila mereka merasa keadaan mereka sudah selesa seperti sekarang ini. Sebab itu kita dengar puak Syiah Malaysia sudah berani mengisytiharkan mereka sebagai penganut Syiah. Ini semua sebagai dakyah dan untuk menakut-nakutkan masyarakat Sunni dan supaya kerajaan menunaikan tuntutan mereka. Tetapi dalam dakyah mereka dalam kalangan orang Sunni, amalan taqiyyah ini masih berlaku. Tujuannya ialah untuk mengumpan orang Sunni.

10. Ahl Bayt

Dalam kitab-kitab Tauhid kita, memang kita diwajibkan mencintai Ahli Bayt. Ahli Bayt yang sebenar ialah ahli kelurga Nabi SAW yang memiliki dan hidup di dalam Akidah dan Syariat yang benar seperti yang diajarkan oleh Baginda. Namun terdapat juga keturunan Ahl Bayt yang telah terkeluar dari ajaran Baginda SAW seperti menganut fahaman Marxisme, sekularisme, Liberalisme, Pluralisme agama dan Syiah. Mereka sudah tidak dapat dikategorikan sebagai Ahli Bayt lagi.

Ahl Bayt Rasulullah SAW, tiada kena mengena langsung dengan ajaran dan kumpulan Syiah lebih-lebih lagi Syiah Khumayni. Maulana Abu Hasan Ali an-Nadvi seorang ahli Bayt daripada keturunan Saidina al-Hasan r.a, ada menulis sebuah buku cukup baik yang menyorot kesesatan Syiah. Seorang Quraisy dari keturunan Saidina al-Hasan juga, Sayyid Muhammad al-Maliki dari Hijaz, amat kuat menentang Syiah. Demikian Ahl Bayt di Hadramawt.

11. Rukun Iman

Rukun Iman mereka antara lain ialah beriman kepada semua imam mereka yang dua belas dan beriman kepada imamah dan walayah Ali serta menolak imamah tiga khalifah sebelum ‘Ali r’a. Khumayni termasuk dalam kelompok ini. Sesiapa yang engkar dalam perkara ini, dikategorikan sebagai kafir.

12. Konsep ‘Ibadah

Oleh kerana mereka menolak Hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin, maka terdapat perbezaan besar dan dasar antara kita orang Islam dengan mereka yang Syiah, dalam semua urusan ibadah. Cara azan, solat, puasa, zakat, nikah kahwin, mengurus jenazah dsb, amat bertentangan dengan kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka boleh solat jamak sepanjang waktu, kita tidak boleh, kecuali uzur syarak. Ahli Sunnah mengharamkan nikah mut’ah, mereka mengharuskannya bahkan mendapat pahala yang besar. Ringkasnya, semua ibadat mereka bercanggah dengan Islam dan Sunnah.

BERSAMBUNG Pendirian ulama Islam tentang Syiah

PENULIS ialah Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130729/re_02/Percanggahan-Syiah—ajaran-Islam#ixzz2aQRl9kXB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Lailahaillallah22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Rayuan pihak Kerajaan adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pada 31.12.2009 yang membenarkan pihak The Church untuk menggunakan nama Allah sebagai terjemahan istilah ‘God’ di dalam penerbitan berbahasa Melayu agama Kristian. Sekiranya permohonan The Church tersebut dibenarkan, ini bermakna pihak Kerajaan sebagai perayu tidak boleh meneruskan rayuan substantif di peringkat Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan pada 10.09.2013.

Notis Permohonan The Church tersebut  juga pada hakikatnya bertujuan menghalang perayu-perayu lain dari meneruskan rayuan substantif mereka. Pada 23.05.2013, permohonan mencelah (interveners’ application) para perayu yang terdiri daripada 6 Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), telah dibenarkan di dalam tindakan kes ini. Jelas ini merupakan ujian besar terhadap kedudukan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam melaksanakan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Sultan Negeri-negeri sebagai Ketua Agama Islam. Natijah sekiranya permohonan The Church dibenarkan, maka peranan Majlis-majlis Agama Islam Negeri terhakis dan akhirnya diketepikan; Majlis-majlis Agama Islam Negeri akan wujud pada namanya yang gah tetapi tiada makna dan tidak relevan lagi untuk menjaga kepentingan Islam dan umat Islam di Negara ini.

Secara ringkasnya, perkara pokok yang menjadi asas sandaran pada Notis Permohonan The Church adalah seperti yang terkandung di dalam afidavit Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Xavier A/L Pakiam yang diikrarkan pada 08.07.2013. Antara lain, The Church telah membangkitkan perihal surat yang ditandatangani YAB Perdana Menteri  bertarikh 11.04.2011 kepada Bishop Ng Moon Hing, Pengerusi Christian Federation of Malaysia (CFM) pada masa itu, yang merangkumi satu “Ten Point Solution” yang diumumkan pihak Kerajaan pada 02.04.2011 berikutan satu keputusan kolektif kabinet yang dianggap sebagai formula penyelesaian isu penerbitan dan pengedaran bible berbahasa Malaysia/ Indonesia. Pihak The Church telah beranggapan bahawa “Ten Point Solution” tersebut memberikan kebenaran secara langsung terhadap penggunaan nama suci Allah bagi golongan penganut Kristian. [Rujuk kenyataan 03.04.2011.]

Justeru adalah sangat penting bagi umat Islam untuk mengambil perhatian tentang Notis Permohonan The Church ini.

terjemah god bukan AllahSehubungan dengan itu, umat Islam diseru untuk merebut keberkatan hari-hari terakhir bulan Ramadhan ini dalam memperkasa munajat mereka dan memohon petunjuk dan pertolongan Allah SWT untuk memenangkan umat Islam di dalam rayuan ini. Ramai di kalangan pemimpin parti-parti politik yang menjadikan isu-isu seumpama penyalahgunaan nama suci Allah ini sebagai alat meraih sokongan politik sempit dan jangka pendek semata- mata. Ini terbukti jelas pada sikap dan pendirian mereka selepas PRU-13. Akibatnya, umat Islam tidak boleh menyandarkan harapan tinggi kepada pemimpin Muslim dari parti-parti politik semata-mata, sebaliknya wajib bekerja secara bijaksana bagi membantu pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) mempertahankan kesucian Islam di negara yang kita cintai ini.

Menyedari hakikat-hakikat ini, adalah disarankan agar umat Islam:

  1. mengoptimumkan ibadah pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan ini, termasuk melakukan solat hajat dan qunut nazilah serta bermunajat untuk turut memohon bantuan Allah SWT menghancurkan musuh-musuh yang menentang Islam melalui saluran-saluran seumpama kes di Mahkamah sivil ini;
  2. menghadiri secara beramai-ramai ke pendengaran Notis Permohonan The Church di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, pada 22.08. 2013 melalui koordinasi NGI-NGI, untuk menzahirkan kepekaan dan keprihatinan mereka serta memberikan sokongan moral kepada pasukan peguam yang mewakili perayu-perayu;
  3. memperkasa kerjasama dengan para ulama dan ilmuwan, serta menggesa pemimpin Muslim untuk bersatu di dalam menentang tuntutan penggunaan nama suci Allah oleh penganut kristian, yang mensasarkan tujuan mereka untuk mengelirukan umat Islam dan seterusnya menyebarkan dakyah menyeleweng mereka sebagaimana yang telah dilakukan di negara-negara majoriti umat Islam lain seperti Bangladesh dan Indonesia;
  4. menghantar mesej yang jelas kepada para pemimpin Muslim dari kalangan parti-parti politik agar lebih bertegas di dalam hal-hal berkaitan kedudukan Islam di negara kita. Kebanyakan para pemimpin ini masih lagi berfahaman sekular yang percaya bahawa Islam di Malaysia sekadar berfungsi tidak lebih dari sebagai agama rasmi. Kelemahan ini sangat ketara khususnya ketika kegagalan para ahli parlimen Muslim mempamerkan kesungguhan, apatah lagi kesepakatan mereka di dalam mempertahankan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 2013 baru-baru ini yang telah terpaksa ditarik balik disebabkan kelemahan mereka berhujah dan tunduk pada tekanan-tekanan kumpulan minoriti yang berfahaman hak asasi manusia dan liberal sekular.

Di kala ramai di kalangan pemimpin Muslim di kalangan parti-parti politik, merubah-rubah pendirian masing-masing mengikut selera kepentingan kepartaian serta kedangkalan ilmu mereka, para pemimpin NGI yang sedar akan cabaran yang melingkari isu ini adalah di kalangan mereka yang tetap bertegas untuk mempertahankan hak yang melibatkan keutuhan aqidah umat Islam.

Hak ini bukanlah semata-mata isu merebut penggunaan nama Allah yang suci, tetapi lebih dari itu merupakan usaha berterusan agenda jahat musuh Islam menghakis kesucian Islam dari kedudukannya sebagai agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, dan sejak berzaman diletakkan pada tempat yang istimewa, termasuklah sebagai agama Negara sebagaimana termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Seperti biasa, melalui suara-suara sinikal daripada kalangan pemimpin dan intelektual Muslim liberal, umat Islam akan dilabel dan dimomokkan sebagai bermentaliti tertawan (siege mentality), mendiskriminasi, tidak rasional dan sifar toleran setiap kali mengambil inisiatif-inisiatif untuk mempertahankan kedaulatan Islam serta institusi-institusinya.

Umat Islam akan dilabel secara sinikal, sebagai tidak menepati “standard dan prinsip sejagat hak asasi manusia” apabila menegaskan hak beragama mereka yang sedia wujud. Tetapi bagi para pemimpin NGI, tohmahan-tohmahan serta stereotaip seumpama ini akan terus melakar deras di sepanjang zaman oleh musuh-musuh yang tidak redha dengan agama Ilahi, sama ada umat Islam bertindak ataupun berdiam diri terhadap agenda jahat mereka yang bencikan agama ini.

NGI-NGI diseru untuk terus mempertahankan Islam dengan menurut kerangka undang-undang serta hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menjunjung Shari’ah dan sumber-sumber muktabar perundangan Islam, dengan melangkaui batas politik, serta sebarang kepentingan individu dan sifat oportunistik.

Azril Mohd Amin ialah naib presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

28 Julai 2013 bersamaan 19 Ramadhan 1434

sumber: http://azrilmohdamin.com

***********

Sila baca juga:

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata keputusan itu dibuat Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Abdul Rahim berkata, pengikut Syiah pernah memohon untuk mendaftarkan pertubuhan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuan pertubuhan itu kepada Menteri Dalam Negeri turut ditolak pada 31 Oktober 2011, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagaimanapun, persatuan yang tidak diluluskan ini terus bergerak aktif sehingga memudaratkan ketenteraman awam dan mencetuskan suasana keresahan dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya mengikuti fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah,” katanya.

sumber dari BERNAMA

 

Panduan ini dikeluarkan oleh Jabatan Farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya.

panduan pengambilan ubat - puasa

Panduan ini diambil dari: http://farmasi.ummc.edu.my/uploadfile/prescriber/PrescriberHandBook_1_7_2013(14_37_52).pdf

fatwa antisyiah kedah UM19Jul2013

ALOR SETAR 18 Julai – Kerajaan negeri akan mewartakan sekatan penyebaran syiah dalam usaha membendung penularan ajarannya dalam kalangan penduduk negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kewujudan fatwa tersebut juga akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan demi menyelamatkan akidah umat Islam.

Katanya, fatwa berhubung larangan terhadap ajaran itu belum dikeluarkan walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan meminta masyarakat Islam berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya mendapat laporan bahawa ajaran syiah ini semakin merebak dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penduduk Kedah termasuk institusi pengajian agama pondok turut bimbang tentang ajaran ini.

“Jadi penting bagi kita menggazet fatwa ini di peringkat negeri walaupun ajaran syiah ini belum sampai ke luar kawalan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, sebagai langkah permulaan, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

“Saya akan berbincang dengan Mufti Kedah tentang perkara yang akan dilakukan. Harapan saya adalah perkara ini akan diusulkan kelak dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan tentang ajaran syiah itu yang dikatakan sedikit sebanyak mengugat institusi kekeluargaan dalam kalangan penduduk negeri itu.

“Saya dimaklumkan apabila berlaku kematian ada insiden jenazah ahli keluarga ini diambil oleh pihak tertentu untuk disemadikan mengikut ajaran syiah, ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Setelah digazetkan, pada peringkat awal selain daripada penguatkuasaan, kita akan berusaha membetulkan akidah pihak yang tersesat ini dahulu sebelum ambil tindakan serius,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Mukhriz, kerajaan negeri akan melakukan penstrukturan semula Kulim Technology Park Corporation Bhd. (KTPCB), dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap organisasi tersebut termasuk menarik lebih banyak pelabur ke Kulim Hi-Tech Park.

“Kita sedang mengambil kira pelbagai opsyen tentang bagaimana untuk mengusahakan perkara ini. Antaranya supaya tarikan ke atas pelabur ke kawasan ini lebih berkesan, selain memikirkan cara terbaik untuk memenuhi piawaian pelabur tersebut,” katanya.

sumber: Utusan Malaysia 19 Jul 2013

Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

4 Julai 2013

Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan 2013:  Peruntukan Status Quo yang selari dengan Islam sebagai Agama Negara

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan antara gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin menegaskan sikap dan saranan PEMBELA berkenaan kontroversi yang ditimbulkan berkaitan dengan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan 2013 yang sedang di bentangkan untuk kelulusan Parlimen terutamanya Seksyen 107(b) yang memperuntukkan pertukaran agama anak-anak dibawah umur 18 tahun. Disamping menyokong penuh kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia, salah sebuah pertubuhan gabungan PEMBELA, kami ingin menambah penegasan-penegasan berikut:

PEMBELA amat kesal dengan sikap sesetengah pihak dan individu yang cuba memberi gambaran yang cukup negatif terhadap pembentangan RUU tersebut dengan menuduhnya sebagai suatu usaha yang bercanggah dengan Perlembagaan, melanggar semangat perpaduan nasional dan sebagainya. Pihak-pihak ini juga menggambarkan bahawa pembentangan RUU adalah suatu usaha  memperkenalkan suatu perubahan ataupun suatu yang baru dalam isu ini sedangkan peruntukan Seksyen 107 adalah peruntukan yang sedia ada sejak versi seawal tahun 1993 lagi.

PEMBELA menegaskan bahawa peruntukan ini adalah sebenarnya mewakili situasi terkini atau Status Quo yang didokong oleh keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai autoriti tertinggi dalam mentafsirkan peruntukan perlembagaan yang berkaitan dengan isu ini. Di samping itu peruntukan ini juga sedia diperkenan serta diguna-pakai dinegeri-negeri dalam Negara kita yang mana autoriti tertinggi dalam hal ehwal agama Islam adalah Duli-duli Raja-raja Melayu dengan dinasihati oleh Majlis-majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Oleh itu PEMBELA menyeru semua pihak agar memahami Seksyen 107(b) sebagai Status Quo yang kukuh dan berasas kerana telah didokong oleh dua autoriti tertinggi yang paling relevan berkaitan dengan isu ini iaitu pihak autoriti agama juga pihak Mahkamah.

PEMBELA juga ingin mengajak semua pihak kembali kepada semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama Negara dalam menanggapi isu ini dan bukannya berpandukan sentimen kesamarataan mutlak yang cuba diperjuangkan oleh sesetengah pihak. Hakikatnya, kehidupan bernegara di Malaysia yang selama ini kita amalkan terbina atas yang asas-asas yang unik dan tersendiri termasuklah kedudukan Islam yang istimewa berbanding dengan agama-agama lain. Kalaupun kedudukan ini boleh dilihat sebagai suatu diskriminasi, ia adalah diskriminasi yang berasaskan realiti Negara dan masyarakat Malaysia serta positif semangatnya. Ia merupakan antara salah satu ramuan asasi dalam resepi Malaysia selama ini dalam mengurus-tadbir persoalan-persoalan sensitif seperti agama dan kaum. Dasar-dasar disriminasi positif (positive discrimination) adalah amalan lazim yang turut terdapat di negara-negara lain sesuai dengan realiti negara mereka.

Islam sebagai agama Negara perlu dihormati dan diberi peluang untuk berperanan sebagai agama Negara dalam persoalan seumpama ini. PEMBELA yakin jika hukum syarak dan prinsip agama Islam dirujuk, masih terdapat ruang lain untuk berlaku adil kepada kedudukan pihak pasangan yang tidak memeluk Islam dalam kehidupan anak-anak yang telah memeluk Islam bersama Ibu atau Bapa yang memeluk Islam.

Akhirnya PEMBELA menyeru agar semua pihak menghentikan tuduhan dan gambaran buruk terhadap RUU PAI WP 2013 dan menerimanya sebagai undang-undang yang didokong oleh Perlembagaan Negara dan realiti masyarakat Malaysia. Manakala apa-apa persoalan sampingan yang timbul dalam isu ini perlu ditangani secara berhemah dan dengan menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

Semoga Allah Subhanahu wata`ala sentiasa memelihara keutuhan agama, bangsa dan negara di tanah air yang kita cintai ini.

Dr. Yusri bin Mohamad

Pengerusi PEMBELA

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

July 2013
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid