You are currently browsing the monthly archive for August 2013.
Jemputan …
Facebook event: Seminar Mendepani Virus Syi’ah
Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA (muafakatmalaysia.com)
Baru selesai membuat laporan polis berhubung satu lagi penghinaan terhadap Islam. Ini merujuk kepada satu pameran seni lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas, tingkat G2 di kawasan ruang legar.
Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan “ABC For The Middle – Age Middle Classes”. Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot” (seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh) beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya – yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. Manakala untuk J dan K pula di buat “J for Jesus” dan “K for Krisna” – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.
Kita meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas beliau serta penganjur pameran seni tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
**********
kemaskini:
Baru balik dari Balai Polis Sentul (jam 1:10 pagi) untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat … siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan)
(Sumber: Mingguan Malaysia)
KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran penggunaan Kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald memberi sinar jelas kepada umat Islam di negara ini.
Walaupun kes belum selesai dan bakal diketahui keputusan penuh pada 10 September depan namun adalah jelas harapan menggunung umat Islam supaya isu kalimah Allah tidak harus menjadi bahan mainan dan rebutan.
Bagi mendapatkan kupasan lanjut wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), ISMAIL MINA AHMAD, Setiausaha Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), ABDUL KARIM OMAR serta pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, DR. WAN ADLI WAN RAMLI.
MINGGUAN: Bagaimana saudara melihat keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini dalam isu kalimah Allah?
ISMAIL MINA: Saya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi umat Islam. Namun kita tidak boleh menganggap usaha ini sudah selesai dan perlu lebih fokus menjelang persidangan mahkamah pada 10 September depan. Ini kerana saya percaya kumpulan yang menyebelahi pihak Kristian ini akan turut bekerja lebih lagi dalam menyusun strategi dalam menangani perbicaraan itu. Mereka tidak akan bersendirian dalam isu ini dan akan menggunakan segala hubungan serta jaringan termasuk di luar negara untuk memberi nasihat serta menyusun strategi. Namun kita perlu jelas bahawa umat Islam juga perlu menyusun strategi.
Walaupun terdapat banyak pihak yang membantu setakat ini dan saya sangat berterima kasih dengan mereka namun kita perlu lebih menyeluruh terutama melibatkan psikologi selain kefahaman masyarakat termasuklah kepada orang bukan Islam. Malah ketika saya berhimpun di Putrajaya tempoh hari terdapat beberapa pihak bukan Islam yang cuba mengenakan pendekatan psikologi dengan mengatakan, tak payahlah panjang-panjangkan cerita nanti berlaku kacau bilau, huru-hara di sana sini. Mereka cuba mempengaruhi saya supaya saya lemah psikologi tetapi hakikatnya bukan kita yang memulakan, mereka yang memulakan hal ini dengan cuba berkongsi menggunakan kalimah Allah bersama umat Islam dalam akhbar mereka. Sebelum ini tidak pernah timbul masalah ini dan mereka yang cuba mengeruhkan keadaan.
Mungkin dari satu sudut isu kalimah Allah adalah hanya permulaan kepada pelbagai lagi serangan selepas ini. Mungkin Dr. melihat bagaimana kita perlu mengumpulkan kekuatan dalam berhadapan dengan pelbagai lagi serangan oleh pihak yang cuba mengubah lanskap kekuatan dan pengaruh Islam di negara ini?
DR. WAN ADLI: Saya melihat pelbagai bentuk cabaran dan serangan yang dihadapi ini perlu diperjelas kepada masyarakat. Dalam isu kalimah Allah ini ia adalah satu serangan dari sudut akidah dan keagamaan secara khusus. Sudah tentu kita perlu menolak secara mutlak jika ia berkait secara khusus terhadap akidah. Malah mungkin akan ada serangan yang lebih tersusun dari sudut kebudayaan yang cuba menonjolkan gaya hidup moden itu sebagai sesuatu yang baik berbanding Islam. Dalam menangani masalah ini, pertamanya kita perlu nyatakan kepada masyarakat bahawa aspek cabaran itu adalah pelbagai dan sudah tentu cara menanganinya adalah pelbagai.
Dalam soal kebudayaan pula ia berbentuk dinamik yang mana ia tidak ada yang jelas hitam dan putihnya serta iman dan kufur. Jadi analisis adalah perlu lebih lembut dan perlu dilihat serta dikaji yang mana perlu diterima dan ditolak. Namun dalam soal akidah sudah tentu penilaian sebegini tidak boleh digunapakai kerana kita perlu bertegas.
Dalam soal ini satu perkara yang sangat dituntut adalah perpaduan umat Islam dalam mempertahankan hak eksklusif kalimah Allah hanya untuk umat Islam namun perkara itu dilihat masih belum cukup. Lebih malang lagi ada pihak Islam sendiri yang cuba mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politik. Bagaimana saudara melihat perkara ini?
ABDUL KARIM: Saya sangat bersetuju bahawa dalam berhadapan perkara ini seharusnya umat Islam bersatu dan kerana itu ia dipanggil sebagai polemik walhal perkara ini timbul hasil daripada tipu helah orang Kristian. Mereka yang begitu beria-ia mahu menggunakan kalimah Allah tetapi malangnya terdapat umat Islam yang bergaduh kerana menyokong atau tidak menyokong. Ada yang memperlekehkan mereka yang nak pertahankan kalimah Allah. Katanya jika kita tidak benarkan kalimah Allah digunakan pihak Kristian jadi bagaimana mereka mahu menyanyikan lagu-lagu negeri. Sedangkan pihak Kristian mahu menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan istilah God, bukan isu tidak boleh menyanyi kerana jika begitu mereka pun tidak boleh menyebut nama Abdullah. Pihak ini cuba menggunakan hujah Qias tetapi ia tidak kena atau betul pada tempatnya. Sebenarnya kami mempunyai banyak bukti kenapa pihak ini mahu menggunakan kalimah Allah.
Pertamanya ia dipanggil kaedah contextualization. Ini adalah strategi mereka untuk contextualize istilah, suasana, rupa bentuk dan pelbagai lagi supaya senang didakyahkan. Ini akan menjadikan umat Islam tidak berasa asing contohnya di Malaysia dalam isu kalimah Allah yang boleh dikongsi bersama antara penganut Islam dan Kristian. Jika di Indonesia pula mereka mengubah waktu sembahyang dari hari Ahad kepada hari Jumaat sama seperti umat Islam menunaikan solat Jumaat. Ini adalah satu strategi Kristian. Pernah berlaku di Afrika apabila satu pasangan Islam telah di dakyah oleh paderi Kristian dengan mengatakan nama Allah boleh digunapakai dan kemudian mereka tidak berasa asing dan menukar agama. Apabila berjumpa dengan paderi tersebut pada satu hari dan kemudian menyatakan Alhamdulillah di depannya, paderi tersebut marah dan mengatakan perkataan itu tidak boleh digunakan lagi kerana ia adalah menyatakan kesyukuran kepada Tuhan Islam dan bukan Kristian. Ini adalah satu strategi untuk mengelirukan umat Islam dan jika di tempat lain mereka akan guna nama lain untuk menggantikan nama Tuhan. Satu perkara yang saya musykil adalah ketika kami berhimpun di mahkamah tempoh hari, kenapa terdapat wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat turut sama hadir. Apa agenda mereka dan untuk apa mereka hadir?
Bagaimana kita perlu memberi penjelasan kepada golongan bukan Islam bahawa isu kalimah Allah ini adalah bukan satu perkara yang boleh dibuat mainan dan sensitif bagi orang Islam?
DR. WAN ADLi: Satu cara bagaimana kita nak tunjukkan isu kalimah Allah ini adalah sesuatu yang serius bagi umat Islam adalah dengan umat Islam sendiri bersatu padu. Saya beri satu contoh apabila kes ini disebut di Mahkamah Tinggi dan hakim memberi kebenaran untuk penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Kristian, berlaku satu kes pembakaran gereja dan sudah tentu bagi orang Islam yang berfikiran waras tidak akan bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tetapi pada masa yang sama ia menunjukkan betapa seriusnya isu ini bagi umat Islam sehingga ada yang terdorong bertindak melulu.
Jika pihak bukan Islam berterusan memainkan isu ini sehingga melangkau batasan keharmonian kaum yang begitu dijaga selama ini sudah tentu akan berlaku tindakan sebegini. Kita telah hidup harmoni antara semua kaum bukan sahaja sejak merdeka malah sejak kedatangan penjajah Portugis di Melaka lagi tetapi secara tiba-tiba sejak 2009 berlaku pelanggaran batasan yang tidak sepatutnya. Tidak pernah selama ini berlaku penjajahan akidah seperti yang berlaku dalam isu kalimah Allah dan apabila ia berlaku sudah tentu ada pihak yang akan marah. Ini menunjukkan bagaimana seriusnya perkara ini bagi umat Islam di negara ini.
Lebih menyedihkan apabila ada orang Islam sendiri yang berpangkat dan berkedudukan bercakap di luar konteks. Seperti yang saya nyatakan tadi adalah penting bagi umat Islam di negara ini bersatu padu untuk menunjukkan bagaimana seriusnya kita dalam mempertahankan soal akidah terutama dalam hal kalimah Allah. Namun yang menjadi masalah adalah umat Islam sendiri yang tidak bersatu hati malah ada yang mengeluarkan pendapat yang bertentangan dengan akidah. Apabila mereka tidak faham dan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan maka orang bukan Islam melihat sesama Islam sendiri pun tidak serius dalam mempertahankan akidah serta isu kalimah Allah. Perkara ini perlu diperjelaskan bukan sahaja untuk bukan Islam tetapi orang Islam sendiri supaya mereka tahu bahawa orang Islam di negara ini sangat serius dalam mempertahankan akidah dan agama mereka.
Bagaimana saudara melihat kepentingan isu kalimah Allah ini adalah bukan satu perkara yang boleh dibuat mainan dan sensitif bagi orang Islam
ISMAIL MINA: Dalam hal ini ada dua dimensi, pertamanya Nabi Muhammad SAW pernah berkata; Marilah kamu kepada kalimah yang sama”. Maka terdapat orang bukan Islam pun bersama dengan umat Islam. Jadi apa yang dimaksudkan di sini adalah Allah sebagai umpama pusat untuk semua manusia berhimpun. Namun masalahnya adalah apabila satu lagi kumpulan tidak mahu kembali kepada epistemologi dalam kitab-kitab awal mereka. Dari satu perspektif memang kita boleh berkongsi kalimah Allah dengan syarat epistemologi Allah itu mesti difahami dalam perspektif wahyu dalam zaman Nabi SAW. Maka Allah itu bersifat universal dalam satu perspektif.
Memang boleh berkongsi tetapi dalam konteks sekarang mereka sudah kafir dan epistemologi ketuhanan pula perlu mengikut mereka dan ini tidak boleh kerana bertentangan. Dalam dimensi kedua kita perlu melihat bagaimana seriusnya kita dalam mempertahankan kalimah Allah. Dalam konteks dakwah adalah perlu bagi orang bukan Islam memahami orang Islam dalam perspektif ajaran yang sebenar. Kalau mereka beragama Kristian maka mereka perlu memahami dalam konteks kitab Injil yang asal. Namun kita juga serius dalam mengekang mereka memanipulasikan agama seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang, dalam ceramah-ceramah mereka. Maka adalah jelas umat Islam di negara ini sangat serius dalam usaha mengajak orang bukan Islam memahami Islam selain menyekat sebarang manipulasi sama ada oleh bukan Islam atau orang Islam sendiri.
Ada pihak yang melihat penggunaan kalimah Allah perlu dibenarkan sebagai satu usaha dakwah. Apa pandangan saudara dalam hal ini?
ABDUL KARIM: Sebenarnya kalau kita lihat dalam konteks yang lebih luas sebenarnya ramai juga pihak Kristian yang tidak mahu guna kalimah Allah kerana pertamanya kalimah itu sendiri tidak bertepatan dengan agama mereka. Keduanya, mereka juga bimbang dan melihatnya sebagai ancaman kepada agama mereka. Malah saya ada menerima surat daripada seorang paderi di Sabah yang menyokong usaha kami dalam mempertahankan kalimah Allah malah beliau lebih awal membantah daripada kami. Yang menjadi halnya adalah kita orang Islam perlu tahu sebenarnya semua ini adalah satu strategi mereka untuk memurtadkan kita. Semua ini sudah tertulis dalam banyak dokumen yang mengatakan apa yang dilakukan adalah strategi dan ia tidak boleh dinafikan.
Kenapa pihak ini tidak hanya memfokus memperkuat kedudukan Kristian dalam kalangan penganut mereka sahaja dan perlu mengganggu pihak lain sehingga melibatkan isu kalimah Allah ini?
DR. WAN ADLI: Saya melihat proses Kristianisasi ini bukanlah terlalu bertumpu dalam menjadikan lebih ramai orang Kristian tetapi lebih kepada menjadikan manusia itu moden. Ia bermaksud mempunyai satu kefahaman agama yang tidak berasas kepada kefahaman keagamaan yang asli. Namun dalam konteks Kristian mencari kefahaman yang asli adalah bermasalah kerana dari sudut pandangan Islam yang asli tentang Kristian ini sudah tidak wujud lagi.
Tetapi sekurang-kurangnya tokoh-tokoh mereka seperti St. Aquinas, St Agustine dan sebagainya juga sudah jauh terpesong dariapada ajaran sebenar. Dalam hal ini doktrin Kristian itu senantiasa berubah-ubah bersandarkan ciri kemodenan dalam Kristian. Malah kita tidak boleh nafikan ada elemen penjajahan dalam Kristianisasi dengan maksud bukan agama yang menjadi keutamaan tetapi cara hidup Barat dan ideologi mereka yang cuba diserap untuk diamalkan masyarakat tempatan. Sedangkan bagi umat Islam mereka bertindak sebagai benteng menidakkan kebudayaan Barat yang kini cuba di ganggu gugat melalui dakyah Kristian termasuklah dalam soal menggunakan kalimah Allah. Kalau kita lihat di Barat sendiri pun agama yang paling tersebar di sana adalah Islam dan bukannya Kristian. Ini kerana masyarakat Barat sudah mula mencari erti ketuhanan yang hanya boleh dijumpai dalam Islam. Pihak Kristian sendiri terpaksa mencari audien baru terutama di Afrika, China dan Asia dan kemudian barulah Asia Tenggara untuk mengukuhkan kedudukan mereka yang semakin terjejas teruk. Apabila agama Kristian digunakan bukan untuk tujuan agama tetapi menyebarkan nilai Barat maka ia akan menjadi masalah kepada kita.
Maksudnya di sini teknik mereka menyebarkan ajaran Kristian ini adalah mengikut amalan atau budaya masyarakat setempat bagi memudahkan kita terpesong?
ABDUL KARIM: Dalam hal ini orang Kristian mengakui adalah sukar untuk mereka menyebarkan agama mereka di dalam kalangan orang Melayu dan ini telah tercatat di dalam dokumen yang saya perolehi. Saya ada terbaca satu dokumen yang bertajuk, Once hopeless frontier but now with comprehensive contextualization. Dokumen ini dengan jelas menunjukkan bahawa satu ketika dahulu usaha penyebaran agama Kristian adalah sangat sukar tetapi melalui proses contextualization ia memberi peluang baru untuk memurtadkan orang Islam. Mereka akan menggunakan elemen-elemen tempatan termasuklah dalam menggunakan kalimah Allah untuk mengelirukan dan kemudian memudahkan usaha menyebarkan agama mereka.
Dalam isu contextualization mereka menggunakan strategi ini sebagai hujah untuk mewujudkan apa yang dipanggil The Common Pillars atau dalam Islam sama ertinya dengan Rukun Islam atau Rukun Iman. Mereka akan cari justifikasi untuk menarik minat orang Islam. Contoh lain mereka kata orang Yahudi dan Kristian telah berpuasa sejak dahulu lagi berbanding orang Islam malah ada yang cuba meniru cara orang Islam bersembahyang siap dengan cadangan supaya ada dua rakaat serta bacaan mana untuk dipakai, sampai begitu sekali. Buku, artikel atau penulisan tentang perkara ini boleh diperolehi dengan mudah sama ada di Internet dan di kedai buku.
Bagaimana saudara melihat isu-isu dakwah dalam kalangan umat Islam itu sendiri. Adakalanya pihak bukan Islam ini lebih ke hadapan dalam soal dakwah berbanding kita?
ISMAIL MINA: Saya setuju dengan soalan ini kerana ketika ini mereka dilihat lebih vokal dan agresif malah sanggup melanggar titah sultan dan Perlembagaan. Memang mereka lebih ke hadapan dalam dakwah kerana mahu menyebarkan agama dan dakyah mereka terutama kepada orang Islam. Masalahnya kenapa mereka lebih berani dan saya melihatnya atas dua sebab. Pertamanya di dalam kalangan orang Islam itu sendiri berpecah belah dan lebih parah lagi ada pula orang Islam yang mempunyai kedudukan dalam politik selain ahli akademik mewajarkan supaya orang Islam boleh menukar agama. Keduanya, ada pihak yang melihat aktiviti menyebarkan agama ini sebagai satu bentuk kebebasan dalam ruang lingkup hak asasi manusia.
Ini yang menjadikan mereka lebih berani. Oleh itu ia yang menjadikan keadaan semakin parah dan orang Islam semakin lemah. Ini sebenarnya isu murtad dan bukannya melibatkan politik mahu meraih sokongan untuk parti A atau B. Adalah menyedihkan bagi kita apabila ada parti Islam yang tidak melaksanakan amal maaruf nahi mungkar dalam perspektif membina wajah Islam yang sebenar. Mereka hanya memfokus kepada wajah Islam politik. Oleh yang demikian maka berlaku proses dakwah yang tidak mencerminkan Islam sebenar ditambah pula ada kalangan NGO Islam yang cenderung melihat semua ini hanya dari perspektif politik. Ia akhirnya mengakibatkan usaha dakwah hanya sebagai medium secondary sahaja. Ini yang menyebabkan gerakan dakwah Islam menjadi terlalu lemah dalam memberi kefahaman akidah, syariah, akhlak serta kefahaman ilmu.
Saya mempunyai harapan agar gerakan dakwah ini masih mempunyai taringnya cuma perlu diberi perspektif baru supaya kita boleh menangani isu-isu serangan terhadap Islam dan ia seharusnya diberi lebih keutamaan berbanding perkara lain. Adalah penting supaya umat Islam di negara ini bersatu padu dalam hal mempertahankan Islam dan tidak lagi menjadikan usaha itu bagi tujuan politik. Kepentingan politik tidak seharusnya menjadi keutamaan. Walaupun bertelagah dalam ideologi politik namun kita tidak perlu meruntuhkan soal Islam. Dalam soal ini tidaklah saya maksudkan usaha dakwah itu tidak berlaku kerana ia satu usaha yang berterusan tetapi ia tidak menjadi cabaran dalam memperkuatkan kekuatan Islam itu sendiri di negara ini. Janganlah saling cantas mencantas usaha dakwah hanya kerana perbezaan politik .
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130825/re_07/Umat-Islam-mesti-bersatu#ixzz2cxt6xQEQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130825/re_07/Umat-Islam-mesti-bersatu#ixzz2cxt3i2QG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mengulas keputusan Mahkamah Rayuan berhubung bantahan yang dibuat oleh pihak gereja terhadap rayuan kerajaan dalam kes kalimah Allah dalam rancangan Let’s Talk MOBTV pada 22 Ogos 2013.
Ulasan turut membicarakan tentang pelbagai strategi yang diguna oleh pihak evangelis Kristian mendakyah untuk memurtadkan umat Islam terutama orang-orang Melayu di Tanah Melayu ini.
[klik pada paparan imej di atas untuk menonton terus di MOBTV]
Berikut adalah suasana di depan kompleks Istana Kehakiman pada pagi 22hb Ogos 2013 semasa pendengaran notis bantahan pihak gereja terhadap rayuan yang dibuat oleh kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 31hb Dis 2009.
Hasil keputusannya ialah notis bantahan gereja ditolak dan pembicaraan rayuan penuh akan diadakan pada 10hb September 2013.
Sama-sama kita doakan Allah memberi kejayaan kepada barisan peguam kita dan membuka hati hakim-hakim Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan hakim Lau Bee Lan sebelum ini.
.
.
Kenapa Malaysiakini dan The Malaysian Insider gusar dengan pendedahan tentang agenda Kristian? Apakah agenda sebenar kedua-dua portal media siber ini?
Mereka mempertikaikan pendedahan yang dibuat tentang wujudnya agenda jahat Kristian yang memurtadkan umat Islam secara strategi penipuan yang disebut sebagai kontekstualisasi (contextualization).
Pendedahan yang dibuat dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia yang berlangsung di Pusat Islam pada 17hb Ogos 2013 mendapat liputan dan dilaporkan beberapa akhbar dan media elektronik. (contoh: Strategi licik murtadkan Melayu dan Wacana Agenda Kristian: Strategi Murtad Terancang)
The Malaysia Insider (TMI), dalam laporan bertarikh 18 Ogos 2013, bertajuk “Muslims in appearance, Christians at heart? They exist, says Umno paper”, menyatakan:
A new conspiracy theory has emerged regarding Malays who have been allegedly converted to Christianity but continue living as Muslims, a process called contextualisation, reported Umno mouthpiece Mingguan Malaysia.
TMI dengan mudah terus menuduh pembongkaran strategi pemurtadan Kristian ini sebagai hanya satu teori konspirasi.
Mungkin wartawan mereka bukan seorang yang profesional dalam laporannya kerana tidak membuat sedikit penyelidikan tentang apa yang telah didedahkan. Atau mungkin beliau sendiri sememangnya memusuhi sesiapa sahaja yang mendedahkan strategi jahat evangelis Kristian.
Jika wartawan tersebut lakukan carian mudah dengan dua entri asas iaitu “contextualization + christianity” atau “contextualization + evangelism”, sudah pastinya beliau akan menemui jawabannya. Dari memalukan diri sendiri dengan penulisan yang menampakkan kecetekan maklumat lebih baik beliau tidak komen benda yang beliau tidak buat “kerja rumah”nya. Wartawan yang malas namanya!
Atau sememangnya wartawan itu sudah pun berniat untuk sengaja menyanggahi pendedahan ini kerana beliau mempunyai sebabnya. Maka dengan cara menghina kredibiliti pendedahan tersebut beliau sanggup gadaikan prinsip kewartawanannya. Wartawan murahan namanya!
Malaysiakini, dalam laporan komentar mereka terhadap berita ini mengatakan “Contextualised conversions just bogeyman’s shadow?” sambil menuntut bukti berlakunya usaha pendakyah Kristian memurtadkan orang-orang Islam. Bukti telah banyak kali didedahkan – mereka tetap tidak mahu menerimanya.
Mereka juga mempertikaikan kesahihan pendedahan kajian doktoral di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Apakah kerana mereka tidak dapat mencari kajian tersebut dalam internet maka terus mereka membuat rumusan tiada kajian seumpama itu. Apakah semua kajian ada dalam internet? Sebenarnya kajian tersebut pernah dicapai di “www.scribd.com” – cuma kini ianya sudah ditarik balik. Mungkin kerana mereka ingin merahsiakan hasil kajian mereka. Namun, ramai di kalangan kita sempat menyimpannya.
Bagi yang melakukan kajian tersebut, yang beliau kini berada di salah sebuah pusat pengajaran Kristian di malaysia, mungkin sudah tahu bahawa laporan disertasinya setebal 430 muka surat itu sudah jatuh di tangan kita dan kita sudah tahu rahsia mereka.
Sekali lagi, dan seperti biasa, laporan berita dan ulasan yang dibuat kedua-dua portal ini boleh ditong sampahkan sebagai media picisan sahaja.
Mengapa perlu mereka menjadi defensif? Tentu ada agendanya!
***************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
- Perjuangan gereja yang belum selesai mahukan Melayu diberi kebebasan beragama
- Kristian Doakan Kita Murtad Di Sepanjang Ramadhan
- Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
- Penyebaran Kristian Yang Berterusan – Umat Islam Di Seremban Hilang Sabar
- Lagi Laporan Cubaan Pemurtadan Oleh Pelampau Kristian
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pentafsiran Bible (Contextualization) [baca: Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian] menjadi strategi baharu bagi orang kristian untuk mendakyah umat Melayu dan Islam di Malaysia.
Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) A.Karim Omar berkata, orang Kristian memperakui sememangnya orang melayu susah untuk di murtadkan.
“Kita ada dokumen sehingga tahun 1968, mereka memperakui lagi susahnya untuk memurtadkan orang melayu. “Strategi Contextualization ini adalah satu strategi baru bagi orang kristian untuk berdakyah orang islam,” katanya pada Wacana Agenda Kristian Sedunia di Dewan Muktamar Pusat Islam di sini hari ini.
Tambah Karim Omar, pendedahan yang dibuat hari ini banyak menunjukan orang kristian ini menggunakan banyak tipu helah. “Contoh kita ambil satu kes, dia (orang kristian) pergi melawat orang sakit yang tiada saudara mara yang datang ziarah pun berkata “makcik pakcik kalau keluar hospital tiada rumah dan tempat tinggal datang ke rumah kami” yang pergi cakap itu orang Melayu kita iaitu paderi Melayu kristian.”
“Dia menggunakan strategi seperti pendidikan, contoh setiap tahun ada sebuah kapal yang Bernama Logos Skop, Hope ini macam perpustakaan bergerak dia datang ke Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan baru-baru ini dia beralih ke Kuching pula dan di dalamnya ada pameran buku tetapi dalam itu mereka membawa mesej kristian.” katanya.
Jelas beliau lagi, Strategi yang digunakan sekarang untuk memecah belahkan orang islam sekarang ini dengan memainkan isu kalimah allah serta penggunaan teknologi zaman sekarang yang memudahkan lagi orang-orang Melayu murtad.
“Kalimah Allah adalah satu strategi yang paling baik kerana strategi kalimah Allah ini telah dapat memecah belahkan kita umat islam. Dengan isu kalimah allah dianggap mudah kerana ada yang sokong dan ada yang tidak sokong.
“Disebut dalam kajian di Universiti Amerika, seorang paderi menyatakan bahawa adanya globalisasi, adanya teknologi terkini internet alam maya dan sebagainya itu memudahkan menarik orang-orang melayu untuk murtad dengan mengekalkan cara kehidupan orang melayu islam (bersolat dan berpuasa) tetapi berpengetahuan dalam ajaran kristian,” ujarnya.
Menurut beliau, pergerakan dalaman (Insider Movement) [baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad] dikatakan amat berkesan, mereka masuk kristian dengan identiti seorang islam tidak nampak pun individu tersebut beridentitikan kristian dan tidak mengaku walaupun dikatakan ia seorang kristian.
Ada sedikit kesalahan dalam tulisan di atas – kapal tersebut bernama Logos Hope – baca tentang kala Logos Hope di sini Kapal Logos Hope: Agenda Kristianisasi Berselindung Di Sebalik Pameran Buku
**********
Rakaman perbincangan – Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
**********
Bacaan berkaitan:
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad
KUALA LUMPUR 17 Ogos (Malaysia Malaysia) – Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.
Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.
Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.
“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga,” katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.
Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.
Menurut Kalthum, dia langsung tidak menyangka perhubungan anaknya dengan seorang lelaki bukan Islam telah membawa kepada murtad.
“Dia ada telefon saya dua hari sebelumAidilfitri (baru-baru ini) tetapi dia tetap macam itu juga (masih murtad),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pembela, Dr. Yusri Mohamad berkata, kemuliaan agama Islam perlu dipertahankan dengan ketegasan di negara ini.
“Memang kita sedih bila mendengar mengenai keluarga Puan Kalthum tetapi kalau kita berlembut dan tidak pertahankan Islam, ia akan buka pintu masalah kepada keluarga-keluarga lain,” katanya.
Dalam pada itu, Yusri turut menyeru kepada umat Islam di negara ini agar memberi tumpuan serius terhadap perbicaraan isu kalimah Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada 22 Ogos ini.
“Implikasi amat besar sekiranya kalimah Allah dibenarkan penggunaan oleh bukan Islam. Mari kita berdoa untuk kemenangan kes ini dan beramai-ramai beri sokongan kepada barisan peguam di Mahkamah Putrajaya pada Khamis ini,” katanya.
Terdahulu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberi taklimat mengenai perkembangan perbicaraan kes itu.
Bulan lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Ogos ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katholik The Herald menggunakan kalimah Allah.
*******
Sama-sama kita mengaminkan doa Mak Som. Amin Ya Rabb.
Recent Comments