Ramai yang bertanya kenapa perlunya dibuat Wacana Agenda Kristian Sedunia di waktu umat Islam di Malaysia masih sibuk berhari Raya dan ada yang masih belum sempat pulang dari kampung.

Dan di bulan Syawal ini pula terdapat banyak jemputan rumah terbuka Hari Raya. Mengapakah penganjur tidak memilih tarikh lain?

Sebenarnya umat Islam di Tanah Air ini perlu ingat bahawa 22hb Ogos terdapat pendengaran notis perbicaraan kes di Mahkamah Rayuan berhubung rayuan kes kalimah Allah. Pendengaran kes pada hari tersebut amat penting dan kritikal. Ianya merupakan pendengaran notis batal rayuan oleh pihak gereja terhadap rayuan kerajaan, jabatan-jabatan agama Islam negeri serta MACMA.

Jika pada 22hb Ogos (Khamis), Mahkamah Rayuan yang  mendengar notis tersebut bersetuju untuk membatalkan rayuan umat Islam maka secara automatik rayuan penuh kes ini yang akan bermula pada 10hb September gugur dengan sendirinya.

Maka habislah maruah umat Islam di Tanah Air ini dan keputusan kes kalimah Allah yang dibuat pada 31 Dis 2009 akan berkuatkuasa dengan membenarkan pihak gereja bebas mengguna kalimah Allah.

Baca lanjut di sini: Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya (dari blog: http://azrilmohdamin.com/)

Dengan itu PEMBELA dan MAIM menyeru seluruh umat Islam untuk memberi perhatian serta sokongan untuk sama-sama hadir sesi taklimat khas dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia pada 17hb Ogos (Sabtu) di Dewan Muktamar Pusat Islam.

wacana kristian promo7