You are currently browsing the daily archive for 18 August, 2013.
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pentafsiran Bible (Contextualization) [baca: Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian] menjadi strategi baharu bagi orang kristian untuk mendakyah umat Melayu dan Islam di Malaysia.
Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) A.Karim Omar berkata, orang Kristian memperakui sememangnya orang melayu susah untuk di murtadkan.
“Kita ada dokumen sehingga tahun 1968, mereka memperakui lagi susahnya untuk memurtadkan orang melayu. “Strategi Contextualization ini adalah satu strategi baru bagi orang kristian untuk berdakyah orang islam,” katanya pada Wacana Agenda Kristian Sedunia di Dewan Muktamar Pusat Islam di sini hari ini.
Tambah Karim Omar, pendedahan yang dibuat hari ini banyak menunjukan orang kristian ini menggunakan banyak tipu helah. “Contoh kita ambil satu kes, dia (orang kristian) pergi melawat orang sakit yang tiada saudara mara yang datang ziarah pun berkata “makcik pakcik kalau keluar hospital tiada rumah dan tempat tinggal datang ke rumah kami” yang pergi cakap itu orang Melayu kita iaitu paderi Melayu kristian.”
“Dia menggunakan strategi seperti pendidikan, contoh setiap tahun ada sebuah kapal yang Bernama Logos Skop, Hope ini macam perpustakaan bergerak dia datang ke Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan baru-baru ini dia beralih ke Kuching pula dan di dalamnya ada pameran buku tetapi dalam itu mereka membawa mesej kristian.” katanya.
Jelas beliau lagi, Strategi yang digunakan sekarang untuk memecah belahkan orang islam sekarang ini dengan memainkan isu kalimah allah serta penggunaan teknologi zaman sekarang yang memudahkan lagi orang-orang Melayu murtad.
“Kalimah Allah adalah satu strategi yang paling baik kerana strategi kalimah Allah ini telah dapat memecah belahkan kita umat islam. Dengan isu kalimah allah dianggap mudah kerana ada yang sokong dan ada yang tidak sokong.
“Disebut dalam kajian di Universiti Amerika, seorang paderi menyatakan bahawa adanya globalisasi, adanya teknologi terkini internet alam maya dan sebagainya itu memudahkan menarik orang-orang melayu untuk murtad dengan mengekalkan cara kehidupan orang melayu islam (bersolat dan berpuasa) tetapi berpengetahuan dalam ajaran kristian,” ujarnya.
Menurut beliau, pergerakan dalaman (Insider Movement) [baca: Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad] dikatakan amat berkesan, mereka masuk kristian dengan identiti seorang islam tidak nampak pun individu tersebut beridentitikan kristian dan tidak mengaku walaupun dikatakan ia seorang kristian.
Ada sedikit kesalahan dalam tulisan di atas – kapal tersebut bernama Logos Hope – baca tentang kala Logos Hope di sini Kapal Logos Hope: Agenda Kristianisasi Berselindung Di Sebalik Pameran Buku
**********
Rakaman perbincangan – Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
**********
Bacaan berkaitan:
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Insider Movement – Cara Melayu Kristian Merahsiakan Murtad
KUALA LUMPUR 17 Ogos (Malaysia Malaysia) – Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.
Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.
Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.
“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga,” katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.
Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.
Menurut Kalthum, dia langsung tidak menyangka perhubungan anaknya dengan seorang lelaki bukan Islam telah membawa kepada murtad.
“Dia ada telefon saya dua hari sebelumAidilfitri (baru-baru ini) tetapi dia tetap macam itu juga (masih murtad),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pembela, Dr. Yusri Mohamad berkata, kemuliaan agama Islam perlu dipertahankan dengan ketegasan di negara ini.
“Memang kita sedih bila mendengar mengenai keluarga Puan Kalthum tetapi kalau kita berlembut dan tidak pertahankan Islam, ia akan buka pintu masalah kepada keluarga-keluarga lain,” katanya.
Dalam pada itu, Yusri turut menyeru kepada umat Islam di negara ini agar memberi tumpuan serius terhadap perbicaraan isu kalimah Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada 22 Ogos ini.
“Implikasi amat besar sekiranya kalimah Allah dibenarkan penggunaan oleh bukan Islam. Mari kita berdoa untuk kemenangan kes ini dan beramai-ramai beri sokongan kepada barisan peguam di Mahkamah Putrajaya pada Khamis ini,” katanya.
Terdahulu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberi taklimat mengenai perkembangan perbicaraan kes itu.
Bulan lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Ogos ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katholik The Herald menggunakan kalimah Allah.
*******
Sama-sama kita mengaminkan doa Mak Som. Amin Ya Rabb.
Recent Comments