You are currently browsing the daily archive for 20 August, 2013.

Kenapa Malaysiakini dan The Malaysian Insider gusar dengan pendedahan tentang agenda Kristian? Apakah agenda sebenar kedua-dua portal media siber ini?

Mereka mempertikaikan pendedahan yang dibuat tentang wujudnya agenda jahat Kristian yang memurtadkan umat Islam secara strategi penipuan yang disebut sebagai kontekstualisasi (contextualization).

Pendedahan yang dibuat dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia yang berlangsung di Pusat Islam pada 17hb Ogos 2013 mendapat liputan dan dilaporkan beberapa akhbar dan media elektronik. (contoh: Strategi licik murtadkan Melayu dan Wacana Agenda Kristian: Strategi Murtad Terancang)

M-insider-conversion-conspiracyThe Malaysia Insider (TMI), dalam laporan bertarikh 18 Ogos 2013, bertajuk “Muslims in appearance, Christians at heart? They exist, says Umno paper”, menyatakan:

A new conspiracy theory has emerged regarding Malays who have been allegedly converted to Christianity but continue living as Muslims, a process called contextualisation, reported Umno mouthpiece Mingguan Malaysia.

TMI dengan mudah terus menuduh pembongkaran strategi pemurtadan Kristian ini sebagai hanya satu teori konspirasi.

Mungkin wartawan mereka bukan seorang yang profesional dalam laporannya kerana tidak membuat sedikit penyelidikan tentang apa yang telah didedahkan. Atau mungkin beliau sendiri sememangnya memusuhi sesiapa sahaja yang mendedahkan strategi jahat evangelis Kristian.

Jika wartawan tersebut lakukan carian mudah dengan dua entri asas iaitu “contextualization + christianity” atau “contextualization + evangelism”, sudah pastinya beliau akan menemui jawabannya. Dari memalukan diri sendiri dengan penulisan yang menampakkan kecetekan maklumat lebih baik beliau tidak komen benda yang beliau tidak buat “kerja rumah”nya. Wartawan yang malas namanya!

Atau sememangnya wartawan itu sudah pun berniat untuk sengaja menyanggahi pendedahan ini kerana beliau mempunyai sebabnya. Maka dengan cara menghina kredibiliti pendedahan tersebut beliau sanggup gadaikan prinsip kewartawanannya. Wartawan murahan namanya!

Contextualised conversions just bogeyman's shadow-topMalaysiakini, dalam laporan komentar mereka terhadap berita ini mengatakan “Contextualised conversions just bogeyman’s shadow?” sambil menuntut bukti berlakunya usaha pendakyah Kristian memurtadkan orang-orang Islam. Bukti telah banyak kali didedahkan – mereka tetap tidak mahu menerimanya.

Mereka juga mempertikaikan kesahihan pendedahan kajian doktoral di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Apakah kerana mereka tidak dapat mencari kajian tersebut dalam internet maka terus mereka membuat rumusan tiada kajian seumpama itu. Apakah semua kajian ada dalam internet? Sebenarnya kajian tersebut pernah dicapai di “www.scribd.com” – cuma kini ianya sudah ditarik balik. Mungkin kerana mereka ingin merahsiakan hasil kajian mereka. Namun, ramai di kalangan kita sempat menyimpannya.

Bagi yang melakukan kajian tersebut, yang beliau kini berada di salah sebuah pusat pengajaran Kristian di malaysia, mungkin sudah tahu bahawa laporan disertasinya setebal 430 muka surat itu sudah jatuh di tangan kita dan kita sudah tahu rahsia mereka.

Sekali lagi, dan seperti biasa, laporan berita dan ulasan yang dibuat kedua-dua portal ini boleh ditong sampahkan sebagai media picisan sahaja.

Mengapa perlu mereka menjadi defensif? Tentu ada agendanya!

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

August 2013
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid