You are currently browsing the monthly archive for September 2013.

Azril-taklimatMuslimUPRoIkuti rakaman video taklimat kepada pimpinan NGO-NGO Islam berhubung proses Semakan Sejagat Berkala (Universal Periodic Review – UPR) dan ancaman-ancaman tuntutan Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang disampaikan oleh Sdr. Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang merangkap sebagai ketua delegasi MuslimUPRo ke Geneva.

 

********

Lain-lain pautan berhubung isu UPR dan ancaman COMANGO adalah:

SHMuradRamai yang telah mengenali tokoh dari Universiti Cambridge yang pernah beberapa kali datang ke Malaysia, Shaykh Dr. Abdal Hakim Murad. Beliau juga adalah dekan di Cambridge Muslim College, sebuah intitusi yang banyak melatih para imam untuk masjid-masjid di United Kingdom.

Apabila ditanya dalam satu temubual, beliau mengingatkan tentang realiti dalam tuntutan-tuntutan hak asasi manusia itu. Shaykh Hakim Murad mengingatkan kita semua tentang pengarang dokumen deklarasi sejagat hak asasi manusia (Universal Declaration of Human Rights), sumber kepada pelabagi tuntutan HAM oleh aktivis pro-barat, Pada tahun 1948,Charles Malik, adalah orang yang mengarang dokumen tersebut. Beliau adalah seorang Kristian Katolik Lebanon yang apabila sekembalinya di tanah airnya terlibat dalam penubuhan pertubuhan pengganas militia Phalangist yang telah membunuh ribuan rakyat Palestin di khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982.

Berikut adalah sebahagian dari temubual beliau dalam “Spiritual Human” pada Februari 2013.

charlesmalik-largeWell, there are several questions here. One is the frequently overbegged question of whether ‘human rights’ should be understood through the lens of one culture alone. We speak of ‘universal human rights’ when in reality the rights concerned, for instance in the various generally impressive UN declarations, are those which were acceptable to Western or Westernised intellectuals in a particular historical period. John Gray’s Straw Dogs contains an amusing and rather shattering discussion of this.  In fact, the author of the Universal Declaration of Human Rights was a Lebanese Catholic intellectual who founded the Phalangist militia which massacred thousands of Palestinian civilians at Sabra and Chatila in 1982. And recently we have seen how most Americans have failed to protest against torture, black sites, special rendition, and state surveillance of civilians, as part of the ‘War on Terror’. In practice, the authors of these declarations promptly set them aside when it suits them to do so. 

Jangan kita terlalu ghairah dengan tuntutan hak asasi manusia tanpa melihat realiti setempat serta kedaulatan Tanah Air kita.

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

COMANGO adalah JELAS merupakan sebuah gabungan NGO yang MEMPROMOSI budaya seks songsang.

Seksualiti-Merdeka

Di dalam tuntutan mereka di UNHRC untuk proses semakan UPR (para 6.1), COMANGO mengatakan:

Malaysia refuses to recognise SOGI rights.

SOGI adalah identiti jantina dan orientasi seksual (sexual orientation and gender identity). Ini bermakna COMANGO ingin memaksa ke atas kerajaan Malaysia supaya menerima hak orang untuk melakukan amalan seks songsang lesbian dan gay.

Malah dalam para 6.6, COMANGO membuat cadangan kepada UNHRC mendakwa pihak penguatkuasa yang menangkap pelaku seks songsang sebegini didakwa!

Amalan-amalan seks songsang ini mereka sebut sebagai LGBTIQ.

Kita mungkin sudah maklum makna untuk abjad L, G, B dan T. Tetapi ditambah lagi dua lagi “I” dan “Q”. “Q” ini untuk apa? Untuk maksud “queer”. Bermakna bukan sahaja amalan seks itu songsang tetapi termasuk yang pelik-pelik yakni hatta dilakukan dengan binatang haiwan sekali pun. Astaghfirullah.

Beginilah jahatnya tuntutan puak-puak COMANGO.

Mereka turut mendesak untuk UNHRC agar Malaysia mengugurkan jenayah “penal code S377A” berhubung amalan seks liwat. COMANGO mahu JENAYAH LIWAT DIHALALKAN. Agenda siapa ni?

yogyakarta-principles

Prinsip-prinsip Yogyakarta adalah satu perisytiharan aktivis-akvitis songsang norma yang mahu dipaksa ke atas Tanah Air kita yang berdaulat

Mereka juga menuntut supaya Malaysia meminda semua undang-undang agar selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta (PY). Apa yang dimaksudkan dengan prinsip-prinsip yang dimeterai di bandar Jogjakarta itu?

The Yogyakarta Principles address a broad range of international human rights standards and their application to issues of sexual orientation and gender identity (SOGI).

Sekali lagi mereka menuntut kerajaan membenarkan amalan seks songsang. Apakah pentingnya PY ini? Ianya bukan ditanda-tangani oleh mana-mana negara. Kenapa hendak dipaksakan ke atas Tanah Air kita yang berdaulat? PY hanya sekadar perhimpuan dan persetujuan beberapa aktivis songsang yang memperjuangkan agenda sesat untuk membenar amalan kaum yang Allah telah laknatkan seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Apakah kita mahukan Malaysia nanti dilaknat juga? naudzubillah min dzalik

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

azrilmohdaminSdr. Azril Mohd Amin selaku Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia adalah di antara orang yang awal mengikuti isu UPR ini dan amat faham persoalan-persoalan serta hujah yang dituntut oleh puak-puak yang menuntut budaya songsang norma.

Beliau banyak menulis isu UPR sebelum ini. Boleh ikuti tulisan-tulisan beliau di bawah ini:

*********

Boleh juga ikuti posting saya sebelum ini berhuubung isu yang dibicarakan – sila baca pautan di bawah:

MUSLIMpro official logo

Ayuh nyatakan sokongan anda untuk bersama dalam proses semakan UPR yang mencabar Islam dan umatnya di negara kita

Dengan proses semakan kepatuhan hak asasi manusia UPR ke atas Malaysia hanya tinggal kurang sebulan lagi, NGO-NGO Islam bangkit bersatu di atas nama MuslimUPRo.

MuslimUPRo adalah ringkas bagi menyatakan kesepaduan umat Islam dalam mendepani proses UPR (Muslim NGOs in the UPR process). Ia merupakan satu gabungan untuk kesemua NGO-NGO untuk persiapan menghadapi tuntutan-tuntutan yang mencabarkan Islam dan umatnya di Tanah Air kita yang berdaulat ini.

MuslimUPRo mengharapkan sokongan semua NGO Islam (NGI).

Kita akan mengaturkan strategi … tetapi tidak boleh kita uar-uar lagi di sini (nanti depa tahu!).

Berikan sokongan anda.

Sesi taklimat umum yang pertama insha Allah akan diadakan semasa program:

Wacana Pemantapan Aqidah: Mendepani Ancaman Liberalisme dan Syiah anjuran YADIM bersama MAIWP

Tarikh: 2hb Oktober 2013 (Rabu)

Masa: 8:00 malam

Tempat: Dewan Muktamar Pusat Islam, KL (depan Masjid Negara)

Jemputlah hadir ramai-ramai. Sebarkan!

*********

Untuk fahami isu yang dibicara sila baca pautan di bawah:

 

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights – UDHR) seolah-olah menjadi sebuah kitab yang mesti dipatuhi sepenuhnya oleh negara-negara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu galak dijaja oleh NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Mereka (NGO-NGO ini) akan membuat pelbagai tuntutan dan desakan untuk negara-negara yang berdaulat ini tunduk kepada suatu deklarasi yang sebenarnya tidak mengikat mana-mana negara untuk patuh.

Dalam proses UPR yang mana Malaysia bakal mendepani giliran semakannya pada bulan Oktober ini bakal menyaksi NGO-NGO tajaan barat cuba mendesak UNHRC menekan kerajaan Malaysia untuk patuhi tuntutan-tuntutan mereka.

charlesmalik-large

Charles Malik di PBB

Jika kita ingin melihat kembali sejarah dokumen UDHR ini, orang yang memainkan peranan utama dalam menyiapkan draf deklarasi ini pada tahun 1948 ialah seorang rakyat Lebanon bernama Charles Malik, ketika itu menjadi Rapporteur Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB.

Beliau kemudian kembali ke Lebanon untuk mengajar dan terlibat penuh dengan gerakan Kristian di tempat kelahirannya. Ketika perang saudara Lebanon, beliau bersama dengan beberapa rakan Kristiannya menubuhkan gerakan Front Lebanese yang turut dianggotai oleh gerakan ekstremis Kristian parti Phalangist. Front Lebanese adalah sekutu angkatan tentera Israel (Israeil Defense Forces-IDF).

Kita semua maklum bahawa pada bulan September 1982, satu pembunuhan beramai-ramai dilakukan terhadap pelarian Palestin di khemah Sabra dan Shatila. Pembunuhan terancang di bawah perlindungan Israel ini telah dilakukan oleh puak-puak pengganas ekstremis Kristian ini di bawah kepimpinan Charles Malik, orang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia sejagat!

Sekadar memberi gambaran kekejaman pengganas Kristian Phalangist di Sabra dan Shatila:

“Many of the bodies found had been severely mutilated. Many boys had been castrated, some were scalped, and some had the Christian cross carved into their bodies…” (The Daily Telegraph, 17 June 2001)

Di mana hati perut orang yang yang melakarkan draf deklarasi hak asasi kemanusiaan sejagat apabila ribuan pelarian Palestin dibunuh tanpa belas kasihan? Tidak perlulah kita bertanya NGO-NGO yang membuta menurut telunjuk barat untuk membuat pelbagai tuntutan yang menyanggahi Perlembagaan Persekutuan Tanah Air kita yang berdaulat.

NGO-NGO ini tidak berani bersuara dalam isu kekejaman sebegitu. Atas dasar apa pula perjuangan hak asasi mereka jika pembunuhan kejam sebegini dibenarkan? Apabila kita timbulkan isu-isu seperti ini mereka tidak mampu untuk mempertahankan “perjuangan hak asasi” Charles Malik itu.

Ucapan tahniah Abba Eban (bekas Timbalan Perdana Menteri Israel) kepada Charles Malik pada tahun 1954

Ucapan tahniah Abba Eban (bekas Timbalan Perdana Menteri Israel) kepada Charles Malik pada tahun 1954

Seorang pengganas Zionis Abba Eban (Menteri Luar dan Timbalan Perdana Menteri Israel) mengirim sepucuk surat ucapan tahniah kepada Charles Malik pada tahun 1954 apabila mendapat cahayamatanya yang bernama Habib Malik. Apakah keakraban pemimpin Israel dengan tokoh yang kemudiannya memimpin Front Lebanese?

Sekadar makluman, Charles Malik dalam kerjayanya pernah bertugas dengan Rockefeller Foundation selain pernah menjadi menteri kabinet kerajaan Lebanon.

Apakah perlu satu dokumen yang ditulis oleh orang yang dalam sejarah hidupnya tercatat peristiwa hitam lagi kejam pembunuhan pelarian yang tidak terbela ingin kita angkat sebagai sebuah kitab suci yang perlu kerajaan Malaysia yang berdaulat patuhi?

Delegasi Malysia ke proses UPR di Geneva bulan depan mesti tidak berganjak dengan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia yang telah banyak kali dipertegaskan oleh pucuk pimpinan negara sebelum ini.

 

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

 

Dalam menghadapi tuntutan-tuntutan COMANGO (klik untuk baca) dalam proses UPR (baca: Apa itu UPR? di sini) kita cuba lihat ketegasan pendirian kerajaan Malaysia sebelum ini apabila isu yang sama dibangkitkan.

OICSebagai contoh, pendirian kerajaan Malaysia adalah konsisten bersama Kumpulan OIC bagi hak Asasi Manusia semasa menolak Resolusi 17/19 PBB berkenaan hak-hak LGBT serta menarik diri dari Panel berkaitan Hak-hak berdasarkan Sexual Orientation & Gender Identity (SOGI) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland 14 Februari 2012.

Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian mereka dalam isu ini apabila menolak tuntutan memasukkan hak-hak LGBT dari dimasukkan ke dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada 17 & 18 November 2012.

ASEANMalah ASEAN sebagai kelompok negara di rantau ini turut bertegas apabila Danny Lee, Pengarah Pembangunan Masyarakat, Sekretariat ASEAN menegaskan:

“Pengisytiharan tersebut adalah dengan sendirinya merupakan mercu tanda. Apabila kamu memikirkan tentangnya, mempunyai 10 negeri dengan perlembagaan yang berbeza-beza untuk bersetuju terhadap sesuatu perkara bukannya senang …Di negara-negara ASEAN, kebebasan sepenuhnya tidak mungkin dapat dinikmati kerana terdapat begitu banyak agama dan perbezaan etnik.”

Dengan asas pendirian sebegini kita sama-sama mengharapkan delegasi Malaysia yang bakal hadir untuk proses UPR di Geneva nanti turut bertegas menolak tuntutan-tuntutan COMANGO, yang dilihat sebagai menjadi talibarut asing. Kita sama-sama doakan agar delegasi Malaysia diberi kekuatan serta bertegas dengan pendirian menolak tuntutan-tuntuntan yang songsang dan menyanggahi kedaulatan Tanah Air kita.

Prinsip-prinsip dan deklrasi PBB bukan suatu yang mengikatkan mana-mana negara untuk tunduk sepenuhnya kerana Tanah Air kita adalah sebuah negara berdaulat yang mempunyai asas-asas Perlembagaannya tersendiri.

Sebagai contoh, negara Israel pada awal tahun ini bertindak untuk keluar dari proses UPR apabila menghadapi tekanan dalam isu-isu yang mereka rasakan bercanggah dengan pendirian negara mereka. Di mana taring negara-negara kuasa besar yang “memperjuangkan hak asasi kemanusiaan” dalam menuntut kepatuhan terhadap Israel dalam semakan hak asasi manusia ini?

… bersambung … insha Allah kita lihat sedikit sejarah Deklarasi Hak Asasi Manusia ini.

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

UPR

Klik untuk maklumat lanjut berhubung UPR

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh COMANGO (baca antara tuntutan-tuntutan tersebut di sini) dalam proses UPR jelas sekali tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Mereka sengaja cuba mengelirukan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

Kedudukan Islam sebagai agama Negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga sumpah DYMM Yang DiPertuan Agong menurut Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Apakah tujuan mereka membuat pelbagai tuntutan sedemikian di UNHRC Geneva?

Jika mereka ingin menggunakan helah bahawa tuntutan mereka adalah berdasar perisytiharan-perisytiharan antarabangsa namun Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Mereka tidak boleh menyanggahi kedaulatan perlembagaan sesebuah negara.

Malah jika kita teliti kes-kes dalam mahkamah di Malaysia, mahkamah telah memutuskan tentang kedaulatan undang-undang Negara mengatasi perisytiharan-perisytiharan antarabangsa.

kedaulatan negara vs perisytiharanContohnya, dalam kes Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia dan Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara, hakim-hakim yang terlibat bukan sahaja menegaskan kedaulatan perlembagaan negara tetapi turut menyatakan bahawa deklarasi-deklarasi PBB bersifat hanya deklarasi dan tidak mengikat mana-mana negara.

Hakim Eusoffe Abdoolcader (Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia) menyatakan:

The Universal Declaration of Human Rights … is not a legally binding instrument as such and some of its provisions depart from the existing and generally accepted rules.  It is merely a statement of principles devoid of any obligatory character and is not part of our (Malaysian Federation’s) municipal law … In brief, it connotes that the proposed course is conducive to the advantage of the end in view and not to its detriment

Kemudian, Hakim Siti Norma Yaakob (Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara) menyatakan:

It must be borne in mind that the 1948 Declaration is a resolution of the General Assembly of the United Nations and not a convention subject to the usual ratification and accession requirements for treaties. By its very title it is an instrument which declares or sets out statement of principles of conduct with a view to promoting universal respect for and observance of human rights and fundamental freedoms. Since such principles are only declaratory in nature, they do not, I consider, have the force of law or binding on Member States. If the United Nations wanted those principles to be more than declaratory, they could have embodied them in a convention or a treaty to which Member States can ratify or accede to and those principles will then have the force of law.

Maknanya mahkamah memutuskan bahawa prinsip-prinsip di buat di PBB itu bukannya berbentuk perjanjian dan tidak boleh mengatasi kedaulatan negara. COMANGO janganlah menyalak menyanggah kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Kupasan lanjut dibuat oleh Sdr. Azril Mohd Amin – UDHR and the position of Islam in Malaysia’s Federal Constitution.

Seterusnya kita lihat pendirian Malaysia dalam isu-isu yang dituntut oleh talibarut-talibarut asing … bersambung – baca tulisan susulan lain dan yang berkaitan di bawah.

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

 

Dalam posting lepas, saya telah menyebut beberapa “Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia” dalam proses UPR. Dan saya telah sebut secara ringkas salah satu badan yang membuat tuntutan tersebut yang mengelar diri mereka sebagai COMANGO – Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

Siapakah mereka sebenarnya?

COMANGO mengklaim kononnya mereka ada 54 buah pertubuhan NGO yang bernaung di bawahnya.  Antaranya:

Antara penumbang dana untuk SUARAM. Di mana ketelusan pengurusan dana jika mereka sebuah entiti haram yang tidak berdaftar ...

Antara penumbang dana untuk SUARAM. Di mana ketelusan pengurusan dana jika mereka sebuah entiti haram yang tidak berdaftar …

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Kita tahu SUARAM adalah sebuah entiti haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Mereka mendapat dana asing terutama dari Amerika Syarikat. Antara penyumbang besar mereka adalah National Endowment for Democracy (NED) – sebuah “agensi bantuan kerajaan Amerikat Syarikat”. Perkara ini pernah didedahkan bahawa SUARAM mendapat dana RM1.6 juta dari NED dan lebih RM700 ribu dari penyagak George Soros (klik untuk baca lanjut). Satu lagi agensi kerajaan Amerika yang turut menyumbang kepada SUARAM ialah Asia Foundation.

2. SIS Forum juga satu lagi pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS yang kononnya bergerak atas perjuangan untuk hak wanita Islam. Mereka kerap cuba mengabui mata masyarakat dengan mengguna nama Sisters in Islam. Kita tahu pengerak utamanya satu masa dulu termasuk orang yang bernama Aminah Wadud yang “berlakon” menjadi imam solat Jumaat. SIS adalah sebuah pertubuhan songsang dan banyak menyalahi ijma’ ulama.

3. Tenaganita – juga merupakan “pertubuhan” yang mendapat dana dari Amerika Syarikat.

Seksualiti-Merdeka4. PT Foundation – sebuah pertubuhan yang menggalakkan budaya LGBT. PT bermaksud Pink Triangle merujuk kepada budaya seks songsang.

5. Seksualiti Merdeka – juga sebuah badan yang memperjuangkan budaya seks songsang. Mereka mengajur festival seks bebas dan mempromosi seks songsang.

Bagaimana mungkin pertubuhan-pertubuhan yang mempromosi seks songsang diangggap mewakili masyarakat ramai. Mereka sendiri telah menyalahi undang-undang negara.

Kebanyakan “pertubuhan-pertubuhan” yang mereka senaraikan entah ada ahli atau tidak – kita tidak pasti. Yang kami pasti sesetengahnya adalah kelompok orang-orang yang sama sahaja yang mengepalai pertubuhan-pertubuhan pelbagai nama itu.

Yang menariknya, hasil siasatan kami, dari 54 pertubuhan NGO yang mereka klaim COMANGO mewakili, hanya 12 buah sahaja NGO yang berdaftar dengan ROS. Yang selebihnya adalah pertubuhan NGO haram yang tidak berdaftar. Bagaimana mereka boleh mendabik dada mewakili orang ramai atau masyarakat Malaysia – sudahlah ahli entah berapa kerat rupanya mereka adalah pertubuhan haram.

Bagaimana pula hendak mereka buat pelbagai tuntutan hingga ke Geneva supaya Malaysia mematuhi sedang mereka sendiri bukan entiti yang sah dari segi undang-undang. Mereka sendiri telah melanggar undang-undang negara. Mereka sendiri tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Turut sama dalam kumpulan COMANGO adalah Amnesty International dan Dignity International. Kita sangat maklum kedua-dua pertubuhan ini adalah anasir luar negara yang kerap campur-tangan dalam urusan beberapa negara yang mempunyai kepentingan mereka.

Salah satu pertubuhan dalam senarai COMANGO adalah Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall. (dan beberapa lagi “committee” dalam satu-satu pertubuhan) Maksudnya sebuah JK di bawah KLSCAH? Alah, kalau setakat JK kecil di bawah sesebuah pertubuhan tak payahlah nak dimasukkan. Nantikan Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) senaraikan JK kecilnya yang berlambak … apa kata?

Tak payahlah takat hendak menampakkan bilangan yang ramai maka diambil habis pelbagai pertubuhan penduduk dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil bagi mana-mana pertubuhan atau sebagainya. – nampak sangat terdesak. Konon-konon nak berlakon di Geneva nanti mereka punyai bilangan ramai.

Di dalam senarai agensi yang membuat tuntutan di UNHRC terhadap Malaysia ialah sebuah yayasan yang anti-Islam, Becket Fund. Mereka telah banyak menyumbang dana kepada pelbagai pertubuhan di Malaysia termasuk dikata menaja barisan peguam dalam kes Azlina Jailani dulu. Kini mereka terus lagi mencampuri dalam hal ehwal kedaulatan Tanah Air kita.

Apakah motif sebenar mereka? Memporak-perandakan Tanah Air kita untuk mengikut telunjuk TUAN mereka? Mereka mahu nanti negara kita diratah oleh TUAN mereka?

Apakah gelaran TALIBARUT ASING layak digelarkan kepada mereka?

… bersambung … Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan.

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

 

Selepas memahami apa itu UPR (dalam posting lepas), maka kali ini kita cuba fahami apakah tuntutan-tuntutan Hak Asasi Manusia yang telah dibuat terhadap Malaysia?

Dalam proses semakan UPR ini, beberapa tuntutan telah dihantar oleh beberapa pihak kepada UNHRC. Di antara badan yang telah menghantar tuntutan mereka adalah sebuah gabungan NGO di atas nama COMANGO atau nama penuhnya disebut sebagai Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

COMANGO bukan satu pertubuhan berdaftar. Ianya adalah gabungan longgar sekitar 50 buah NGO berlatar belakangkan fahaman liberal yang menuntut kebebasan mengikut acuan kebebasan mutlak, antaranya termasuk SIS Forum (nama sebenar yang didaftar – nama haram yang mereka guna adalah Sisters In Islam), SUARAM (satu lagi pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS ataupun SSM), dan yang lain (insha Allah akan didedahkan dalam posting berikut … COMANGO – Talibarut Asing?)

Kita lihat apakah di antara tuntutan yang COMANGO telah serahkan kepada UNHRC:

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?

LGBT2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)

3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!

Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).
Ini adalah di antara tuntutan-tuntutan yang jelas menganggu-gugat kita sebagai umat Islam serta mempertikai kedaulatan Islam di Tanah Air ini.

Apakah kewajaran tuntutan mereka? Apakah Malaysia ini tidak mempunyai Perlembagaan negara?

Insha Allah kita akan lihat percanggahan tuntutan-tuntutan ini mengikut landas Perlembagaan Persekutuan dalam posting yang seterusnya … selepas pendedahan ini – COMANGO – Talibarut Asing? Nantikan.

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2013
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid