Tahniah kepada JAKIM kerana telah membuat bantahan dan tahniah juga kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana menolak permohonan penganjuran konsert “Lamb of God”.

Syukur Alhamdulillah

********

Kementerian Tolak Permohonan Konsert ‘Lamb Of God’

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menolak permohonan penganjuran konsert kumpulan heavy metal ‘Lamb of God’ yang dijadual berlangsung pada 28 Sept.Menurut kenyataan KKMM Rabu, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), semalam”Keputusan penolakan ini dibuat secara sebulat suara setelah mendapati persembahan kumpulan ini menyentuh sensitiviti agama serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kumpulan dari Amerika Syarikat itu dijadual membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail di sini.

jata-negaraJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini turut membantah kehadiran kumpulan itu di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata bantahan itu berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Bantahan itu juga, katanya selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.

— BERNAMA

***********

Lamb of God concert application denied

KUALA LUMPUR: The Communications and Multimedia Ministry has rejected the application to stage a concert here on Sept 28 by the heavy metal group Lamb of God.

The ministry said in a statement that the performances of the group were found to infringe on the religious sensitivities and cultural values of Malaysian society.

The decision was made at a meeting of the Central Committee on Applications for Filming and Performances by Foreign Artistes (Puspal) on Wednesday, it added.

The United States’ group was scheduled to perform in Jalan Sultan Ismail here.

The Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) had expressed its objection to the group’s performance in the country.

Jakim director-general Datuk Othman Mustapha had said that the music that the group had performed was a mix of metal songs with the reading of verses from the Quran.

He had also said that the Jakim objection was in accordance with the decision of the Fatwa Committee that the practices and acts of black metal groups were misguided and contrary to the true teachings of Islam. – Bernama