You are currently browsing the daily archive for 9 September, 2013.

Azril Mohd Amin ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Pada 11 Julai 2013 lalu, suatu sesi taklimat bagi ahli-ahli parlimen telah diadakan oleh Gabungan NGO Malaysia bagi Proses UPR (COMANGO) di bangunan Parlimen. Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Chua Tian Chang, ahli parlimen Batu, dan dihadiri beberapa wakil NGO Hak Asasi Manusia (HAM), di antaranya Honey Tan (COMANGO report), Angela Kukathas (SOGI report – Sexual Orientation and Gender Identity), Masjaliza Hamzah (CIJ report – Centre of Independent Journalism) Daniel Lo (MWG report by CAMSA, Coalition to Abolish Modern-day Slavery in Asia) dan Andrew Khoo (Majlis Peguam Malaysia).
Taklimat yang dijalankan telah disandarkan pada Deraf Laporan COMANGO (DLC) bertarikh 11 Mac 2013, yang dihantar sebagai laporan ‘stakeholder’ kepada proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN). Giliran Malaysia menjalani proses UPR tersebut adalah pada 24 Oktober 2013 akan datang di Geneva, Switzerland. Komitmen dan tanggungjawab Malaysia terhadap rekod dan pencapaian hak asasi manusianya akan disemak bagi menentukan bahawa Malaysia telah melaksanakan komitmen terhadap beberapa syor yang telah dikemukakan Negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semasa pusingan pertama proses UPR pada tahun 2009 lalu dilakukan.
Di antara isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO tersebut adalah:
i) Isu berkaitan Orientasi Seks dan Identiti Gender (SOGI) yang ditimbulkan dan terdapat tuntutan serta tekanan-tekanan untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan sedia ada yang melarang perlakuan LGBTIQ. Secara khususnya, COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung salah laku liwat dan juga pematuhan terhadap saranan-saranan yang terkandung di dalam Prinsip-prinsip Yogyakarta yang bertujuan memberikan hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ, yang ternyata bercanggah dengan prinsip-prinsip fitrah kemanusiaan, realiti budaya dan panduan beragama. (Rujuk perkara 6.4 dan 6.7 DLC);
ii) Campurtangan dan usaha menghapuskan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen berkaitan yang diberikan label negatif seperti “moral policing” dan dianggap sebagai melanggar “hak-hak peribadi”. (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC). Hal ini menyentuh peruntukan-peruntukan yang lahir dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah yang diluluskan Dewan Undangan Negeri-negeri;
iii) Campurtangan berhubung isu tuntutan penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly. Wujud agenda terancang untuk memberikan tekanan terhadap sistem kehakiman di Negara ini yang masih lagi belum memutuskan isu ini di peringkat Mahkamah Rayuan. Malah, Jagir Singh presiden Majlis Perundingan Agama bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCSHT) telah pada 10 Ogos 2013 mengeluarkan ugutan untuk membawa isu tuntutan ini ke peringkat Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu. Kenyataan Jabir ini konsisten dengan isu penggunaan nama ‘Allah’ yang disebut di dalam DLC (Rujuk Perkara 10.1.1 DLC);
Ahli-ahli parlimen beragama Islam yang hadir di dalam taklimat COMANGO tersebut didesak untuk tampil ke hadapan dan mendedahkan isi kandungan taklimat kepada masyarakat awam. Melihat dari sebahagian dari isu-isu yang ditimbulkan, ternyata bahawa proses UPR ini telah dan akan terus dijadikan saluran untuk memanipulasi isu-isu HAM bagi menghakis kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menafikan hak-hak orang Islam dengan cara menampilkan nilai-nilai hak asasi manusia barat yang sarat dengan unsur-unsur sekularisme, liberalisme dan pluralisme. Wujud juga usaha untuk mengenengahkan orientasi kehidupan yang bebas dari nilai-nilai agama dan budaya ketimuran melalui tuntutan-tuntutan hak-hak LGBTIQ dan kebebasan untuk murtad.
Kerajaan Pusat didesak tidak tunduk terhadap tuntutan-tuntutan songsang yang wujud atas nama hak asasi manusia (HAM), demokrasi dan kebebasan yang dinyatakan di dalam DLC tersebut. Tuntutan-tuntutan tersebut yang berselindung atas nama HAM, demokrasi dan kebebasan pada hakikatnya ingin menuntut hak-hak yang dipelopori golongan sekular dan liberal barat yang menyanjung kehidupan tanpa agama dan bebas seperti yang diamalkan di Barat.
Kerajaan Pusat juga perlu sedar bahawa undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) yang telah dihapuskan adalah hasil tekanan-tekanan konsisten pertubuhan-pertubuhan HAM yang telah menggunakan saluran UPR ini untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka. Hasilnya kita sedang berdepan dengan ancaman-anacaman jenayah yang semakin berleluasa dan juga timbulnya pelbagai bentuk ajaran sesat termasuklah faham syiah yang semakin berani menzahirkan diri mereka di kalangan masyarakat.
Selain itu, pada setakat tahun 2013, sebanyak 14 negara di dunia, yang terkini New Zealand, yang telah mengizinkan dan mengiktiraf perkahwinan sesama jenis akibat penghapusan undang-undang yang pada awalnya melarang perlakuan LGBTIQ. Kerajaan perlu berwaspada untuk tidak tunduk pada tekanan-tekanan lobi LGBTIQ ini kerana mereka sangat bergantung pada Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 dan proses UPR ini untuk mendapatkan hak-hak mereka.
Di Negara jiran seperti Thailand, usaha-usaha telah dimulakan kearah mewujudkan undang-undang bagi mengizinkan dan mengiktiraf perkahwinan sejenis. Dalam hal ini, Malaysia perlu mengambil iktibar kedudukan di Singapura yang telah menolak usaha mengisytiharkan undang-undang anti-liwat sebagai lapuk. Menerusi suatu kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi Singapura di dalam kes Lim Meng Suang & Satu Lagi lawan Peguam Negara pada 9 April 2013 lalu permohonan Plaintif untuk mengisytiharkan undang-undang anti-liwat di dalam Kanun Kesiksaaan Negara tersebut sebagai tidak keperlembagaan (unconstitutional) telah ditolak Mahkamah Tinggi.
Adalah amat dikesali bahawa ahli-ahli parlimen beragama Islam yang telah hadir semasa sessi taklimat tersebut tidak berterus terang dengan rakyat tentang tuntutan-tuntutan berbahaya yang telah ditimbulkan di dalam DLC yang bertentangan dengan aspek-aspek keagamaan. Sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui sistem demokrasi, mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyuarakan isu dan permasalahan masyarakat, tetapi hendaklah bersikap telus dan berani di dalam menyatakan perkara yang hak, apatah lagi apabila perkara-perkara tersebut bertentangan dengan teras aqidah, syariah dan akhlaq umat Islam, serta keluruhan moral masyarakat Malaysia secara umumnya.
Azril Mohd Amin ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM). – http://azrilmohdamin.com
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Tindakan golongan Syiah membenarkan umat Islam berfahaman Sunni dibunuh bukan disebabkan faktor politik atau etnik tetapi merupakan sebahagian pegangan akidah ajaran itu.
Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM), Mohd. Hamidi Ismail berkata, pengikut Syiah berpendapat darah golongan Sunni halal kerana tidak mengiktiraf sebanyak 12 imam yang merupakan satu daripada rukun iman dalam Syiah.
Beliau berkata, pengikut Syiah meletakkan kedudukan 12 imam itu terlalu hebat hingga ke tahap maksum sedangkan perkara tersebut menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
“Mereka mendakwa golongan Sunni tidak mengiktiraf kedudukan Saidina Ali Abu Talib sebagai pengganti kepada Rasulullah SAW sedangkan kita mengakui Saidina Ali adalah sahabat besar baginda dan merupakan khalifah keempat dalam pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Konsep Imam dan Imamah Syiah dan Percanggahannya Dari Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Hamidi berkata, tindakan Syiah mengkafirkan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW juga tidak boleh diterima dan jelas bertentangan dengan syariat Islam.
Sedangkan, menurut beliau, Rasulullah SAW dalam beberapa hadis mengiktiraf dan memperakui kelebihan-kelebihan sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman al-Affan dan ramai lagi.
Selain itu, Mohd. Hamidi turut menyentuh mengenai perkahwinan mutaah yang disifatkannya sebagai ‘candu’ bagi menarik orang ramai menganut ajaran Syiah sedangkan perkahwinan tersebut tidak dibenarkan syariat dan amat bertentangan dengan Islam.
Perkahwinan itu, tambah beliau, menjatuhkan maruah serta harga diri wanita selain meletakkan kedudukan golongan tersebut pada tahap terlalu rendah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_05/Bunuh-golongan-Sunni-pegangan-akidah-Syiah#ixzz2eLrBZVwm
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Seorang bekas pengikut Syiah mengambil keputusan meninggalkan fahaman itu selepas mendapati ajaran tersebut karut dan boleh memecah-belahkan masyarakat.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Ibrahim, 52, berasal dari Bangkok, Thailand berkata, dia mula menyedari terdapat beberapa amalan Syiah amat mengelirukan selepas enam tahun menganut fahaman tersebut.
Antara amalan yang disifatkan sebagai karut katanya, ialah ‘taqiyah’ atau berpura-pura, solat tiga kali sehari dan perkahwinan mutaah.
“Selepas beberapa ketika saya mengikut fahaman Syiah, saya mula terfikir adakah Syiah ini satu fahaman yang benar. Saya kemudian merujuk dengan beberapa ustaz dan mengambil keputusan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar,” katanya ketika berkongsi pengalaman dengan para peserta Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
Dalam pada itu Syed Ibrahim berkata, berdasarkan pengalamannya, Syiah sememangnya boleh memecah-belahkan masyarakat terutama keluarga dan itulah hakikat yang berlaku selama ini.
Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita, beliau mengakui tentang kepetahan pendakwah- pendakwah Syiah dalam menarik minat umat Islam lain mengikuti Syiah.
“Di sini letaknya peranan ibu bapa serta para ustaz, ustazah dan semua pihak untuk sentiasa menasihat anak-anak kita daripada terpengaruh dengan fahaman songsang ini,” ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_02/Fahaman-Syiah-karut—Bekas-pengikut#ixzz2eLiCphad
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Fahaman Syiah disifatkan sebagai agama sesat baharu yang diasaskan Yahudi untuk merosak dan menghapuskan umat Islam.
Ketua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (IMM), Mohamad Ismail berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan doktrin Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan Islam sebenar.
Menurut beliau, perbezaan paling ketara iaitu pengikut Syiah meletakkan sebanyak imam 12 sebagai maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil serta besar.
Malah, pengikut ajaran Syiah juga percaya sesiapa yang mengingkari salah seorang daripada imam tersebut adalah kafir dan akan kekal dalam neraka.
“Nikah mutaah pula mendapat kedudukan tinggi dan mulia dalam ajaran Syiah sedangkan perbuatan itu adalah pelacuran yang menggunakan nama agama serta bersifat nafsu semata-mata yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, ajaran Syiah meletakkan kepercayaan al-Quran hari ini merupakan naskah yang sudah diubah suai para sahabat Nabi Muhammad SAW dan mendakwa kitab sebenar akan muncul bersama Imam Mahdi pada akhir zaman.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, amat sukar mengenal pasti pengikut-pengikut Syiah memandangkan mereka mengamalkan ‘taqiyah’ iaitu menyembunyikan akidah dengan berselindung dan bermuka-muka.
Jelasnya, taqiyah merupakan asas agama atau rukun dalam ajaran Syiah yang mana pengikut Syiah yang tidak bertaqiyah dianggap sama seperti meninggalkan solat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_04/Syiah-agama-baharu-ciptaan-Yahudi#ixzz2eLgDRaOJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Zamihan Md. Zain ketika menyampaikan ceramah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam.
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
“Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti ini (Syiah),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
Seminar itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam (Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah.
Zamihan berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan pihak berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk penyebaran fahaman Syiah di peringkat awal.
Menyentuh perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa berasa gentar.
Beliau berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak dilakukan.
“Setakat ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri lagi dalam proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif,” katanya.
Menurut beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan serta tidak berkompromi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_01/Malaysia-perlu-undang-undang#ixzz2eLdNKFjm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kuala Lumpur: Hentikan segera hubungan diplomatik dengan Iran. Itu resolusi Seminar ‘Mendepani Virus Syiah’ yang diadakan di Pusat Islam, di sini semalam, sebagai langkah segera menyekat penyebaran fahaman itu di negara ini.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, berkata langkah drastik perlu diambil bagi memastikan ‘virus’ fahaman Syiah tidak terus menular dan merosakkan akidah umat Islam di negara ini, yang majoritinya Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Malaysia perlu mencontohi negara Maghribi, yang berjaya menyekat penularan Syiah di negara itu selepas bertindak memutuskan segala bentuk hubungan diplomatik dengan Iran, termasuk bidang berkaitan pendidikan dan ekonomi.
Syiah ibarat ‘racun’
“Fahaman Syiah perlu disekat, sama seperti kita menyekat penularan fahaman Komunis di negara ini suatu ketika dulu.
“Syiah boleh diibaratkan sebagai ‘racun’ yang mampu memusnahkan keharmonian dan keselamatan negara sama seperti yang berlaku di beberapa negara lain termasuk Iran, Iraq dan Pakistan,” katanya yang membacakan resolusi itu dalam ucapan penutup seminar anjuran bersama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Katanya, hubungan diplomatik, ekonomi dan pendidikan dengan Iran ketika ini ibarat ‘gula-gula’ yang meracun dan akan menghancurkan masyarakat di sesebuah negara dalam senyap.
“Kita perlu cepat. Jangan sampai terlewat. Jangan tunggu lama-lama. Ia adalah doktrin yang bersifat menyeleweng akidah sekali gus mampu menghancurkan negara,” katanya.
Sementara itu, bekas pengikut ajaran itu yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Ibrahim, 52, berkata sifat ingin tahu, tanpa kefahaman mendalam mengenai agama dan bahaya Syiah menjadi antara punca utama beliau terjebak dalam ajaran itu.
Guna hadis palsu
“Semangat ingin tahu yang melampau membuatkan saya terjebak dengan ajaran itu seawal usia 18 tahun.
“Minat untuk mengetahui mengenai fahaman itu makin menebal selepas tercetusnya revolusi Iran yang berjaya mengembangkan ajaran berkenaan di negara itu. Kehebatan pendakwah Syiah menyebarkan dakyah menggunakan hadis palsu ciptaan mereka menyebabkan saya terus terjebak dengan ajaran itu sehingga kira-kira enam tahun lamanya.
“Tetapi dalam enam tahun itu pelbagai kekeliruan saya temui dalam ajaran yang di bawa mereka. Antara yang paling nyata adalah takiyyah (berpura-pura) dan Imamah (Imam Syiah lebih tinggi darjatnya daripada Nabi). Apabila mengalami kekeliruan, saya akan cuba mendapatkan bantuan daripada ustaz yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan akhirnya, saya kembali ke pangkal jalan,” katanya.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyorputushubungandiplomatikKL-Tehran/Article
Recent Comments