You are currently browsing the daily archive for 27 September, 2013.
Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh COMANGO (baca antara tuntutan-tuntutan tersebut di sini) dalam proses UPR jelas sekali tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara. Mereka sengaja cuba mengelirukan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.
Kedudukan Islam sebagai agama Negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga sumpah DYMM Yang DiPertuan Agong menurut Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Apakah tujuan mereka membuat pelbagai tuntutan sedemikian di UNHRC Geneva?
Jika mereka ingin menggunakan helah bahawa tuntutan mereka adalah berdasar perisytiharan-perisytiharan antarabangsa namun Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Mereka tidak boleh menyanggahi kedaulatan perlembagaan sesebuah negara.
Malah jika kita teliti kes-kes dalam mahkamah di Malaysia, mahkamah telah memutuskan tentang kedaulatan undang-undang Negara mengatasi perisytiharan-perisytiharan antarabangsa.
Contohnya, dalam kes Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia dan Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara, hakim-hakim yang terlibat bukan sahaja menegaskan kedaulatan perlembagaan negara tetapi turut menyatakan bahawa deklarasi-deklarasi PBB bersifat hanya deklarasi dan tidak mengikat mana-mana negara.
Hakim Eusoffe Abdoolcader (Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia) menyatakan:
The Universal Declaration of Human Rights … is not a legally binding instrument as such and some of its provisions depart from the existing and generally accepted rules. It is merely a statement of principles devoid of any obligatory character and is not part of our (Malaysian Federation’s) municipal law … In brief, it connotes that the proposed course is conducive to the advantage of the end in view and not to its detriment
Kemudian, Hakim Siti Norma Yaakob (Mohamed Ezam Mohd Nor lawan Ketua Polis Negara) menyatakan:
It must be borne in mind that the 1948 Declaration is a resolution of the General Assembly of the United Nations and not a convention subject to the usual ratification and accession requirements for treaties. By its very title it is an instrument which declares or sets out statement of principles of conduct with a view to promoting universal respect for and observance of human rights and fundamental freedoms. Since such principles are only declaratory in nature, they do not, I consider, have the force of law or binding on Member States. If the United Nations wanted those principles to be more than declaratory, they could have embodied them in a convention or a treaty to which Member States can ratify or accede to and those principles will then have the force of law.
Maknanya mahkamah memutuskan bahawa prinsip-prinsip di buat di PBB itu bukannya berbentuk perjanjian dan tidak boleh mengatasi kedaulatan negara. COMANGO janganlah menyalak menyanggah kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.
Kupasan lanjut dibuat oleh Sdr. Azril Mohd Amin – UDHR and the position of Islam in Malaysia’s Federal Constitution.
Seterusnya kita lihat pendirian Malaysia dalam isu-isu yang dituntut oleh talibarut-talibarut asing … bersambung – baca tulisan susulan lain dan yang berkaitan di bawah.
*****************
Lagi maklumat berkaitan UPR:
- Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO
- UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini
- Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Pertahankan kedaulatan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) 2013
- Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights
- Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013
- Ancaman Comango dijangka berterusan
- Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014
- Beyond COMANGO’s demands
- Majoriti rakyat Malaysia tolak Comango
- Tolak Tuntutan COMANGO di UPR
- Usaha Comango zahir sifat hipokrit
- Comango sengaja cetus polemic
- COMANGO … Penerusan Agenda Musuh
- MUAFAKAT Mendesak Kerajaan Bertegas Dengan Pendirian Menolak Tuntutan-tuntutan COMANGO
- Tahniah Presiden PAS! Tolak Tuntutan COMANGO
- Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Zainul Rijal
- Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin
- Perpecahan umat Islam dan helah Comango terserlah
- Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014
- Musuh-musuh Islam, Mereka Bersatu
- Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang
- Hak asasi orang Islam perlu terus dipelihara
- Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva
- UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang
- LGBT: Jangan undang bala Allah
- Mengingat Kembali Ancaman IFC
- Kerajaan bertegas tolak tuntutan Comango
- CENTHRA hadapi cabaran selepas UPR
Dalam posting lepas, saya telah menyebut beberapa “Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia” dalam proses UPR. Dan saya telah sebut secara ringkas salah satu badan yang membuat tuntutan tersebut yang mengelar diri mereka sebagai COMANGO – Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.
Siapakah mereka sebenarnya?
COMANGO mengklaim kononnya mereka ada 54 buah pertubuhan NGO yang bernaung di bawahnya. Antaranya:

Antara penumbang dana untuk SUARAM. Di mana ketelusan pengurusan dana jika mereka sebuah entiti haram yang tidak berdaftar …
1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Kita tahu SUARAM adalah sebuah entiti haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Mereka mendapat dana asing terutama dari Amerika Syarikat. Antara penyumbang besar mereka adalah National Endowment for Democracy (NED) – sebuah “agensi bantuan kerajaan Amerikat Syarikat”. Perkara ini pernah didedahkan bahawa SUARAM mendapat dana RM1.6 juta dari NED dan lebih RM700 ribu dari penyagak George Soros (klik untuk baca lanjut). Satu lagi agensi kerajaan Amerika yang turut menyumbang kepada SUARAM ialah Asia Foundation.
2. SIS Forum juga satu lagi pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS yang kononnya bergerak atas perjuangan untuk hak wanita Islam. Mereka kerap cuba mengabui mata masyarakat dengan mengguna nama Sisters in Islam. Kita tahu pengerak utamanya satu masa dulu termasuk orang yang bernama Aminah Wadud yang “berlakon” menjadi imam solat Jumaat. SIS adalah sebuah pertubuhan songsang dan banyak menyalahi ijma’ ulama.
3. Tenaganita – juga merupakan “pertubuhan” yang mendapat dana dari Amerika Syarikat.
4. PT Foundation – sebuah pertubuhan yang menggalakkan budaya LGBT. PT bermaksud Pink Triangle merujuk kepada budaya seks songsang.
5. Seksualiti Merdeka – juga sebuah badan yang memperjuangkan budaya seks songsang. Mereka mengajur festival seks bebas dan mempromosi seks songsang.
Bagaimana mungkin pertubuhan-pertubuhan yang mempromosi seks songsang diangggap mewakili masyarakat ramai. Mereka sendiri telah menyalahi undang-undang negara.
Kebanyakan “pertubuhan-pertubuhan” yang mereka senaraikan entah ada ahli atau tidak – kita tidak pasti. Yang kami pasti sesetengahnya adalah kelompok orang-orang yang sama sahaja yang mengepalai pertubuhan-pertubuhan pelbagai nama itu.
Yang menariknya, hasil siasatan kami, dari 54 pertubuhan NGO yang mereka klaim COMANGO mewakili, hanya 12 buah sahaja NGO yang berdaftar dengan ROS. Yang selebihnya adalah pertubuhan NGO haram yang tidak berdaftar. Bagaimana mereka boleh mendabik dada mewakili orang ramai atau masyarakat Malaysia – sudahlah ahli entah berapa kerat rupanya mereka adalah pertubuhan haram.
Bagaimana pula hendak mereka buat pelbagai tuntutan hingga ke Geneva supaya Malaysia mematuhi sedang mereka sendiri bukan entiti yang sah dari segi undang-undang. Mereka sendiri telah melanggar undang-undang negara. Mereka sendiri tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Turut sama dalam kumpulan COMANGO adalah Amnesty International dan Dignity International. Kita sangat maklum kedua-dua pertubuhan ini adalah anasir luar negara yang kerap campur-tangan dalam urusan beberapa negara yang mempunyai kepentingan mereka.
Salah satu pertubuhan dalam senarai COMANGO adalah Civil Rights Committee of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall. (dan beberapa lagi “committee” dalam satu-satu pertubuhan) Maksudnya sebuah JK di bawah KLSCAH? Alah, kalau setakat JK kecil di bawah sesebuah pertubuhan tak payahlah nak dimasukkan. Nantikan Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) senaraikan JK kecilnya yang berlambak … apa kata?
Tak payahlah takat hendak menampakkan bilangan yang ramai maka diambil habis pelbagai pertubuhan penduduk dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil bagi mana-mana pertubuhan atau sebagainya. – nampak sangat terdesak. Konon-konon nak berlakon di Geneva nanti mereka punyai bilangan ramai.
Di dalam senarai agensi yang membuat tuntutan di UNHRC terhadap Malaysia ialah sebuah yayasan yang anti-Islam, Becket Fund. Mereka telah banyak menyumbang dana kepada pelbagai pertubuhan di Malaysia termasuk dikata menaja barisan peguam dalam kes Azlina Jailani dulu. Kini mereka terus lagi mencampuri dalam hal ehwal kedaulatan Tanah Air kita.
Apakah motif sebenar mereka? Memporak-perandakan Tanah Air kita untuk mengikut telunjuk TUAN mereka? Mereka mahu nanti negara kita diratah oleh TUAN mereka?
Apakah gelaran TALIBARUT ASING layak digelarkan kepada mereka?
… bersambung … Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan.
*****************
Lagi maklumat berkaitan UPR:
- Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO
- UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini
- Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Pertahankan kedaulatan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) 2013
- Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights
- Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013
- Ancaman Comango dijangka berterusan
- Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014
- Beyond COMANGO’s demands
- Majoriti rakyat Malaysia tolak Comango
- Tolak Tuntutan COMANGO di UPR
- Usaha Comango zahir sifat hipokrit
- Comango sengaja cetus polemic
- COMANGO … Penerusan Agenda Musuh
- MUAFAKAT Mendesak Kerajaan Bertegas Dengan Pendirian Menolak Tuntutan-tuntutan COMANGO
- Tahniah Presiden PAS! Tolak Tuntutan COMANGO
- Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Zainul Rijal
- Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin
- Perpecahan umat Islam dan helah Comango terserlah
- Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014
- Musuh-musuh Islam, Mereka Bersatu
- Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang
- Hak asasi orang Islam perlu terus dipelihara
- Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva
- UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang
- LGBT: Jangan undang bala Allah
- Mengingat Kembali Ancaman IFC
- Kerajaan bertegas tolak tuntutan Comango
- CENTHRA hadapi cabaran selepas UPR
Selepas memahami apa itu UPR (dalam posting lepas), maka kali ini kita cuba fahami apakah tuntutan-tuntutan Hak Asasi Manusia yang telah dibuat terhadap Malaysia?
Dalam proses semakan UPR ini, beberapa tuntutan telah dihantar oleh beberapa pihak kepada UNHRC. Di antara badan yang telah menghantar tuntutan mereka adalah sebuah gabungan NGO di atas nama COMANGO atau nama penuhnya disebut sebagai Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.
COMANGO bukan satu pertubuhan berdaftar. Ianya adalah gabungan longgar sekitar 50 buah NGO berlatar belakangkan fahaman liberal yang menuntut kebebasan mengikut acuan kebebasan mutlak, antaranya termasuk SIS Forum (nama sebenar yang didaftar – nama haram yang mereka guna adalah Sisters In Islam), SUARAM (satu lagi pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS ataupun SSM), dan yang lain (insha Allah akan didedahkan dalam posting berikut … COMANGO – Talibarut Asing?)
Kita lihat apakah di antara tuntutan yang COMANGO telah serahkan kepada UNHRC:
1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.
Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?
2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBTIQ – seks songsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)
3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.
4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!
Apakah kewajaran tuntutan mereka? Apakah Malaysia ini tidak mempunyai Perlembagaan negara?
Insha Allah kita akan lihat percanggahan tuntutan-tuntutan ini mengikut landas Perlembagaan Persekutuan dalam posting yang seterusnya … selepas pendedahan ini – COMANGO – Talibarut Asing? Nantikan.
*****************
Lagi maklumat berkaitan UPR:
- Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO
- UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini
- Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Pertahankan kedaulatan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) 2013
- Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights
- Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013
- Ancaman Comango dijangka berterusan
- Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014
- Beyond COMANGO’s demands
- Majoriti rakyat Malaysia tolak Comango
- Tolak Tuntutan COMANGO di UPR
- Usaha Comango zahir sifat hipokrit
- Comango sengaja cetus polemic
- COMANGO … Penerusan Agenda Musuh
- MUAFAKAT Mendesak Kerajaan Bertegas Dengan Pendirian Menolak Tuntutan-tuntutan COMANGO
- Tahniah Presiden PAS! Tolak Tuntutan COMANGO
- Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Zainul Rijal
- Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin
- Perpecahan umat Islam dan helah Comango terserlah
- Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014
- Musuh-musuh Islam, Mereka Bersatu
- Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang
- Hak asasi orang Islam perlu terus dipelihara
- Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva
- UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang
- LGBT: Jangan undang bala Allah
- Mengingat Kembali Ancaman IFC
- Kerajaan bertegas tolak tuntutan Comango
- CENTHRA hadapi cabaran selepas UPR
Recent Comments