
Ayuh nyatakan sokongan anda untuk bersama dalam proses semakan UPR yang mencabar Islam dan umatnya di negara kita
Dengan proses semakan kepatuhan hak asasi manusia UPR ke atas Malaysia hanya tinggal kurang sebulan lagi, NGO-NGO Islam bangkit bersatu di atas nama MuslimUPRo.
MuslimUPRo adalah ringkas bagi menyatakan kesepaduan umat Islam dalam mendepani proses UPR (Muslim NGOs in the UPR process). Ia merupakan satu gabungan untuk kesemua NGO-NGO untuk persiapan menghadapi tuntutan-tuntutan yang mencabarkan Islam dan umatnya di Tanah Air kita yang berdaulat ini.
MuslimUPRo mengharapkan sokongan semua NGO Islam (NGI).
Kita akan mengaturkan strategi … tetapi tidak boleh kita uar-uar lagi di sini (nanti depa tahu!).
Berikan sokongan anda.
Sesi taklimat umum yang pertama insha Allah akan diadakan semasa program:
Wacana Pemantapan Aqidah: Mendepani Ancaman Liberalisme dan Syiah anjuran YADIM bersama MAIWP
Tarikh: 2hb Oktober 2013 (Rabu)
Masa: 8:00 malam
Tempat: Dewan Muktamar Pusat Islam, KL (depan Masjid Negara)
Jemputlah hadir ramai-ramai. Sebarkan!
*********
Untuk fahami isu yang dibicara sila baca pautan di bawah:
1 comment
Comments feed for this article
30 September, 2013 at 10:58 am
Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO | Karim's Blog
[…] Ikuti rakaman video taklimat kepada pimpinan NGO-NGO Islam berhubung proses Semakan Sejagat Berkala (Universal Periodic Review – UPR) dan ancaman-ancaman tuntutan Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang disampaikan oleh Sdr. Azril Mohd Amin, Naib Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang merangkap sebagai ketua delegasi MuslimUPRo ke Geneva. […]