Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights – UDHR) seolah-olah menjadi sebuah kitab yang mesti dipatuhi sepenuhnya oleh negara-negara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu galak dijaja oleh NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Mereka (NGO-NGO ini) akan membuat pelbagai tuntutan dan desakan untuk negara-negara yang berdaulat ini tunduk kepada suatu deklarasi yang sebenarnya tidak mengikat mana-mana negara untuk patuh.

Dalam proses UPR yang mana Malaysia bakal mendepani giliran semakannya pada bulan Oktober ini bakal menyaksi NGO-NGO tajaan barat cuba mendesak UNHRC menekan kerajaan Malaysia untuk patuhi tuntutan-tuntutan mereka.

charlesmalik-large

Charles Malik di PBB

Jika kita ingin melihat kembali sejarah dokumen UDHR ini, orang yang memainkan peranan utama dalam menyiapkan draf deklarasi ini pada tahun 1948 ialah seorang rakyat Lebanon bernama Charles Malik, ketika itu menjadi Rapporteur Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB.

Beliau kemudian kembali ke Lebanon untuk mengajar dan terlibat penuh dengan gerakan Kristian di tempat kelahirannya. Ketika perang saudara Lebanon, beliau bersama dengan beberapa rakan Kristiannya menubuhkan gerakan Front Lebanese yang turut dianggotai oleh gerakan ekstremis Kristian parti Phalangist. Front Lebanese adalah sekutu angkatan tentera Israel (Israeil Defense Forces-IDF).

Kita semua maklum bahawa pada bulan September 1982, satu pembunuhan beramai-ramai dilakukan terhadap pelarian Palestin di khemah Sabra dan Shatila. Pembunuhan terancang di bawah perlindungan Israel ini telah dilakukan oleh puak-puak pengganas ekstremis Kristian ini di bawah kepimpinan Charles Malik, orang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia sejagat!

Sekadar memberi gambaran kekejaman pengganas Kristian Phalangist di Sabra dan Shatila:

“Many of the bodies found had been severely mutilated. Many boys had been castrated, some were scalped, and some had the Christian cross carved into their bodies…” (The Daily Telegraph, 17 June 2001)

Di mana hati perut orang yang yang melakarkan draf deklarasi hak asasi kemanusiaan sejagat apabila ribuan pelarian Palestin dibunuh tanpa belas kasihan? Tidak perlulah kita bertanya NGO-NGO yang membuta menurut telunjuk barat untuk membuat pelbagai tuntutan yang menyanggahi Perlembagaan Persekutuan Tanah Air kita yang berdaulat.

NGO-NGO ini tidak berani bersuara dalam isu kekejaman sebegitu. Atas dasar apa pula perjuangan hak asasi mereka jika pembunuhan kejam sebegini dibenarkan? Apabila kita timbulkan isu-isu seperti ini mereka tidak mampu untuk mempertahankan “perjuangan hak asasi” Charles Malik itu.

Ucapan tahniah Abba Eban (bekas Timbalan Perdana Menteri Israel) kepada Charles Malik pada tahun 1954

Ucapan tahniah Abba Eban (bekas Timbalan Perdana Menteri Israel) kepada Charles Malik pada tahun 1954

Seorang pengganas Zionis Abba Eban (Menteri Luar dan Timbalan Perdana Menteri Israel) mengirim sepucuk surat ucapan tahniah kepada Charles Malik pada tahun 1954 apabila mendapat cahayamatanya yang bernama Habib Malik. Apakah keakraban pemimpin Israel dengan tokoh yang kemudiannya memimpin Front Lebanese?

Sekadar makluman, Charles Malik dalam kerjayanya pernah bertugas dengan Rockefeller Foundation selain pernah menjadi menteri kabinet kerajaan Lebanon.

Apakah perlu satu dokumen yang ditulis oleh orang yang dalam sejarah hidupnya tercatat peristiwa hitam lagi kejam pembunuhan pelarian yang tidak terbela ingin kita angkat sebagai sebuah kitab suci yang perlu kerajaan Malaysia yang berdaulat patuhi?

Delegasi Malysia ke proses UPR di Geneva bulan depan mesti tidak berganjak dengan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia yang telah banyak kali dipertegaskan oleh pucuk pimpinan negara sebelum ini.

 

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin