You are currently browsing the monthly archive for September 2013.

UPR

Ramai yang bertanya balik kepada kami. Apa itu sebenarnya UPR?

UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat.

Ianya adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC).

Bermula dari reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) semasa Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung satu resolusi 60/251 PBB telah diluluskan pada 3 Mac 2006.

Maka bermula dengan itu, negara kita tertakluk juga kepada mekanisme semakan rekod dan pencapaian ‘hak asasi manusia’ (HAM) ini.

UPR cyclePada 11 Februari 2009, semakan pusingan pertama terhadap Malaysia telah dilakukan di ibu pejabat UNHRC di Geneva. Sebanyak 62 syor telah diutarakan dan seramai 90 wakil Negara-negara anggota PBB bercakap dan memberikan saranan kepada Malaysia.

Pada tahun ini negara kita sekali lagi akan melalui proses UPR ini. Maka pada 24hb Oktober nanti, Malaysia akan melalui semakan ini di Geneva untuk menjawab beberapa tuntutan yang telah dibuat ke atas Malaysia berhubung kepatuhan hak asasi manusia negara kita.

bersambung … Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

SHAH ALAM 25 Sept. – Pihak berkuasa agama di negara ini diminta supaya memberi perhatian serius dengan melaksanakan langkah khusus bagi membendung fenomena perkahwinan umat Islam dengan pasangan bukan Islam tanpa menukar agama daripada terus menular di negara ini.

Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Khadijah Hambali berkata, fenomena itu perlu diberi perhatian kerana berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 50 responden, kira-kira 3.5 peratus daripadanya didapati mengamalkan perkahwinan tersebut.

Buku mempromosi kahwin campur antara Muslim dengan bukan Muslim dikeluarkan oleh MEGC sekutu Institut Kajian Dasar (IKD)

Buku mempromosi kahwin campur antara Muslim dengan bukan Muslim dikeluarkan oleh MEGC sekutu Institut Kajian Dasar (IKD)

Tegas beliau, meskipun jumlah itu terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan keseluruhan penduduk di negara ini, perkara itu tidak boleh dianggap remeh kerana melibatkan soal akidah selain membuktikan penularan ideologi liberalisme dan pluralisme sedang meracuni pemikiran umat Islam ketika ini.

”Daripada kajian tersebut, kita dapati mereka yang mengamalkan perkahwinan berkenaan menganggap corak serta budaya kehidupan Barat itu adalah satu paradigma kepada pembangunan peradaban.

”Mereka tidak kisah pasangan mereka kahwini itu bukan Islam. Bagi mereka, soal berbeza agama bukan menghalang kepada peradaban,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama Peringkat Kebangsaan 2013 di sini hari ini.

Khadijah yang menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Liberalisme dan Pluralisme Agama : Penolakan Terhadap Syariah’ dalam simposium itu berkata, golongan yang mengamalkan perkahwinan itu ada di antaranya mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

Menurut beliau, kebanyakan pasangan terbabit berkahwin di luar negara, kemudiannya pulang ke negara ini dan mengamalkan cara hidup berkenaan dengan pasangan mereka khususnya melibatkan kawasan di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

”Mereka melihat semua agama adalah sama rata, begitu juga dengan kebenaran mutlak dengan semua agama. Sedangkan hakikat sebenar, falsafah ketuhanan itu berbeza-beza di antara agama,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS), Prof Madya Dr. Mohamed Azam Mohd. Adil menegaskan, penguatkuasaan menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berwajib dalam menangani kumpulan atau gerakan liberalisme serta pluralisme agama di negara ini.

Sambil memberikan contoh di Selangor, beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan negeri ini telah memutuskan bahawa aliran liberalisme dan pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

”Sudah tentunya tindakan dari segi perundangan syariah boleh diambil bagi membendung pemikiran itu daripada menular di negeri ini. Saya percaya di negeri-negeri mempunyai pandangan yang sama terhadap ideologi tersebut,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia © Utusan Melayu (M) Bhd

Teks khutbah JAKIM – 6 SEPTEMBER 2013/ 30 SYAWAL 1434H

sumber: http://www.islam.gov.my/khutbah-online

 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: “MEMPERTAHANKAN AKIDAH  UMMAH”.

 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

LailahaillallahDalam Islam Allah adalah zat yang mencipta alam ini. Sebagai pencipta alam, maka Allah memiliki kesempurnaan sifatnya, ia tidak terikat dengan sebarang batasan, tidak terbatas tinggi rendah-Nya, tidak terbatas kekuasaan-Nya, tidak terbatas ruang waktunya dan segala-galanya tidak terbatas. Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap adanya tuhan dalam Islam selain mengarah kepada mengesakan Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.

Menurut Imam Ibnu Kathir seorang ulama tafsir yang terkenal bahawa sebab turunnya ayat ini ialah ketika orang Yahudi mengatakan “Kami menyembah Uzair anak Allah”. Orang  Nasrani mengatakan “Kami menyembah al-Masih anak Allah.  Orang Majusi pula mengatakan “Kami menyembah matahari dan bulan” dan orang Musyrikin pula mengatakan “Kami menyembah berhala. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini sebagai penjelasan bagi menangkis dakwaan yang salah  tentang hakikat tuhan yang sebenarnya.

 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, sesuatu yang gah namanya dan teguh kedudukkannya akan senantiasa dilanda ancaman dan percubaan untuk mengugat keagungannya. Demikianlah kedudukan agama Islam dan umatnya pada hari ini, diancam dari segenap sudut samada dari segi sosial, syariah dan akidah termasuklah isu penggunaan kalimah Allah SWT. Mereka ini melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan sehingga menimbulkan pandangan dan pentafsiran yang salah tentang agama Islam dan Allah itu sendiri. Lebih malang lagi mereka sanggup mempertikaikannya sehingga membawa isu ini ke mahkamah.

Sekali lagi mimbar yang mulia ini ingin menegaskan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membahaskan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukkan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ingatlah, kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Sebagai umat Islam yang beriman kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. Contohnya, adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja, rumah ibadat dan rumah berhala mereka sebagai rumah Allah?, memanggil tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?. Bayangkan pula, apakah akidah generasi muda Islam jika fenomena ini berlaku di negara kita?. Sudah pastilah ramai yang akan keliru, terpesong dan berlakulah lautan murtad yang sedahsyat-dahsyatnya.

Oleh itu, mimbar menyeru kepada sidang jemaah dan umat  Islam sekalian, marilah sama-sama kita menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang melibatkan dasar akidah dan tauhid disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama mereka menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah ,Haji merupakan hak orang Islam yang tidak boleh di cerobohi oleh mana mana pihak kerana ianya akan memberi kesan kepada pemikiran dan akidah umat Islam.

Ingatlah bahawa semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat umat Islam sendiri. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:

 

Bermaksud:“Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.

 

Persoalan besar timbul di sini adakah kita redha untuk menyatakan bahawa Allah SWT itu merupakan salah satu daripada tiga tuhan?. Sudah pasti kita sebagai umat Islam tidak redha malah yakin bahawasanya Allah SWT itu Maha Esa. Ketahuilah bahawa kalimah Allah adalah nama khas bagi tuhan yang Maha Esa. Oleh sebab itu, tidak boleh menterjemahkan perkataan God dalam bahasa Inggeris kepada kalimah Allah.

 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Syirik adalah perbuatan menyamakan atau menyekutukan Allah SWT dengan makhluk dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, kepercayaan, perbuatan dan iktikad. Para ulama membahagikan syirik kepada dua kategori iaitu syirik akbar (besar) dan syirik asghar (kecil). Syirik besar seperti menyekutukan Allah SWT secara terang-terangan termasuk menyembah sesuatu selain Allah atau menyamakan kuasa Allah dengan makhluk. Manakala syirik kecil seperti riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia dan sebagainya.

Apa yang sangat mendukacitakan kita lagi ialah ada segelintir orang Islam yang langsung tidak sensitif berkaitan perkara ini, malah menganggap ini adalah hanya isu kecil serta sanggup mencadangkan supaya pengunaan kalimah-kalimah Islam termasuk kalimah Allah SWT dibenarkan penggunaannya oleh orang yang bukan Islam. Inilah contoh perbuatan mereka yang mengkhianati agama Islam dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan agama Islam. Mimbar amat bimbang cadangan tersebut boleh terjerumus dalam perbuatan syirik. Tiada faedah seseorang itu beribadah siang dan malam, jika imannya rosak dan dipengaruhi oleh unsur-unsur syirik, perbuatan syirik hanya akan menghalang seseorang mukmin dari mendapat keredaan dan syurga Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72:

Maksudnya: Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

 

Ayat ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan syirik adalah berdosa besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT dan tempat mereka di akhirat nanti adalah di neraka.

 

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa isu kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 10 September ini. Justeru, sebagai umat Islam marilah sama-sama kita menolak apa jua usaha yang mencabar hak-hak kita sebagai umat Islam. Percayalah bahawa Allah SWT menyatukan kita semua pada hari ini di dalam saf-saf dan seterusnya kita akan menunaikan solat di atas satu akidah, di atas satu takbir, dan di atas satu salam, perkataan, ungkapan dan bacaan yang sama. Justeru, marilah bersama-sama kita bersatu hati mempertahankan kebenaran, rapatkan barisan, meneguhkan kekuatan dan persediaan, menggerakkan segala usaha dengan penuh keberanian demi agama yang tercinta ini.

Mimbar juga mengesa pihak yang berwajib agar mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang cuba memporak-perandakan pegangan dan akidah umat Islam. Perjuangan bagi mempertahankan kalimah suci Allah dan menegakkan agama Allah serta hak-hak eksklusif umat Islam merupakan perjuangan yang suci yang dijamin mendapat pertolongan serta bantuan daripada Allah SWT.

Menjadi tanggungjawab mimbar menyeru semua pihak, marilah sama-sama kita mempertahankan dan memantap akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang berkaitan akidah, menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Percayalah mempertahankan kesucian  Islam dengan tidak membenarkan pihak lain menghinanya adalah sesuatu yang di tuntut. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 65:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya telah diwahikan kepadamu dan Nabi-nabi sebelummu: Sesungguhnya! Jika engkau mempersekutukan Allah tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang yang rugi”.

 

 

 

 

Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari seluruh dunia.

Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013, yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad .

Dalam ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak gereja, beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam. Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar. Antara lainnya, Brunei dan Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab, IMCA berasa bimbang akan desakan badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan Maha Kuasa, Allah.

Kami ingin bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM), Persekutuan Krisitan Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berbuat demikian? Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran  yang  mereka percaya, seperti yang  biasanya dilakukan oleh orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain di sebalik langkah ini?

Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox Church) tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan berikut;

“Malangnya, kita terlalu kerap cuba untuk contextualize penyebaran Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja. Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani keseluruhannya”

(Gabriel Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada para pemimpin Kristian;1987)

Umum diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemui kejayaan. Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal Muslim World(Jurnal Pengajian Islam  volum XLVII 298)

“Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengenengahkan kesempurnaan (ideal) perpaduan semua manusia di bawah Kristian.

Bukanlah pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan “Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu peluang yang dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik dan mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah?

Pada ketika ini, adalah penting untuk kita menjelaskan penggunaan nama Allah dalam konteks Islam. Penjelasan yang paling tepat adalah dalam sebutan kalimah syahadah iaitu ‘La ilaha illlallah’, bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan Arab untuk tuhan ialah ilah dan nama Yang Maha Esa adalah Allah. Ia adalah suatu nama yang mana penggunaannya hanya merujuk kepada Yang Maha Esa yang wujud tanpa diwujudkan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah bukan hanya sekadar perkataan, tetapi suatu nama yang diwahyukan bahawa Dia, Tuhan Semesta yang memberi nama Allah. Justeru, Ya Allah Ya Tuhanku membawa erti bahawa Allah merupakan kata nama khas yang tidak boleh diterjemahkan sama sekali.

Penggunaan nama Allah yang tidak memenuhi syarat lebih-lebih lagi apabila perkataan itu membawa maksud yang lain akan mencemari nama Allah dan tidak menghormati Yang Maha Esa, Tuhan segala makhluk kerana ianya adalah nama Nya. Ia juga tidak menghormati kepercayaan penganut yang menyanjungi kesucian nama itu. Pada pendapat kami, bagaimana kita memanggil Tuhan yang kita akui haruslah berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Tuhan, bukannya mengikut pilihan sesuka hati.

Kami percaya bahawa setiap kepercayaan mempunyai konsep dan nama-nama yang berkait dengan konsep-konsep ketuhanan yang semestinya membawa pengertian yang selari dan bukannya bercanggah mahupun menimbulkan persoalan dalam mana-mana bahasa yang digunakan. Dalam apa jua agama, nama Tuhan adalah suci. Justeru itu, kepatuhan kepada nama-nama ini dalam bentuk asalnya harus menjadi amalan dalam penyebaran dakwah yang yang ikhlas dan benar.

Tidakkah keadaan haru-biru jika penganut Hindu memanggil Vishnu sebagai Jehovah, ataupun Kristian memanggil Bapa, Anak dan roh kudus sebagai Vishnu, Vishnu dan Vishnu (yang mana satu Vishnu atau ketiga-tiganya sekali Vishnu?) dan penganut Islam memanggil Tuhannya sebagai Dewa Buddha? Bagaimana pula jika orang Cina memanggil “Jesus” apabila menyembah Dewi Kuan Yin? Jika dipersoalkan hanya dari segi hak asasi manusia, setiap kumpulan mempunyai hak menggunakan apa jua nama yang mereka suka dan hak ini harus dihormati semata-mata atas dasar hak asasi. Hujah bahawa ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan boleh juga digunapakai oleh semua golongan masyarakat. (Rev. Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bertegas “akan meneruskan amalan (menggunakan nama Allah) kerana ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan kita memanggil semua pihak menghormati hak itu.

Jika diikutkan sudut pandangan ‘hak’ semata-mata, sudah tentu keadaan menjadi porak-peranda.

J.Dudley Woodberry dalam “Contextualization Di Kalangan Muslim Menggunakan Rukun Biasa” ( Diterbitkan dalam International Journal of Frontier Missions, Volume 13:4 , Oct-Dec 1996) berkata;

Contohnya, “Allah” asalnya dari Syriac Kristian dan telah sekian lama digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad. ‘Wahy’ (wahyu) sekurang-kurangnya berkait dari segi etimologi dengan perkataan-perkataan Yahudi-Aramia dan Kristian Ethiopic dan digunakan oleh para penyair pra-Islam. Dalam mukasurat 174 beliau berkata; “Bahagian pertama sebutan syahadah “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah” adalah berdasarkan ayat-ayat seperti surah 37:35/34 (“Tidak ada tuhan selain Allah”) dan 112:1-2(“Katakanlah, ‘Dia(adalah)Allah,Satu(Ahad).Perkataan tersebut, seperti yang ditunjukkan oleh Hartwig Herschfeld adalah berdasarkan shema dalam Deuteronomy 6:04 (Dengarlah, hai orang bani Israel, Tuhan Allah kita adalah satu (Ahad) Tuhan”)

Hujahan bahawa nama “Allah” berasal dari Syriac Kristian lantas menjustifikasi penggunaannya oleh Kristian zaman sekarang merupakan hujah yang kurang bernas.

Sepatutnya, penganut Kristian zaman moden boleh menggunakan nama Allah jika mereka mematuhi lunas “Deuteronomy 6:4; bahawa Tuhan Allah kita adalah Satu Tuhan”. Kami yakin jika penganut Kristian kembali kepada konsep asas bahawa Allah adalah Satu, Dia bukan Ayah, Dia tidak beranak, dan pengakuan ini dijunjung secara konsisten, penganut Islam tidak akan membantah kerana ianya adalah kenyataan benar. Jika Kristian mahu menggunakan nama Allah dalam semua bahan bercetak mereka dan mereka mengaku dan mematuhi dengan sepenuhnya bahawa Tuhan itu Satu (sepertimana Deuteronomy) (bukan bertiga), maka tidak akan ada bantahan.

Profesor Al Aidrus mengulas bahawa terdapat hujahan yang mengatakan bahawa nama Allah telah digunakan dalam kitab Bible Melayu 272 tahun yang lalu. Hujahan ini mengiktiraf tindakan kuasa penjajah yang menindas yang tidak merujuk mahupun menghormati umat Islam tempatan. Sebagai penjajah, mereka telah berbuat sesuka hati mereka termasuklah menggondol harta dan kekayaan negara. Dalam mengutarakan hujah sebegini, pihak gereja menyokong keganasan dan ketidakadilan itu yang jelas sekali bercanggah dengan doktrin Kristian ‘cinta sesamamu’ (love thy neighbour).

Kami juga berasa amat curiga akan hasrat gereja Kristian yang hanya menuntut untuk menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Bahasa Melayu. Mereka tidak berhasrat menggunakan nama Allah dalam semua bahan mereka yang dicetak dalam semua bahasa.

Prof Al Aidrus menyatakan bahawa “Perlu ditegaskan di sini bahawa terjemahan Gospel di negara China dan India yang masing-masing mempunyai jutaan umat Islam, tidak menggunakan nama Allah. Sebaliknya, mereka menggunakan  perkataan seperti “Sheng Fu, Sheng Zu dan Sheng Ling dan di dalam Gospel bahasa Tamil, perkataan Suthan, JesaPa dan Parisutha Avi untuk Bapa Suci, Anak Suci dan Roh Kudus”.

Jika begitu, apa pula motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian bahasa Melayu?

Di peringkat antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian telah mencipta dan merekabentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan dalam bahasa Arab Al Quran tetapi telah lama kelamaan telah mengambil bahasa Arab Al Quran. Sekarang, kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang bermula dengan ungkapan Islam “basmallah” and diakhiri dengan “sadaqallahul a’zim (ungkapan yang dilafaz oleh umat Islam). Apabila mendengar Kitab Gospel ini dibaca, mereka yang tidak prihatin akan menganggap Quranlah yang didengarinya.

Kita menyedari akan wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali sebagai “Rumah Jemaah Allah” dan kewujudan sebuah kolej yang mengajar Bahasa Arab dan kitab Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian.

Di Timur Tengah, terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab setiap hari.

Mengapakah gereja Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam menyebarkan kepercayaan mereka? Adakah pendekatan ini semata-mata untuk penganut Kristian sahaja ataupun ‘contextualization’ sebegini bertujuan menggerakkan hati penganut bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian?

Setelah mengkaji  agama dan amalam  Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini, iaitu untuk memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh diterima oleh masyarakat, dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep yang khusus kepada masyarakat yang  yang ditujukan, adalah amalan biasa dalam kepercayaan dan tatacara Kristian.

Kajian kami menunjukkan bahawa konsep “Trinity” berkemungkinan besar lahir di Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan Maharaja Rom, iaitu Constantine. Masyarakat Eropah antara lainnya, mempunyai sejarah ‘ agama tiga dalam satu yang terpahat dalam kepercayaan ‘pagan’ purba Eropah. (sila rujuk http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai konsep agama Eropah pra-sejarah ‘tiga ikon’ yang didakwanya menyuluhi kepercayaan “agama tiga dalam satu”).

Ada kemungkinan kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan agama Kristian lebih mudah diterima oleh masyarakat Eropah awal.

Dalam kertas kerjanya “The Trinity and Contextualization“, Rev Ralph Allan Smith menyangkal idea di atas.

Rev Ralph Allan Smith menulis: Masih banyak lagi yang perlu dikatakan. Perkembangan konsep Trinity Kristian ortodoks telah melibatkan penyingkiran (rejection) ” konsep tradisional, yang berkurun lama  – diguna pakai, yang boleh katakan hampir menyerupai Katolik, mengenai Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan seorang Bapa yang tidak tercemar (impassible Father) dengan dunia sementara, yang mempertengahkannya sebagai alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai. Doktrin Logos – doktrin yang digemari oleh ramai ahli teologi ortodoks terdahulu, telah dtinggalkan. Ahli-ahli teologi pro- Nicene, dalam erti kata lain, mengubah doktrin Gereja dan mengubah  secara radikal .

Dalam proses itu, mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical) yang telah terterap ke dalam tradisi Gereja dan mula meletakkan asas-asas bagi ekspresi pandangan dunia Gospel yang lebih meluas . Aktiviti begini melampaui anggapan contextualization linguistik. Kita boleh perhati melaui ilmuan Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk oleh Conn sebagai de- contextualization. Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan merekacipta suatu bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan-perkataan yang dipinjam .”

Rev Ralph Allan Smith menulis: Dari sudut pandangan ini, contextualization hanyalah satu usaha untuk menyalurkan secara berkesan kepada mereka yang bertutur bahasa berlainan dan mempunyai persepsi keduniaan yang berlainan daripada mereka yang berkebudayaan Eropah. Ini termasuklah menampilkan semula ajaran asas Gospel dalam bahasa yang mungkin asing kepada penutur bahasa Eropah, tetapi ini bukanlah bererti, dan bukan pula kelulusan untuk sesiapapun menukar ajaran Gospel Kristian itu sendiri.

Mari kita kaji satu contoh yang ringkas proses contextualization.

Kita melihat penyerapan kepercayaan “pagan” Eropah dalam bentuk perayaan Krismas dan Santa Claus. Pada hari ini, kita mengakui bahawa ianya satu pembohongan untuk mengaitkan kelahiran Nabi Isa (a.s) dengan perayaan Krismas (tiada bukti dalam Gospel bahasa Aramaic atau bukti sejarah yang menyokong tuntutan bahawa Krismas adalah sambutan kelahiran Isa (a.s), seperti yang diberitahu dan dinyanyikan oleh penganut Kristian sekian lama. Kita mengenali St Nicholas dari Myra dan perkaitan dongeng perayaan Krismas dengannya dan masyarakat Eropah meraikan perayaan St Nicholas pada 6hb Disember setiap tahun.

Walaubagaimanapun, ada segelintir sarjana sejarah yang berpendapat bahawa lagenda St Nicholas sebagai pemberi hadiah mempunyai unsur kepercayaan ‘pagan’ yang berasal daripada sumber-sumber pra-Kristian. Dewa mitos Teutonic Odin mempunyai janggut yang panjang. Ada sarjana yang berpendapat ‘janggut panjang’ merujuk kepada Thor, seorang tuhan Jerman. Thor mempunyai janggut putih yang panjang dan melayari awan dengan menaiki kenderaan yang ditarik oleh dua ekor kambing putih.

Apa yang pasti adalah Santa Claus bukanlah tokoh Gospel serta perayaan Krismas itu tidak mempunyai kaitan dengan rujukan Gospel.

Dr.Richard P. Bucher berhujah bahawa Santa Claus zaman moden merupakan hasil pencantuman beberapa sumber menjadikan ia suatu watak lagenda yang telah berevolusi berzaman-zaman lamanya. Sepanjang proses itu, unsur-unsur legenda pra-Kristian, cerita St. Nicholas, penghijrah Belanda ke Amerika, Washington Irving, Clement Moore, Thomas Nast serta syarikat Coca-Cola semuanya menyumbang terhadap proses itu.

Apakah yang ditakrifkan sebagai “Contextualization”? Memetik daripada Rev Ralph Allan Smith

“Hesselgrave dan Rommen memilih tiga cadangan awal;

1. Kami memahami istilah ini bermaksud membentuk konsep yang selari dengan sesuatu keadaan tertentu.(Byang H Kato)

2. Terjemahan unsur Gospel ke dalam bentuk lisan yang bermakna kepada orang-orang berlainan budaya dalam persekitaran mereka tersendiri.(Bruce J Nicholls)

3. Contextualization digunakan dengan betul bermakna membongkar implikasi sah Gospel di dalam satu satu keadaan. Ia lebih mendalam daripada aplikasi. Aplikasi, saya boleh lakukan atau tidak lakukan tanpa menjejaskan teks Gospel. Implikasi, dituntut oleh penelitian yang tepat terhadap teks ( George W. Peters ).

Menurut Conn , kita mesti menimbang “rangka presuppositional ” itu sendiri dengan ” penghakiman kata-kata Tuhan.  Untuk contexualize mesej Gospel ke dalam bahasa budaya yang lain, kita perlu keluarkan unsure-unsur yang wujud disebabkan oleh “cutural bias” kita sendiri.  Kita juga adalah sebahagian daripada matriks budaya yang merangkumi unsur-unsur anti-Kristian yang menghalang penyebaran Gospel kepada orang lain.”

Kita dapat melihat agama Kristian telah lama menggunakan kaedah contextualization. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan kebenaran, atau menghormati kesucian Rukun agama lain, dalam hal ini merujuk kepada nama Yang Maha Esa ALLAH, tetapi sebagai kaedah mentrampilkan agama Kristian sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh penganut agama lain yang mempunyai rukun kepercayaannya sendiri.

Untuk menjadikan lebih mudah diterima, istilah dan konsep yang  biasa digunapakai oleh masyarakat yang menjadi sasaran pendakwah itu diambil and digunakan, supaya kepercayaan Kristian diterima dengan senang.

Justeru, penghasilan buku Gospel dalam Bahasa Arab Al-Quran. Jelas kelihatan desakan menggunakan nama Allah merupakan satu strategi Kristianisasi .

Maka tidak jauh tersasarlah jika kita membuat kesimpulan mengenai persoalan apakah motivasi gereja Kristian Malaysia membuat tuntutan untuk menggunakan nama ALLAH dalam bahan bercetak mereka di kalangan masyarakat Melayu/Islam.

Begitu juga apakah motivasi mewujudkan kitab Gospel dalam bahasa Arab Al-Quran, atau mengadakan upacara keagamaan (service) pada hari Jumaat (seperti yang berlaku di Indonesia) dan bukannya pada hari Ahad.

IMCA berpandangan bahawa permintaan gereja Kristian Malaysia untuk menggunakan nama Allah adalah sebahagian daripada strategi contextualization yang telah lama digunakan, suatu strategi untuk mempengaruhi orang Melayu Islam untuk murtad daripada Islam. IMCA ingin menegaskan bahawa bukanlah niat kami untuk memperkecilkan kepercayaan Kristian.

IMCA dengan rendah diri meminta penganut Kristian Malaysia yang mencintai Tuhan untuk menimbang semula pendirian mereka dan menjunjungi jalan Kebenaran Kristian. Kami yakin bahawa orang Kristian yakin akan keteguhan agama mereka dan kebenaran iman mereka. Mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal, tanpa mengubahsuaikannya dengan istilah-istilah dan konsep yang lebih sedap didengar oleh orang bukan Kristian.

Kami memohon kepada penganut Kristian yang mendakwa diri mereka sebagai orang yang beriman, yang juga melafazkan Kebenaran supaya ikhlas dengan Kebenaran itu. “Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramaic bagi Tuhan yang dikatakan digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan kata Melayu” (Prof Al Aidrus).

Keikhlasan menuntut supaya mereka mencari penyelesaian kepada masalah ini berdasarkan Kebenaran dan fikiran yang waras. Kami meminta mereka menarik balik tindakan dan tuntutan mereka, di atas nama KEBENARAN. Kami meminta mereka teguh dan konsisten dalam menggunakan nama Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Gospel Aramaik, bukan apa sahaja yang mereka gemari, kerana Gospel Aramaik adalah asas kepercayaan mereka.

Manusia hari ini terlalu banyak masalah. Kita berdepan dengan begitu banyak penderitaan, kebuluran, pembunuhan dan ketidakadilan.

Adalah lebih bermanfaat jika semua makhluk yang mengasihi Tuhan untuk menumpukan usaha untuk kebaikan manusia sejagat.

Menghormati setiap budaya dan kepercayaan sesama sendiri akan mengurangkan konflik dalam dunia yang sudahpun dipenuhi penderitaan. Kami meminta KEAMANAN.

Marilah kita bersama berusaha ke arah KEAMANAN dengan nama Tuhan.

IMCA-shaikhkareemSheikh Kareem
Secretary General
International Muslim Consumer Association
Kuala Lumpur 5 Sept 2013

(Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Maksud asal artikel ini telah dipelihara sebaik mungkin oleh penterjemah. Namun begitu beberapa istilah yang spesifik mungkin tidak dapat dialihkan secara tepat.)

Azril Mohd Amin ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Pada 11 Julai 2013 lalu, suatu sesi taklimat bagi ahli-ahli parlimen telah diadakan oleh Gabungan NGO Malaysia bagi Proses UPR (COMANGO) di bangunan Parlimen. Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Chua Tian Chang, ahli parlimen Batu, dan dihadiri beberapa wakil NGO Hak Asasi Manusia (HAM), di antaranya Honey Tan (COMANGO report), Angela Kukathas (SOGI report – Sexual Orientation and Gender Identity), Masjaliza Hamzah (CIJ report – Centre of Independent Journalism) Daniel Lo (MWG report by CAMSA, Coalition to Abolish Modern-day Slavery in Asia) dan Andrew Khoo (Majlis Peguam Malaysia).

Taklimat yang dijalankan telah disandarkan pada Deraf Laporan COMANGO (DLC) bertarikh 11 Mac 2013, yang dihantar sebagai laporan ‘stakeholder’ kepada proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN). Giliran Malaysia menjalani proses UPR tersebut adalah pada 24 Oktober 2013 akan datang di Geneva, Switzerland. Komitmen dan tanggungjawab Malaysia terhadap rekod dan pencapaian hak asasi manusianya akan disemak bagi menentukan bahawa Malaysia telah melaksanakan komitmen terhadap beberapa syor yang telah dikemukakan Negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semasa pusingan pertama proses UPR pada tahun 2009 lalu dilakukan.

Di antara isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO tersebut adalah:

i) Isu berkaitan Orientasi Seks dan Identiti Gender (SOGI) yang ditimbulkan dan terdapat tuntutan serta tekanan-tekanan untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan sedia ada yang melarang perlakuan LGBTIQ. Secara khususnya, COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung salah laku liwat dan juga pematuhan terhadap saranan-saranan yang terkandung di dalam Prinsip-prinsip Yogyakarta yang bertujuan memberikan hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ, yang ternyata bercanggah dengan prinsip-prinsip fitrah kemanusiaan, realiti budaya dan panduan beragama. (Rujuk perkara 6.4 dan 6.7 DLC);

ii) Campurtangan dan usaha menghapuskan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen berkaitan yang diberikan label negatif seperti “moral policing” dan dianggap sebagai melanggar “hak-hak peribadi”. (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC). Hal ini menyentuh peruntukan-peruntukan yang lahir dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah yang diluluskan Dewan Undangan Negeri-negeri;

iii) Campurtangan berhubung isu tuntutan penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly. Wujud agenda terancang untuk memberikan tekanan terhadap sistem kehakiman di Negara ini yang masih lagi belum memutuskan isu ini di peringkat Mahkamah Rayuan. Malah, Jagir Singh presiden Majlis Perundingan Agama bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCSHT) telah pada 10 Ogos 2013 mengeluarkan ugutan untuk membawa isu tuntutan ini ke peringkat Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu. Kenyataan Jabir ini konsisten dengan isu penggunaan nama ‘Allah’ yang disebut di dalam DLC (Rujuk Perkara 10.1.1 DLC);

Ahli-ahli parlimen beragama Islam yang hadir di dalam taklimat COMANGO tersebut didesak untuk tampil ke hadapan dan mendedahkan isi kandungan taklimat kepada masyarakat awam. Melihat dari sebahagian dari isu-isu yang ditimbulkan, ternyata bahawa proses UPR ini telah dan akan terus dijadikan saluran untuk memanipulasi isu-isu HAM bagi menghakis kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menafikan hak-hak orang Islam dengan cara menampilkan nilai-nilai hak asasi manusia barat yang sarat dengan unsur-unsur sekularisme, liberalisme dan pluralisme. Wujud juga usaha untuk mengenengahkan orientasi kehidupan yang bebas dari nilai-nilai agama dan budaya ketimuran melalui tuntutan-tuntutan hak-hak LGBTIQ dan kebebasan untuk murtad.

Kerajaan Pusat didesak tidak tunduk terhadap tuntutan-tuntutan songsang yang wujud atas nama hak asasi manusia (HAM), demokrasi dan kebebasan yang dinyatakan di dalam DLC tersebut. Tuntutan-tuntutan tersebut yang berselindung atas nama HAM, demokrasi dan kebebasan pada hakikatnya ingin menuntut hak-hak yang dipelopori golongan sekular dan liberal barat yang menyanjung kehidupan tanpa agama dan bebas seperti yang diamalkan di Barat.

Kerajaan Pusat juga perlu sedar bahawa undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (Emergency Ordinance) yang telah dihapuskan adalah hasil tekanan-tekanan konsisten pertubuhan-pertubuhan HAM yang telah menggunakan saluran UPR ini untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka. Hasilnya kita sedang berdepan dengan ancaman-anacaman jenayah yang semakin berleluasa dan juga timbulnya pelbagai bentuk ajaran sesat termasuklah faham syiah yang semakin berani menzahirkan diri mereka di kalangan masyarakat.

Selain itu, pada setakat tahun 2013, sebanyak 14 negara di dunia, yang terkini New Zealand, yang telah mengizinkan dan mengiktiraf perkahwinan sesama jenis akibat penghapusan undang-undang yang pada awalnya melarang perlakuan LGBTIQ. Kerajaan perlu berwaspada untuk tidak tunduk pada tekanan-tekanan lobi LGBTIQ ini kerana mereka sangat bergantung pada Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 dan proses UPR ini untuk mendapatkan hak-hak mereka.

Di Negara jiran seperti Thailand, usaha-usaha telah dimulakan kearah mewujudkan undang-undang bagi mengizinkan dan mengiktiraf perkahwinan sejenis. Dalam hal ini, Malaysia perlu mengambil iktibar kedudukan di Singapura yang telah menolak usaha mengisytiharkan undang-undang anti-liwat sebagai lapuk. Menerusi suatu kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi Singapura di dalam kes Lim Meng Suang & Satu Lagi lawan Peguam Negara pada 9 April 2013 lalu permohonan Plaintif untuk mengisytiharkan undang-undang anti-liwat di dalam Kanun Kesiksaaan Negara tersebut sebagai tidak keperlembagaan (unconstitutional) telah ditolak Mahkamah Tinggi.

Adalah amat dikesali bahawa ahli-ahli parlimen beragama Islam yang telah hadir semasa sessi taklimat tersebut tidak berterus terang dengan rakyat tentang tuntutan-tuntutan berbahaya yang telah ditimbulkan di dalam DLC yang bertentangan dengan aspek-aspek keagamaan. Sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui sistem demokrasi, mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyuarakan isu dan permasalahan masyarakat, tetapi hendaklah bersikap telus dan berani di dalam menyatakan perkara yang hak, apatah lagi apabila perkara-perkara tersebut bertentangan dengan teras aqidah, syariah dan akhlaq umat Islam, serta keluruhan moral masyarakat Malaysia secara umumnya.

Azril Mohd Amin ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM). – http://azrilmohdamin.com

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Tindakan golongan Syiah membenarkan umat Islam berfahaman Sunni dibunuh bukan disebabkan faktor politik atau etnik tetapi merupakan sebahagian pegangan akidah ajaran itu.

Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM), Mohd. Hamidi Ismail berkata, pengikut Syiah berpendapat darah golongan Sunni halal kerana tidak mengiktiraf sebanyak 12 imam yang merupakan satu daripada rukun iman dalam Syiah.

Beliau berkata, pengikut Syiah meletakkan kedudukan 12 imam itu terlalu hebat hingga ke tahap maksum sedangkan perkara tersebut menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

“Mereka mendakwa golongan Sunni tidak mengiktiraf kedudukan Saidina Ali Abu Talib sebagai pengganti kepada Rasulullah SAW sedangkan kita mengakui Saidina Ali adalah sahabat besar baginda dan merupakan khalifah keempat dalam pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Konsep Imam dan Imamah Syiah dan Percanggahannya Dari Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Hamidi berkata, tindakan Syiah mengkafirkan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW juga tidak boleh diterima dan jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sedangkan, menurut beliau, Rasulullah SAW dalam beberapa hadis mengiktiraf dan memperakui kelebihan-kelebihan sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman al-Affan dan ramai lagi.

Selain itu, Mohd. Hamidi turut menyentuh mengenai perkahwinan mutaah yang disifatkannya sebagai ‘candu’ bagi menarik orang ramai menganut ajaran Syiah sedangkan perkahwinan tersebut tidak dibenarkan syariat dan amat bertentangan dengan Islam.

Perkahwinan itu, tambah beliau, menjatuhkan maruah serta harga diri wanita selain meletakkan kedudukan golongan tersebut pada tahap terlalu rendah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_05/Bunuh-golongan-Sunni-pegangan-akidah-Syiah#ixzz2eLrBZVwm
© Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Seorang bekas pengikut Syiah mengambil keputusan meninggalkan fahaman itu selepas mendapati ajaran tersebut karut dan boleh memecah-belahkan masyarakat.

SMVS-syedBeliau yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Ibrahim, 52, berasal dari Bangkok, Thailand berkata, dia mula menyedari terdapat beberapa amalan Syiah amat mengelirukan selepas enam tahun menganut fahaman tersebut.

Antara amalan yang disifatkan sebagai karut katanya, ialah ‘taqiyah’ atau berpura-pura, solat tiga kali sehari dan perkahwinan mutaah.

“Selepas beberapa ketika saya mengikut fahaman Syiah, saya mula terfikir adakah Syiah ini satu fahaman yang benar. Saya kemudian merujuk dengan beberapa ustaz dan mengambil keputusan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar,” katanya ketika berkongsi pengalaman dengan para peserta Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Dalam pada itu Syed Ibrahim berkata, berdasarkan pengalamannya, Syiah sememangnya boleh memecah-belahkan masyarakat terutama keluarga dan itulah hakikat yang berlaku selama ini.

Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita, beliau mengakui tentang kepetahan pendakwah- pendakwah Syiah dalam menarik minat umat Islam lain mengikuti Syiah.

“Di sini letaknya peranan ibu bapa serta para ustaz, ustazah dan semua pihak untuk sentiasa menasihat anak-anak kita daripada terpengaruh dengan fahaman songsang ini,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_02/Fahaman-Syiah-karut—Bekas-pengikut#ixzz2eLiCphad
© Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Fahaman Syiah disifatkan sebagai agama sesat baharu yang diasaskan Yahudi untuk merosak dan menghapuskan umat Islam.

SMVS-MohamadKetua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (IMM), Mohamad Ismail berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan doktrin Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan Islam sebenar.

Menurut beliau, perbezaan paling ketara iaitu pengikut Syiah meletakkan sebanyak imam 12 sebagai maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil serta besar.

Malah, pengikut ajaran Syiah juga percaya sesiapa yang mengingkari salah seorang daripada imam tersebut adalah kafir dan akan kekal dalam neraka.

“Nikah mutaah pula mendapat kedudukan tinggi dan mulia dalam ajaran Syiah sedangkan perbuatan itu adalah pelacuran yang menggunakan nama agama serta bersifat nafsu semata-mata yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, ajaran Syiah meletakkan kepercayaan al-Quran hari ini merupakan naskah yang sudah diubah suai para sahabat Nabi Muhammad SAW dan mendakwa kitab sebenar akan muncul bersama Imam Mahdi pada akhir zaman.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, amat sukar mengenal pasti pengikut-pengikut Syiah memandangkan mereka mengamalkan ‘taqiyah’ iaitu menyembunyikan akidah dengan berselindung dan bermuka-muka.

Jelasnya, taqiyah merupakan asas agama atau rukun dalam ajaran Syiah yang mana pengikut Syiah yang tidak bertaqiyah dianggap sama seperti meninggalkan solat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_04/Syiah-agama-baharu-ciptaan-Yahudi#ixzz2eLgDRaOJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah.

Zamihan Md. Zain ketika menyampaikan ceramah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.

Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.

“Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti ini (Syiah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Seminar itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam (Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah.

Zamihan berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan pihak berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk penyebaran fahaman Syiah di peringkat awal.

Menyentuh perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa berasa gentar.

Beliau berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak dilakukan.

“Setakat ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri lagi dalam proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif,” katanya.

Menurut beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan serta tidak berkompromi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_01/Malaysia-perlu-undang-undang#ixzz2eLdNKFjm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kuala Lumpur: Hentikan segera hubungan diplomatik dengan Iran. Itu resolusi Seminar ‘Mendepani Virus Syiah’ yang diadakan di Pusat Islam, di sini semalam, sebagai langkah segera menyekat penyebaran fahaman itu di negara ini.

SMVS-rumusanMufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, berkata langkah drastik perlu diambil bagi memastikan ‘virus’ fahaman Syiah tidak terus menular dan merosakkan akidah umat Islam di negara ini, yang majoritinya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Malaysia perlu mencontohi negara Maghribi, yang berjaya menyekat penularan Syiah di negara itu selepas bertindak memutuskan segala bentuk hubungan diplomatik dengan Iran, termasuk bidang berkaitan pendidikan dan ekonomi.

Syiah ibarat ‘racun’

“Fahaman Syiah perlu disekat, sama seperti kita menyekat penularan fahaman Komunis di negara ini suatu ketika dulu.

“Syiah boleh diibaratkan sebagai ‘racun’ yang mampu memusnahkan keharmonian dan keselamatan negara sama seperti yang berlaku di beberapa negara lain termasuk Iran, Iraq dan Pakistan,” katanya yang membacakan resolusi itu dalam ucapan penutup seminar anjuran bersama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Katanya, hubungan diplomatik, ekonomi dan pendidikan dengan Iran ketika ini ibarat ‘gula-gula’ yang meracun dan akan menghancurkan masyarakat di sesebuah negara dalam senyap.
“Kita perlu cepat. Jangan sampai terlewat. Jangan tunggu lama-lama. Ia adalah doktrin yang bersifat menyeleweng akidah sekali gus mampu menghancurkan negara,” katanya.

Sementara itu, bekas pengikut ajaran itu yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Ibrahim, 52, berkata sifat ingin tahu, tanpa kefahaman mendalam mengenai agama dan bahaya Syiah menjadi antara punca utama beliau terjebak dalam ajaran itu.

Guna hadis palsu

“Semangat ingin tahu yang melampau membuatkan saya terjebak dengan ajaran itu seawal usia 18 tahun.

“Minat untuk mengetahui mengenai fahaman itu makin menebal selepas tercetusnya revolusi Iran yang berjaya mengembangkan ajaran berkenaan di negara itu. Kehebatan pendakwah Syiah menyebarkan dakyah menggunakan hadis palsu ciptaan mereka menyebabkan saya terus terjebak dengan ajaran itu sehingga kira-kira enam tahun lamanya.

“Tetapi dalam enam tahun itu pelbagai kekeliruan saya temui dalam ajaran yang di bawa mereka. Antara yang paling nyata adalah takiyyah (berpura-pura) dan Imamah (Imam Syiah lebih tinggi darjatnya daripada Nabi). Apabila mengalami kekeliruan, saya akan cuba mendapatkan bantuan daripada ustaz yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan akhirnya, saya kembali ke pangkal jalan,” katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyorputushubungandiplomatikKL-Tehran/Article

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

September 2013
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid