You are currently browsing the monthly archive for October 2013.

Kenyataan Akhbar MuslimUPRo

25 Oktober 2013

Sesi Semakan Berkala Sejagat bagi Malaysia di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013

UPRSesi pusingan kedua tahun 2013 pembentangan laporan Semakan Berkala Sejagat (UPR) kepada kumpulan kerja UPR sesi ke 17 melibatkan giliran Malaysia telahpun selesai pada hari Khamis, 24 Oktober 2013 jam 6 petang (waktu Geneva). Semakan tersebut yang berlangsung selama tiga jam telah menyaksikan kehadiran ramai di kalangan 47 negara-negara yang menggangotai Majlis Hak Asasi Manusia (OHCHR) serta tidak kurang 50 negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang lain. Sesi bagi giliran Malaysia tersebut telah dipengerusikan Naib Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, H.E. Ms. Iruthisham ADAM dari negara Maldives, manakala ketua perwakilan Malaysia telah diwakili Dato’ Ho May Yong, Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala dan wakil-wakil dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

MUSLIMpro official logoBuat pertama kali, pihak gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam dalam Proses UPR (MuslimUPRo) telah hadir sebagai pemerhati bagi pertubuhan masyarakat sivil (NGO) dan delegasi tersebut telah mendapat akreditasi untuk bersama-sama berada di dalam Dewan Plenari Majlis Hak Asasi Manusia bagi proses UPR tersebut. Seramai lima wakil pemerhati MuslimUPRo, diketuai Azril Mohd Amin beserta Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Nasharudin Mat Isa, Abdul Rahim Sinwan dan Dr. Yusri Mohamad telah berada di sesi tersebut seawal jam 2 petang. Ini menzahirkan komitmen MuslimUPRo untuk meneliti setiap saranan atau tuntutan di dalam laporan stakeholder yang telah dikemukakan lebih awal serta respons dan persoalan-persoalan yang dikemukakan negara-negara anggota berkaitan rekod HAM Malaysia.

Deraf laporan bagi Malaysia akan hanya mula diedarkan pada hari Isnin, 28 Oktober 2013. Walaubagaimanapun berdasarkan pemerhatian delegasi MuslimUPRo sendiri, terdapat pelbagai isu yang tetap menjadi fokus kami khususnya yang berkaitan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk rekod, MuslimUPRo telah menggariskan enam perkara utama yang menjadi keprihatinan kami di dalam laporan COMANGO yang membentuk sebahagian laporan stakeholder kepada proses UPR tersebut. Di dalam konteks ini, isu-isu utama yang berkaitan yang telah ditimbulkan semasa sesi UPR ialah mengenai hak kebebasan beragama dan hak bagi golongan LGBT.

Pihak MuslimUPRo akan mengemukakan analisis yang lebih mendalam sebaik mendapat salinan deraf laporan bagi Malaysia kelak. Walaubagaimanapun, pihak MuslimUPRo ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada delegasi kerajaan Malaysia di atas pembentangan yang adil dan mencakupi pelbagai isu yang dapat memberikan gambaran umum terhadap situasi hak asasi manusia di Malaysia. Perlu diingat bahawa proses UPR ini bukanlah suatu semakan teknikal. Tambahan pula, kedaulatan Malaysia merupakan asas yang kukuh untuk Malaysia melaksanakan hak memilih perkara-perkara bersesuaian dengan realiti sejarah, latarbelakang agama dan budaya setempat di dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan tindakan hak asasi manusia.
Malaysia juga masih boleh menerokai ruang pembaikan yang luas bagi sesi UPR ketiga pada tahun 2017. Apa yang pasti ialah tidak semua hak-hak asasi yang didakwa sebagai standard sejagat boleh diterimapakai oleh sesebuah negara. Malaysia pada hakikatnya telah menzahirkan komitmen yang baik di dalam sesi UPR ini. Ini tergambar secara jelas apabila kebanyakan negara-negara di dalam proses UPR tersebut memperakui komitmen Malaysia di dalam mencapai taraf kehidupan dan jaminan hak asasi yang lebih baik mengikut acuan yang adil dan sewajarnya, sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan negara yang dihormati di kalangan negara-negara anggota ASEAN.

MuslimUPRo ingin secara khusus mengucapkan tahniah kepada wakil dari Jabatan Peguam Negara yang telah menerangkan secara jelas, padat dan berhemah berkaitan kontroversi isu kalimah Allah yang telah diputuskan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013. Pembentangan yang sederhana tetapi jitu tersebut telah menyatakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang perlu dihormati kesemua pihak berkepentingan atas prinsip bahawa Malaysia, sepertimana negara-negara berdaulat yang lain, mempunyai mekanisme kehakiman tersendiri yang perlu dihormati. Tahniah juga kepada wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah mengemukakan pembentangan yang baik, khususnya berhubung penegasan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta keunikan sistem pentadbiran kehakiman Islam yang berjalan selari dengan sistem sivil.

Kebanyakan isu utama yang ditimbulkan negara-negara anggota ialah berkaitan tuntutan agar Malaysia menandatangani International Covenant of Civil and Political Rights. Aspek ini menjadi antara keprihatinan utama MuslimUPRo. Artikel 18 ICCPR adalah berkaitan kebebasan beragama dan perlu dibaca dengan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang menakrifkan kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk meninggalkan agama seseorang. Tidak kurang 10 negara telah menyatakan saranan untuk Malaysia menandatangani ICCPR. Negara-negara seperti Slovakia, Ukraine, Belanda, Australia, Hungary, Jepun, Switzerland, Sierra Leonne, Slovakia dan Palestin kesemuanya telah menuntut Malaysia menandatangani ICCPR. Manakala negara Iran secara khususnya telah mencadangkan agar Malaysia menghapuskan diskriminasi terhadap penganut agama minoriti. Adalah jelas bahawa ini merupakan bahasa diplomasi Iran bagi mengizinkan penganut agama Syiah menyebarkan fahaman mereka kepada masyarakat awam.

Beberapa negara juga telah menyarankan agar Malaysia melaksanakan penundaan (moratorium) terhadap hukuman mati mandatori di dalam undang-undang negara. Negara-negara yang menyarankan hal tersebut termasuklah Sweden, Ukraine, Jerman, Switzerland, Bulgaria dan Sepanyol.

Selain itu, isu LGBT juga terus mendapat perhatian negara-negara anggota dalam saranan kepada Malaysia. Negara-negara seperti Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Belanda dan Croatia telah mengemukakan saranan supaya Malaysia menghapuskan undang-undang berkaitan jenayah liwat sebagai saluran menjamin kebebasan hak-hak golongan LGBT. Jika diteliti, ternyata trend saranan sebegini adalah konsisten dengan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan NGO pro hak LGBT di Malaysia dan di beberapa negara lain.

Melihat pada saranan yang meluas untuk menekan Malaysia menandatangani ICCPR dan menghalalkan hak-hak LGBT, maka adalah tidak benar seperti dakwaan media pro pembangkang yang memutarbelit fakta bahawa isu-isu tersebut tidak relevan dan tidak disebut secara meluas di sesi UPR. Malah, MuslimUPRo tetap menegaskan bahawa laporan COMANGO yang dikemukakan sebagai sebahagian asas yang menjadi laporan stakeholder kepada sesi UPR adalah tidak bertanggungjawab kerana mengemukakan tuntutan-tuntutan yang tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Jika isu-isu tersebut tidak menjadi masalah besar di sesi UPR tersebut, masakan COMANGO bersikap defensif serta mengadu kepada Majlis Hak Asasi Manusia bahawa kononnya mereka ditekan dari apabila mengemukakan hak-hak yang didakwa sebagai tidak munasabah.

MuslimUPRo ingin menegaskan komitmen kami di dalam mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama persekutuan, serta kemahuan kami untuk melihat hak asasi manusia yang munasabah dan mempunyai asas keabsahan (legitimate basis) dilaksanakan secara bijaksana oleh Malaysia menurut ruang lingkup perlembagaan persekutuan. Hal ini juga perlu melihat pada Perisytiharan dan Program Tindakan Vienna 1993 yang menitikberatkan perhatian terhadap realiti budaya, agama dan sejarah sesebuah negara di dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan tindakan hak asasi manusia. Malah, hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dihormati tidak memungkinkan perlaksanaan hak asasi manusia secara total dan semberono.

AZRIL MOHD AMIN
Ketua Delegasi MuslimUPRo

Advertisements

KUALA LUMPUR, Malaysia – A recent court ruling that prohibits a publication of the Roman Catholic Church in this Muslim-majority country from using the word “Allah” to represent the Christian God has far from settled the contentious issue.

A banner outside the Court of Appeal on the day of the verdict translates as, “The name of Allah belongs to Islam.” – Celine Fernandez

On Oct. 14 Malaysia’s court of appeal reversed a lower court ruling handed down in 2009 when it said that despite widespread use of the word Allah among Malay-speaking Christians, it was “not an integral part of the faith and practice of Christianity.”

The ruling has sparked outrage among some Christians, who feel their right to practice their faith has been trampled on. The archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Pakiam, who brought the case against the government, said that the three judges were “grossly misinformed” in concluding that the word Allah was not “essential” to the Christian faith.

An Islamic non-governmental organization, Ikatan Muslimin Malaysia, has responded to the outcry by telling Christians to migrate to another country if they can’t accept the sovereignty of Islam.

The Catholic Church says it will file an application for appeal against the ruling in the next 30 days. But S. Selvarajah, one of the lawyers for the Catholic Church, said it could take two to three months before the Federal Court decides whether to allow the appeal to be heard.

If it does decide to hear the appeal, Malaysia’s highest court is set to make a final judgment in the case in the coming months.

“In every case, we expect the right thing to be done but in this case, it was not,” said Mr. Selvarajah.

Haniff Khatri Abdulla represents a group siding with the government in a legal dispute over whether a publication of the Roman Catholic Church has the right to use the word Allah to refer to the Christian God. The Court of Appeal ruled last week that it may not.

Haniff Khatri Abdulla is a lawyer representing the Malaysian Chinese Muslim Association, or MACMA, a group siding with the government in the legal dispute. In a recent e-mail exchange with The Wall Street Journal’s Celine Fernandez he shared his thoughts on behalf of the lawyers representing the six state Islamic religious councils who are appellants in the case.

Edited excerpts to follow:

WSJ: How does the court’s ruling impact the rights of all religions as protected by the federal Constitution? In other words, should Muslims have more rights under the Constitution than Christians or other believers? Is that ultimately the effect of this ruling?

Mr. Haniff: Firstly, the Court of Appeal judgment is in line with the supreme law of the land, being the Federal Constitution, which pursuant to Article 3 (1) therein states as follows: “Islam is the religion of the federation, but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the federation.”

This does not mean that any other religion apart from Islam cannot be practiced in its fullest, since each and every member of the non-Islamic religion has the right to practice each and every integral part of its religion without interference by the state. This is also stated very clearly under Article 11(3) of the Federal Constitution.

Therefore, any non-Islamic religious group has the absolute right to practice its religion so long as it can, when legally required, substantiate that the element of its practice that comes into question, is an integral part of its religion.

Hence, to put the question in its correct perspective, it is not about Muslims having more rights under the Federal Constitution than believers of other faiths, but it is about Islam having been accepted as the religion of the federation, being placed at a higher position than any other religion, under the constitution, the supreme law of the land.

That is why the Court of Appeal, correctly, had to define the sub phrase in Article 3(1) of the constitution, being “but other religions may be practiced in peace and harmony” to mean that the position of Islam cannot be compromised by the practice of another religion, if that practice is not an integral part of that religion.

The findings of the Court of Appeal, based on the evidence available before it, that the use of the phrase “Allah” is not an integral part of the Christian religion, would therefore constitutionally disallow Christians of Malaysia from using that specific phrase in reference to  God in Christianity context.

WSJ: Critics of the ruling say it will undermine Malaysian unity and isn’t in keeping with the country’s history of adhering to a more moderate form of the faith. Do you disagree?

Mr. Haniff: Firstly, it is difficult for me to respond to this question because, to my humble understanding, there is no such thing as practicing a religion in moderation or otherwise. It is either one practices a religion or not, there is no half way.

It is also my humble understanding that the unity of Malaysians has always been preserved on the basis that in Islam we are required to respect every other religion, so long as it does not require Muslims to compromise in their  religion.

Prior to, and since independence, there were not many occasions in which the courts were asked to determine issues involving claims or cross claims of religions or religious beliefs.

However, as each member of the society tends to believe that their rights have to be recognized, despite the basic structure of Malaysian society having already being defined by the Federal Constitution, we find more and more disputes of this nature being brought before the courts. When that happens, it then becomes the duty of the courts to resolve these disputes, regardless of the sensitivity and emotions surrounding them, in line with prevailing provisions of the constitution, statutes and laws. Courts cannot constitutionally sweep disputes under the carpet.

It is not the ruling of the Court of Appeal which will undermine the unity of Malaysians, because it is for each and every Malaysian to appreciate and understand the constitution, which has kept, and should keep, Malaysians united.

WSJ: Father Lawrence, the editor of the Herald [the Roman Catholic publication at the heart of the case], said he was “dismayed and disappointed” that a judgment could be made allowing the use of Allah in the Malay-language Bible but preventing it from use in the weekly publication. How do you respond to that comment?

Mr. Haniff: Again, it is very important to understand the full scope and extent of the Court of Appeal decision. The issue of whether the Malay-language Bible should or should not contain the phrase “Allah” was not a subject matter before the High Court and the Court of Appeal.

A Court of law, can only determine issues which are before it based on the evidence and arguments adduced and tendered by parties appearing before it. Hence, this Court of Appeal was not the forum to determine the issue of whether the Malay-language Bible should or should not be using the phrase “Allah”.

That is why, I would conclude that the decision of the Court of Appeal only goes as far as prohibiting the Archbishop from using the phrase “Allah” in the Herald, and nothing beyond that.

WSJ: The Christian Federation of Malaysia says that about 60% of the approximately 2.6 million Christians in the country of 28 million use the word “Allah” to refer to God. The Herald has said it needs to use the word to respectfully reflect the preferences of its Malay-speaking readers. Why shouldn’t the Herald be allowed to do that?

Mr. Haniff: Without disputing the statistics quoted in your above question, one must not be swayed by emotions or sensitivities when faced with a conundrum of resolving a cross claim of this nature by way of legal dispute. In any general legal dispute before a court there will always be one party who will not be satisfied with the court verdict. That is the norm.

Nevertheless, it is not the issue of the preferences of the Malay-speaking readers of the Herald which is to be considered in resolving this legal dispute, but it is the issue of whether the correct translation of the word God in  English  into the Malay language is “Allah”. This is why I would stress that if any person objectively reads the judgments of the Court of Appeal, one would come to the conclusion that this matter is not about the battle of scriptures, but purely an issue of language and translation, and nothing beyond that.

WSJ: In some Muslim countries, including nearby Indonesia, Christians use the word “Allah.” Why is there such intense opposition in Malaysia? What do you fear would happen should the Catholic Church be allowed to use the word in its newspaper?

Mr. Haniff: This often-quoted analogical reference to Indonesia or even to the Arab speaking nations, is not only wrong in the circumstances of this dispute, but is also, legally in error. The position in Indonesia must be seen in the light of the development of the society in Indonesia, post-independence. That structure of the society is definitely and undeniably not prevalent in Malaysia.

Furthermore, as already clarified, Malaysia has its own written Federal Constitution which has identified the basic structure of Malaysian society, amongst which Islam is placed as the  religion of the federation.

WSJ: The Catholic Church has said it will appeal. Why are you confident your side will prevail?

Mr. Haniff: Your question is premature since legally speaking the solicitors for the various state religious councils and Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), are yet to be served with the appeal papers.

Also, there are two stages before the Herald can bring their appeal to the Federal Court. First the Herald must file an application to the Federal Court to seek leave to allow them to Appeal to the Federal Court. Only upon the Herald’s success seeking leave from the Federal Court, will the Herald be able to lodge the official Notice of Appeal to the Federal Court, upon which the appeal is then deemed to have begun.

source: http://blogs.wsj.com

Gerakan Kristianisasi merujuk kepada suatu usaha untuk mengkristiankan penganut Islam. Dalam konteks negara kita yang mana Perlembagaan meskipun memberi kebebasan dalam beragama kepada rakyatnya namun terdapat larangan untuk agama lain mengembangkan agama mereka kepada penganut Islam, gerakan Kristianisasi dipercayai dilakukan secara senyap, licik dan tersembunyi.

Difahamkan, gerakan ini menggunakan pelbagai medium yang secara umumnya boleh diklasifikasikan perkara biasa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Antara yang dipercayai salah satu strategi gerakan ini ialah menuntut kalimah ALLAH dibenarkan untuk digunakan oleh orang Kristian dalam risalah terbitan gereja.

SinarHarian-AKO-21Okt2013Bagi memahami strategi gerakan Kritianisasi yang dikhuatiri menjadi satu lagi ancaman kepada akidah umat Islam mutakhir ini, wartawan NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan ZULFADHLI ZAKI menemubual Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), A KARIM OMAR. Dalam temu bual itu A Karim turut mendedahkan strategi terkini Kristianisasi yang disebut ‘kontekstualisasi’. Ikuti penerangannya.

Apa yang dimaksudkan dengan strategi kontekstualisasi?

Menurut J Dudley Woodberry, Profesor Emeritus di Fuller Theological Seminary School of World Missions, Amerika Syarikat, orang Islam yang cuba didakyahkan oleh evangelis Kristian merasakan bentuk penyembahan Kristian, termasuk istilah-istilah yang digunakan, aneh dan ofensif.

Oleh yang demikian, kebanyakan evangelis Kristian bersedia untuk menggugurkan apa saja  penyembahan yang aneh dan ofensif kepada orang Islam serta membenarkan mereka yang murtad itu (bertukar kepada agama Kristian) untuk mengekalkan beberapa bentuk dan istilah yang biasa digunakan oleh orang Islam.

Maka kontekstualisasi adalah suatu strategi pendakyahan Kristian dengan cara mengambil guna istilah dan cara beribadat yang biasa digunakan oleh masyarakat Islam setempat.

Dalam satu jurnal Kristian, pada tahun 2004, Harley Talman menulis bahawa pendakyahan kepada orang Islam yang suatu masa dahulu dianggap sebagai usaha yang sia-sia, kini dengan strategi kontekstualisasi ianya telah memberi ruang baru untuk usaha-usaha pendakyahan.

Malah, dalam artikel tersebut, beliau turut menyenaraikan cadangan untuk dilakukan kontekstualisasi yang lebih meluas (comprehensive contextualization) dari pelbagai aspek.

Apakah sebenarnya dimaksudkan dengan gerakan Kristianisasi?

Gerakan Kristianisasi adalah merujuk kepada suatu gerakan untuk mengkristiankan umat manusia. Pada peringkat tertinggi mereka, Pope Alexander VI telah membahagikan dunia ini kepada kerajaan Sepanyol dan kerajaan Portugis dalam Perjanjian Tordesillas pada 7 Jun 1494.

Inilah gerakan terancang Kristian sedunia untuk mengkristiankan umat manusia. Maka bermulalah sejarah kekejaman oleh dua penakluk besar kerajaan Kristian pada ketika itu. Segala bentuk keganasan jelas tercatat di dalam kisah-kisah eksplorasi mereka di atas nama menyebarkan agama Kristian di samping mencari kegemilangan sambil merompak kekayaan dunia baru yang mereka takluki.

Ini disebut sebagai ‘gold, glory and gospel’. Kini gerakan evangelis Kristian masih berterusan dengan agenda yang sama, melalui pelbagai ragam dan rupa serta strategi yang baru.

Laporan Raja Manuel (Portugis) kepada Pope Leo X pada 6 Jun 1513 menyebut bahawa ‘Palang Salib’ telah menang ke atas ‘Bulan Sabit’ di Kota Melaka.

Ini adalah kerana mereka dahulu beranggapan bahawa penaklukan ke atas Tanah Melayu sebagai Perang Salib yang terakhir dan ini merupakan suatu usaha serangan terhadap kubu Islam dari sisi dan belakang.

Bagaimanakah agenda mereka dapat dilaksanakan dalam konteks negara kita?

Gerakan ini dilaksanakan menggunakan beberapa kaedah dan strategi, antaranya melalui pendidikan, ekonomi, kebajikan dan aktiviti sosial.

Melalui pendidikan misalnya, gerakan ini menggunakan tadika, tabika, sekolah mubaligh dan pusat tuisyen serta kelab-kelab belajar untuk mempengaruhi para pelajar.

Mereka juga menggerakkan pelbagai program ekonomi dan kebajikan dalam usaha menarik masyarakat Islam untuk menerima Kristian. Antara kaedah yang mereka gunakan boleh dianggap seumpama rasuah atas nama Jesus.

Mereka juga melakukan aktiviti lawatan hospital, menyediakan rumah kebajikan, bantuan mangsa Aids/HIV dan penagih, bantuan bencana serta khidmat kaunseling.

Melalui hiburan pula, ada yang menggunakan lagu, contohnya sebuah lagu penyanyi popular dari Indonesia, Agnes Monica yang berjudul, ‘ALLAH Peduli’. Kalimah ALLAH dalam lagu tersebut bukanlah merujuk kepada Tuhan Yang Esa tetapi merujuk kepada Jesus seperti lirik terakhirnya,‘Sebab ALLAH Yesusku mengerti’.

Lagu itu sudah diharamkan di negara kita. Itu merupakan salah satu daripada cara bagaimana mereka menggunakan medium hiburan untuk menggerakan misi mereka.

Boleh saudara terangkan kaedah menggunakan helah sukan dalam usaha memurtadkan golongan remaja?

Evangelis Kristian sememangnya mengguna pelbagai helah dan kaedah pemurtadan untuk mengaburi mata umat Islam. Negara kita pernah pada satu ketika dahulu digemparkan oleh satu peristiwa di mana sebuah pusat tuisyen telah melakukan aktiviti untuk memurtadkan anak-anak Islam yang belajar di situ. Selain daripada itu, salah satu kaedah pendakyahan lain yang dikesan ialah melalui sukan termasuk menganjurkan latihan  bola sepak.

Terdapat sebuah pusat latihan bola sepak di Lembah Klang yang telah dikesan melakukan aktiviti terancang ini. Malah mereka membawa paderi dari Amerika Latin yang menyamar sebagai jurulatih bola sepak dalam usaha untuk berdakyah.

Mereka memilih sebahagian daripada anak-anak remaja ini untuk menjalani latihan lanjutan di negara mereka dan sebagai salah satu atur cara lawatan di sana, anak-anak ini telah dibawa berkunjung ke gereja-gereja. Walaupun pusat latihan bola sepak tersebut didaftarkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, namun ianya bernaung di bawah sebuah gereja.

Dalam satu dokumen berhubung perjanjian di antara pusat bola sepak tersebut dengan gereja dari Amerika Latin, mereka mencatatkan bahawa bola sepak adalah satu alat penting untuk menyampaikan dakyah Kristianisasi kepada orang Melayu.

Bagaimana cara masyarakat Islam yang sudah murtad menjalani kehidupan seharian mereka?

Sebenarnya kita tidak dapat mengenal pasti mereka yang murtad berdasarkan perilaku luaran seperti mempunyai salib.

Ini kerana mereka melakukkannya secara tersembunyi, malah untuk menutup rahsia mereka, ramai di kalangan mereka yang sudah murtad masih melakukan perkara asas dalam Islam apabila berada di kalangan keluarga atau masyarakat.

Sebagai buktinya, kajian tentang identiti sosio keagamaan dan kehidupan orang-orang Melayu Kristian telah dilakukan dalam kajian peringkat PhD di sebuah universiti Kristian di Amerika Syarikat pada tahun lalu. Kajian tersebut mendedahkan orang-orang Melayu Kristian ini tidak menzahirkan anutan agama mereka seperti:

1 – Tidak ada tanda salib di rumah mereka.
2 – Tidak melakukan sebarang acara keagamaan Kristian di depan orang lain walaupun sudah menganut agama Kristian.
3 – Masih sesekali menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid dan berpuasa di bulan Ramadan, jika perlu.
4 – Mereka juga tidak meletakkan apa-apa buku atau bahan bacaan Kristian di rak buku atau meja di ruang tamu rumah.

Mereka melakukan semua ini bagi mengelak dari diketahui oleh saudara mara atau sahabat handai yang datang ke rumah mereka.

Boleh saudara jelaskan berkaitan tuntutan menggunakan kalimah ALLAH yang sebelum ini saudara katakan kepada saya ‘supaya orang Islam baca tidak terus menolak Bible’?

Tuntutan untuk menggunakan kalimah ALLAH oleh evangelis Kristian adalah satu contoh terbaik bagi menjelaskan strategi Kristian dalam memperdayakan umat Islam. Ianya adalah salah satu strategi kontekstualisasi yang telah kita bicarakan awal tadi.

Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang biasa diguna pakai oleh orang Islam setempat dalam bahan bacaan Kristian, maka usaha pendakyahan dengan menyebarkan Bible atau apa-apa bahan bacaan kepada orang Islam lebih berhasil dan lebih mudah. Orang Islam tidak akan merasakan apa yang dibaca mereka itu asing malah tidak jauh bezanya dengan apa yang meraka amalkan. Oleh itu, mereka tidak akan terus menolak bahanbahan bacaan tersebut.

Sebagai contoh, di Indonesia, terdapat pelbagai rumah agama Kristian yang meletakkan kalimah ALLAH pada bangunan mereka. Adakah kita mahu keadaan seperti ini berlaku di negara kita? Ia kelak akan mewujudkan kekeliruan kepada kita semua. Oleh itu perkara sebegini perlu dielakkan. Begitu juga penggunaan nama ALLAH di dalam lagu Agnes Monica, berjudul, ‘ALLAH peduli’ yang saya jelaskan di atas.

Sejauh mana bahayanya gerakan kristianisasi di negara kita? 

Mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam bermakna memurtadkan mereka. Orang Melayu telah didefinisikan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai orang yang beragama Islam. Oleh itu gerakan permurtadan ini terang-terangan mengancam kedaulatan Perlembagaan.

Apabila seseorang Melayu itu tidak lagi beragama Islam maka ia tidak lagi berstatus Melayu. Malah gerakan mengkristiankan umat Islam di negara ini adalah bertentangan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Bahayanya gerakan ini adalah kerana ianya dilakukan dengan penuh tipu helah serta berselindung dengan pelbagai wajah. Hasilnya ramai umat Islam tidak sedar dan tertipu malah menjadikan kita bersengketa sesama sendiri.

Apakah usaha yang boleh kita lakukan bagi mengekang gerakan kristianisasi terus berlaku hingga sampai tahap tidak terkawal? 

Pertama, umat Islam mesti ingat tentang pesanan ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 bahawa orang Yahudi dan Kristian tidak akan reda untuk selama-lamanya terhadap umat Islam yang kekal beriman. Mereka akan melakukan pelbagai tipu helah yang terancang sehingga kita sendiri tidak sedar perancangan halus mereka.

Kedua, umat Islam mesti diberi pendedahan dan penerangan tentang segala tipu helah dan perancangan jahat gerakan evangelis yang ingin memurtadkan kita semua.

Pihak berwajib termasuk media harus memainkan peranan mereka dalam memberi kesedaran dan kefahaman ini kepada masyarakat umum.

Malah masyarakat di pelbagai peringkat juga harus mengambil peranan aktif dalam menjalankan tanggugjawab ini.

Ketiga, penguatkuasaan yang lebih bersungguh-sungguh dan tegas mesti diambil oleh pihak kerajaan berdasarkan peruntukan yang sedia ada di bawah Pelembagaan Persekutuan dan enakmen negeri masing-masing.

Keempat dan yang paling penting ialah umat Islam sendiri harus bersatu menentang taktik-taktik halus gerakan evangelis Kristian dan bukannya bersengketa sesama sendiri dan menjadi alat mereka.

Ini bersesuaian dengan firman ALLAH SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 110 yang meletakkan kita sebagai umat terbaik, di mana ianya datang bersama satu tanggungjawab untuk melakukan dakwah serta menyekat agenda pemurtadan umat.

Inilah kaedah fekah yang disepakati iaitu menyekat gejala riddah (pemurtadan) dari segala puncanya. Inilah disebut sebagai sadduz zara‘i.

Oleh: NURUL RIDUAN NOR ASHAHA DAN ZULFADHLI ZAKI

Sumber: Sinar Harian 21hb Oktober 2013

***************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

azrilmohdaminOleh AZRIL MOHD AMIN
PENULIS ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia merangkap Ketua Delegasi MuslimUPRo (Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses UPR) ke Geneva, Switzerland.

SITUASI hak asasi manusia di negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) diteliti masyarakat antarabangsa melalui mekanisme unik Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) yang memantau dan menilai rekod hak asasi manusia dan menangani pencabulan hak asasi manusia. Mekanisme ini dikenali sebagai “Universal Periodic Review” atau UPR (Semakan Berkala Sejagat) yang harus ditempuhi setiap 192 negara anggota PBB setiap empat tahun.

UPRProses UPR ini memberi peluang kepada semua negara anggota untuk mengisytiharkan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia dan untuk mengatasi cabaran dalam menikmati hak asasi manusia. Empat puluh lapan negara dinilai setiap tahun dalam tiga sesi yang berbeza.

Ulasan yang dijalankan oleh kumpulan kerja UPR yang terdiri daripada 47 ahli HRC adalah berdasarkan laporan nasional yang disediakan oleh kerajaan yang sedang menjalani semakan, maklumat yang terkandung di dalam laporan hak asasi manusia oleh pakar dan kumpulan bebas (seperti prosedur khas, Badan-badan perjanjian hak asasi manusia dan lain-lain entiti PBB) dan maklumat daripada pihak berkepentingan yang lain, termasuk institusi hak asasi manusia kebangsaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

UPR cycleUPR akan menilai sejauh mana negara yang disemak menghormati hak kewajipan manusia yang ditetapkan dalam Piagam PBB, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, instrumen hak asasi manusia yang ditandatangani sesebuah kerajaan, janji dan komitmen sukarela yang dibuat kerajaan (dasar hak asasi manusia nasional dan/atau program yang dilaksanakan), dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang terpakai.

Malaysia menerima 62 cadangan dalam laporan hasil, yang termasuk, antara lain, ratifikasi triti antarabangsa, kajian semula undang-undang yang sedia ada dan sistem kehakiman, dasar-dasar negara dan strategi hak asasi manusia, hak ekonomi, sosial dan budaya, hak asasi manusia golongan mudah terjejas, pekerja asing dan pemerdagangan orang.

Malaysia menolak 22 cadangan dan tidak menyatakan komen pada 19 cadangan. Respons kepada 19 perkara yang tidak diberi komen telah disediakan pada Jun 2009, bersempena dengan pembentangan laporan hasil UPR mengenai Malaysia, di Sesi Biasa Majlis Hak Asasi Manusia ke-11.

TUNTUTAN-TUNTUTAN COMANGO (GABUNGAN NGO-NGO HAK ASASI MANUSIA) UNTUK PROSES SEMAKAN BERKALA SEJAGAT MALAYSIA 2013

Malaysia semakin menghampiri sesi UPR pusingan kedua pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan lain-lain NGO hak asasi manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia dalam proses UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini.

Adalah dikesali bahawa COMANGO mengambil kesempatan untuk memanipulasi sesi semakan ini dengan memberikan persepsi yang salah tentang Malaysia, khususnya berkaitan kedudukan sebenar pencapaian hak asasi manusia (HAM). COMANGO juga mengemukakan beberapa tuntutan berbahaya yang ternyata bertentangan dengan realiti budaya dan sejarah masyarakat Malaysia, serta pada hakikatnya menzahirkan percubaan mereka untuk mengikis kedudukan istimewa Islam sebagai agama negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut adalah:

i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”.

Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah racism atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambil kira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat stereotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

LGBTiii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.

iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat.

Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.

v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa ”mengganggu hak peribadi.”

vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran syiah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur UMUR juga dijadikan isu hak asasi manusia.

MUSLIMpro official logoTuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang menganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana jika diteliti, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. ‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia, namun begitu menampakkan gagasan mereka seolah-olah besar dan berpengaruh.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131010/re_07/Jangan-tunduk-tuntutan-COMANGO#ixzz2hGZhs9n3
© Utusan Melayu (M) Bhd

********

Azril’s previous writings:

**********

**********

Lain-lain pautan berhubung isu UPR dan ancaman COMANGO adalah:

Kepada para bakal haji yang kini berada di Tanah Suci, diucapkan selamat menjalani ibadat haji. Semoga dipermudahkan segala urusan serta diberi kesihatan tubuh badan untuk melaksanakannya.

Semoga mendapat Haji Mabrur.

Kepada seluruh umat Islam yang lain selamat menjalani ibadat-ibadat awal bulan Zulhijjah dan selamat menyambut Hari Raya Eid ul Adha.

Suatu yang menghairankan dan tidak masuk akal. Betul! Memang sukar untuk percaya.

NGO-comangoNamun itulah hakikatnya apabila kita teliti dokumen terkini (2013) tuntutan COMANGO (talibarut asing)ke Geneva dalam proses UPR. Dokumen yang menuntut hak untuk pengamal seks songsang untuk bebas mengamalkan kecacatan mental mereka direstui oleh oleh dua persatuan agama. Pertama ialah Christian Federation Malaysia dan satu lagi ialah Young Buddhist Association.

Dalam dokumen sebelum ini (serahan tahun 2009) MCCBCHST (atau majlis puak-puak kafir di Malaysia ini) turut menjadi penanda tangan bersama dalam dokumen tersebut.

Yang peliknya tidak pula saya tahu ada mana-mana agama dalam dunia ini yang setuju penganutnya menjadi penjenayah seks songsang yang melakukan pelbagai amalan seks yang mengaibkan lagi diklasifikasikan oleh Persatuan Sakit Mental Amerika sebagai orang berpenyakit mental yang perlu diubati.

Tetapi yang paling terkejut adalah apabila Persatuan Guru-guru Tadika Semenanjung Malaysia turut menyokong perlakuan seks songsang.

MAKA kepada para ibu bapa … hati-hati menghantar anak-anak anda – JANGAN HANTAR ke tadika yang bernaung di bawah persatuan yang mengalakkan budaya seks songsang. Nanti anak-anak anda pulak diajar sedemikian. Susah kalau dah ketagih!

UPRSedih melihat media-media PRO-LGBT & PRO-MURTAD yang banyak melaporkan perjuangan, puak-puak yang mendapat dokongan anasir luar, COMANGO dalam UPR di Geneva sedangkan media-media kita dan para bloggers kita kurang memberi penjelasan sewajarnya untuk memperbetulkan keadaan dan fakta salah mereka demi mempertahankan Islam dan Perlembagaan kita.

Ayuh kawan-kawan semua pergiatkan lagi kesedaran saudara mara dan sahabat handai kita agar fahami ancaman dari pelbagai tuntutan puak2 talibarut asing COMANGO yang menuntut kebebasan untuk murtad, kebebasan utk penyebaran ajaran sesat Syiah dan kebenaran untuk LGBT termasuk melakukan seks songsang yang pelik2.

TOLAK tuntutan COMANGO di UPR
Beritahu wakil-wakil rakyat anda.
Hebahkan di masjid/surau kariah anda.
Sebarkan di kalangan teman sekerja anda.
Usah berpeluk tubuh dengan keselesaan yang kita ada hari ini.
Hari mendatang tidak menjamin kesejahteraan anak cucu kita.

MUSLIMpro official logoSokong perjuangan MuslimUPRo

Sila ‘Like” page ini:

https://www.facebook.com/muslimupro

Sebarkan …

Baca tulisan terkini Sdr. Azril Mohd Amin (Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva): Pertahankan kedaulatan Islam di sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) 2013

**********

Baca juga artikel lain yang berkaitan UPR:

Haji Ifrad yakni mengerjakan Haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan Umrah.

sumber: Tabung Haji

Semoga bermanfaat.

Haji Ifrad-grafikTHsumber: http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1796b208-22a1-441a-b871-62945f172ff8

Haji Ifrad yakni mengerjakan Haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan Umrah.

sumber: Laman Lembaga Zakat Selangor (MAIS) http://www.zakatsel.com.my

 PERBUATAN  HUKUM
 Boleh dilakukan dari 1 Syawal hingga 9 Zulhijjah Di mana-mana sebelum Miqat  Mandi sunat ihram  Sunat
 Memakai pakaian ihram  Wajib
 Sembahyang sunat ihram  Sunat
Di Miqat Haji  Niat  Rukun
 Niat ihram di Miqat  Wajib
Lepas niat hingga tahallul  Meninggalkan perkara-perkara
larangan semasa berihram
 Wajib
Lepas niat hingga mula melontar  Talbiah  Sunat
Di Baitullah  Tawaf Qudum  Sunat
 Di Mas’aa  Sa’ei Haji  Rukun
 9 Zulhijjah Di Arafah  Wuquf  Rukun
 Malam 10 Zulhijjah Di Muzdalifah  Bermalam di Muzdalifah  Wajib
 Mengutip anak batu  Sunat
10,11, 12,13 Zulhijjah Di Mina  Melontar Jamrah Aqabah *  Wajib
 Bercukur/bergunting *  Rukun
 Bermalam di Mina  Wajib
 Melontar 3 Jamrah
pada 11,12,13 Zulhijjah
 Wajib
 Selepas
Wukuf
Di Baitullah  Tawaf Haji **  Rukun
Di Mas’aa  Sa’ei (jika belum) **  Rukun
 Tertib melaksanakan rukun  Rukun

* Tahallul Awal

** Tahallul Thani

Lagi maklumat HAJI dari laman Lembaga Zakat Selangor:

http://www.zakatsel.com.my/baru/ibadah/syarat_haji.asp

Article 3(1) of the Malaysian Federal Constitution states that “Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation”. It has long been misconstrued as a mere official declaration. As a matter of fact, it designates Islam as the religion of the nation. It goes right to the heart of the federation, her raison detre.

LGBT

Therefore, the Islamic position which must be supported by Malaysian governmentpolicy is as follows. Given that there are NO “human rights” available to humanity except by the permission of Allah SWT, we must believe that the human mind, unaided by Divine Revelation, is utterly incapable of understanding or even protecting “human rights” as if they were an entirely extra-religious body of philosophical knowledge.

Further, it is impossible, indeed illegal, for us to repeal Islamic values, or to pick-and-choose among them, as the consumer-oriented secular world would like, or as recent technological advances would seem to make possible. And yet, some Malaysian Muslims feel that we must accept the western movement toward secular and liberal human rights approach such as unbridled freedom of religion, LGBT rights and same-sex marriage, and absolute freedom of expression, to stay a part of the modern world. This could be seen from some the responses we have received to our short-term campaign leading towards Malaysia’s UPR session on the 24th October 2013.

UPRIt is indeed time to “stand and be counted”. There MUST be an alternative to reactionary approach, other than joining the liberal secular world. Ours is a principled dissent and we MUST start that alternative NOW. Strident opposition to the secular and liberal proponents in the United Nations and elsewhere is not enough. Nor is continuing in-fighting among Muslims over this issue. We MUST understand that the major pillars of the Islamic Aqidah & Shari’ah is non-negotiable, and we must make our stand clear at the United Nations.

We therefore need to join with those researchers and healers who begin with the inadmissability of unbridled freedom of religion, LGBT rights and same-sex marriage, and absolute freedom of expression among humans, and then find ways to return victims of those tendencies to their deeper human nature, as clearly described in Al Qur’an and the prophetic teachings. We cannot merely shout “haram!” We must offer “halal” alternatives to the widespread mutilation of human nature nowadays spearheaded by politics and technology.

MUSLIMpro official logo

In human history, this was the noble duty of the Prophets and the scholars. And yet, with a courageous allegiance to the principles revealed in Al Qur’an, Sunnah and other major sources of Islamic laws, it may be yet done before Muslims become hopelessly traitorous to their own deepest values in the name of “democracy”, “tolerance” or “personal freedom”, or even “getting along with the modern world”. And Allah knows best, as He tests our faith over this issue.

Azril Mohd Amin is vice president, Muslim Lawyers Association of Malaysia and Head of Delegation, MuslimUPRo (Muslim NGOs in the UPR Process)(https://www.facebook.com/muslimupro) at Geneva, Switzerland

Azril’s previous writings:

**********

**********

Lain-lain pautan berhubung isu UPR dan ancaman COMANGO adalah:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

October 2013
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 285 other followers

Tauhid