US-shutdownUS Government shutdown!

Begitulah ramainya FBers yang petik pelbagai laporan media sedemikian untuk diletakkan di status FB mereka. Dan begitulah juga bicara ramai apabila bersembang hari ini. Begitu jugalah saya diajukan dengan berita tersebut tengah hari tadi.

Apabila saya sebut “sebenarnya ini bukan kali pertama … “, ramai mereka yang mempunyai “ketokohan” dalam bidang masing-masing ketika berbincang tadi terkejut.

Dalam masa 40 tahun kebelakangan ini sudah berbelas kali dah pun perkara sebegini berlaku. Tak tahu lama mana kali ini. Pernah 2-3 minggu lamanya ia ditutup.

Masalahnya mungkin ramai FBers yang muda-muda yang belum pernah baca atau terdedah dengan berita sebegini. Atau yang veteran-veteran pula mungkin dulu mereka tak ambil kisah dulu atau mereka sudah lupa.

Begitulah pengajaran yang perlu kita ambil dari sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Generasi mudah kita sekarang adalah kebanyakannya dari generasi pasca 13Mei. Atau pun mereka hanya ingat peristiwa reformasi sebagai suatu yang “mendidik serta menyedarkan” mereka. Jauh sekali untuk mereka kenali perit bengit kehidupan zaman kekejaman komunis Bintang 3 mahupun zaman Jepun.

Maka bagi mereka itu semua tidaklah penting lagi kini. Itu orang dulu-dulu … tak payahlah nak cerita benda-benda lama …

Setiap yang berlaku dalam sejarah ada pengajarannya. Setiap yang menyelesainya ada hikmah dan kebijaksaan mereka yang bijak pandai ketika itu. Maka jangan kita terlalu mudah lupakan peristiwa lalu yang banyak iktibarnya.