Suatu yang menghairankan dan tidak masuk akal. Betul! Memang sukar untuk percaya.

NGO-comangoNamun itulah hakikatnya apabila kita teliti dokumen terkini (2013) tuntutan COMANGO (talibarut asing)ke Geneva dalam proses UPR. Dokumen yang menuntut hak untuk pengamal seks songsang untuk bebas mengamalkan kecacatan mental mereka direstui oleh oleh dua persatuan agama. Pertama ialah Christian Federation Malaysia dan satu lagi ialah Young Buddhist Association.

Dalam dokumen sebelum ini (serahan tahun 2009) MCCBCHST (atau majlis puak-puak kafir di Malaysia ini) turut menjadi penanda tangan bersama dalam dokumen tersebut.

Yang peliknya tidak pula saya tahu ada mana-mana agama dalam dunia ini yang setuju penganutnya menjadi penjenayah seks songsang yang melakukan pelbagai amalan seks yang mengaibkan lagi diklasifikasikan oleh Persatuan Sakit Mental Amerika sebagai orang berpenyakit mental yang perlu diubati.

Tetapi yang paling terkejut adalah apabila Persatuan Guru-guru Tadika Semenanjung Malaysia turut menyokong perlakuan seks songsang.

MAKA kepada para ibu bapa … hati-hati menghantar anak-anak anda – JANGAN HANTAR ke tadika yang bernaung di bawah persatuan yang mengalakkan budaya seks songsang. Nanti anak-anak anda pulak diajar sedemikian. Susah kalau dah ketagih!