
PENULIS ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia merangkap Ketua Delegasi MuslimUPRo (Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses UPR) ke Geneva, Switzerland.
SITUASI hak asasi manusia di negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) diteliti masyarakat antarabangsa melalui mekanisme unik Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) yang memantau dan menilai rekod hak asasi manusia dan menangani pencabulan hak asasi manusia. Mekanisme ini dikenali sebagai “Universal Periodic Review” atau UPR (Semakan Berkala Sejagat) yang harus ditempuhi setiap 192 negara anggota PBB setiap empat tahun.
Proses UPR ini memberi peluang kepada semua negara anggota untuk mengisytiharkan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia dan untuk mengatasi cabaran dalam menikmati hak asasi manusia. Empat puluh lapan negara dinilai setiap tahun dalam tiga sesi yang berbeza.
Ulasan yang dijalankan oleh kumpulan kerja UPR yang terdiri daripada 47 ahli HRC adalah berdasarkan laporan nasional yang disediakan oleh kerajaan yang sedang menjalani semakan, maklumat yang terkandung di dalam laporan hak asasi manusia oleh pakar dan kumpulan bebas (seperti prosedur khas, Badan-badan perjanjian hak asasi manusia dan lain-lain entiti PBB) dan maklumat daripada pihak berkepentingan yang lain, termasuk institusi hak asasi manusia kebangsaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
UPR akan menilai sejauh mana negara yang disemak menghormati hak kewajipan manusia yang ditetapkan dalam Piagam PBB, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, instrumen hak asasi manusia yang ditandatangani sesebuah kerajaan, janji dan komitmen sukarela yang dibuat kerajaan (dasar hak asasi manusia nasional dan/atau program yang dilaksanakan), dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang terpakai.
Malaysia menerima 62 cadangan dalam laporan hasil, yang termasuk, antara lain, ratifikasi triti antarabangsa, kajian semula undang-undang yang sedia ada dan sistem kehakiman, dasar-dasar negara dan strategi hak asasi manusia, hak ekonomi, sosial dan budaya, hak asasi manusia golongan mudah terjejas, pekerja asing dan pemerdagangan orang.
Malaysia menolak 22 cadangan dan tidak menyatakan komen pada 19 cadangan. Respons kepada 19 perkara yang tidak diberi komen telah disediakan pada Jun 2009, bersempena dengan pembentangan laporan hasil UPR mengenai Malaysia, di Sesi Biasa Majlis Hak Asasi Manusia ke-11.
TUNTUTAN-TUNTUTAN COMANGO (GABUNGAN NGO-NGO HAK ASASI MANUSIA) UNTUK PROSES SEMAKAN BERKALA SEJAGAT MALAYSIA 2013
Malaysia semakin menghampiri sesi UPR pusingan kedua pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan lain-lain NGO hak asasi manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia dalam proses UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini.
Adalah dikesali bahawa COMANGO mengambil kesempatan untuk memanipulasi sesi semakan ini dengan memberikan persepsi yang salah tentang Malaysia, khususnya berkaitan kedudukan sebenar pencapaian hak asasi manusia (HAM). COMANGO juga mengemukakan beberapa tuntutan berbahaya yang ternyata bertentangan dengan realiti budaya dan sejarah masyarakat Malaysia, serta pada hakikatnya menzahirkan percubaan mereka untuk mengikis kedudukan istimewa Islam sebagai agama negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut adalah:
i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.
ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”.
Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah racism atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambil kira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat stereotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.
iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.
iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat.
Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.
v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.
vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa ”mengganggu hak peribadi.”
vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran syiah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur UMUR juga dijadikan isu hak asasi manusia.
Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang menganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana jika diteliti, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. ‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia, namun begitu menampakkan gagasan mereka seolah-olah besar dan berpengaruh.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131010/re_07/Jangan-tunduk-tuntutan-COMANGO#ixzz2hGZhs9n3
© Utusan Melayu (M) Bhd
********
Azril’s previous writings:
- Malaysia’s 2nd Evaluation under the Universal Periodic Review, 24th October 2013
- Tuntutan-tuntutan COMANGO untuk Proses Semakan Berkala Sejagat Malaysia 2013
- Ahli Parlimen Muslim diminta dedahkan kandungan taklimat UPR oleh COMANGO
- Penilaian Malaysia di “Universal Periodic Review” 2013
- UDHR and the position of Islam in Malaysia’s Federal Constitution
- Islamic NGOs To Submit Proposals Concerning Human Rights To Government
- Why and By Whom is Marriage being Redefined?
**********
**********
Lain-lain pautan berhubung isu UPR dan ancaman COMANGO adalah:
- Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini
- Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights
- Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013
29 comments
Comments feed for this article
15 October, 2013 at 9:37 am
Bacalah! | Alam Putera
[…] https://akarimomar.wordpress.com/2013/10/10/jangan-tunduk-tuntutan-comango/ […]
20 October, 2013 at 9:56 am
Suara Generasi Baru
[…] Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. Malah, ‘pertubuhan-pertubuhan’ yang menganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana jika diteliti, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. ‘Pertubuhan-pertubuhan’ ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia, namun begitu menampakkan gagasan mereka seolah-olah besar dan berpengaruh. SUMBER […]
18 March, 2014 at 6:24 pm
Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
19 March, 2014 at 8:43 am
MuslimUPRo bertemu NGO, diplomat | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
20 March, 2014 at 1:34 am
UPR Final Adoption: 20hb Mac – Hari Penentu | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
20 March, 2014 at 3:03 pm
UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
21 March, 2014 at 9:01 am
Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi di UPR Geneva | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
21 March, 2014 at 9:05 am
Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
22 March, 2014 at 8:16 am
Kerajaan bertegas tolak tuntutan Comango | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
22 March, 2014 at 8:40 am
Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR? | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
22 March, 2014 at 11:17 am
Penolakan tuntutan Comango bukti komitmen Malaysia | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
23 March, 2014 at 9:27 am
Warkah Geneva: Berkat doa, kesatuan | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
23 March, 2014 at 6:20 pm
Kenyataan Media MuslimUPRo – 23 Mac 2014: Comango Tidak Puas Hati | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
25 March, 2014 at 7:12 am
Comango sengaja cetus polemik | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
25 March, 2014 at 10:02 pm
Mengingat Kembali Ancaman IFC | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
31 March, 2014 at 8:17 am
Kiriman “Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang” Capaian Paling Tinggi | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
14 April, 2014 at 11:38 pm
Apa itu UPR (Universal Periodic Review)? | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
2 July, 2014 at 5:46 pm
Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia? | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
2 July, 2014 at 5:50 pm
Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
2 July, 2014 at 6:45 pm
COMANGO … Penerusan Agenda Musuh | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
2 July, 2014 at 11:13 pm
Ancaman Comango dijangka berterusan | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
3 July, 2014 at 4:42 am
COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
3 July, 2014 at 4:43 am
COMANGO – Talibarut Asing? | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
3 July, 2014 at 5:17 am
UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
3 July, 2014 at 5:20 am
Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
3 July, 2014 at 5:34 am
Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013 | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
3 July, 2014 at 7:01 am
Beyond COMANGO’s demands | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
25 January, 2015 at 7:41 am
Perlaksanaan CRC – Apakah Suatu Kejayaan COMANGO? | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]
3 August, 2016 at 9:38 am
HANYA Islam Agama Yang Benar – Agama-agama Lain Adalah Palsu Lagi Sesat | Karim's Blog
[…] Jangan tunduk tuntutan COMANGO – Azril Mohd Amin […]