You are currently browsing the monthly archive for November 2013.
Kita selalu mendengar dan membaca perihal satu pihak menuduh satu pihak lain yang tidak mahu melaksanakan hudud. Tetapi kali ini pula satu pihak mengaku sendiri tidak mahu melaksanakan hudud ….
… hmmm … pelik pula.
Cuba tonton sendiri petikan rakaman video berikut yang saya rasa sumbernya sahih kerana diperakui sendiri pembicara siapa yang merakamkan video tersebut.
Cuba betul-betul teliti pada minit 0:55:
Nak laksana ke hudud ni?
DAN minit 0:58 – dijawabnya
… TIDAK!
Apa komen saudara/i?
Saya dengar esok ada demonstrasi BERSIH.
Habis sudah versi berangka kini mereka tukar versi berabjad.
BERSIH P.A.S.
Katanya ramai pengundi tidak puas hati.
Ahli akar umbi yang mendengar pun mengeluh.
Ini baru PRU Negeri P.A.S.
Belum lagi semua Negeri-negeri Jajahan P.R.
Mereka membawa tuntutan.
Tuntut ahli-ahli jawatankuasa yang mengendali pilihanraya mengundur.
Malukan PUOK KITO sahaja.
Kecewa dengan perjalanan SPR P.A.S.
Kecewa dengan kegagalan SPR P.A.S.
Baru nak kira seribu dua kertas undi …
Terpaksa dua kali tunda.
Semalam menunda pemilihan ahli Majlis Tertinggi.
Hari ini tidak boleh nak beri keputusan pemilihan Naib Presiden yang berlangsung semalam.
PAStikan peti-peti undi dikawal!
Jangan ada yang terlePAS memanipulasi keputusan
Jika tidak ahli akar umbi akan berhimpun membuat bulatan hijau.
Hadi Awang to Govt: Don’t sign agreements against Islamic principles
seperti dilaporkan dalam The Star Online: Published: Friday November 22, 2013 MYT 11:50:00 AM
SHAH ALAM: PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has joined the chorus of other Muslim leaders in urging the government against signing the human rights agreement deemed to be clashing with Islamic principles.
In an apparent reference to Comango, Hadi, in his policy speech at PAS’ 59th Muktamar at Stadium Malawati here, said that the government must reject efforts to encourage ‘immoral activities’.
“The government must also reject any proposal which is contradictory to the status quo in the federal constitution which upholds the position of Islam in the country,” he said.
Comango stands for Coalition of Malaysian NGO’s in the Universal Periodic Review Process (UPR) who had last month submitted recommendations to the United Nations on government’s alleged human rights violations.
They had come under fire from scores of Muslim activists, claiming that the group’s human rights recommendation to the UN were against the true teachings of Islam and the sovereignty of the Federal Constitution.
They had also been slammed for calling for the freedom of religion, including renouncing Islam; the protection of lesbian, gay, bisexual and transsexual (LGBT) rights; the removal of Malay privileges, the freedom to embrace Syiah teachings; and the right for non-Muslims to use ‘Allah’ to refer to God.
Hadi’s statement also came in the wake of PAS Dewan Ulama chief Datuk Haron Taib statement on Thursday said that the party wing should not sit idly by Comango’s demands, claiming that the group only championed the rights of homosexuals.
“They (the government) should reject any attempt to promote a deviant lifestyle that is against the order of nature,” said Hadi.
Earlier, the party president also said that PAS would continue to be an active partner in the opposition pact, and not a mere “passenger”.
“Remember, our friends in Pakatan Rakyat are also not passengers but everyone is a driver in strengthening the political understanding to a higher level,” he said.
**********
Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin
**********
Lain-lain pautan berhubung isu UPR dan ancaman COMANGO adalah:
- Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini
- Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights
- Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013
SHAH ALAM 14 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua rakyat khasnya di negeri ini tanpa mengira kaum serta latar belakang agama akur dan patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Titah baginda itu dinyatakan menerusi kenyataan khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan diRaja Selangor, Hanafisah Jais di sini hari ini.
Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti mana yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.
Menurut Hanafisah, menerusi kenyataan khas itu, baginda turut bertitah enakmen tersebut adalah terpakai kepada semua rakyat Selangor sama ada mereka itu beragama Islam atau bukan Islam.
“Selanjutnya, baginda bertitah supaya semua rakyat negeri Selangor perlu patuh kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010.
“Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan kalimah Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada tuhan dalam agama-agama lain,” katanya.
Dalam masa sama, menurut Hanafisah, kenyataan khas itu turut menyatakan penegasan baginda terhadap kedudukan agama Islam di negara ini yang mana telah didaulatkan dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Persekutuan dan mempunyai kedudukan istimewa berbanding agama-agama lain. – UTUSAN ONLINE
sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
Membaca ucapan dan tulisan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) sejak kebelakangan ini seolah-olah baik benor orang-orang Kristian dan tidak ada apa-apa ancaman pun dari gerakan pemurtadan evangelis Kristian.
Malah dalam kes siasatan JAIS ke atas DUMC pada bulan Ogos 2011, Khalid Samad seolah-olah mempersalahkan JAIS kerana “menyerbu gereja”.
Sejak bila mulanya Khalid Samad ini dari menjadi anti-Kristian kepada menjadi pro-Kristian?
Petikan ucapan Khalid Samad ketika menjadi Setiausaha Pemuda PAS pada 7 Ogos 1987 di Parit Amal Johor, beliau mengatakan ” … seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000 …” (baca: Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …)
Apakah Khalid Samad masih ingat akan ucapan berdegar-degar itu – 26 tahun lampau … (baca: Evolusi Sang Politikus Bernama Khalid Samad)
Baca juga: Memahami Tindak Tanduk C5 MBB
***************
Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:
- Seluruh Malaysia Akan Dikristiankan …
- Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
- Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa
- Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim!
- Isu Kalimah Allah: Perspektif Berbeza Dari Dua Pejuang Untuk Orang Kristian
- Di Sebalik Formula 10 Perkara Idris Jala
- Pembohongan Evangelis TERBONGKAR Lagi … Apa Pope Benedict XVI Kata?
- Analogi Mudah Untuk Faham Isu Tindakan JAIS Terhadap Persatuan Bible Malaysia
- Menjawab Kenyataan Herman Shastri: Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan
- Apa Susah-susah Nak Faham Terjemahan “God”?
- Orang Arab Kristian Pun Sebut “Allah” …
- Boleh Jatuh Murtad Bila Nyanyi Lagu Agnes Monica?
- Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?
- Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?
- Nama Tuhan Kristian Boleh Ditukar-tukar
- Strategi Kontekstualisasi Gerakan Evangelis Kristian
- Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?
- Orang Melayu Bertelingkah – Mubaligh Kristian Masuk Kampung Melayu Mendakyah
- Mubaligh Kristian Masuk Kampong – Modus Operandi Yang Sama
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- mobTV Membicara Isu-isu Kristianisasi Dan Kalimah Allah
- Strategi Kontekstualisasi – Dibicara Di MOBTV
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Kalimah Allah: Panduan Kaedah Baru Terjemahan Antarabangsa
- Kontekstualisasi… ancaman baru gejala murtad
- Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak
- Saya Bercakap Dengan Buktinya Apabila Mengatakan Paderi Kristian Menyamar Sebagai Jurulatih Bolasepak
- Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?
- Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?)
Taklimat Pasca Semakan Berkala Sejagat (UPR) Di Geneva Switzerland
Tarikh:
18 Nov 2013 (Isnin)
Masa:
8:00 pagi – 1:00 tgh
Tempat:
Dewan Utama IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
off Jalan Duta, Kuala Lumpur
Anjuran Bersama:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan
Gabungan NGI Dalam Proses UPR (MuslimUPRo)
.
.
.
Objektif:
Menerangkan isu-isu berkaitan UPR
Pembentang:
1. Sdr. Azril Mohd Amin (Ketua Delegasi MuslimUPRo di Geneva)
2. Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Ahli Delegasi MuslimUPRo di Geneva)
3. Sdr. Abdul Rahim Sinwan (Ahli Delegasi MuslimUPRo di Geneva)
Maklumat lanjut akan disusuli
ALHAMDULILLAH kini rakyat Malaysia yang peka dengan kedaulatan negara sudah mulai faham isu yang timbul daripada Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review – UPR) di Geneva baru-baru ini.
Beberapa tuntutan oleh gabungan NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia yang disebut sebagai Comango itu terserlah melampau dan menggugat kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Terima kasih kita ucapkan kepada individu-individu dan NGO-NGO Islam yang terlibat dalam memberi kesedaran ini serta memperjuangkan hak asasi untuk orang-orang Islam.
Pihak media juga telah memainkan peranan penting mereka untuk menyebarluas kefahaman isu yang mengancam kedaulatan negara ini.
Terdapat enam perkara pokok daripada tuntutan Comango yang nyata mencabar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri.
Ia melibatkan tuntutan-tuntutan untuk kebebasan untuk murtad, kebebasan untuk mengamal seks songsang LGBT, mencabar Perkara 153, mempersoalkan enakmen-enakmen kesalahan jenayah Syariah, mempersoal larangan terhadap penyebaran ajaran sesat termasuk Syiah dan membangkit kekeliruan dalam isu pengislaman anak-anak di bawah umur.
Dalam tuntutan mereka, Comango menekan kerajaan Malaysia untuk menerima, menandatangani dan memeterai Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR).
Di dalam ICCPR terdapat beberapa unsur bahaya yang memang sepatutnya kerajaan Malaysia tolak. Sebagai contoh, Perkara 18 adalah berhubung hak kebebasan beragama dengan membawa makna bahawa kebebasan untuk mengambil atau menerima sesuatu agama atau kepercayaan itu bermaksud kebebasan untuk memilih agama termasuk kebebasan untuk seseorang itu menggantikan agama seseorang itu dengan agama lain atau bebas juga untuk memilih tidak percaya adanya Tuhan.
Implikasi jika kerajaan Malaysia menerima ICCPR ini ialah kita bakal mengizinkan pemurtadan berlaku dan ia bakal berlaku dengan berleluasa tanpa upaya untuk membendungnya lagi selepas itu.
Sudah cukup dengan pelbagai kawalan yang ada sekarang pun gerakan pemurtadan umat telah dilakukan dengan tersusun dan kesungguhan biayaan dana asing yang mencurah.
Apakah kita ingin melihat anak cucu kita begitu mudah meninggalkan akidah yang telah kita didik sejak dari kecil hanya kerana tarikan serta dorongan daripada tipu helah usaha bersungguh-sungguh mereka yang ingin memurtadkan anak cucu kita?
Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyekat segala usaha pemurtadan daripada puncanya. Inilah yang disebut dalam kaedah feqah sebagai saddu’z zara’i.
Ia suatu yang wajib. Maka memberi kesedaran kepada orang ramai dan orang ramai pula mendesak kerajaan supaya menolak tuntutan Comango untuk memberi kebebasan anak cucu kita murtad ini adalah tanggung jawab wajib ke atas kita semua.
Selain itu, Perkara 18 ICCPR ini juga menyanggah “Kepercayaan kepada Tuhan” dalam Rukun Negara kerana termasuk dalam maksud kebebasan beragama ialah bebas juga untuk menjadi seorang atheis yang tidak percaya adanya Tuhan.
Termasuk dalam tuntutan kebebasan beragama ini adalah tuntutan COMANGO yang mahukan segala ajaran sesat yang ada sekarang dan mana-mana lagi ajaran sesat lain yang bakal timbul kemudian nanti dibenarkan bebas untuk diamal oleh orang Islam.
Mereka menolak asas negara kita yang bertunjangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jaamah dan mahukan ajaran Syiah diterima bebas untuk diamalkan. Di dalam laporan awal Comango (2009), mereka turut mempersoalkan pengharaman ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa.
Siapakah Comango untuk mempersoalkan ketetapan dan fatwa yang telah diputuskan oleh pejabat Mufti dan majlis fatwa?
Apa hak NGO-NGO di dalam gabungan Comango untuk mencampuri kedudukan Islam yang ditetapkan kukuh kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimana Persatuan Muda Buddha dan Persekutuan Kristian Malaysia boleh mencampuri hal ehwal agama Islam?
Apa kelayakan Suaram dan Persatuan Penduduk Petaling Jaya sebagai ahli gabungan Comango membicarakan hukum hakam dalam Islam?
Setelah pelbagai pendedahan yang dibuat oleh gabungan NGO Islam dalam proses UPR ini, MuslimUPRo, COMANGO nampaknya semakin defensif dan sudah hilang punca.
Soalan-soalan pokok yang diutarakan oleh MuslimUPRo masih belum dijawab. Comango yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia kini bersungguh pula menyekat hak asasi orang-orang Islam yang ingin suara mereka didengar di Geneva melalui MuslimUPRo.
Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
**********
**********
Lain-lain pautan berhubung isu UPR dan ancaman COMANGO adalah:
- Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini
- Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights
- Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013
Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
DUA minggu lepas saya menulis mengenai penilaian prestasi Malaysia dalam proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang dijalankan terhadap Malaysia pada 24 Oktober lalu. Saya dan 15 yang lain membentuk suatu gagasan yang dinamakan MuslimUPRo yang bertindak melobi dan menerangkan isu-isu berkaitan kedaulatan negara dan kedudukan istimewa agama Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat banyak pandangan yang dikeluarkan secara pro dan kontra mengenai penyertaan MuslimUPRo di sesi Semakan Berkala Sejagat itu. Secara umumnya, terdapat pelbagai pandangan yang sebahagiannya jauh tersasar daripada realiti sebenar.
Sebenarnya MuslimUPRo tidak langsung menentang proses UPR di Geneva. Malah MuslimUPRo ingin secara aktif menyertai setiap proses di UPR kerana ini memberi ruang dan peluang kepada MuslimUPRo untuk mengenengahkan segala pandangan dan penjelasan yang berkaitan dengan kedaulatan negara dan kedudukan tinggi Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan secara tuntas.
Hal yang demikianlah menyebabkan MuslimUPRo yang ditunjangi oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengambil inisiatif untuk menyertai proses UPR. Alhamdulillah, lima orang delegasi MuslimUPRo telah diiktiraf dengan status ECOSOC NGO manakala 11 yang lain dibenarkan menjadi pemerhati.
MuslimUPRo juga percaya bahawa adalah menjadi hak asasi manusia bagi suara orang Islam di Malaysia didengar di UPR. Kalangan yang mencemuh MuslimUPRo sendiri sebenarnya tidak mengamalkan hak asasi manusia secara terbuka apabila mengkritik delegasi MuslimUPRo ke Geneva baru-baru ini.
Apa yang lebih menyedihkan ialah kalangan yang mengakui memperjuangkan hak asasi manusia termasuklah kebebasan bersuara ini seolah-olah dilihat menyekat hak orang Islam bersuara.
Persoalan yang timbul ialah apakah hak asasi manusia dalam kebebasan bersuara ini hanya terpakai jika suara mereka disekat tetapi tidak jika menentang sebahagian pandangan mereka?
Fokus MuslimUPRo
COMANGO yang menjadi teras kepada gagasan NGO hak asasi manusia telah mengemukakan laporan mereka kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di dalam proses UPR ini.
Sebagai salah seorang delegasi MuslimUPRo saya mengatakan MuslimUPRo bukanlah menentang COMANGO kerana terdapat beberapa tuntutan COMANGO yang dikongsikan bersama MuslimUPRo seperti penambahbaikan sistem pilihan raya, layanan kepada Orang Asli dan lain-lain. Namun fokus MuslimUPRo adalah berkaitan dengan kedaulatan negara dan kedudukan tinggi Islam di Malaysia.
MuslimUPRo mengenal pasti terdapat enam perkara yang ada dalam tuntutan COMANGO yang menjejaskan kedaulatan negara dan kedudukan istimewa agama Islam di Malaysia.
Saya tidak berhasrat untuk mengolah kembali keenam-enam perkara tersebut kerana saya telahpun menulisnya dengan panjang lebar dua minggu lepas.
Oleh itu, hanya enam perkara fokus ini yang menjadi tajuk utama yang ingin dikemukakan oleh MuslimUPRo berbeza dengan COMANGO. Maka adalah tidak benar jika dikatakan MuslimUPRo menentang COMANGO secara total.
Semasa sesi penerimaan yang dijalankan pada 31 Oktober lalu, Malaysia menegaskan akan mengkaji keseluruhan 232 syor yang dikemuka oleh 104 negara itu. Penerimaan dan penolakan akan dimuktamadkan pada sesi UPR ke-25 yang akan berlangsung pada bulan Mac 2014.
Penulis mendesak Kerajaan Malaysia agar dalam memberi pertimbangan kepada syor-syor yang dikemukakan itu, mengambil kira kedaulatan negara dan kedudukan tinggi Islam di Malaysia.
Congo negara dunia ketiga di Afrika pun dengan tegas menolak syor berkaitan LGBT. Masakan Malaysia sebuah negara Islam yang sering menjadi teladan kepada seluruh dunia Islam boleh menerima cadangan sedemikian.
Daripada kajian MuslimUPRo terdapat persamaan antara tuntutan COMANGO dengan syor-syor yang kemukakan oleh negara-negara lain semasa proses UPR ini khususnya berkaitan LGBT, murtad, pemansuhan kesalahan homoseksualiti dan jenayah syariah.
Tidak keterlaluan negara-negara tertentu, khususnya negara Eropah seolah-olah menjadi jurucakap bagi pihak COMANGO dan mendesak konsep universalisme ini diterap ke dalam negara dengan mengenepikan konsep relativisme di dalam isu hak asasi manusia.
sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
**********
**********
Lain-lain pautan berhubung isu UPR dan ancaman COMANGO adalah:
- Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini
- Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights
- Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013
oleh Jendela Tok Ki
PERPECAHAN dalam kalangan umat Islam hatta kepada perkara asas seperti aqidah (kalimah Allah), Islam dan hak asasi (tuntutan Comango) dibaca oleh kelompok anti Islam sebagai kesempatan yang baik untuk dikemukakan ke peringkat yang lebih jauh iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva, Switzerland, Azril Mohd. Amin menyifatkan helah Comango mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensitiviti umat Islam itu dipercayai ada kaitan dengan sokongan pembangkang.
Meskipun Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada PBB yang menyentuh sensitiviti umat Islam adalah baik tetapi ia tidak menggambarkan pendirian Pas secara keseluruhan.
Apa yang berlaku kepada isu Comango sama seperti yang berlaku kepada kalimah Allah. Dewan Ulama Pas menentang sedangkan Abdul Hadi Awang mengambil pendirian sebaliknya. Ia adalah isyarat salah kepada Pas kerana isu pokok seperti kalimah Allah tidak wujud kesepakatan dalam Pas yang menyebabkan khalayak jadi keliru.
Anwar Ibrahim sehingga kini tidak akan membuat apa-apa kenyataan kerana dalam Comango terdapat Suaram, Majlis Peguam Malaysia, Ambiga dan banyak lagi yang ada kaitan dengan perjuangan pembangkang. DAP seperti biasa akan terus membisu kerana isu-isu yang dibawa oleh Comango sebahagiannya adalah isu-isu DAP juga.
Isu peruntukan Islam dalam perlembagaan, isu hak asasi yang tidak ikut syariat, isu murtad dan isu amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang diperjuangkan oleh Comango adalah berkait langsung dengan kedudukan Islam.
Hairannya kepada Pas mengapa parti yang mendakwa memperjuangkan Islam ini tidak sungguh-sungguh mempertahankan wibawa Islam. Kalau Anwar mengambil sikap membisu, khalayak boleh memahaminya kerana dia memperjuangkan pluralisme agama dan anaknya menyalahtafsirkan maksud ” tiada paksaan dalam agama”.
Tuntutan yang dibawa oleh Comango di mata dunia adalah isu besar. Ia menyentuh peruntukan perlembagaan mengenai Islam, bidang kuasa Majlis Raja-Raja, mencabar peruntukan hak istimewa orang Melayu dan isu LGBT.
Sekiranya semakan di Geneva itu diperkenankan ia amat bercanggah dengan kepentingan Malaysia mempertahankan keutuhan agama Islam dan usaha kerajaan meningkatkan prestasi orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Dalam bahasa mudah perjuangan Comango ini bercanggah dengan Perlembagaan dan menentang Perlembagaan. Mengapa tiada tindakan diambil terhadap mereka?
Comango dengan 54 organisasi bersamanya menjadi keterlaluan kerana Pakatan Pembangkang dikaitkan dengan perjuangan ini. Kalau DAP dan PKR turut serta boleh difahami dengan mudah. Tetapi kalau Pas turut bersama ia adalah suatu perkara yang pelik kerana Pas mendakwa memperjuangkan Islam.
Tidakkah isu peruntukan 3(1) dalam Perlembagaan berkait dengan Islam? Tidakkah usaha memperkasa umat Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan berkait dengan isu Islam? Tidakkah memperjuangkan hak asasi yang bercanggah dengan syariat juga isu Islam. Tidakkah memberi ruang kepada LGBT bercanggah dengan Islam?
Kalau isu-isu pokok ini Pas dan Anwar tidak mempunyai sikap dan pendirian yang jelas bayangkan isu-isu besar lain yang bakal datang. Khalayak akan terus bertanya ke manakah perginya semangat Pas memperjuangkan negara Islam dan hudud dan kemana hilangnya slogan ABIM semasa Anwar menjadi Presidennya ” Memperjuangkan kebenaran dan keadilan”.
Pada hemat penulis Pas sedang terjebak dengan perangkap Tahalluf Siasi. Dewan Ulama Pas dan Dewan Pemudanya dalam beberapa hal berbeza dengan Dewan Harian yang dipimpin oleh Abdul Hadi. Mengapa ini berlaku sedangkan pendekatan jamaah dan harakah siasah tidak membenarkan ini berlaku.
Pendirian Anwar mudah difahami. Ia masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Oleh itu restu DAP amat diperlukan dan dukungan Pas sesuatu yang wajib.
Disinilah munculnya perjuangan Comango kerana mereka menyedari Pas berpecah dua dalam membuat pendirian dan Anwar tidak akan menghalang usaha merosakkan imej Malaysia di mata dunia.
sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
**********
**********
Lain-lain pautan berhubung isu UPR dan ancaman COMANGO adalah:
- Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?
- Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- UPR: Pendirian Malaysia Sebelum Ini
- Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Apa Shaykh Hakim Murad Kata Tentang Human Rights
- Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013
Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat ke Geneva, Switzerland (MuslimUPRo)
Kenyataan Akhbar 1 November 2013 bersamaan 27 Duzlhijjah 1434
Dari 17 hingga 31 Oktober 2013, delegasi rasmi MuslimUPRo seramai 16 orang telah berada di Geneva, Switzerland sebagai sebahagian usaha melobi serta menjadi pemerhati semasa sesi UPR Malaysia berlangsung pada 24 Oktober 2013. Seramai 5 ahli delegasi telah ditauliahkan akreditasi pemerhati dengan status konsultansi NGO ECOSOC manakala 11 lagi sebagai pemerhati biasa.
Fokus MuslimUPRo ialah pada menjelaskan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persektuan serta memastikan perwakilan kerajaan tegas menolak tuntutan-tuntutan oleh mana-mana NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) yang menafikan implikasi keistimewaan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan realiti keagamaan masyarakat Malaysia.
MuslimUPRo mengiktiraf proses UPR sebagai salah satu mekanisme bukan teknikal bagi semakan rekod HAM sesebuah Negara dan mahukan Malaysia meneruskan komitmen terhadap proses tersebut selagi mana tidak wujud tuntutan-tuntutan yang mencemar kedaulatan Negara dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Perlu juga ditegaskan bahawa MuslimUPRo tidak menentang mana-mana saranan atau tuntutan yang mempunyai asas keabsahan (legitimate basis), termasuk yang dikemukakan melalui gabungan NGO HAM seperti COMANGO.
Penerimaan muktamad (final adoption) laporan bagi Malaysia pada pusingan kedua sesi UPR 2013 ini hanya akan dilakukan semasa sesi ke 25 Majlis Hak Asasi Manusia (OHRC) yang akan berlangsung pada bulan Mac 2014. Walaubagaimanapun, deraf laporan untuk penerimaan awal (preliminary adoption) pada 31 Oktober 2013 memberikan gambaran umum tentang respons Negara-negara anggota PBB terhadap rekod HAM Malaysia.
Terdapat pelbagai saranan yang dikemukakan kepada Malaysia oleh 104 negara. Pada hakikatnya, beberapa saranan tersebut adalah selari dengan kandungan tuntutan-tuntutan di dalam laporan COMANGO yang membentuk sebahagian dari asas semakan UPR pada kali ini. Secara khusus, MuslimUPRo telah membangkitkan tindakan COMANGO mencabar kedudukan Islam di Malaysia (disebalik tuntutan COMANGO untuk Malaysia menandatangani ICCPR dan ini terzahir dalam saranan beberapa negara seperti Poland, Latvia, Sierra Leone, Benin, Uruguay, Ireland, Slovenia, Mesir, Slovakia dan lain-lain), isu pengiktirafan hak-hak LGBT (saranan negara negara seperti Jerman, Croatia, Perancis, Argentina, Kanada, Belanda dan Austria) serta tuntutan mengizinkan amalan dan penyebaran Syiah (dengan bertopengkan saranan menghapuskan tindakan-tindakan Malaysia yang didakwa sebagai “anti diskriminasi agama” yang ditimbulkan perwakilan Iran). Ini membuktikan kebenaran dakwaan MuslimUPRo mengenai niat tidak baik COMANGO mencemarkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa melalui tuntutan-tuntutan tidak munasabah tersebut.
MuslimUPRo berkongsi pendirian kerajaan Malaysia melalui ketua delegasinya Dato’ Ho May Yong, Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala, Kementerian Luar berkenaan keperluan untuk meningkatkan perhatian dan tindakan bagi memperbaiki pencapaian HAM di Malaysia. Walaubagaimanapun MuslimUPRo konsisten dengan pendirian bahawa sebarang keputusan dan tindakan menjalankan HAM hendaklah mengikut lunas dan kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya berkenaan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Sehubungan dengan itu, MuslimUPRo ingin menyeru Kerajaan Malaysia agar berhati-hati di dalam menerima syor-syor yang dikemukakan di dalam deraf laporan tersebut, khususnya pada perkara-perkara berikut:
1) Syor- untuk menandatangani ICCPR dan ICERD, sebagai contoh para perenggan-perenggan 146.4, 146.5, 146.6, 146.8, 146.9, 146.10, 146.12, 146.13, 146.22, 146.23. MuslimUPRo telah memberikan peringatan awal bahawa Artikel 18 di dalam ICCPR, yang dibaca bersama di dalam UDHR akan membuka ruang untuk individu Islam meninggalkan agama mereka (murtad);
2) Syor berkaitan hak-hak golongan LGBTI pada perenggan-perenggan 146.98, 146.99, 146.100, 146.101, 146.102, 146.103, 146.104 di dalam deraf laporan. Adalah mustahak untuk diketahui bahawa lobi berterusan yang agresif mengenai hak-hak LGBTI ini berlaku di pelbagai peringkat semenjak kebelakangan ini, khususnya oleh kerana hujah yang didasarkan pada Perisytiharan Prinsip-prinsip Jogjakarta 2006 telah dibuat di Negara Muslim terbesar di dunia iaitu Indonesia. Malaysia seharusnya meneruskan sikap konsistennya menolak pengiktirafan hak-hak LGBTI seperti yang dizahirkan ketika menarik diri dari Forum mengenai SOGI di Majlis Hak Asasi Manusia bersama-sama Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada bulan Februari 2012 serta apabila menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada bulan November 2012;
3) Saranan berkenaan hak kebebasan beragama seperti pada perenggan-perenggan 146.152, 146.153, 146.156 di dalam deraf laporan. MuslimUPRo ingin mengiktiraf kenyataan perwakilan Malaysia melalui JAKIM yang menegaskan penerimaan fahaman sunni sebagai fahaman arus perdana umat Islam di Malaysia. Ketetapan pendirian ini perlu diteruskan bagi mengelakkan perselisihan tidak perlu di kalangan umat Islam di Negara ini.
Jika diukur segi impak penglibatan MuslimUPRo sebagai pelobi dan pemerhati yang diberikan status konsultatif NGO ECOSOC pada semakan pusingan kedua 24 Oktober 2013 lepas, MuslimUPRo ingin menegaskan pemerhatian seperti berikut:
1) MuslimUPRo telah berhadapan dengan kewujudan mentaliti dan budaya Islamophobia dan double standard yang meluas di kalangan NGO HAM Barat akibat salah faham dalam jangka masa yang lama. Wujud juga tanggapan salah bahawa gelanggang HAM ini adalah monopoli NGO tertentu. Sikap ini terzahir apabila kehadiran MuslimUPRo, seperti dijangka, telah dilabel beberapa pihak dengan istilah stereotaip media barat seperti “fundamentalis Muslim” dan tidak dilihat sebagai salah satu elemen penting yang mewakili realiti kepelbagaian agama dan budaya negara negara anggota PBB. Adalah menghairankan apabila ada NGI melahirkan keprihatinan mengenai hak-hak orang Islam maka diberikan tanggapan yang negatif oleh NGO HAM;
2) MuslimUPRo menegaskan pendirian bahawa hanya kerana beberapa negara-negara Islam atau majoriti Muslim telah menandatangani konvensyen dan instrumen HAM antarabangsa, maka tidak semestinya Malaysia juga turut menandatangani konvensyen dan instrumen tersebut. Negara-negara seperti Maldives dan Turki tidak mempunyai status yang sama seperti Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, manakala Mesir dan Tunisia dan beberapa Negara majoriti Muslim lain agak malang kerana telah dinafikan hak-hak untuk mengetahui kesan-kesan jangka panjang konvensyen dan instrumen yang ditandatangani, oleh kerana sangat kurang berlaku wacana kritis dan kefahaman yang betul di kalangan negara negara Muslim tersebut tentang prinsip prinsip HAM yang bersesuaian dengan Islam;
3) MuslimUPRo telah memecahkan dominasi NGO-NGO HAM yang membuat beberapa tuntutan tidak munasabah di dalam laporan COMANGO bertarikh 11 Mac 2013 yang menjadi sebahagian asas semakan rekod HAM Malaysia. Malah, terzahir sikap hipokrit COMANGO yang membuat aduan terhadap Majlis Hak Asasi Manusia mengenai kehadiran MuslimUPRo sebagai pemerhati di dalam proses UPR pada kali ini dan memberikan persepsi kurang tepat mengenai kedudukan Islam di Malaysia kepada beberapa misi perwakilan Negara-negara Barat di Geneva;
4) Di sebalik keterbatasan sumber yang mengekangnya, MuslimUPRo telah melalui siri dialog dan perbincangan dengan beberapa NGO HAM di Geneva, telah berjaya mengenengahkan perspektif yang betul mengenai kedudukan Islam di Malaysia menurut Perkara 3(1) dan Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan yang wajib dihormati dan diambilkita dalam melaksanakan idea dan tindakan HAM;
5) Sebagai langkah jangka masa panjang, MuslimUPRo telah mewujudkan kerjasama strategik bersama beberapa NGO HAM berpengkalan di Geneva yang sedar wujudnya salah faham meluas mengenai rekod sebenar HAM di Malaysia khususnya berkaitan Islam dan umat Islam. MuslimUPRo juga akan memulakan latihan berbentuk zamalah kesarjanaan (fellowship) untuk aktivis-aktivis terpilih bagi memastikan wujud keberkesanan usaha melobi di dalam UPR di masa hadapan;
6) MuslimUPRo juga menyambut baik respons dan cadangan daripada Duta dan Perwakilan Tetap OIC ke Geneva, Tuan Yang Terutama Sliman Chaikh yang mahukan kerjasama utuh diantara NGI dan negara negara Pertubuhan tersebut, dalam mengenengahkan isu isu HAM yang absah di kalangan negara negara anggota. Ternyata peranan Malaysia sangat diperlukan untuj mewujudkan gelombang baru kesedaran dan penyertaan proaktif negara negara OIC di dalam proses UPR dan instrumen instrumen HAM lain;
7) MuslimUPRo juga akan memulakan inisiatif untuk mengemukakan laporan stakeholder yang lengkap bagi dijadikan asas pertimbangan semakan rekod HAM Malaysia pada pusingan UPR di masa hadapan (tahun 2017/2018).
Akhirnya, MuslimUPRo juga ingin melontarkan dua persoalan utama berikut:
1. Pendirian Majlis Peguam
MuslimUPRo mempersoalkan sama ada Majlis Peguam telah mendapat mandat daripada ahli-ahlinya, khususnya yang beragama Islam, untuk menyokong serta menjadi sebahagian gabungan COMANGO yang telah mengeluarkan laporan yang terkandung di dalamnya tuntutan perkara-perkara yang bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan menyemarakkan homoseksual melalui tuntutan menghapuskan seksyen 377(A) Kanun Kesiksaan? Umum mengetahui bahawa kira-kira 40% keahlian badan tersebut terdiri daripada kalangan peguam beragama Islam justeru mustahil mereka telah memberikan mandat untuk menyokong hak meninggalkan agama dan hak-hak LGBTI;
2. Pendirian Badan-badan Agama di Malaysia
Apakah pendirian rasmi badan badan yang mewakili penganut agama-agama di Malaysia, seperi Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST), Christian Federation of Malaysia dan Young Buddhist Association yang menyokong tuntutan COMANGO khususnya mengenai desakan negara negara anggota PBB untuk Malaysia mengiktiraf hak hak LGBT? Adakah ini bermakna denominasi agama Kristian dan Buddha di Malaysia mengiktiraf amalan homoseksualiti di dalam agama anutan mereka? Pendirian ini sangat bertentangan dengan ajaran Kristian dan Buddha serta tidak sejajar dengan prinsip Rukunegara berhubung prinsip kepercayaan kepada Tuhan serta kesopanan dan kesusilaan. Malah, sebahagian anggota MCCBCHST yang menduduki Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama, Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Nasional (JPNIN) bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa mereka menyokong tuntutan-tuntutan yang dilarang agama-agama mereka sendiri seperti yang terkandung di dalam laporan COMANGO;
Azril Mohd Amin
Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo)
Hotel Marriot, Putrajaya
1 November 2013
MuslimUPRo adalah dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Yayasan Nassar, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN), Sekretariat Ulama-Umara’ (UMUM).
Recent Comments