Selepas pembentangan di Konvensyen Ilmuan Islam 2013 petang tadi, dalam sesi soal jawab, seorang peserta menuduh bahawa saya tidak berlaku adil kerana tidak menyiarkan keseluruhan temubual Anwar Ibrahim dalam rancangan BBC berhubung isu pemurtadan Azlina Jailani. Beliau mengatakan Anwar tidak mengatakan “It is her (Azlina Jailani) rights” bermaksud untuk murtad tetapi bermaksud bahawa memberi hak kepada Azlina Jailani untuk melalui proses permohonan.
Sebenarnya, saya tidak memotong rakaman tersebut tetapi cuma “pause” satu ketika untuk memberi penekanan kepada hadirin supaya betul-betul dengar bahagian yang saya maksudkan. Dan seterus menyiarkannya hingga akhir yang mana apabila ditanya oleh wartawan BBC tersebut “so she should have been allowed to become a Christian?” Anwar bingkas menjawab “It is her rights.”
Jawapan Anwar tentang hak Azlina Jailani ialah merujuk kepada soalan penemubual BBC, “maka dia sepatutnya dibenarkan untuk menjadi seorang Kristian?” Bermakna Anwar mengatakan ianya adalah hak Azlina Jailani untuk menjadi seorang Kristian.
Saya cuba mendengar beberapa kali lagi rakaman tersebut sebelum menulis untuk posting ini. Saudara pembaca cubalah dengar sendiri pula. Perhatian kepada sekitar minit 0.50.
Lagi pun apa bezanya memberi hak untuk murtad dengan memberi hak untuk Azlina melalui proses permohonan pemurtadan?
3 comments
Comments feed for this article
21 June, 2014 at 7:23 am
Bezanya Seorang Dilihat Membela Umat Islam dan Seorang Lagi Dilihat Membela Pelampau Evangelis Kristian | Karim's Blog
[…] Dan Anwar berpendirian bahawa Azlina Jailani patut dibenarkan murtad – baca: Anwar: Lina Joy Patut Dibenarkan Murtad! […]
23 December, 2014 at 11:58 pm
Tolak Anwar Kerana Ideologi Bertentangan Islam | Karim's Blog
[…] Anwar: Lina Joy Patut Dibenarkan Murtad! […]
28 January, 2017 at 2:36 pm
Pembohongan Di Atas Nama Maulana Jelaluddin Rumi dan Kitab Mathnawinya | Karim's Blog
[…] Anwar: Lina Joy Patut Dibenarkan Murtad! […]