Orang-orang Arab Kristian pun sebut “Allah” … itulah yang selalu kita dengar hujah mereka yang beriya sangat hendak memberi orang Kristian di Malaysia guna nama suci Allah.

“Kenapa kita nak sekat?”, tanya mereka.

Jawab saya mudah sahaja. Puak-puak Kristian di Malaysia yang nak guna sangat nama suci Allah tu mereka bercakap dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu?

Dalam bahasa Melayu, istilah yang puak Kristian nak guna kalimah Allah itu adalah terjemahan dari istilah Inggeris, iaitu “God” atau “Lord”. Maka dalam bahasa Melayu, terjemahan untuk istilah “God” ialah “Tuhan”. Bukan “Allah”.

Selalunya hujah mereka kemudian merujuk pula kepada Indonesia. “Habis di Indonesia, mereka semua sebut Tuhan “Allah”. Tak ada masalah pun”

Saya jawab:

Betul. Memang tidak ada masalah … kalau di Indonesia. Tuan bercakap pasal nak guna kalimah Allah di Malaysia. Bukan di Indonesia.

Indonesia guna AllahKalau itu hendak digunakan sebagai hujah maka kenapa tidak kita sebut “mobil” untuk “kereta”? Kenapa kita terjemah “car” kepada “kereta” bukan “mobil”? Ianya kerana di Malaysia, “Mobil” itu tempat kita pergi isi minyak kereta. (… dah tukar pun namanya …)

Kalau saya mempunyai kenalan dari Indonesia yang datang berkunjung ke rumah saya di kampong dan menyanyakan “Bapak boleh bagikan saya jeruk?”, dengan syukur saya lantas ke dapur mencari balang berisi jeruk pauh yang baru dibuat isteri saya minggu lepas.

Apabila dihidangnya, tetamu saya kehairanan!

“Bapak, saya mahu jeruk yang di luar ….” barulah saya teringat rupanya orang Indonesia panggil buah oren/limau dengan istilah berbeza … “jeruk”. Tetamu saya mahu buah oren dari pokok saya di tepi pintu pagar yang sedang ranum!

Di Indonesia mereka guna istilah mereka. Di Malaysia kita guna istilah kita. Kita ada institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka kita ikutlah tatabahasa peristilahan yang telah ditetapkan.

Kalau nak berbahasa Indonesia … nah pergi (BERAMBUS) aja ke sana!

**********

Baca berkaitan: