Saya telah pun mengatakan bahawa puak-puak evangelis Kristian yang beria-ia sangat menuntut penggunaan kalimah Allah di Malaysia bahawa mereka sebenarnya tidak jujur hendak guna kalimah Allah.

Terbaru saya menerima satu kiriman yang membongkar pembohongan puak evangelis dan ianya datang dari sumber tertinggi Vatican sendiri iaitu dari mantan Pope Benedict XVI.

Bukti Pope Tak Mahu Kalimah AllahDalam satu posting laman rasmi Catholic Online yang bertajuk “Pope Benedict XVI: May Al-Rab (not Allah) Bless You” menyebut bahawa Pope Benedict XVI dalam ucapan umumnya di dataran St. Peters pada 10 Oktober 2012, mendoakan untuk orang-orang berbahasa Arab dengan menyelit sepotong ayat dalam bahawa Arab:

البَابَا يُصْلِي مِنْ أَجَلِ جَمِيعِ النَّاطِقينَ بِاللُّغَةِ العَرَبِيَّةِ.  لِيُبَارِك الرَّبّ جَمِيعَكُمْ.

Dan jika kita guna kaedah mudah untuk terjemah melalui “google translate” ke bahasa Inggeris ianya menjadi “The Pope prays for all the people of the Arabic language. God bless you all.” Atau dalam bahasa Melayu ianya menjadi “Pope mendoakan kepada semua orang yang berbahasa Arab. Tuhan selamatkan kamu semua

Teks penuh ucapan beliau boleh dibaca di sini: http://www.vatican.va/holy_father/benedict_xvi/audiences/2012/documents/hf_ben-xvi_aud_20121010_it.html

Perhatikan istilah yang diguna oleh beliau … Al-Rabb iaitu Tuhan atau The Lord/God. Bukannya Allah. Malah posting tersebut turut memberi penekanan tentang penggunaan istilah Al-Rabb bukan Allah:

The word used for “God,” however, was not Allah, but rather al-Rab or Lord.

Nah! Apa lagi yang hendak dipolemikkan? Diminta puak-puak pelampau evangelis Kristian menarik balik tuntutan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan!

Maka, kepada pelampau evangelis Kristian – sedarlah bahawa pembohongan selama ini sudah terbongkar dari pusat ajaran mereka sendiri di Vatican.

Dan, kepada umat Islam – usahlah kita hendak berpolemik lagi. Isu ini sudah selesai. Kita tahu sebenarnya pelampau evangelis Kristian tidak jujur dalam menuntut penggunaan kalimah Allah (baca). Mereka sebenarnya mengguna strategi ini untuk memurtadkan orang-orang kita secara halus (baca). Dan sememangnya penggunaan istilah Allah untuk dimaksudkan kepada God mereka itu tidak sesuai dan bukan terjemahan betul dalam bahasa Melayu (baca).

Selamatkan aqidah anak cucu kita. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyekat segala ancaman dari punca-puncanya … sekat punca yang membawa kepada kerosakan agama dan ini disebut saddu’z-zara’i dan ianya WAJIB ke atas kita semua.

**********

Baca berkaitan:

 

 

Advertisements