You are currently browsing the daily archive for 11 January, 2014.

PAS Lembah Pantai menganjurkan satu majlis Wacana Anak Muda membicara “Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible” semalam. Saya tidaklah berminat sangat untuk mendengar penghujahan mereka namun apabila petang tadi seorang sahabat mengirim sedutan rakaman ucapan Mujahid Rawa dalam majlis tersebut saya merasakan perlunya saya menulis ini.

Dalam sedutan ringkas tersebut, Mujahid mengatakan bahawa:

“… antara sebab yang mereka selalu gunanya ialah mengatakan kalau orang Kristian guna kalimah Allah maka ini adalah salah satu daripada usaha kritianisasi, usaha misionari, untuk memurtadkan orang Islam. Saya telah mendengarnya (merujuk ucapan sebelum itu oleh Eugene Yapp wakil dari NECF) bahawa itu tidak ada apa-apa “intention”. Dan saya jugak bukan Tuhan yang tahu apa di dalam hati saudara-saudara Kristian saya. … dan saya memerlukan semangat dan kekuatan untuk memahamkan bahawa isu kalimah Allah tidak ada kena mengena dengan gerakan misionari tetapi ianya adalah satu hak yang perlu diberi. Dan umat Islam jangan sekali-kali mudah menerima hujah bahawa hanya kerana orang bukan Islam Kristian di dalam Bible mereka menggunakan perkataan Allah maka orang Islam akan murtad. Itu bagi saya, cakap-cakap yang menghina agama saya (mendapat tepukan gemuruh) … persoalan saya sekarang ini ialah, soalnya, apakah benar semua itu suatu isu ataukah ianya satu helah lain. Yang kalau betullah ianya helah lain maka bagi saya inilah manusia-manusia yang menghancurkankan keharmonian dan kerukunan negara ini yang telah sejak dibina oleh datuk nenek moyang kita berkurun bahawa mereka mahu melihat negara ini hancur hanya kerana kepetingan politik.”

Inilah sebabnya saya memilih tajuk di atas. Selepas mendengarnya, saya merumuskan bahawa Mujahid berkata sedemikian kerana samada beliau bebal dalam politik atau sememangnya sudah menjadi boneka untuk seorang atau kelompok orang.

Dalam hubungan kita dengan orang-orang Kristian dan bagi memahami sikap serta perancangan mereka, kita MESTI rujuk kepada panduan yang telah diperingatkan oleh Allah Azzawajalla di dalam surah Al Baqarah ayat 120. Ayat yang terlalu sering kita baca dan dengar sangat penting kerana sikap dan kebencian orang-orang Kristian yang disebut sebagai Nasrani itu adalah suatu peringatan yang sah hingga akhir zaman. Ianya bukan hanya peringatan untuk zaman lampau. Tetapi peringatan untuk kita hari ini dan akan datang.

Kemudian, keduanya, kita rujuk pula perancangan-perancangan mereka (orang-orang Nasrani-Kristian) yang telah mereka sendiri dedahkan. Bukan tuduhan-tuduhan dan sangkaan-sangkaan yang direka-reka. Kita ambil dari sumber orang-orang Kristian sendiri. Sumber dalaman mereka sendiri. Bahan dan dokumen yang mereka kongsi di kalangan mereka sendiri bukannya penafian luaran yang mereka lunakkan dalam bisikan mereka ke telinga kita.

[baca: Ubah Suai Agama Kristian Untuk Orang Melayu]

Dan ketiga, kita jangan letakkan matlamat politik melebihi keutamaan serta perbezaan politik sebagai penghalang untuk membuka pintu keikhlasan perjuangan. Jangan kita buruk sangka kerana kita bermusuh dalam mencapai cita-cita politik dan jangan pula kita bermanis muka dengan musuh yang nyata menyanggahi sikap umat Muhammad s.a.w. seperti mana disebut di dalam surah Al-Fath ayat 29.

Mendasari tiga unsur tersebut Mujahid sudah pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan di atas jika dia tidak bebal dalam berpolitik.

YusofRawa-66000 melayu murtadMaka, apakah Mujahid telah dibonekakan? Jika sedemikian maka saya merasa amat sedih apabila terkenang pesanan al-marhum Ustaz Yusof Rawa yang risau dengan bilangan 66,000 umat Melayu yang telah murtad. Pada tahun 1987, al-marhum mengemparkan negara dengan statistik pemurtadan ancaman musuh Islam yang nyata iaitu gerakan Kristian.

BODOHLAH seseorang itu apabila dengan mudah mempercayai kata-kata salutan madu paderi Kristian yang kononnya mereka ikhlas dalam penggunaan kalimah Allah dan bukan berniat untuk memurtadkan orang-orang Melayu. Tidak perlu mengaji hingga PhD untuk faham perancangan JAHAT paderi Kristian.

**********

Silalah baca kumpulan tulisan dari blog ini berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

Advertisements

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

January 2014
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 340 other followers

Tauhid

Advertisements