Seorang paderi dipetik meminta orang-orang Islam dan orang-orang Kristian agar tidak mendakwah/mendakyah orang agama lain demi keamanan. Dikatakan Hermen Shastri, setiausaha Majlis Gereja Malaysia (CCM) mahu orang-orang dari masing-masing agama tidak mengajak orang agama lain untuk memasuki agama mereka bagi mengurangkan perbalahan dalam isu kalimah Allah.

Pertamanya, apakah Hermen ini warganegara Malaysia?

Jika beliau seorang warganegara, di manakah mahu dia letakkan Perlembagaan Persekutuan (PP) yang telah menetapkan dengan jelas bahawa orang-orang agama lain TIDAK BOLEH mendakyahkan agama mereka kepada orang-orang Islam. Tetapi tidak disebut di dalam mana-mana bahagian dalam PP berhubung larangan orang Islam untuk mendakwah kepada orang-orang Kristian.

Hatta, Perdana Menteri Najib sendiri pun, jika beliau menyahut cadangan Hermen ini, arahan PM terbatal. Kerana apa-apa polisi atau arahan kerajaan tidak boleh mengatasi perlembagaan atau akta negara dan enakmen-enakmen negeri yang berkaitan.

Maka, formula 10-perkara Idris Jala pun boleh terbatal jika ianya melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Kedua, siapakah Hermen untuk membuat sesuatu larangan ke atas apa yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t.? Suatu amanah yang besar telah diberikan kepada kita umat Islam untuk melaksanakan usaha dakwah amr ma’ruf nahi mungkar, seperti mana yang disebut dalam surah ‘ali Imran ayat 104. Malah kitalah umat terbaik (khaira ummat) kerana melaksanakan kedua-dua tanggung jawab tersebut (‘ali Imran:110) dengan syarat kita kekal beriman kepadaNya.

YDPA AgongKetiga, bagaimana pula Yang Di Pertuan Agong hendak menunaikan sumpahnya untuk memelihara agama Islam pada setiap masa yang turut mengikatkan seluruh pentadbiran kerajaan Malaysia baik kepada para menterinya dan semua penjawat awam dalam sumpah menerima jawatan masing-masing?

Sebarang keputusan dan pelan tindakan kerajaan MESTI mengambil kira untuk memelihara apa yang dijanjikan oleh YDPA setiap kali mereka bergilir mengangkat sumpah menjadi Agong. Malah sumpah tersebut dibuat atas nama Allah – “Wallahi – Wabillahi – Watallahi”

[Baca: Sumpah Jawatan Sultan Muhammad V Sebagai YDP Agong]

[Baca juga: Implikasi sumpah jawatan YDP Agong terhadap seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan]

Keempat, sejarah membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511. Malah setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan PENGANAS Kristian Katolik, Raja Portugis ketika itu telah mengutuskan laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan tentera Islam.

famosa

Alhamdulillah, simbol kekejaman PENGANAS Kristian Katolik ini masih tertegak untuk memberi pengajaran kepada umat kemudian tentang jahatnya penjajah ini merantaikan datuk nenek kita untuk dipaksa memecah masjid dan kubur sultan untuk asas binaan ini.

Betapa jahatnya PENGANAS-PENGANAS Kristian Katolik ini tercatat juga bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk diambilkan batu-batanya bagi membina simbol kekejaman Kristian yang boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini, kota a’Famosa.

Jika tidak kerana usaha-usaha jahat para penganas Kristian Eropah yang datang menjajah dengan motif untuk mengaut sekala kekayaan dari bumi Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh untuk menyebarkan agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan istilah “Gold, Glory and Gospel” pasti dunia alam Melayu aman dengan ketinggian budaya ketimurannya.

Jika tiada kerja-kerja jahat penganas Kristian Eropah yang mengimport pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni.

Maka, bagi saya, alam Melayu MESTI dikekalkan dengan kemurnian tamadun Islamnya serta nilai-nilai mulianya untuk kembali kekal aman. Isu kalimah Allah hanya baru ditimbulkan. Kehidupan yang harmoni dan toleransi tinggi kini sudah mulai terhakis (baca) dek kerana provokasi yang tidak diundang akhir-akhir ini (baca).