You are currently browsing the daily archive for 26 January, 2014.

Alhamdulillah, sekali lagi ceramah ancaman Kristianisasi di negeri Selangor dibatalkan. Sebuah jabatan kerajaan di negeri Selangor yang telah beberapa lama membuat temujanji dengan saya untuk sesi penerangan ancaman Kristian kepada kakitangan Muslimnya, malah telah secara rasmi mengeluarkan surat jemputan beberapa hari lalu terpaksa membatalkannya di saat terakhir kerana ketua jabatan tersebut terpaksa akur dengan tekanan yang dikenakan kepada beliau.

Saya tidak ingin menyebut nama jabatan tersebut demi memelihara pegawai-pegawai yang telah bersungguh menjemput serta mengatur program ini sejak tahun lalu lagi.

Pembatalan sesi penerangan ancaman Kristianisasi di pelbagai tempat di Selangor ini bukan kali pertama. Namun, Selangor sahajalah satu-satunya negeri yang membatalkan program seumpama ini – setakat ini – ke atas saya. Bolehlah saya rumuskan bahawa ancaman dari pengganas evangelis Kristian di Selangor sememangnya “real” dan cengakamannya dalam pentadbiran negeri Selangor semakin menggila. Dan betapa ramainya “budak-budak suruhan” evangelis yang berkuasa di negeri ini. Ianya bertepatan sekali dengan apa yang selalu disebut oleh Helen Ang dalam pelbagai kiriman dalam blog beliau – http://helenang.wordpress.com/

Malah, ini juga bukan rekodnya bagi pembatalan di saat-saat akhir – memandangkan saya mendapat panggilan sebelum maghrib untuk ceramah jam 9 keesokan paginya (ada notis sekitar 14 jam).  Sebuah masjid di Ulu Klang membatalkan 6 jam sebelum program yang dijadualkan, walaupun ceramah tersebut telah pun tersenarai dalam jadual bulanan masjid. Dan urusetia/jawatankuasa masjid tidak berani untuk menelefon saya sendiri sebaliknya memesan pembatalan tersebut melalui seorang rakan saya sahaja. Yang menyedihkan lagi – mereka sanggup untuk malam tersebut tidak ada sebarang kuliah ganti di masjid tersebut kerana pembatalan ini.

Sebagai rekod, ini adalah pembatalan yang ke 7 untuk di negeri Selangor. Apakah ucapan tahniah perlu saya ucapkan kepada mereka yang menyokong sekatan terhadap penerangan ancaman dakyah Kristian? Ada juga tempat yang “banned” langsung saya. Apakah penerangan melalui tayangan pelbagai slaid dan video serta tulisan-tulisan di blog saya tanpa fakta yang sahih dan hanya “hear-say”?

Anwar-bela islam jijikMaka teringat akan saya pada tahun 2012, semasa sesi penerangan kepada guru-guru di Johor tentang ancaman Kristianisasi hendak diadakan. Anwar Ibrahim mengatakan program sedemikian menjiikkan.

Di mana jijiknya kita sebagai umat Islam memberi peringatan sesama kita tentang bahaya dan ancaman gerakan jahat pemurtadan evangelis Kristian? Apakah ini tidak selari dengan yang telah disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 120? Di mana mahu kita letak tanggung jawab kita sebagai umat terbaik untuk melaksanakan amr ma’ruf nahi mungkar seperti mana disebut dalam surah ali ‘Imran ayat 110?

Kenapa keceluparan evangelis Kristian boleh mereka terima dengan penuh kasih sayang sedangkan usaha-usaha murni dakwah dikecam dan dibenci sebegitu rupa? Lupakah mereka pesanan Allah Azzawajalla tentang ciri-ciri umat Muhammad s.a.w. yang “ruhama ubainahum”?

Saya pasti tulisan saya kali ini membawa senyuman lebar di kalangan pendakyah Kristian ….

***************************************************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

January 2014
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid