Apakah Anwar begitu yakin hingga berani mempertaruhkan kerusi yang partinya telah menang dalam PRU lepas? Reaksi beberapa sayap parti-parti di bawah telunjuknya kurang menyenangkan. Tapi Anwar kan … nanti semua akan setuju …

Apakah ini suatu ketamakan untuk berkuasa menjadi MB atau satu kegoblokan yang belum terjamin?

Apakah begitu mudah untuk mendesak jawatan MB nanti diganti sahaja dari Khalid kepada beliau tanpa persetujuan Tuanku Sultan?

Apakah begitu mudah sesuatu percaturan politik untuk mengangkat diri sendiri dengan senang diterima bagaikan lembu dcucuk hidung?

Anwar-bela islam jijik

Saya suka gambar ni … maka saya gunalah gambar ini untuk hiasan grafik artikel ini … mungkin selepas ini lagi susah nak memberi penjelasan isu-isu Kristianisasi di negeri Selangor jika dia jadi MB … https://akarimomar.wordpress.com/2014/01/26/ketelusan-dan-kebebasan-bersuara-di-selangor-paling-hebat/

Azmin pun tidak dapat menjamin dirinya terpilih sebagi exco walaupun memegang jawatan ketua parti di negeri Selangor. Begitu juga Rani kempunan tidak dapat duduk di pejabat mewah exco negeri walaupun menjadi PJ negeri. Apakah Anwar yang rasakan dirinya boleh “bulldoze” sahaja dengan Tuanku? Agaknya dia mahu mempermainkan Tuanku? Inikan Anwar!

Apakah kerana selama ini dia boleh menjadi orang paling berkuasa dalam parti walaupun langsung tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti? maksudnya … jawatan yang rasmi secara pertandingan yang demokratik laa – kan partinya perjuangkan ketelusan demokrasi – kononnya. Bukan jawatan yang dia paksakan kepada ahli-ahli tunduk untuk beri secara istimewa kepadanya.

Apakah kita yang melaungkan kebencian korupsi dan bencikan pembaziran dengan mudah meminta seseorang letak jawatan tanpa sebarang ganjaran? … hmmm itu bukan korupsi mungkin.

Bukankah dalam PRU lalu jutaan wang telah habis ditabur dan dibelanjakan? Kini hendak dibazirkan lagi – semata-mata untuk memenuhi cita-cita besarnya hendak berkuasa? Dulu telah dibazirkan di Permatang Pauh. Isteri terpaksa digugurkan dari menjadi MP semata-mata untuk ketamakannya. Dua kali berturut-turut!

Kalaulah orang lain – pastinya perkara sebegini sudah dikangkungkan …