Dalam satu temuramah dengan portal berita pro-Pakatan, The Malaysian Insider, berhubung rancangan PRK DUN Kajangnya yang disiarkan 4 Februari 2014, ketika merujuk kepada isu kalimah Allah, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa

“I was in Penang speaking to religious scholars when I told them how do you explain a resident on Jalan Masjid who uses Jalan Masjid on his or her address?”

Anwar-kalimahAllah-masjidKenyataan beliau di atas bahawa bagaimanakah seorang yang beragama Kristian yang tinggal di Jalan Masjid menyebut alamat kediamannya adalah merujuk kepada istilah Masjid yang termasuk di antara 35 istilah larangan dalam Seksyen 9 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri Selangor (apakah “masjid” senarai larangan?).

Apakah begitu bodoh Anwar hingga tidak tidak mampu untuk faham maksud larangan tersebut?

Jikalau seorang penganut Kristian mempunyai kawan yang bernama Abdullah. Dia akan tetap panggil nama kawannya Abdullah. Enakmen yang melarang tersebut tidak mengatakan bahawa kini penganut Kristian dilarang memanggil kawan mereka yang bernama Abdullah dan dibenarkan hanya memanggil mereka dengan nama “ABDUL GOD” atau “ABDUL TUHAN”.

Inilah kebahlolan berhujah di luar konteks namanya. Kononnya ingin menunjukkan kepandaian berhujah untuk orang-orang Kristian maka memberi contoh yang tidak kena dan kiasan yang salah.

AsriMAZA-nyanyilagunegeriTeringat saya akan seorang lagi yang kononnya bijak berhujah dan selalu sahaja menganggap orang lain yang salah dan hanya dia dan kumpulannya sahaja yang mengikut sunnah. Hujah yang diguna mantan mufti ini pun sama dengan Anwar yang behujah di luar konteks dengan kiasan yang langsung tidak ada kena mengena dengan topik perbincangan. Asri MAZA mengatakan bagaimana orang Kristian hendak menyanyi lagu negeri Selangor jika dilarang menyebut Allah.

Kononnya hendak menunjuk pandai ini rupanya adalah hujah yang sama diguna oleh puak evangelis yang sentiasa menipu dan tidak redha dengan umat Islam seperti mana yang telah disebut dalam surah Al Baqarah ayat 120. Paderi Eu Hong Seng cuba berhelah kononnya:

How does one sing the state anthems of Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Johor, Kelantan and Trengganu now, since there are references to “Allah” in these songs, as it is now implied to refer to the Muslim God only?

Apakah dia berpura tidak tahu bahawa sememangnya Allah yang dinyanyikan dalam lagu-lagu rasmi negeri-negeri Tanah Melayu adalah Allah Yang Maha Esa bukannya seorang manusia yang terpaku di tiang.

Sememangnya Islam adalah agama negeri-negeri Tanah Melayu yang berdaulat sebelum penganas penjajah Kristian yang mula membawa misi dari perjanjian Tordesillas untuk merompak kekayaan bumi yang dijajah, sambil berusaha memaksakan kesesatan fahaman mereka ke atas manusia sejagat demi membalas dendam perang salib – atau tema yang sering disebut sebagai “Gold, Glory and The Gospel” (sila baca buku atas tajuk tersebut karangan Louis Wright yang mencerita segala kekejaman tentera-tentera Kristian Eropah).

Maka tidak pernah kita mempunyai masalah dengan lagu rasmi negeri dan nama suci Allah Yang Maha Esa yang dinyanyikan. Tidak perlulah hati busuk paderi Eu Hong Seng cuba mencari helah untuk mempolemikkan.

Tidak ada salahnya untuk mereka menyebut nama suci Allah Yang Maha Esa asalkan jangan dia ertikan Allah itu untuk manusia yang dibunuh terpaku pada tiang itu. Itu yang ditegaskan dalam enakmen-enakmen negeri yang melarang penggunaan beberapa istilah tersebut untuk pengertian dalam agama mereka.

Cukuplah dengan kesesatan Kristian berhujah di luar konteks, tidak perlulah Anwar dan Asri menumpang sama dalam kesilapan sebegini. Ianya hanya menunjukkan betapa bodohnya kerana tidak faham isu yang dibicara.

***************************************************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: