Fakta:

1. Anwar Ibrahim memperjuangkan untuk orang-orang Kristian di Malaysia dibenarkan mengguna kalimah Allah.

2. Pope Benedict XVI tidak mahu mengguna kalimah Allah dan bertegas untuk hanya guna Rabb (i.e. God, Tuhan)

Di antara kedua-dua mereka di atas, agaknya, siapa yang lebih faham tentang ajaran Kristian? Siapa yang lebih autoritatif kalau bercakap tentang Kristian? Siapa pula di antara mereka merupakan seorang politikus yang mencari populariti untuk meraih undi?

Anwar tidak henti-henti membawa slogan ratib kempen PRK DUN Kajang untuk menuntut bagi pihak orang Kristian mengguna kalimah Allah bagi terjemahan God dalam ajaran agama sesat yang kita minta perlindungan dari Allah setiap kali kita membaca Al-Fatihah.

Pope Benedict-Rabb not Allah

Kalau Pope sendiri yang menolak penggunaan nama khas Allah untuk orang Kristian, kenapa ada orang Melayu Islam kita yang bersungguh menuntut sesuatu yang Pope Kristian sendiri tolak?

Pope Benedict pula sebagai ketua tertinggi Kristian tersebut bertegas membetulkan laporan media antarabangsa yang memetik ucapannya di dataran St. Peters pada 10 Okt 2012. Sebuah media antarabangsa melaporkan bahawa Pope Benedict menyebut nama suci Allah dalam ucapannya tersebut seolah-olah telah menaikkan syiar Islam di pusat pentadbiran Vatikan.

Laporan tersebut telah membuat pihak Vatikan segera membantah serta membetulkan laporan tersebut bahawa Pope tidak menyebut Allah tetapi menyebut Al-Rabb. Kenapa perlunya Pope betulkan laporan yang mengatakan beliau menyebut Allah? Bukankah para ekstremis Kristian di Malaysia ini bersungguh tuntut untuk guna nama suci Allah?

terjemah god bukan Allah

Terjemahan nama am bukan kepada nama khas

Ini HANYA MEMBUKTIKAN bahawa Pope TIDAK BERSETUJU dengan penggunaan nama suci Allah untuk tujuan merujuk kepada Tuhan dalam ajaran Kristian.

Ianya juga mengesahkan bahawa God terjemahannya ialah Tuhan dalam bahasa Melayu dan Rabb dalam bahasa Arab. BUKANNYA Allah, nama khas.

Apa yang susah sangat nak faham perkara semudah ini? – baca

**************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Advertisement