bukit kepongSemoga Allah s.w.t mencucuri rahmatNya ke atas ruh para pejuang dan ahli keluarga mereka yang gugur ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dari pengganas komunis yang menyerang hendap mereka 63 tahun lampau.

Jenayah pengganas ini tidak mungkin mudah dilupakan. Kekejaman mereka melampaui batas kemanusian dengan membakar beberapa orang ahli keluarga anggota keselamatan.

Generasi muda mesti belajar dan fahami keganasan askar-askar komunis ini supaya tidak terikut-ikut dengan fenomena neo-komunis dan neo-sosialis yang sedang menyelinap masuk dalam masyarakat kita dengan wajah dan penampilan baru.

Advertisements