Setelah sekian lama tidak berhubung dengan sahabat lama saya, Sdr. Nizal Mohammad, baru-baru ini beliau telefon bertanya khabar dan ingin menjemput untuk menemubual dengan apa yang beliau sebut sebagai “keluarga bloggers”.
Walaupun sudah “glamour” dan bertaraf selebriti TV yang popular dengan TV3 dan TV AlHijrah dan lain-lain media lagi, beliau tetap sentiasa mesra setiap kali kami bertemu – walaupun jarang-jarang sekali. Dengan penampilan remaja yang tidak makan usia, sentiasa riang dan mudah berceloteh, Sdr. Nizal saya kenali ketika kami sama-sama aktif dalam persatuan pelajar di akhir tahun 70an dan awal 80an dan sempat kami lakukan lawatan keluar negara bersama.
Sdr. Nizal kini dikenali sebagai DJ Nizal, mempunyai slot siarannya sendiri di station radio “internet protocol” eWana.fm. Selepas beberapa kali berhubung dan bertukar emel, akhirnya tarikh yang sesuai ditetapkan untuk kami sekeluarga ke udara pada slot bermula jam 11:00 malam pada 6hb Mac 2014 hari Khamis malam Jumaat selama 2 jam.
Kepada pembaca yang berminat untuk mengikuti siaran secara “live”nya esok boleh ke http://ewana.fm/.
Selamat mendengar.
Leave a comment
Comments feed for this article