logo muafakat 2012

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) mendesak supaya Kerajaan Malaysia bertegas dalam pendiriannya bagi proses Semakan Berkala Sejagat PBB (UPR) di Geneva pada 20hb Mac 2014 ini dan tindak tunduk dengan desakan-desakan COMANGO yang jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan semestinya mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menolak bawaan unsur-unsur bahaya oleh Comango seperti tuntutan untuk mewajarkan umat Islam murtad dan menggalakkan budaya seks songsang.

MUAFAKAT ingin menyatakan sokongan padu kepada delegasi MuslimUPRo, yang mewakili NGO-NGO Islam untuk memantau proses UPR.

MUAFAKAT telah turut bersama menjayakan beberapa siri penerangan kepada masyarakat bagi menjelaskan isu dan ancaman dari pelbagai desakan yang dibawa oleh Comango.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita semua untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air di bumi kita yang tercinta ini.

 

A. Karim Omar

Setiausaha Agung

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

18hb Mac 2014