Seperti mana kita sama maklum rakan-rakan NGO Islam yang bernaung di bawah MuslimUPRo telah menghantar beberapa orang wakil untuk menghadiri sesi penerimaan terakhir (Final Adoption) Universal Periodic Review (UPR) yang bakal berlangsung hari ini 20hb Mac.

MUSLIMpro official logoDelegasi yang diketuai oleh Sdr. Azril Mohd Amin berada di sana bukan sahaja untuk hadir supaya dapat berucap dalam sesi penting ini selain memantau proses UPR ini tetapi juga untuk memberi semangat dan sokongan untuk perwakilan Kerajaan Malaysia di Geneva kali ini dapat bertegas dengan pendirian menolak mana-mana tuntutan COMANGO yang tidak berasas dan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Kita menyeru agar Kerajaan Malaysia bertegas menolak tuntutan untuk menanda tangani ICCPR, yang bakal mengundang masalah gejala permurtadan umat Islam; usaha menghalalkan budaya dan gaya hidup seks songsang LGBTIQ; usaha menghapuskan hukuman jenayah syariah; usaha menghapus Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan serta memaksa untuk Kerajaan melaksanakan tuntutan dalam CRC dan lain-lain lagi.

Kebanyakan tuntutan COMANGO yang disebut di atas bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri tetapi juga sesetengah tuntutan mereka adalah berasaskan kepada tuduhan-tuduhan liar dan sangkaan-sangkaan buruk mereka.

Sebagai umat Islam yang peka akan masa depan anak cucu kita, sama-samalah kita berdoa semoga perwakilan rasmi Kerajaan Malaysia bertegas dalam pendirian untuk tidak mudah tuunduk kepada tekanan dari negara-negara yang tidak faham dengan nilai budaya dan sejarah Tanah Air kita agar mereka tidak mendengar hasutan dari kerja-kerja melobi puak-pauk COMANGO yang mendapat dana yang besar dari musuh-musuh Islam dari negara luar.

Sama-sama juga kita doakan untuk delegasi MuslimUPRo yang mewakili NGO-NGO Islam sebagai suara umat Islam Tanah Air supaya Allah berikan kepada mereka ketenangan fikiran, kepetahan berhujah dan kesihatan serta selamat kembali.

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin