You are currently browsing the daily archive for 22 March, 2014.

tuntutan COmangoKUALA LUMPUR 21 Mac – Ketegasan kerajaan mempertahankan Islam dengan menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland semalam adalah manifestasi Malaysia sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo), Nasharudin Mat Isa berkata, pendirian kerajaan Malaysia itu juga menunjukkan komitmen terhadap usaha memperbaiki kedudukan hak asasi manusia di negara ini tanpa berkompromi dengan tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, realiti sejarah, agama dan budaya negara.

MUSLIMpro official logo“Namun, ini bukanlah penamat kepada serangan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) terhadap Islam. Ini adalah permulaan kepada keperluan pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) dan pihak kerajaan untuk lebih berusaha memperkukuhkan kekuatan bagi menghadapi serangan mereka.

“Saya yakin pihak Comango akan bertindak lebih agresif selepas ini untuk meneruskan agenda mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semasa sesi penerimaan muktamad laporan mengenai hak asasi manusia terhadap Malaysia di Geneva semalam, daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah yang dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 termasuk tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Nasharudin yang kini bersama delegasi MuslimUPRo berada di Geneva berkata, apabila pulang ke Malaysia nanti, pihaknya akan membuat persiapan bagi menghadapi serangan-serangan berterusan daripada Comango yang dijangka sehingga proses Semakan Berkala Sejagat seterusnya pada 2017.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140322/dn_14/Penolakan-tuntutan-Comango-bukti-komitmen-Malaysia#ixzz2we7UQRxn ©  Utusan Melayu (M) Bhd

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kerajaan Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan Islam apabila menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam sesi penerimaan muktamad mengenai hak asasi manusia di Geneva, Switzerland hari ini.

UPR-Geneva-Malaysianreps

NASHARUDIN Mat Isa (kanan), Azril Mohd. Amin (dua dari kiri) bersama wakil dari Wisma Putra dan Jakim yang menghadiri sesi penerimaan muktamad syor mengenai hak asasi manusia UNHRC di Geneva, Switzerland, semalam

Sambil memuji ketegasan kerajaan, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo), Nasharudin Mat Isa berkata, kebanyakan syor yang ditolak ialah tuntutan yang dihantar oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013.

Katanya, pendirian kerajaan itu merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam usaha mempertahankan Islam di negara ini.

“Cabaran kita sekarang ialah untuk menghadapi proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ketiga yang dijangkakan pada 2017. MuslimUPRo akan menggembleng usaha semaksimum mungkin ke arah persiapan tersebut.

“Antara usaha tersebut ialah penubuhan sebuah pusat hak asasi manusia yang akan diketuai oleh Azril Mohd. Amin selaku ketua delegasi kami ke Geneva,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Azril memberitahu, daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.

“Antara yang ditolak termasuklah syor Comango supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Turut ditolak ialah syor memeterai Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak-Hak Awam dan Politik (ICCPR) dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak istimewa bumiputera dan hak-hak absah kaum lain,” katanya.

Menurut beliau, Artikel 18 ICCPR apabila dibaca bersama Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah berkaitan hak kebebasan beragama termasuklah hak untuk meninggalkan agama atau murtad.

“Selain itu, Malaysia juga menolak secara khusus gesaan untuk mengkaji semula sistem undang- undang syariah dengan menegaskan tiada konflik berkenaan kecekapan Mahkamah Sivil dan Syariah atas dasar keutuhan dan kejelasan pembahagian bidang kuasa menurut Perkara 121(1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Susulan penerimaan muktamad itu, beliau memberitahu, MuslimUPRo akan menganjurkan persidangan nasional perundingan pakar bersama ilmuwan Islam, syariah dan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk memperhalusi Dokumen Penerimaan Muktamad Malaysia.

Katanya, persidangan itu dibuat bagi meneliti penerimaan yang telah dibuat dan merangka tindakan susulan syor-syor yang diperakui serta mempersiapkan gagasan ke arah pusingan ketiga UPR pada 2017.

Beliau berkata, di samping itu, MuslimUPRo akan memperkukuhkan jaringan dengan pertubuhan hak asasi manusia di Eropah serta merangka pelan bagi penubuhan Pusat Kecemerlangan Ilmu Hak Asasi Manusia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140321/dn_14/Kerajaan-bertegas-tolak-tuntutan-Comango#ixzz2we5NrvfV ©  Utusan Melayu (M) Bhd

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

March 2014
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid