You are currently browsing the daily archive for 23 March, 2014.

NGO-Comango-Bersih

Cari perbezaan antara pendokong utama Bersih dengan Comango

Memang benarlah bahawa musuh-musuh bersatu dan sentiasa bersama untuk menentang Islam. Tidak kira apa aktiviti, kempen atau perancangan, mereka akan sentiasa merancang untuk menjahanamkan umat Islam.

Cuba kita lihat satu contoh kecil yang ingin saya bawa di sini. Cuba carikan perbezaan di antara NGO-NGO yang menjadi penganjur utama kepada kempen Bersih dan dan Comango.

Cuma yang sayangnya, kadang-kadang kita sesama kita bertelingkah. Dan ada pula sesama kita yang sanggup bersekongkol menjadi pak turut dalam agenda halus yang dirancang oleh musuh yang sudah nyata ini.

Sudah sampai kita di akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. bahawa kita sudah bagaikan buih sahaja.

Semoga Allah melindungi kita dan anak cucu kita dari bala bencana jika Allah turunkan.

MUSLIMpro official logo

Kenyataan Media MuslimUPRo 23/3/2014

Sesi berkaitan Malaysia pada 20/3/2014 yg lepas dan telah selesai dgn penerimaan muktamad tersebut.

Pada 21/3 pihak Comango telah mengadakan suatu acara sampingan – ‘side event’ untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ketegasan kerajaan Malaysia menolak pelbagai tuntutan yg tidak munasabah.

Selain dari menyatakan tidak puas hati terhadap pendirian tegas Malaysia untuk tidak terburu-buru meratifikasi baki enam konvensyen HAM (termasuk ICCPR & ICERD) mereka juga terus menimbulkan tuntutan berkaitan undang-undang perkahwinan Islam. Mereka terus campurtangan di dalam hal ehwal undang undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia tentang wujud sebarang diskriminasi terhadap wanita Islam dan mendesak Malaysia menarik semula pengecualian atau “reservation” di dalam beberapa konvensyen berkaitan CEDAW dan CRC.

Yu Ren Cheng (Women’s Aid Organization) menyatakan: “We are disappointed that Malaysia rejected all seven recommendations to remove its reservations to CEDAW, CRC, and CRPD.” “Malaysia stated during its review that it is ‘unfounded’ that Malaysia’s ‘Islamic Family Law … discriminates Muslim women on marriage issues.’ This means Malaysia should have no objections to removing its reservations to Article 16 of CEDAW, on equality in marriage.”

Selain itu, isu LGBT terus dipolemikkan dengan kenyataan Thilaga Sulathireh dari Seksualiti Merdeka – Pada sesi lalu, Malaysia telah menolak terus segala tuntutan berkaitan ‘Sexual orientation and gender identity (SOGI).

Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa dan autoriti agama “mendiskriminasi” golongan LGBT, sedangkan mereka berselindung di sebalik isu ini dengan bermatlamat akhir untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis. Thilaga: “Violence against LGBT persons continues with impunity by the police, religious officials and some members of the public.” “Restrictions on freedom of assembly, association and expression equally affect LGBTI persons in Malaysia. It is of great concern that issues pertaining to sexual orientation and gender identity continue to be politicized to further create religious and racial divide in Malaysia,”.

Pihak COMANGO juga terus menuduh secara palsu bahawa mereka ditindas di dalam melaksanakan perjuangan HAM di Malaysia dan mengadu kepada Majlis HAM PBB seolah olah mereka dilayan dengan buruk. Hakikatnya, pihak KDN hanya mengisytiharkan kedudukan pendaftaran NGO NGO individu yg tidak semuanya berdaftar sebagai pertubuhan yang sah di bawah mana mana undang-undang Malaysia. Sangat menghairankan apabila di PBB mereka hanya dibenar bercakap jika mewakili NGO berdaftar dgn status ECOSOC, tetapi hal ini tidak dijadikan isu. Di Malaysia, mereka tidak berdaftar, tetapi masih dibenarkan bersuara tetapi membuat tuduhan melulu apabila status pendaftaran mereka didedahkan. Mengapa wujud sikap hipokrit sebegini?

Di London MuslimUPRo sedang di dalam rangka untuk bertemu beberapa tokoh sarjana Muslim, termasuk Syaikh Dr. Abdal Hakim Murad (Universiti Cambridge), Muslim Council of Britain, Campaign Againts Criminalizing Communities (CAMPACC), Muslim Lawyers’ Circle London dan beberapa NGO dan institusi HAM di UK. Tujuan pertemuan yang dirancang ini adalah untuk menerangkan kepada pihak tersebut tentang isu isu terkini pasca UPR Malaysia dan mendapatkan pandangan dan maklum balas tentang respons NGI.

Selain itu, pihak MuslimUPRo juga sedang dalam rangka melantik di kalangan sarjana Muslim terkemuka Eropah untuk bersama sama sarjana terkemuka dan aktivis Islam di Malaysia ke ‘International Council of Experts’ yang akan diwujudkan dlm usaha membantu ke arah pembentukan Pusat Hak Asasi Manusia Malaysia. Ini merupakan suatu usaha gabungan NGI2 di Malaysia sebagai suatu inisiatif jangka panjang menangani isu isu Islam dan HAM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang berpendirian tegas.

Azril Mohd Amin
Ketua Delegasi MuslimUPRo
London, United Kingdom

http://azrilmohdamin.com/

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

SUDAH hampir seminggu saya berada di Geneva bersama-sama dengan anggota delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) seramai enam orang. Seperti yang kita sedia maklum, MuslimUPRo merupakan gabungan NGO-NGO Islam yang bersama-sama bangkit untuk membantah pihak Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango), dan dalam masa yang sama berusaha melibatkan diri dalam Proses Semakan Berkala (UPR) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui konsultasi dan memberikan pandangan dan saranan kepada pihak Kerajaan Malaysia.

Kami hadir untuk melihat sendiri proses penerimaan muktamad oleh wakil Kerajaan Malaysia terhadap saranan yang telah dibuat oleh negara-negara anggota PBB melalui proses tersebut. Daripada sejumlah 232 syor yang dikemukakan pada Oktober 2013, iaitu sebanyak 113 syor kesemuanya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 lagi ditolak.

UNashaSetelah sekian waktu pihak MuslimUPRo mengadakan beberapa siri kempen dan penerangan di seluruh negara, dengan di akhiri melalui Seminar Hak Asasi Manusia yang dianjurkan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia baru-baru ini.

Pihak kami juga telah turut mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak kerajaan dan saban hari mengharapkan agar kerajaan tidak akan tunduk kepada tuntutan pihak Comango yang jelas cuba mencabar Perlembagaan Persekutuan, mempertikai kedudukan Islam dan juga mempromosi budaya songsang seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

MUSLIMpro official logoMuslimUPRo ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah dan syabas kepada kerajaan Malaysia yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-syor negara-negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia. Penerimaan muktamad Malaysia telah pun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014.

Pendirian Malaysia ini yang dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad pada 20 Mac 2014, bagi saya adalah satu manifestasi tepat yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah dan komitmen Malaysia terhadap usaha untuk memperbaiki tahap dan keadaan hak asasi manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara.

Syukur alhamdulillah kerana semua ini dapat berlaku berkat doa dan munajat yang tidak putus-putus daripada rakyat Malaysia beragama Islam yang prihatin dan sedar bahawa ancaman terhadap agama kita sedang berlaku.

Menghentam

Tidak cukup dengan usaha dari dalam, negara kita cuba diheret sehingga ke pentas antarabangsa untuk akur dan menerima norma-norma Barat yang asing daripada agama dan budaya kita. Kita harus terus berdoa dan melakukan sesuatu dalam isu ini kerana usaha mereka yang memusuhi agama kita ini tidak terhenti setakat proses UPR yang kedua ini.

Pihak MuslimUPRo menjangkakan proses UPR yang ketiga yang dijadualkan pada 2017 nanti pastinya akan lebih hebat dan mencabar. Sudah tentu pihak Comango khasnya akan meneruskan kempen jahat mereka yang melanggar prinsip dan amalan agama Islam. Malah acara sampingan yang mereka anjurkan di Geneva ini pun telah mula mereka jadikan medan untuk menghentam kerajaan Malaysia dan masih berterusan membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat agama Islam di negara kita.

Agenda Comango tidak terhenti setakat proses UPR. Pentas yang mereka gunakan juga bukan sekadar PBB. Mereka telah mengadakan lobi di sana sini. Dengan sokongan dan dana yang mereka perolehi dari luar negara khasnya, usaha mereka akan terus mereka gerakkan untuk memaksa negara kita menerima kesesatan dan kebatilan perjuangan mereka yang kononnya dilakukan atas prinsip hak asasi manusia!

Satu perkara yang hendak saya ketengahkan di sini ialah, walaupun yang diperjuangkan oleh Comango itu adalah sesuatu yang batil dan bercanggah dengan kehendak agama dan budaya, tetapi kerana mereka itu bersatu, maka suara mereka sampai ke pentas antarabangsa.

Mereka kelihatan kuat walaupun jumlah mereka bukanlah begitu ramai mana pun, tetapi mereka berupaya mengumpul tenaga dan kekuatan yang sedikit itu untuk memperjuangkan suara kebatilan mereka.

Dengan demikian, inilah masa yang terbaik bagi umat Islam negara ini untuk sama-sama sedar dan insaf, bermuhasabah dan bangkit sebagai satu saff yang kukuh, ibarat batu-batu yang diikat kemas dan rapi sebagaimana yang Allah jelaskan dalam Surah as-Saff ayat 4. Marilah kita renungkan bersama – bagaimana jika kumpulan yang batil ini boleh bangkit dan berjuang, kenapa tidak kita sebagai umat Islam yang sudah disebut Allah SWT sebagai khaira ummah ukhrijat lillnas (sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia) tidak mampu untuk bergabung tenaga dan bermuafakat mempertahankan dan memperjuangkan agama ini pada tahap paling maksimum yang kita mampu?

Saya amat yakin, apa yang telah kita capai di Geneva kali ini adalah berkat daripada doa orang ramai, penyatuan gerak kerja dalam kalangan NGO-NGO Islam dan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan, maka kita dikurniakan Allah SWT dengan keputusan yang saya anggap sebagai satu kemenangan untuk Islam di negara kita.

Ada banyak lagi isu di hadapan kita yang memerlukan kesepakatan dan perpaduan di kalangan umat Islam. Kenapa tidak dalam hal yang berkaitan dengan mempertahankan agama, kita berpegang pada perintah Allah SWT …inna hazihi ummatukum ummatan wahidah… (sesungguhnya inilah dia umat kamu… umat yang satu). Kekuatan kita adalah pada kesepakatan dan perpaduan yang jitu selaku umat yang satu.

MuslimUPRo sedang merancang beberapa strategi untuk berdepan dengan cabaran mendatang khasnya dalam isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Antaranya ialah penubuhan sebuah pusat kecemerlangan ilmu hak asasi manusia. Kita bukan anti kepada tuntutan hak asasi tetapi ia mestilah dalam kerangka agama, budaya dan perundangan negara.

Menarik juga untuk dinukilkan di sini, ketika kami di Geneva ini, di mana sahaja kami pergi, sama ada di restoran, kedai buku, di tempat penginapan malah di dalam bas pun, apabila kami ditegur; “kamu semua dari mana,” lalu kami jawab “dari Malaysia,” spontan sahaja kalimah yang akan diungkapkan kepada kami ialah “we are all praying for the safety of the aircraft”.

Benar, dua topik besar yang saban hari menjadi tajuk utama dalam media di sini ialah isu kehilangan pesawat MH370 dan perkembangan politik di Rusia dan Ukraine.

Rakyat asing di sini merakam tahniah kepada usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan kukuh dan kerjasama erat 26 negara yang terus-menerus berusaha untuk mencari pesawat tersebut. Yang menarik bagi saya adalah ungkapan “we are all praying for the safety of the aircraft”.

Sekali lagi, dalam suasana yang sedang kita hadapi ini, sebagai hamba Allah SWT, doa ialah senjata orang mukmin yang paling ampuh yang mampu kita tadahkan tangan agar usaha pencarian ini akan terjawab segera.

Islam mengajar kita bahawa di antara mereka yang mustajab doanya insya-Allah ialah doa orang yang sedang bermusafir. Di sini kami juga turut mendoakan dipermudahkan Allah SWT agar usaha pencarian pesawat ini berjaya dan kami juga bermohon agar Allah SWT memelihara negara kita daripada sebarang ancaman pihak-pihak yang merancang untuk menghancurkan Islam, keharmonian dan kemakmuran negara kita.

Amin Ya Rabb al alamin.

Oleh NASHARUDIN MAT ISA Dari Avenue Louis-Casai, Cointrin, Geneva, Switzerland.

* PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140323/re_02/Warkah-Geneva:-Berkat-doa,-kesatuan#ixzz2wkCec500 ©  Utusan Melayu (M) Bhd

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

Video: Taklimat Proses UPR dan Ancaman Tuntutan COMANGO Oleh Sdr. Azril Mohd Amin

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

March 2014
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid