Musuh tidak kenal penat. Dalam kita menghadapi pelbagai serangan musuh, kita perlu mengkaji gerak kerja musuh ini. Kita perlu ingat dan sentiasa ingat bahawa usaha yang dilakukan melalui IFC itu tidak pernah padam (baca: Mengingat Kembali Ancaman IFC). Kali ini kita mahu lihat 14 tuntutan yang dibawa oleh IFC dan bagaimana ianya menjadi ancaman.
Tuntutan Orang-orang Bukan Islam Yang Dibuat Melalui IFC
- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
- Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
- Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Implikasi dan Bahaya Penubuhan IFC
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan ianya amat berbahaya kepada Islam dari sudut-sudut berikut:
a. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of Religion (Kebebasan beragama)) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.
b. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
- Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,
- Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),
- Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,
- Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama,
- Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, suku kaum, agama dan bahasa minoriti,
- Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.

Penting! Baca: Sejarah Hitam Pengasas Dokumen Deklarasi UDHR?
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Di bawah norma-norma tersebut, untuk orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa akan dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim
c. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
d. Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama. (Artikel 18). Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
e. IFC berhak dan diberi kuasa menentukan status agama seseorang
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.
Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.
Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Penubuhan IFC
Ummat Islam Malaysia harus bangun dan sedar ancaman dan bahaya yang bakal ditimpa jika penubuhan Suruhanjaya ini diluluskan dan berkuatkuasa.
Oleh itu ianya menjadi tanggungjawab dan kewajipan anda semua sebagai orang Muslim di Malaysia ini untuk:
- Faham dan maklum apa itu yang disebut sebagai Suruhanjaya ini dan implikasinya terhadap agama Islam dan ummat Muslimnya
- Berusaha memaklumkan serta memberi kefahaman kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakannya dan ahli masyarakat lain berhubung penubuhan IFC dan bahayanya
- Berusaha menyatakan bantahan yang keras dan bersungguh agar usaha penubuhan IFC ini dibatalkan
- Berusaha dengan bersama-sama dengan suara yang padu memintakan wakil-wakil rakyat mereka menyekat usul penubuhan Suruhanjaya ini dari di bawa ke Parlimen
- Menyuarakan bantahan melalui pelbagai media massa serta memberi pendidikan yang sewajarnya agar seluruh warga negara faham dan maklum sebab-sebab ummat Islam di Malaysia membantah penubuhan Suruhanjaya
- Memaklumkan serta menyebar maklumat kepada ummat Islam seluruh dunia dan berusaha mendapatkan sokongan mereka untuk turut bersuara melalui pelbagai kaedah dan ruang
… bersambung (insha Allah) … COMANGO … Penerusan Agenda Musuh (melihat kaitan agenda IFC diteruskan dalam perjuangan COMANGO) – baca: COMANGO … Penerusan Agenda Musuh
**********************
Sila baca juga:
- Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO
- COMANGO – Talibarut Asing?
- Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan
- Pasca UPR ke 2: Ancaman Lagi Besar Sedang Mendatang
- COMANGO Tuntut Beri Hak Kepada Amalan Seks Songsang LGBTIQ
- Ancaman Comango dijangka berterusan
- Beyond COMANGO’s demands
- Perpecahan umat Islam dan helah Comango terserlah
4 comments
Comments feed for this article
8 October, 2014 at 2:04 pm
Mengingat Kembali Ancaman IFC | Karim's Blog
[…] baca sambungnya … Tuntutan dan Ancaman Berterusan IFC […]
27 July, 2015 at 7:20 pm
Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat … Jangan Kita Lalai | Karim's Blog
[…] Saya pernah mengingatkan kembali RENCANA JAHAT musuh melalui rancangan untuk menubuhkan Interfaith Commission (IFC) – baca di sini. suatu suruhanjaya membicara isu-isu pelbagai agama, jika terlaksana, akhirnya akan menghakimi Islam dan umatnya mengatasi Mahkamah Syariah dan seumpamanya. Baca di sini untuk memahami implikasi RENCANA JAHAT penubuhan IFC. […]
3 August, 2016 at 9:37 am
HANYA Islam Agama Yang Benar – Agama-agama Lain Adalah Palsu Lagi Sesat | Karim's Blog
[…] Tuntutan dan Ancaman Berterusan IFC […]
15 November, 2016 at 6:47 pm
Musuh-musuh Kita Adalah Jelas, Agenda-agenda Musuh Adalah Jelas | Karim's Blog
[…] IFC membuat tuntutan melarang ibu-bapa Islam tidak menetapkan agama Islam untuk anak-anak mereka yang baharu dilahirkan. Mereka mahu sijil lahir dan Kad Pengenalan orang Islam tidak dicatitkan agama Islam. Kesemua 14 tuntutan IFC adalah berkaitan dengan agama Islam dan perihal orang Islam. [baca senarai tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC di sini: Tuntutan dan Ancaman Berterusan IFC] […]