You are currently browsing the monthly archive for April 2014.

Dikongsikan di sini beberapa bahagian daripada himpunan Doa-Doa Merangkumi daripada Hadith & Atsar yang saya terima dari sahabat saya Al Fadhil Ustaz Ismail bin Ahmed. Semoga bermanfaat.

Selamat beramal dan khususnya Rabu malam Khamis 1 Rajab 1435 ini kerana ia termasuk antara 4 malam utama setahun yang mana Sayyidina Ali RA dan majoriti ulama mu’tabar concentrate, untuk beramal ibadah khusus.
doa merangkumi-ismailahmed1

doa merangkumi-ismailahmed2

doa merangkumi-ismailahmed3

doa merangkumi-ismailahmed4

Boleh juga download versi pdf di sini (klik)

Advertisements

logopembela

Kenyataan Media – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

PEMBELA alu-alukan reaksi positif usaha melaksanakan hukum hudud oleh Kerajaan Kelantan

28 Jamadil Akhir 1435H / 28 April 2014M

 

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Malaysia yang merupakan di antara gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia mengalu-alukan reaksi positif daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan di dalam menggerakkan usaha ke arah merealisasikan perlaksanaan undang-undang syariah berdasarkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993.

Hal ini jelas menggambarkan kesungguhan pihak pemerintah yang ingin melihat keadilan hukum Islam terlaksana di Malaysia. Sikap dan pendirian Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan ini dilihat mengatasi kepentingan politik kepartian serta mencerminkan niat untuk bermuafakat di dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Hasrat untuk merealisasikan perlaksanaan aspek undang-undang syariah di Malaysia seharusnya disambut dengan baik semua lapisan masyarakat, termasuk golongan bukan Islam. Hal ini kerana proses penggubalan undang-undang tersebut dilakukan melalui sistem demokrasi. Malah, seruan pihak Kerajaan Pusat agar Rang Undang-Undang Persendirian diperkenalkan untuk tujuan perbahasan di peringkat Dewan Rakyat menggambarkan bahawa tiada pihak yang mengenepikan proses demokrasi yang sekian lama menjadi tiang untuk mencapai konsensus berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, inisiatif yang bakal diambil Kerajaan Kelantan hendaklah dihormati dan diberikan ruang sepenuhnya oleh semua pihak, khususnya para ahli parlimen yang akan menentukan kedudukan rang undang-undang tersebut demi kebaikan bersama.

Pada tahap ini, PEMBELA sangat menganjurkan permuafakatan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan di dalam merungkai isu-isu yang sedang dihadapi berkaitan usaha tersebut. Jika usaha ini diteruskan, permuafakatan umat Islam secara keseluruhannya akan menjadi khabar gembira bagi seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Pada hakikatnya, sebagai kaum teras di negara ini, perpaduan Melayu-Islam akan memperkukuh hasrat semua untuk memperkasa mana-mana insiatif ke arah perpaduan antara kaum secara keseluruhannya. Jika perpaduan di kalangan umat Melayu-Islam adalah lemah, maka usaha lain untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia juga sukar untuk dizahirkan.

PEMBELA juga ingin menyarankan agar aspek-aspek teknikal cadangan perlaksanaan hudud diperkemaskan dengan cara memanfaatkan kepakaran sedia ada di kalangan pakar-pakar syariah dan perundangan yang telahpun sekian lama menjalankan usaha mereka memperbaiki pentadbiran dan kandungan undang-undang syariah di negara ini.

Selain itu, usaha mendidik masyarakat mesti terus diperkasakan, di samping menyemarakkan prakarsa nahi munkar bagi menghapuskan punca-punca maksiat dan jenayah yang sangat membimbangkan dan berleluasa di kalangan masyarakat mutakhir ini.

Usaha yang seiring dapat mengelak fitnah terhadap perlaksanaan hukum hudud sekaligus memperbetulkan prasangka terhadap Islam di kalangan segelintir masyarakat bukan Islam melalui keadilan dan kemurnian undang-undang syariah Islam.

Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Perbandingan dalam isu Hak Asasi Manusia (HAM) di antara Amerika Syraikat dan Malaysia menjadi suatu perbualan apabila Obama datang melawat Malaysia. Dalam ucapannya seolah-olah beliau mengatakan banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Malaysia dalam isu HAM.

Apakah layak Obama membandingkan rekod HAM Malaysia dengan Amerika Syarikat?

Apakah beliau tidak sedar bahawa Najib dalam ucapannya telah pun memperlikan beliau di hadapan perwakilan media secara terangan?

delta camp - guantanamoNajib mengatakan bahawa Malaysia telah melakukan banyak perubahan termasuk pemansuhan ISA sambil menemplak Amerika Syarikat dengan berkata bahawa banyak lagi negara yang belum memansuhkan tahanan tanpa pembicaraan – yang mana umum mengetahui rekod kekejaman Rumah Putih dalam tahanan di Guantanamo.

Maka siapa yang sebenarnya layak untuk bercakap tentang HAM? Amerika Syarikat dengan kekejaman di Kem Delta Guantanamonya? Apakah rekod kekejaman tentera mereka di Falujah Iraq dilupakan begitu sahaja? Di Afghanistan dan Pakistan dengan “drone”nya yang sentiasa berkeliaran membunuh orang awam tanpa pertanggungjawaban langsung? Lupa kita pembunuhan ratusan ribu rakyat Vietnam dan kekejaman My Lai, 1968?

Rekod hubungan antara kaum di Malaysia tidak perlulah Amerika Syarikat hendak ajar. Ketika Presiden Kennedy dilantik menjadi Presiden, orang kulit hitam masih tidak boleh mengundi. Jauh sekali untuk menjadi calon mana-mana jawatan dalam senat. Orang-orang kulit hitam pada ketika itu tidak dibenarkan memasuki tandas awam orang kulit putih – dan banyak lagi penindasan terhadap orang kulit hitam.

Malaysia sebelum pun Merdeka, dalam piliharaya yang pertama 1955 bukan sahaja membenarkan bangsa kaum pendatang untuk mengundi di Persekutuan Tanah Melayu tetapi kaum-kaum bukan Melayu ini turut diberi peluang untuk menjadi calon – malah mereka turut dilantik menjawat sebagai menteri. Begitulah baik dan murninya jiwa orang-orang Melayu Islam ketika Amerika Syarikat masih bergelumang dengan kekejaman ke atas kaum “hamba” kulit hitam walaupun setelah hampir 200 tahun mereka merdeka pada masa itu.

Siapa yang lebih layak untuk bercakap tentang HAM?

Komen sebelum ini merujuk lawatan Obama: Obama Lawat Masjid Pagi Ahad – Apa Kata Puak Evangelis?

Obama-Masjid Negara

Obama (dua kiri) mendengar penerangan daripada Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara Abdul Rasyid Mohd Isa (kiri). Turut sama Syaikh Ismail (dua kanan). FOTO Bernama

Obama melawat Masjid Negara sebagai acara rasmi pertamanya di pagi Ahad tadi.

Di kala orang-orang Kristian mengadakan “mass” mereka di gereja-gereja pada pagi Ahad, sebagai penganut agama Kristian, Obama memilih untuk melawat Masjid Negara – tidak menjenguk mana-mana gereja.

Apakah ini suatu penghinaan kepada puak gereja? Apa kata puak-puak evangelis?

Dulu mereka merungut apabila PRU13 dibuat pada hari Ahad. Tetapi mereka senyap apabila PRK Kajang pun dibuat pada hari Ahad – menandakan sebenarnya tidaklah menjadi isu sangat hal itu.

Malah yang mereka sibuk-sibuk buat “mass” hari Ahad tu, di Indonesia mereka sudah mula tukar di sesetengah kawasan, mereka telah menukarkannya kepada hari Jumaat – satu lagi strategi jahat kontekstualisasi mereka – yang penuh dengan tipu helah.

Kalau di Vatikan pula, Pope mereka berucap di dataran pada hari Rabu – bukannya hari Ahad!

********

Laporan Harian Metro:

Obama lawat Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.

Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.

Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.

Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.

imej-PerlembagaanPersekutuanMalaysia BUKANnya sebuah negara sekular.

Apa hujjahnya? Antaranya ialah:

1. Dari segi definisi istilah sekular itu sendiri.

Sekular itu memisahkan agama dari kerajaan dan pentadbirannya. Termasuk tidak boleh kerajaan membelanjakan apa-apa dana untuk mana-mana aktiviti atau institusi agama. Jelas kita lihat adanya institusi-institusi agama dalam kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri dengan jutaan wang ringgit yang dibelanjakan.

2. Tiada Ungkapan Sekular Di Dalam Perlembagaan Persekutuan

Walaupun dalam cadangan asal Suruhanjaya Reid ada menyebutkan bahawa “penegasan Islam sebagai Agama Negara tidak menafikan ciri-ciri sekular negara ini”, namun Raja-Raja Melayu tidak menerima ungkapan sedemikian untuk dimasukkan dalam Perlembagaan.

Tidak ada ungkapan “secular” di mana-mana bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan. Hanya prinsip yang termaktub dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sahaja yang dipersetujui untuk dijadikan sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara.

3. Tiada Keputusan Mahkamah Mengatakan Malaysia Negara Sekular.

Kerap kali orang-orang seperti Karpal Singh mengguna keputusan Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh. Sebenarnya penghakiman tersebut tidak menyebut bahawa Malaysia sebuah Negara sekular tetapi hanya memutuskan bahawa undang-undang yang masih terpakai adalah undang-undang sekular.

4. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Menyanggahi Prinsip Asas Sekularisme

Malah Perkara 3 (1) ini telah JELAS menetapkan bahawa negara kita adalah sebuah Negara Islam.

5. Sumpah Yang DiPertua Agung

Di dalam sumpah YDPA atas nama suci Allah untuk memelihara agama Islam pada semua masa itu adalah merupakan hujjah yang kuat menolak sekular ini.

Dengan senarai ringkas di atas, sebagai umat Islam di Tanah Air ini, kita WAJIB bersyukur dengan asas-asas yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin awal kita dan terutamanya Majlis Raja-raja Melayu yang telah banyak bertegas dalam membentuk persetujuan ini.

Oleh yang demikian kita patut sama-sama menghayati amanat Al-Marhum Professor Tan Sri Ahmad Ibrahim:

… Sayangnya masih terdapat banyak undang-undang di Malaysia, yang bercanggah dengan undang-undang Islam, yang diluluskan dari zaman penjajah, akan tetapi usaha boleh diambil untuk meminda undang-undang itu supaya dia selaras atau tidak bertentangan dengan undang-undangIslam …

… Jika orang lslam ingin Perlembagaan itu dijadikan lebih dekat dengan Islam, mereka harus mengikhtiar supaya mereka mempunyai kuasa memindanya … iaitu dengan mendaftar diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pindaan itu dapat diterima.

Inilah perlunya kita sepakat supaya kita boleh mencapaikan hasrat bangsa, agama dan negara kita.

Dengan itu – ayuh bersatulah kita umat Islam mengikut dasar “ruhama’ bainahum” sesama mukminin.

 

 

 

Tahniah Majlis Agama Islam Pahang.

MAIPahangKUANTAN – Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) melarang pemilik hotel di negeri itu menempatkan bahan bacaan agama selain Islam di dalam bilik penginapan pelanggan mereka.

Timbalan Yang Dipertua MAIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, surat tentang perkara itu telah diedar kepada 147 hotel di seluruh Pahang sejak 6 Mac dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Surat larangan itu dikeluarkan mengikut peruntukan di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 bagi negeri Pahang selaras dengan perkara 11(4) Pelembagaan Persekutuan.

“Dengan itu sesiapa sahaja orang bukan Islam atau pihak pengurusan hotel adalah dilarang meletakkan kitab Bible, sebarang bahan atau dokumen berkaitan agama bukan Islam di ruang bacaan awam khususnya di bilik penginapan dan sekiranya telah ada, maka ia hendaklah dikeluarkan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat teknikal persiapan perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang dijadualkan diadakan di sini dari 1 hingga 4 Mei ini.

Katanya tindakan meletak bahan-bahan itu boleh dianggap sebagai perbuatan menyebarkan fahaman agama lain kepada orang Islam selaku sebahagian daripada pihak awam yang menginap di hotel terbabit.

“Mengembangkan atau menyebarkan dalam apa cara kepada orang yang beragama Islam adalah satu kesalahan, maka perbuatan meletakkan kitab Bible atau buku agama lain boleh ditafsir kepada tujuan penyebaran.

“Kita sedia maklum memang ada terdapat hotel yang menyediakan bahan bacaan berkenaan khususnya di dalam laci bilik hotel dan perkara ini sudah lama
berlarutan, malah ada yang dikesan telah melebihi 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata jika sabit kesalahan mereka yang berkenaan boleh dikenakan hukuman di mahkamah sivil dengan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Menurutnya setakat ini pihak pengurusan hotel akur dengan larangan itu selain berjanji mengeluarkan bahan bacaan terbabit secepat mungkin. – Bernama

Kapal Karam sebelum dilupus selalu berulang dari Ibukota ke Pulau

Armada Kapal Karam tidak mahu melihat syiar Islam di Tanah Melayu

Sebelum perlanggaran yang menyebabkan ianya dilupuskan

Kapal Karam sudah pun tidak lagi mampu bergerak tanpa bantuan

Ke sana ke mari terpaksa dibantu

kapal karamSama ada ditolak atau ditarik pembantu

Pengemar Kapal Karam katakan ianya berprinsip

Tapi petugas maritim tunjuk saman banyak bertindih

Membawa muatan hanya yang glamer-glamer

Asalkan Islam dan Raja dapat dihina

Kapal Karam dilupus sudah

Tidak ada manfaat untuk digundah

Ada yang bersyukur tenggelamnya Kapal Karam

Moga terlaksana yang terbaik untuk Islam

Selepas sesi penerimaan muktamad berkaitan proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) bagi Malaysia di sesi ke 25 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva 20 Mac baru-baru ini, isu-isu yang melingkari tuntutan-tuntutan batil Hak Asasi Manusia terhadap Malaysia terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Terkini, beberapa kenyataan kontroversi daripada NGO-NGO bersekutu COMANGO melalui acara sampingan (side event) yang dianjurkan di Geneva pada 21 Mac menjadi bukti betapa puak-puak yang berkepentingan dan tidak menghormati kedaulatan Negara akan terus berusaha untuk mengganggu-gugat kemurnian Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Negara.

Beberapa NGO asing turut digunakan sebagai topeng untuk membuktikan tuntutan COMANGO tersebut kononnya disokong masyarakat antarabangsa. Contohnya, isu berkaitan kontroversi tuntutan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut Kristian terus-menerus dijadikan isu hak asasi manusia untuk memberikan persepsi salah bahawa penganut Kristian di Malaysia dinafikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka. Hal ini berdasarkan kenyataan Forum Asia Untuk Hak Asasi Manusia dan Pembangunan (Asian Forum for Human Rights & Development) yang berpangkalan di Bangkok, yang telah menyatakan “…Asian Forum for Human Rights and Development, speaking in a joint statement, regretted that Malaysia had not accepted recommendations on upholding and promoting freedom of religion, as demonstrated by its ban on non-Muslims using the word ‘Allah’. The Forum also regretted the lack of judicial reform, the use of detention without trial and certain repressive laws. Ternyata kenyataan sebegini tidak menghormati proses perundangan di Negara ini yang telah membenarkan penganut Kristian menggunakan saluran perundangan untuk merayu hatta sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Selain isu kebebasan beragama, isu yang sangat membimbangkan dan terus-menerus menjadi tuntutan yang ditekan NGO asing ialah hak golongan LGBT. Sementara hak umum semua golongan diiktraf dan perbuatan menganiaya atau menzalimi mana-mana insan adalah dilarang dan undang-undang Malaysia sedia melindungi hak asasi setiap individu, NGO-NGO tidak bertanggungjawab tersebut terus-menerus memanipulasi isu ini untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan jenayah yang melarang perbuatan berkaitan budaya seks songsang, termasuk di dalam seksyen 377 Kanun Kesiksaan dan enakmen-enakmen syariah. Human Rights Watch sebuah lagi NGO Barat yang juga sering menjuarai isu-isu LGBT menyatakan, “…Human Rights Watch regrets that Malaysia refuses to recognize the basic rights of its LGBT population, and has failed to repeal penal code article 377 B, which criminalizes consensual adult sexual relations. Kenyataan NGO seumpama ini sebenarnya selari dengan gerakan LGBT sejagat yang mahu membawa “hak” golongan ini ke suatu tahap baru, iaitu mengizinkan perlakuan homoseksual secara terbuka dan undang-undang perkahwinan sejenis dibenarkan di Negara ini. Dengan perkembangan terbaru pengumuman Perdana Menteri Britain, David Cameron yang membenarkan perkahwinan sejenis tersebut dilakukan di negaranya, Britan menjadi Negara ke 18 di dunia yang menjadikan isu hak golongan LGBT ini sebagai punca kembalinya berleluasa amalan songsang kaum Nabi Luth di zaman ini. Manipulasi isu hak golongan LGBT ini membawa risiko bahaya menjerumuskan Malaysia ke dalam kancah perkahwinan sejenis sebagaimana yang berlaku terhadap Britain.

Tekanan-tekanan terhadap Malaysia yang berlaku selepas proses UPR ini tidak akan berakhir dengan penerimaan muktamad syor-syor oleh kerajaan Malaysia. Biarpun Malaysia bertegas untuk tidak menerima syor-syor yang bersifat kontroversi, namun lobi berterusan COMANGO berisiko tinggi untuk mempengaruhi pandangan awam serta perspektif dunia kearah yang negatif terhadap Negara kita. Pada hakikatnya, hal ini telahpun berlaku apabila pada pada 25 November 2013, Heiner Bielefeldt Jurulapor Khas PBB bagi Kebebasan Beragama telah mengkritik dan menggesa Kerajaan Malaysia supaya menarik semula keputusan menghalang penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam konteks agama Kristian di kalangan penganutnya. Kenyataan tersebut dibuat secara sengaja walaupun umum mengetahui bahawa kes masih lagi berada di peringkat permohonan kebenaran merayu oleh pihak Gereja. Sekurang-kurangnya Bielefeldt sepatutnya menghormati sistem kehakiman Negara ini sehingga kes tersebut diputuskan di peringkat akhir sekiranya rayuan dibenarkan untuk didengar ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Tetapi tindakan Bielefeldt tidak menghairankan kerana persepsi dan maklumat yang diperolehi sering diberi secara tidak tepat oleh anasir seperti COMANGO. Malah, semasa di Geneva 10 Mac 2014, SUARAM yang merupakan salah satu ahli gabungan COMANGO telah melakukan intervensi secara lisan dan sekali lagi memanipulasi fakta mengenai situasi kebebasan beragama di Malaysia. Laporan SUARAM dan Aliran antara lain menyenaraikan contoh lain sikap tidak toleransi agama dan ekstremisme seperti pengharaman ajaran Syiah di Malaysia serta merujuk laporan media tentang bagaimana sejumlah masyarakat pribumi Malaysia telah ditipu agar memeluk Islam sebagai balasan bagi mendapatkan bantuan kebajikan. Ini disebut pertubuhan itu di dalam kenyataan baru-baru ini. Fakta ini tidak benar sama sekali dan telah dinafikan pihak JAKIM.

Kira-kira dua tahun dari sekarang, penilaian separuh penggal bagi perlaksaaan syor-syor semasa di UPR akan dijalankan terhadap Malaysia. Selain saluran ini yang akan dijadikan alasan untuk NGO-NGO Hak Asasi Manusia terus-menerus menyalurkan maklumat tidak tepat mengenai situasi Hak Asasi Manusia di Malaysia, kita perlu berwaspada dengan kaedah lain juga akan digunakan untuk menyebarluaskan kefahaman batil Hak Asasi Manusia. Terdapat mekanisme Prosedur Khas (Special Procedure) yang juga boleh dimanipulasi NGO-NGO Hak Asasi Manusia untuk mencapai matlamat mereka memburuk-burukkan Malaysia. Malah ternyata dengan tekanan yang dibuat Heiner Bielefeldt tersebut merupakan langkah pertama kearah memulakan prosedur khas terhadap Malaysia dengan harapan kerajaan akan tunduk dan mengubah pendirian tanpa membenarkan sistem mahkamah berjalan dengan sempurna. Tindakan ini juga boleh membawa pada pendekatan ‘name and shame’, yakni tindakan menamakan dan memalukan sesebuah Negara di peringkat antarabangsa demi mencapai matlamat mendapatkan sesuatu hak. Apa yang jelas, kita perlu bertegas mempertahankan integriti dan ketinggian sistem kehakiman Negara dan tidak tunduk serta dipengaruhi sebarang tekanan luar, di dalam konteks ini khususnya berkenaan usaha mempertahankan kesucian kalimah Allah.

Selain itu, pada jangka waktu panjang anasir seperti COMANGO akan terus memperkasakan usaha mereka untuk mengulangi tuntutan-tuntutan di pusingan ketiga UPR pada bulan April 2018 kelak. Mereka telahpun memulakan gerakan tersebut sebaik tamat penerimaan muktamad syor-syor UPR di Geneva. Justeru di dalam merangka sebuah pelan tindakan Hak Asasi Manusia di peringkat kebangsaan, kerajaan perlu mewaspadai unsur-unsur yang terlalu menyanjung fahaman liberal-sekular hak asasi manusia ini. Sudah tiba masanya Kerajaan lebih proaktif di dalam merujuk sumber tradisi keagamaan sebagai kompas panduan menangani isu-isu Hak Asasi Manusia. Hakikat kedudukan istimewa Islam, sebagai agama Negara, seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan dengan tegas dan tanpa kompromi.

MUSLIMpro official logoMuslimUPRo menegaskan pendirian konsisten terhadap isu-isu kontroversi berkaitan Hak Asasi Manusia. Susulan seminar Islam dan Hak Asasi Manusia yang telah dijalankan bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 12 Mac 2014, sebahagian besar pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) juga telah bersepakat bahawa perlu diwujudkan wacana yang bersepadu dan berterusan untuk menghadapi isu-isu semasa berkaitan tuntutan Hak Asasi Manusia. Sebuah platform berdedikasi serta berwibawa perlu diadakan agar iktibar dari tindakan COMANGO serta pengalaman semasa menyertai proses UPR di Geneva tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa strategi jangka panjang memberikan jawapan Islam terhadap permasalahan yang timbul. Justeru MuslimUPRo telah mengambil langkah proaktif mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centre for Human Rights Research and Advocacy), atau ringkasnya CENTHRA, yang akan berperanan menumpukan pada isu-isu penyelidikan dan advokasi serta latihan dan melobi perspektif Islam di pelbagai peringkat, khususnya yang terkait dengan mekanisme serta agensi-agensi ASEAN dan PBB.

CENTHRA sebagai sebuah entiti yang berdaftar di bawah undang-undang Malaysia akan memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam di samping memainkan peranan sebagai wahana untuk MuslimUPRo dan NGI berkongsi idea dan pengalaman semasa Proses UPR.

CENTHRA juga akan terus memperkasa wacana dan usaha advokasi Islam dan HAM di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dengan pendedahan isu-isu mutakhir serta kupasan cabaran-cabaran yang melatari perkembangan perbahasan Islam dan HAM di pelbagai peringkat. Antara lain CENTHRA akan mengenal pasti ahli akademik dan aktivis NGI yang boleh diketengahkan untuk memperkasa agenda memperjuangkan isu-isu HAM dari peringkat serantau dan antarabangsa.

Perancangan terdekat MuslimUPRo melalui CENTHRA ini termasuklah mengadakan sesi perundingan di peringkat kebangsaan bagi meneliti laporan penuh UPR 2013 yang telah diterima secara muktamad pada 20 Mac lalu. Dengan sesi perundingan CENTHRA ini diharapkan dapat mengumpulkan para pemimpin NGI bersama-sama wakil ulama dan sarjana Muslim yang akan mengkaji syor-syor UPR 2013, bagi membantu perlaksanaan syor-syor yang bertujuan memperbaiki situasi HAM di Malaysia serta memberikan cadangan kepada pembaikan menjelang penilaian separuh penggal (mid-term assessment) UPR yang akan menjelang dalam masa dua tahun lagi.

CENTHRA harus pada asasnya memperkasa wacana Islam mengenai Hak Asasi Manusia, dengan kembali mengartikulasi Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia di dalam Islam yang diluluskan pada 5 Ogos 1990. Pandangan alam Islam harus membimbing upaya CENTHRA untuk menzahirkan kepada dunia bahawa hak asasi manusia bukanlah sesuatu yang asing di kalangan umatnya, tetapi pada hakikatnya merupakan ajaran kearah mencapai maksud dan tujuan penciptaan manusia di dalam pandangan alam Islam. Seringkali beberapa Negara Islam dilihat sebagai rejim yang melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia di dalam menjalankan pemerintahan. Kezaliman tersebut dilakukan walaupun Negara-negara tersebut telah meratifikasi pelbagai konvensyen-konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia. Pada hemat penulis, sepatutnya tanggungjawab memperbaiki keadaan sebenar hak asasi manusia mendahului keghairahan mendapatkan pengiktirafan sebagai Negara yang paling banyak meratifikasi konvensyen-konvensyen tertentu. Perkara lebih utama ialah memastikan upaya memperbaiki keadaan hidup dan memastikan hak-hak masyarakat dipertahankan dengan sewajarnya, bukan sekadar menzahirkan kepura-puraan sosial atau ‘social camouflage’, suatu istilah yang digunakan untuk mentakrifkan Negara-negara yang meratifikasi konvensyen-konvensyen hak asasi mansuia tetapi pada masa yang sama melakukan pelanggaran hak-hak tersebut. Inilah yang berlaku terhadap negara-negara seperti Mesir, Syrian, Tunisia, Pakistan dan hatta Myanmar sekalipun. Realiti di Negara-negara tersebut berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia yang memperbaiki keadaan sosio-ekonomi, mempertahankan hak-hak masyarakat melalui kerangka Perlembagaan Persekutuan adalah menurut maqasid syariah serta lebih menyerlah tanpa semestinya tunduk pada tuntutan meratifikasi konvensyen-konvensyen hak asasi manusia.

Pendirian bertanggungjawab Malaysia terhadap usaha memperkukuh keadaan serta melaksanakan syor-syor yang munasabah berkaitan hak asasi manusia memerlukan dokongan dan inisiatif tambahan dari masyarakat sivil. Justeru CENTHRA selaku suara dan kuasa masyarakat sivil, khususnya daripada kalangan NGI akan berperanan dengan menguasai kemahiran berhujah dan aspek-aspek kemahiran melobi serta menjalankan mekanisme tertentu di sidang-sidang berkaitan hak asasi manusia di tahap ASEAN dan PBB. Berkaitan insiatif UPR pada pusingan ketiga tahun 2107 kelak, CENTHRA telah memulakan insiatif untuk mengemukakan laporan ‘stakeholder’ yang kukuh kepada Majlis Hak Asasi Manusia yang akan menjadi asas semakan kelak. Laporan tersebut perlu mewakili pandangan sebenar majoriti rakyat tentang kemahuan-kemahuan munasabah Hak Asasi Manusia tanpa melanggari batas-batas keagamaan, Perlembagaan Persekutuan serta budaya dan sejarah Negara.

CENTHRA juga berhasrat mengangkat kembali tujuan dan semangat yang melatari Perisytiharan dan Pelan Tindakan Vienna 1993 yang mengambilkira realiti agama, budaya dan sejarah sesebuah Negara di dalam melaksanakan prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia. Di dalam konteks Malaysia, CENTHRA perlu menjadi suara masyarakat sivil untuk terus menegur pihak-pihak seperti COMANGO agar tidak melampaui batas dan nilai agama dan budaya di dalam membuat tuntutan Hak Asasi Manusia. Malah, CENTHRA perlu menyeru hatta pihak seperti SUHAKAM sekalipun, agar tidak terbabas dari fungsi asal melaksanakan prinsip-prinsip Hak asasi Manusia di Negara ini, bertepatan dengan Seksyen 4(4) Akta SUHAKAM itu sendiri. Seksyen 4(4) Akta menegaskan bahawa perhatian hendaklah diberi pada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akhirnya, CENTHRA juga menyokong inisiatif-inisiatif yang bertujuan mengangkat martabat hak asasi manusia menurut kerangka dan perspektif yang betul, dengan tujuan mencapai objektif kemuliaan insan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai matlamat akhir tuntutan hak asasi manusia. Peluang Malaysia untuk mewarnai acuan agenda penting ini dengan pendekatan yang sederhana dan memenuhi maksud fitrah manusia akan lebih terserlah. Ini diwujudkan melalui inisiatif dan tindakan yang dapat menawarkan model meyelamatkan tamadun kemanusiaan dari kehancuran akibat tuntutan-tuntutan bersifat batil, sepeti sebahagian desakan yang dibawa COMANGO semasa di UPR.

azrilmohdaminsumber: Azril Mohd Amin blog: http://azrilmohdamin.com/

AZRIL MOHD AMIN ialah seorang peguam dan kini mengetuai MuslimUPRo, iaitu Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam ke Semakan Berkala Sejagat, Geneva, Switzerland.

Niat puak-puak gereja AMAT JELAS.

christianity today magazine coverBaca laporan (dalam Christianity Today Feb 2011) yang dibincangkan oleh mereka sendiri yang memperakui bahawa pengunaan nama suci Allah, antaranya, adalah satu strategi untuk mendekatkan orang Islam untuk tujuan pemurtadan. (Baca)

Antaranya:

“use religious vocabulary familiar to Muslims” 
“Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus”.
“Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture

Ironinya dalam hal ini, mengikut laporan itu, ramai di kalangan paderi mereka sendiri yang tidak setuju dengan kalimah Allah diguna dalam Bible – tetapi dek kerana tujuan mudah memurtadkan umat Islam dengan cara ini – mereka setuju diguna sementara istilah ini.

Bible-spokentongue-Malay-BartonDan sememangnya ini adalah saranan yang dibuat sejak sekian lama dan diperkuatkan lagi dengan bukti dari tulisan paderi James Barton pada tahun 1918 “It was a strategic move therefore to put into the hands of Moslem peoples, …. copies of Christian Bible …., in their spoken tongue” dan dalam senarai bahasa yang yang dicadangkan oleh Barton untuk diterjemahkan kepada ialah “… Malay, Javanese, …” (dalam bukunya “The Christian Approach To Islam – saya ada naskahnya dan dah baca berulang kali untuk faham strategi mereka ini)

Nasihat saya:
Kepada mereka yang bersungguh sangat “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini …
… bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam adalah matlamat mereka.

Apakah mereka perjuangkan juga untuk nama suci Allah diguna dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris? (Bible Inggeris adalah terjemahan juga – jangan pulak kita kata itu bukan terjemahan!) Atau Bahasa Tamil, Mandarin. Kan nama itu “UNIVERSAL – TUHAN” (yang mereka kata) sekalian manusia ialah ALLAH!

Maka niat pelampau evangelis yang cuba memurtadkan umat Islam dengan cara penipuan amat jelas. Tidak perlulah kita berbalah isu yang sangat mudah difahami hingga tidak sudah-sudah.

**************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Apabila kita lihat apa yang sedang berlaku di Tanah Air kita, sebenarnya musuh tidak senang hati terhadap kita dengan sentiasa melakukan serangan demi serangan terhadap ummah.

Pada tahun 2001, suatu cadangan yang dikemukakan oleh majlis orang-orang kafir (MCCBHS) kepada Majlis Peguam (Bar Council) untuk menubuhkan satu majlis yang disebut sebagai Inter Religious Council (IRC). IRC ini kemudiannya bertukar menjadi IFC (dengan mengantikan religion/agama dengan istilah faith/kepercayaan) kerana ingin memasukkan apa-apa sahaja anutan atau kepercayaan yang sesat, pelik dan tidak masuk aqal. IFC membawa 14 tuntutan.

Bantah IFC

IFC walaupun berubah wajah namun agenda asal mereka diteruskan

Usaha penubuhan IFC ini adalah agenda untuk menyama ratakan semua agama setaraf dengan Islam. Kerja-kerja jahat ini dibiayai oleh sebuah yayasan dari luar negara, Konrad Adenauer Stiftung, dari Jerman, sebuah pertubuhan Kristian Demokrat.

Apabila agenda jahat musuh Islam ini terbongkar maka, umat Islam seluruh negara bangkit menentang. Tidak kira apa parti dan pelbagai NGO Islam, semua bersatu bersama dalam kempen BANTAH IFC hingga mendapat perhatian Kerajaan untuk menolaknya.

Namun, musuh Islam sifatnya tidak berhenti. Mereka kemudian menubuh satu lagi pertubuhan dengan tujuan yang hampir sama. Kali ini mereka menggelarkan diri mereka sebagai “Article 11”. Begitu jugalah umat Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira warna parti bersatu sekali lagi menolak agenda jahat ini. Alhamdulillah, hayat kumpulan “Article 11” tidak panjang.

Namun, pada masa itu juga umat Islam tidak sedar bahawa terdapat beberapa agen musuh telah menyelinap masuk dalam negara melakukan gerak kerja dan perancangan sulit mereka. Beberapa institusi tajaan kerajaan Amerika Syarikat seperti NED, NDI dan IRI giat melakukan pelbagai kempen dan bengkel untuk melatih agen-agen mereka di Tanah Air kita (boleh juga baca tulisan sahabat saya: Malaysia’s Tiger In Waiting). Akhirnya bergeraklah satu kempen besar-besaran atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara melalui rusuhan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan sah dipilih.

Rand-interlocutors

Amerika Syarikat mengguna agen-agen mereka ini untuk menyelinap masuk dalam negara-negara Islam termasuk di Tanah Air kita dengan bantuan penuh Anwar Ibrahim.

Perancangan licik ini semua tercatat dalam kajian yang dilakukan oleh Rand Corporation yang bertajuk “Building Moderate Muslim Networks” dengan bantuan langsung dari Anwar Ibrahim pada era beliau dibiayai penuh untuk tinggal di Amerika 2005-2006. Kajian tersebut turut menyebut dengan jelas penubuhan Foundation for the Future (FFF) dengan tujuan mengangkat agenda “demokrasi” Amerika di negara-negara Timur Tengah. Perlu diingat juga, Anwar Ibrahim dilantik menjadi Pengerusi FFF untuk melaksanakan agenda Amerika di Timur Tengah. (Insha Allah isu ini akan diulas lanjut dalam kiriman lain – doakan ianya terhasil)

Susulan kejayaan “interlocutors”  Amerika Syarikat menyemai racun dan perancangan jahat maka kita lihat barua-barua Amerika ini mula bermaharajalela dengan pelbagai demonstrasi jalanan seperti “Occupy Dataran” (yang dimulakan dan ditaja oleh Open Society Foundation (OSF) milik George Soros) dan siri keganasan Bersih yang kotor dan hina.

LKSmusuh-AlBaqarah-120

Masih bolehkan kita berkawan dengan orang yang memusuhi ayat 120 surah Al Baqarah?

Bukti campur tangan musuh ini amat jelas sekali dan boleh kita rangkaikan mereka sebagai usaha jahat yang berterusan. Malah bagi kita orang Islam kita telah pun diingatkan oleh Allah s.w.t. bahawa musuh-musuh Islam ini tidak akan henti dari berterusan merencana perancangan jahat ini selagi kita tidak ikuti mereka. Mafhum ayat 120 surah Al Baqarah kita diingatkan bahawa kerja-kerja jahat mereka ini akan berterusan selama-lamanya.

 

rangkaian musuh Islam Comango-Bersih

Persamaan ketara di kalangan NGO-NGO utama penggerak COMANGO dan BERSIH – mereka semua adalah entiti yang sama

Sebab itu musuh kita seperti Lim Kit Siang tidak senang apabila umat Islam diberikan peringatan tentang amaran Allah s.w.t. ini. (baca: Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?)

 

Jika hati kita murni untuk memerangi musuh, tidak susah untuk kita lihat kesamaan dari senarai NGO-NGO utama yang menggerakkan Bersih dan yang terkini, Comango. Mereka semua adalah rangkaian NGO yang memusuhi Islam bersesuaian dengan kehendak dan telunjuk tuan mereka dari luar negara.

Kenapakah begitu sukar untuk kita mengenali musuh walaupun sudah terang lagi bersuluh?

*****************

Lagi maklumat berkaitan UPR:

 

 

 

 

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

April 2014
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 273 other followers

Tauhid