Malaysia BUKANnya sebuah negara sekular.
Apa hujjahnya? Antaranya ialah:
1. Dari segi definisi istilah sekular itu sendiri.
Sekular itu memisahkan agama dari kerajaan dan pentadbirannya. Termasuk tidak boleh kerajaan membelanjakan apa-apa dana untuk mana-mana aktiviti atau institusi agama. Jelas kita lihat adanya institusi-institusi agama dalam kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri dengan jutaan wang ringgit yang dibelanjakan.
2. Tiada Ungkapan Sekular Di Dalam Perlembagaan Persekutuan
Walaupun dalam cadangan asal Suruhanjaya Reid ada menyebutkan bahawa “penegasan Islam sebagai Agama Negara tidak menafikan ciri-ciri sekular negara ini”, namun Raja-Raja Melayu tidak menerima ungkapan sedemikian untuk dimasukkan dalam Perlembagaan.
Tidak ada ungkapan “secular” di mana-mana bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan. Hanya prinsip yang termaktub dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sahaja yang dipersetujui untuk dijadikan sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara.
3. Tiada Keputusan Mahkamah Mengatakan Malaysia Negara Sekular.
Kerap kali orang-orang seperti Karpal Singh mengguna keputusan Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh. Sebenarnya penghakiman tersebut tidak menyebut bahawa Malaysia sebuah Negara sekular tetapi hanya memutuskan bahawa undang-undang yang masih terpakai adalah undang-undang sekular.
4. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Menyanggahi Prinsip Asas Sekularisme
Malah Perkara 3 (1) ini telah JELAS menetapkan bahawa negara kita adalah sebuah Negara Islam.
5. Sumpah Yang DiPertua Agung
Di dalam sumpah YDPA atas nama suci Allah untuk memelihara agama Islam pada semua masa itu adalah merupakan hujjah yang kuat menolak sekular ini.
Dengan senarai ringkas di atas, sebagai umat Islam di Tanah Air ini, kita WAJIB bersyukur dengan asas-asas yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin awal kita dan terutamanya Majlis Raja-raja Melayu yang telah banyak bertegas dalam membentuk persetujuan ini.
Oleh yang demikian kita patut sama-sama menghayati amanat Al-Marhum Professor Tan Sri Ahmad Ibrahim:
… Sayangnya masih terdapat banyak undang-undang di Malaysia, yang bercanggah dengan undang-undang Islam, yang diluluskan dari zaman penjajah, akan tetapi usaha boleh diambil untuk meminda undang-undang itu supaya dia selaras atau tidak bertentangan dengan undang-undangIslam …
… Jika orang lslam ingin Perlembagaan itu dijadikan lebih dekat dengan Islam, mereka harus mengikhtiar supaya mereka mempunyai kuasa memindanya … iaitu dengan mendaftar diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pindaan itu dapat diterima.
Inilah perlunya kita sepakat supaya kita boleh mencapaikan hasrat bangsa, agama dan negara kita.
Dengan itu – ayuh bersatulah kita umat Islam mengikut dasar “ruhama’ bainahum” sesama mukminin.
- Baca juga penegasan “Malaysia bukan negara sekular” di Parlimen pada 22 Oktober 2012.
- Kenyataan PEMBELA Membantah Cubaan Menghakis Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara Dengan Mendakwa Malaysia Adalah Negara Sekular – 12 Ogos 2012
- Laporan Berita Harian: Salah tanggapan mengenai kedudukan Islam punca Malaysia dianggap negara sekular – 6 Oktober 2011
- Laporan Utusan Malaysia: Perlembagaan: Malaysia bukan sekular – 27 Oktober 2012
6 comments
Comments feed for this article
29 April, 2014 at 4:22 pm
ahmadalikarim
Malaysia is not, and has never been a secular state. I’ve written a blog post about this : Is Malaysia A Secular State?
Article 3(1) of the Federal Constitution says that Malaysia is an Islam is the religion of the Federation which means that Malaysia is an Islamic country. Islam is never the official religion of Malaysia as what the opposition parties claim. Is Islam Only The Official Religion of Malaysia?
7 May, 2014 at 8:01 pm
Malaysia Bukan Negara Sekular | EMPAYAR ASWJ
[…] SUMBER […]
16 May, 2016 at 9:34 am
Alhamdulillah Syukur Malaysia Bukan Negara SEKULAR | Karim's Blog
[…] Malaysia BUKAN Negara Sekular […]
31 May, 2016 at 1:32 am
Late Karpal Singh guilty of sedition against Perak sultan, appellate court rules | Karim's Blog
[…] BACA penjelasan: Malaysia BUKAN Negara Sekular […]
26 April, 2017 at 11:29 am
Editor-editor Media Mesti Disekolahkan Tentang Asas Kedaulatan Negara | Ahmad Ali Karim's Weblog
[…] Malaysia BUKAN Negara Sekular […]
26 April, 2017 at 11:29 am
Editor-editor Media Mesti Disekolahkan Tentang Asas Kedaulatan Negara | Ahmad Ali JetPlane
[…] Malaysia BUKAN Negara Sekular […]