
Obama (dua kiri) mendengar penerangan daripada Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara Abdul Rasyid Mohd Isa (kiri). Turut sama Syaikh Ismail (dua kanan). FOTO Bernama
Obama melawat Masjid Negara sebagai acara rasmi pertamanya di pagi Ahad tadi.
Di kala orang-orang Kristian mengadakan “mass” mereka di gereja-gereja pada pagi Ahad, sebagai penganut agama Kristian, Obama memilih untuk melawat Masjid Negara – tidak menjenguk mana-mana gereja.
Apakah ini suatu penghinaan kepada puak gereja? Apa kata puak-puak evangelis?
Dulu mereka merungut apabila PRU13 dibuat pada hari Ahad. Tetapi mereka senyap apabila PRK Kajang pun dibuat pada hari Ahad – menandakan sebenarnya tidaklah menjadi isu sangat hal itu.
Malah yang mereka sibuk-sibuk buat “mass” hari Ahad tu, di Indonesia mereka sudah mula tukar di sesetengah kawasan, mereka telah menukarkannya kepada hari Jumaat – satu lagi strategi jahat kontekstualisasi mereka – yang penuh dengan tipu helah.
Kalau di Vatikan pula, Pope mereka berucap di dataran pada hari Rabu – bukannya hari Ahad!
********
Laporan Harian Metro:
Obama lawat Masjid Negara
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.
Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.
Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.
Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.
1 comment
Comments feed for this article
28 April, 2014 at 2:28 pm
HAM – Antara Malaysia dengan USA – Siapa Lagi Kejam? | Karim's Blog
[…] Komen sebelum ini merujuk lawatan Obama: Obama Lawat Masjid Pagi Ahad – Apa Kata Puak Evangelis? […]