Perbandingan dalam isu Hak Asasi Manusia (HAM) di antara Amerika Syraikat dan Malaysia menjadi suatu perbualan apabila Obama datang melawat Malaysia. Dalam ucapannya seolah-olah beliau mengatakan banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Malaysia dalam isu HAM.
Apakah layak Obama membandingkan rekod HAM Malaysia dengan Amerika Syarikat?
Apakah beliau tidak sedar bahawa Najib dalam ucapannya telah pun memperlikan beliau di hadapan perwakilan media secara terangan?
Najib mengatakan bahawa Malaysia telah melakukan banyak perubahan termasuk pemansuhan ISA sambil menemplak Amerika Syarikat dengan berkata bahawa banyak lagi negara yang belum memansuhkan tahanan tanpa pembicaraan – yang mana umum mengetahui rekod kekejaman Rumah Putih dalam tahanan di Guantanamo.
Maka siapa yang sebenarnya layak untuk bercakap tentang HAM? Amerika Syarikat dengan kekejaman di Kem Delta Guantanamonya? Apakah rekod kekejaman tentera mereka di Falujah Iraq dilupakan begitu sahaja? Di Afghanistan dan Pakistan dengan “drone”nya yang sentiasa berkeliaran membunuh orang awam tanpa pertanggungjawaban langsung? Lupa kita pembunuhan ratusan ribu rakyat Vietnam dan kekejaman My Lai, 1968?
Rekod hubungan antara kaum di Malaysia tidak perlulah Amerika Syarikat hendak ajar. Ketika Presiden Kennedy dilantik menjadi Presiden, orang kulit hitam masih tidak boleh mengundi. Jauh sekali untuk menjadi calon mana-mana jawatan dalam senat. Orang-orang kulit hitam pada ketika itu tidak dibenarkan memasuki tandas awam orang kulit putih – dan banyak lagi penindasan terhadap orang kulit hitam.
Malaysia sebelum pun Merdeka, dalam piliharaya yang pertama 1955 bukan sahaja membenarkan bangsa kaum pendatang untuk mengundi di Persekutuan Tanah Melayu tetapi kaum-kaum bukan Melayu ini turut diberi peluang untuk menjadi calon – malah mereka turut dilantik menjawat sebagai menteri. Begitulah baik dan murninya jiwa orang-orang Melayu Islam ketika Amerika Syarikat masih bergelumang dengan kekejaman ke atas kaum “hamba” kulit hitam walaupun setelah hampir 200 tahun mereka merdeka pada masa itu.
Siapa yang lebih layak untuk bercakap tentang HAM?
Komen sebelum ini merujuk lawatan Obama: Obama Lawat Masjid Pagi Ahad – Apa Kata Puak Evangelis?
Leave a comment
Comments feed for this article