Apabila terlalu banyak kumpulan “whatsapp” yang disertai, maka pelbagai mesej yang tidak henti-henti diterima hinggakan, dulu ramai orang yang “alim google”, kini ramai pula “alim whatsapp”.

Di awal bulan Rejab ini, ramai “kopipes” kisah-kisah tentang kelebihan bulan Rejab dan amalan-amalan yang baik untuk bulan ini. Kemudian ada pula mesej-mesej yang diterima menyangkal tentang kesahihan hadith-hadith tersebut.

Nabi tunduk - AnwarSatu pengamatan yang saya perhatikan ialah terdapat beberapa orang kenalan  yang amat galak menyangkal mesej-mesej gesaan untuk beramal di bulan-bulan tertentu, mereka ini langsung tidak mempeduli untuk menyangkal sebaran satu lagi hadith yang nyata dan sengaja ditokok tambah dengan menisbatkan kepada Nabi s.a.w. tunduk hormat kepada jenazah orang Yahudi. Sedang hadith sahih yang asalnya tidak langsung menyebut tentang Nabi s.a.w. tunduk hormat – apatah lagi pergi ke majlis pengkebumian. Nabi s.a.w. hanya bangun apabila kebetulan jenazah melalui.

Apakah kenalan-kenalan ini merasakan hanya perlu “kopipes” sanggahan kepada ajakan untuk beramal yang mungkin tidak disandarkan kepada nas-nas yang kukuh tetapi tidak mengapa jika kemungkaran pemimpin mereka dalam menokok tambah hadith Nabi s.a.w. demi untuk menjustifikasikan kehadirannya di majlis pengkebumian orang kafir yang tersangat memusuhi Islam sambil menunduk hormat?

Malah di dalam ceramah yang sama Anwar menyatakan Nabi s.a.w. tunduk tersebut, Anwar juga mengatakan bahawa Sayyidina Ali k.w. adalah anak saudara kepada Baginda s.a.w. Beberapa bulan lalu, Anwar pernah, dalam ceramahnya juga, mengatakan bahawa Sayyidina Ali sebagai khalifah pertama.