Mujahad bela EvangelisDalam keceluparan akibat kebebalan politik atau menjadi boneka, Mujahid lupa amaran almarhum ayahandanya sendiri yang amat bimbang dengan ancaman gerakan pelampau evangelis Kristian.

Mungkin dia masih budak hingusan ketika almarhum membuat pesanan beramaran demikian. Pada tahun 1987, Almarhum Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Haji Yusof Rawa, telah mengemparkan masyarakat Islam seluruh negara dengan menyatakan bahawa terdapat 66,000 orang Melayu telah meninggalkan agama Islam.

Apakah kata-kata Mujahid seperti di bawah ini bagaikan meludah ke muka almarhum ayahandanya sendiri?

Apatah lagi dakwaan-dakwaan usaha kristianisasi yang dikatakan merebak di dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah tuduhan yang amat berat. Jika ada bukti usaha ini maka yang mendakwa hendaklah mendatangkan bukti yang kukuh dan membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana penyebaran agama lain selain Islam adalah salah dari sudut artikel 11(4).

YusofRawa-66000 melayu murtadJika dakwaan kristianisasi dan pemurtadan umat Islam dibuat sebagai kenyataan umum sahaja maka ia berpotensi menimbulkan kemarahan kedua belah pihak malah menjejaskan kedudukan hubungan Islam-Kristian di peringkat global.

Baca juga: Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa

**************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi: