Mujahad bela EvangelisEntah tiba-tiba isu ini meletup pulak. Pada hal saya sudah pun dedahkannya dua tahun lalu di blog saya ini. Sudah seratus tempat yang saya jelajah seluruh Negara dedahkannya beserta dengan gambar-gambar para paderi ini.

Hairan orang Melayu Islam kita sendiri pulak yang bersungguh membela pelampau evangelis Kristian. Persoalan sebegini telah pernah saya sebutkan sebelum ini … apakah Mujahid ini bebal atau menjadi boneka?

Baca: Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa

***********

Saya ulang siar kiriman yang mendedah paderi menyabar jurulatih bolasepak …

Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia?

Apakah ada kebenarannya apabila sesetengah pihak masih menafikan bahawa terdapat usaha pemurtadan secara aktif oleh para mubaligh Kristian? Dan yang menjadi kehairanan kita ialah antara orang yang menafikannya datang juga dari orang-orang Islam sendiri.

Dalam kes pemeriksaan JAIS terhadap DUMC Ramadhan tahun lepas, terdapat beberapa tokoh politik yang mengatakan isu ini disensasi dan dipolitikkan oleh pihak tidak bersama mereka dalam pendirian politik.

Apabila pendakyah telah pun cuba memurtadkan orang Islam kita masih hendak mempertelagah. Masih ada orang mempersoalkan mereka yang melakukan tanggungjawab Amar Ma’aruf Nahi Mungkar. Sepatutnya kita ucapkan tahniah dan syabas kerana mereka itu telah melakukan tanggungjawab yang turut dituntut ke atas kita semua.

Malah Khalid Samad berkata gejala murtad ini “adalah satu dakwaan yang tidak berasas kepada mana-mana fakta.” Dalam tulisan di blognya, bulan April tahun ini, dia menuduh pula “isu Kristianisasi ini hendak dipolitikkan.”

Usah kita dengar lagi tuduhan yang lebih melampau dari pihak bukan Islam yang sudah tentunya menyebelahi kerja-kerja jahat pendakyah mereka.

Contohnya, Herman Shastri dari Council of Churches Malaysia (CCM) dipetik oleh The Malaysian Insider:

The vocal Christian slammed Jais for resorting to such high-handed action in conducting its investigations without first checking with the church leaders.

Nak suruh tanya dulu? Isunya di sini, kalau ada orang merompak perlukah polis pergi bertanya dengan ketua perompak apakah kamu merompak. Sudah pasti ketua perompak itu akan berkata dia atau rakan-rakannya tidak merompak, malah polis itu pula mungkin ditembak mati!

Kenapa saya membawa kembali isu yang berlaku setahun lalu?

Saya ingin membawa kepada kesedaran kita semua bahawa pendakyah Kristian ini tidak berdiam. Mereka terus dan terus berusaha untuk memurtadkan umat Islam di Tanah Air kita.

Saya kembalikan ingatan kepada peristiwa DUMC yang masih ada orang tidak percaya bahawa usaha pemurtadan sememangnya berlaku melalui program dan aktiviti yang diselindungi atas tema kemasyarakatan dan pelbagai lagi termasuk sukan.

Apabila berlaku peristiwa pemeriksaan JAIS ke atas DUMC, ianya telah sedikit sebanyak mendapat perhatian para pendakyah Kristian seluruh dunia. Malah di kawasan dan dunia yang yang tidak bertutur bahasa kita mahupun Inggeris, mereka turut memperkatakan peristiwa tersebut.

Saya ingin petik satu emel yang dikirim oleh seorang pastor menyeru masyarakat Kristian di Selatan Amerika mendoakan untuk mereka yang diperiksa JAIS.

Ini bunyi emelnya:

Dear, this missionary couple friends of ours sent us this request for prayer below ajudenos in prayer.
Thanks
Pastor Rock and Keren

(Bahasa Inggerisnya di sini kurang baik kerana saya guna google translate untuk terjemah bahasa asal dalam Portugis)

Apa yang diminta untuk berdoa? Ianya merujuk kepada kes DUMC:

During the last week here in Malaysia, the Police raided the place where approximately 50 former Muslims were gathered and took all prisoners.

(juga diguna google translate dari bahasa Portugis)

Lihat bahawa ada 50 orang Islam yang murtad yang disebut di sini. Sah! Memang ada mereka yang telah dimurtadkan di kalangan yang hadir.

Siapa yang mengirim emel asal ini? Ianya ditandatangani berikut:

In Christ
William and Marcia

Siapa mereka berdua ini?

Ini adalah pasangan mubaligh yang dihantar ke Malaysia oleh Lembaga Dakyah Dunia (Junta de Missões MundiaisJMM) di bawah Pertubuhan Baptis Brazil (Convenção Batista Brasileira, CBB) yang berpusat di Brazil untuk menjalankan kerja-kerja dakyah melalui SUKAN.

SUKAN? Ya, melalui sukan. Jangan terkejut! Ada sesetengah pertubuhan atau pusat sukan di negara kita diasaskan oleh tokoh dakyah Kristian untuk tujuan dakyah. Dan William ini tidak berseorangan. Kami telah jejaki beberapa lagi pendakyah yang menyamar sebegini. InshaAllah di lain kesempatan kita ulas panjang.

Kesimpulannya di sini ialah:

1. Kerja dakyah jahat Kristian memang berlaku.

2. Mereka mengguna pelbagai cara dan kaedah, berselindung di bawah pelbagai aktiviti – termasuk kesukanan.

3. Pihak pendakyah sememangnya tidak akan mengaku – seperti juga perompak apabila dibawa ke mahkamah mereka tidak akan mengaku bersalah.

4. Masalah sesetengah orang kita masih dibuai tipu helah jahat pendakyah atau terkabur dek mempunyai cita-cita Putrajaya hingga pendakyah sudah masuk kampung kita pun masih kita hendak bertelingkah – baca postingnya di sini.

Ya Allah selamatkanlah umat Islam di bumi-Mu ini.

**************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

Sila LIKE FB akarimomarpage

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Effective Islamic Parenting

May 2014
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 239 other followers

Tauhid

[…] Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak […]

[…] Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak […]

[…] Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak […]

[…] Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak […]

[…] Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak […]

[…] Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak […]

[…] untuk anak bekas pemimpin Parti Islam SeMalaysia), bahawa memang saya ada bukti “Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak” (klik untuk […]

[…] [Ini jawapan saya khusus untuk Mujahid Rawa – yang saya doakan juga semoga anak cucu al Marhum Ustaz Yusof Rawa dipelihara dari ancaman aqidah ini] […]

[…] Paderi Menyamar Jurulatih Bolasepak […]


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: