You are currently browsing the daily archive for 14 May, 2014.

Tahniah PM Najib atas keberanian bertegas dalam hal ini!

Petikan Berita Harian:

Kuantan: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pemikiran dan fahaman humanrightisme kini menjadi ancaman atau serangan baru yang agresif kepada umat Islam.

PM-NajibPerdana Menteri berkata, fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baru yang amat berkembang pesat dalam dan luar negara.

Katanya, fahaman itu yang berasaskan pemikiran humanisme, sekularisme dan liberalisme adalah bersifat songsang apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata serta menolak sebarang sistem nilai merangkumi normal agama dan adab susila.

“Mereka melakukan segalanya ini di atas satu balutan indah yang diumpani dengan istilah kononnya atas dasar memperjuangkan Hak-Hak Asasi Manusia. “Sebagai sebuah negara Islam yang memartabatkan Maqasid Syariah, sudah tentu kita amat menitik beratkan kemaslahatan dan kebajikan setiap insan tanpa mengira warna kulit, bahasa mahupun agama.

 

“Keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan adalah ciri wasatiyyah yang kita gunakan dalam pelaksanaan hak asasi manusia di negara. Pemahaman hak asasi manusia yang ekstrem dan tidak mempunyai batas; diwasatiyyahkan dengan kerangka undang-undang, perlembagaan dan nilai budaya bangsa,” katanya di sini sebentar tadi.

Beliau berucap merasmikan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad di sini.

 

PM-Najib-musabaqah

Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor mengaminkan bacaan doa ketika majlis perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-75 bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ di Kuantan, Pahang, malam tadi. Turut sama, Adnan Yaakob (dua dari kiri) dan Jamil Khir Baharom (kiri). – BERNAMA

Syabas PM Najib!
Petikan Utusan Malaysia:

 

KUANTAN 13 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam kini berdepan dengan satu bentuk ancaman serangan baharu yang begitu agresif iaitu pemikiran dan fahaman humanrightisme.

Perdana Menteri berkata, fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baharu yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara.

Menurutnya, rencah utama fahaman tersebut adalah berasaskan pemikiran humanisme dan sekula­risme serta liberalisme.

“Fahaman ini bersifat songsang, apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata serta menolak sebarang sistem nilai yang merangkumi normal agama dan adab susila.

“Mereka melakukan segalanya ini di atas satu balutan indah yang diumpani dengan istilah kononnya atas dasar memperjuangkan hak-hak asasi manusia,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada majlis tersebut, tiga qari dan qariah jemputan yang pernah memenangi tilawah tersebut memperdengarkan bacaan masing­-masing.

Mereka ialah Datuk Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah, Datuk Ahmad Faizol Ghazali dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

Najib berkata, sebagai sebuah negara Islam yang memartabatkan maqasid syariah, sudah tentu umat Islam amat menitikberatkan kemas­lahatan dan kebajikan setiap insan tanpa mengira warna kulit, bahasa mahupun agama.

“Pemahaman hak asasi manusia yang ekstrem dan tidak mempu­nyai batas diwasatiyyahkan dengan kerangka undang-undang, Perlembagaan dan nilai budaya bangsa,” ujarnya.

Beliau berkata, hari ini dengan cabaran globalisasi dunia tanpa sempadan, pemikiran songsang di sisi Islam seperti pluralisme dan liberalisme cuba dicerna dan di­sebarkan dengan mengaitkan kesucian agama Islam.

Hakikatnya kata Najib, pemikiran sesat itu merupakan ancaman yang sangat berbahaya kepada akidah dan syariat Islam sendiri.

“Sudah tentu kita sama sekali tidak akan reda dengan sebarang tuntutan supaya hak untuk murtad daripada Islam diberikan atau hak umat Islam melaksanakan ajaran Islam melalui mahkamah syariah dinafikan, mahupun sebarang pe­rilaku songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diperakui dan dihalalkan,” ujarnya.

Menurut Najib, tuntutan al-Quran yang dibawa oleh wahyu suci telah memerdekakan manusia daripada pemikiran dan kegelapan jahiliah kepada cahaya keimanan serta kemuliaan insan.

“Sebagai umat Islam kita harus berusaha memahami al-Quran mengikut pemahaman Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan ketakwaan hanya kerana Allah SWT serta persaudaraan erat sesama Islam,” ujarnya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Syabas PM Najib kerana bertegas dalam isu ini.

Petikan The Star

KUANTAN: Islam is now being tested aggressively by an ideology which can be termed as “human rights-ism”, warned Datuk Seri Najib Tun Razak.

PM-NajibThe Prime Minister said the ideology was like a new “religion” growing rapidly inside and outside the country.

“This type of understanding is based on humanism and secularism as well as liberalism.

“It is retrograde as it glorifies human wants and desires,” Najib said at the opening of the National Quran Recital Competition here Tuesday night.

He said “human rights-ism” rejected the values of religion and etiquette, but was instead wrapped in an image of struggling for basic rights.

Najib said Islam already protected the rights of all, regardless of race, language or religion.

“However, in this age of globalisation, there are attempts to spread retrograde values such as pluralism and liberalism by linking it to Islam. It is very dangerous to our faith.

“Of course, we will not tolerate any demands for apostasy to be allowed, or for Muslims’ rights to implement Islamic teachings through the Syariah Court to be denied.

“What more for deviant movements like the LGBT to be recognised and permitted,” said Najib.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2014
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 361 other subscribers

Tauhid