Pelampau-pelampau agama naik tocang apabila Malaysianinsider memberi ruang dan menjadi medan untuk puak-puak ini mengeluarkan kata-kata hasutan akhir-akhir ini.
Laporan menyimpang dan memburukkan Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di UiTM minggu lepas beserta dengan ulasan-ulasan untuk beberapa hari selepas itu jelas menunjuk mereka mempunyai agenda untuk menganyangkan Islam dan dakwah Islamiyyah di Tanah Melayu ini serta sikap tidak hormat mereka kepada Perlembagaan Persekutuan.
Terbaru, kes rompakan ke atas dua biarawati di Seremban pagi tadi, TMI jelas membawa provokasi sambil menyediakan medan untuk pelampau agama untuk ganyang umat Islam di Tanah Melayu ini. Kata-kata kesat dibiarkan membanjiri ruang-ruang komen kepada laporan yang berat sebelah dengan ayat-ayat menghasut.
Anehnya apabila ada komen-komen yang tidak menyebelahi mereka, cepat-cepat TMI akan lupuskan dari ruangan komen apabila tentera “hantu” pelampau-pelampau menyerang habis-habisan. Apa jenis kebebasan media?
Pelampau-pelampau yang membuat komen ini sebenarnya tidak tahu pun fakta sesuatu yang berlaku sebelum mereka melepaskan geram hasutan mereka. Contoh; ramai yang mengatakan kenapa biarawati yang “tidak mempunyai harta” hendak dirompak. Faktanya: kedua-dua mangsa tidak memakai “pakaian biarawati” mereka – siapa kenal mereka ini biarawati?
Apakah apabila seorang Haji (atau Hajjah) yang berumur dan mengenakan pakaian jubahnya dirompak tidak mengapa? Kenapa tiada laporan begini dari TMI? Apakah ianya tidak pernah berlaku? Baru-baru ini sahabat saya bekas ketua jabatan kerajaan yang berjalan-jalan selepas pulang solat Subuh pun kena rompak walaupun berjubah? Apakah itu “hate crime” yang dirancang oleh pengganas dan pelampau agama yang cuba menganyang Islam dan dakwahnya di Tanah Air tercinta ini?
Amat tidak masuk akal jika dibandingkan laporan menghasut tersebut dengan laporan mereka sendiri dan disahkan oleh paderi di tempat itu bahawa kawasan tersebut adalah kawasan jenayah tinggi. Kenapa masih hendak menghasut?
Pihak berwajib MESTI siasat agenda jahat ini dan dalang yang yang melakukan kerja-kerja yang mengganggu ketenteraman masyarakat Tanah Melayu ini. Jangan dibiar api-api hasutan ini menjadi terlalu besar untuk dikawal.
*********
Baca juga:
- Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi
- Sememangnya Pelampau Evangelis Kristian Mempunyai Agenda Jahat Di Malaysia
9 comments
Comments feed for this article
16 May, 2014 at 8:00 am
Takkan Pegawai-pegawai PM Najib Masih Nak Duduk Diam Jugak | Karim's Blog
[…] Sudah sampai masanya untuk tindakan tegas diambil ke atas TMI dan yang seumpamanya yang saban hari menghasut dan membuat provokasi untuk memburuk-burukkan Islam dan dakwah Islamiyyah serta serangan ke atas kerajaan dan pimpinannya. TMI ada agenda jahatnya. (baca juga: MalaysianInsider Medan Penghasut dan Pelampau Agama) […]
16 May, 2014 at 9:31 am
ahmadalikarim
Assalamualaikum,
TMI yang sebenarnya menyebar fitnah terhadap orang Melayu yang menyokong kerajaan dan pemimpin UMNO yang membela Islam dan Melayu. Tetapi mereka sokong pemimpin UMNO yang liberal seperti Saifuddin Abdullah.
Mereka menggelar orang Islam sebagai extremist dan approve komen-komen yang menghina Islam dan umat Islam. Mereka bermusuh dengan official Malaysian Islamic authorities seperti JAKIM, MAIS, Majlis Fatwa, Mufti dan lain-lain. Tetapi, mereka menyokong ‘ustaz’ liberal yang menyebar ajaran sesat termasuk Liberalisme dan Pluralisme.
16 May, 2014 at 10:56 am
When Two Nuns Were Robbed, TMI Kicks Into Action | Aeshah Adlina's Weblog
[…] -A Karim Omar, Malaysian Insider Medan Penghasut dan Pelampau Agama (Karim’s Blog) […]
20 June, 2014 at 6:27 pm
TPM: Seminar anti-Kristian UiTM hanya perbincangan intelektual | Karim's Blog
[…] antara serangan: MalaysianInsider Medan Penghasut dan Pelampau Agama dan Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia […]
22 August, 2014 at 7:38 am
Malaysian Insider Memang TIDAK Profesional | Karim's Blog
[…] Sudah lama TMI buat kerja-kerja sebegini. Salah satu contoh: MalaysianInsider Medan Penghasut dan Pelampau Agama […]
8 January, 2015 at 6:40 pm
Malaysian Insider Membela Agenda Pelampau Evangelis Kristian? | Karim's Blog
[…] tersebut? Apakah TMI sememangnya mempunyai agenda jahat? Ini bukan pertama kali bagi TMI. Baca: Malaysian Insider Medan Penghasut dan Pelampau Agama dan Apakah Sebenarnya Agenda Malaysiakini dan MalaysianInsider Yang Marah Apabila Strategi Gerakan […]
12 May, 2015 at 9:49 am
Tun is beginning to trip | Helen Ang
[…] ‘Malaysian Insider medan penghasut dan pelampau agama’ – setiausaha agung Muafakat @ https://akarimomar.wordpress.com/2014/05/15/malaysianinsider-medan-penghasut-dan-pelampau-agama/ […]
3 July, 2015 at 11:35 am
When is TMI going to be charged for sedition and shut down? | Helen Ang
[…] Insider medan penghasut dan pelampau agama’ – A. Karim Omar, sec-gen of Muafakat (a Muslim […]
25 June, 2016 at 8:03 am
Kenapa Malaysiakini dan Malaysianinsider Nampak Pro-Kristian? | Karim's Blog
[…] MalaysianInsider Medan Penghasut dan Pelampau Agama […]