Alhamdulillah hari pertama WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-6 bertema PENCERAHAN TASAWWUR AHLI AS-SUNNAH WA AL-JAMA`AH (klik: maklumat lanjut, atau senarai tajuk dan pembentang) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) berjalan lancar sebentar tadi.
Insha Allah esok, bersambung dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang – dijemput hadir bertempat Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. (SILA DATANG UNTUK HARI KEDUA – 21hb Mei 2014 – klik untuk maklumat lanjut)
Berikut adalah sedikit liputan bergambar yang sempat dirakam.
Para peserta mula mengisi Dewan Serbaguna Masjid Wilayah.
Majlis dibuka dengan sama-sama membaca surah Al-Fatihah diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pengerusi Majlis, Sdr. Abdul Razak Rawi, ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat MUAFAKAT.
Ucapan aluan oleh Pengarah Wacana, Tuan Haji Mohd Amin Hashim, merangkap Timbalan Presiden MUAFAKAT
Moderator sesi pagi hari pertama, Dr. Amran Muhammad, merangkap ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat MUAFAKAT mempengerusi sesi pembentangan slot beliau.
Penal pembentang sesi pagi hari pertama, dari kiri, Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti, Dr. Wan Adli Wan Ramli dan moderator Dr. Amran.
Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa membentang kertas kerja bertajuk Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah – Suatu Kerangka Umum.
Para peserta yang sedang khusyuk mendengar pembentang slot pagi hari pertama.
Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti membentang kertas kerja bertajuk Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Suatu Kebenaran Mutlaq Berdasarkan Nass al-Qur’ān.
Sebahagian lagi peserta slot pahi hari pertama.
Dr. Wan Adli Wan Ramli, merangkap Naib Presiden MUAFAKAT membentangkan kertas kerja bertajuk Tasawwur ‘Aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Konsep, Dasar dan Ciri-ciri.
Slot petang dimulai dengan pengkisahan hidup tokoh Ahli as-Sunnah Wa al-Jama`ah Al-Marhum Ustaz Muhammad `Uthman El-Muhammady yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa dan diikuti dengan tayangan video khas petikan pelbagai ceramah Al-Marhum yang merangkumi pelbagai aspek dalam menjelaskan epistemologi Ahli as-Sunnah Wa al-Jama`ah.
Majlis turut menjemput beberapa ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Uthman sebagai tetamu istimewa. Pengarah Wacana kemudian menyerahkan cenderahati kenangan atas ketokohan Al-Marhum kepada wakil keluarganya, Dr. Ahmad El-Muhammady.
Ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dikerumuni oleh juru gambar pelbagai media.
Majlis perasmian dimulai dengan ucapan aluan oleh Presiden MUAFAKAT, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina Ahmad.
Ucapan perasmian oleh YAB Tan Sri Muhyiddin
YAB Tan Sri Muhyiddin melancarkan buku terbaru terbitan MUAFAKAT berjudul Muhammad `Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari yang ditulis oleh Ustaz Ismail Mina.
Presiden MUAFAKAT menyerahkan cenderahati kepada YAB Tan Sri Muhyiddin.
Tan Sri Muhyiddin minum petang bersama peserta wacana.
YAB Tan Sri Muhyiddin turut bertemu dengan salah seorang anak lelaki Al-Marhum Ustaz Uthman El-Muhammady.
YAB Tan Sri Muhyiddin kemudian mengimamkan solat asar di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL.
… dan memimpin bacaan doa,
… sambil bermesra dengan ahli Jemaah yang kebanyakkannya adalah peserta wacana,
… turut sempat menandatangan untuk adik Ahmad Ali.
YAB Tan Sri meninggalkan majlis.
2 comments
Comments feed for this article
20 May, 2014 at 9:27 pm
Datanglah Ke Hari Kedua Wacana ASWJ | Karim's Blog
[…] (klik di sini untuk Liputan Bergambar Hari Pertama Wacana) […]
6 July, 2014 at 2:29 pm
Ustaz Muhadir: Ajaran Akhlaq Islamiyyah Dalam Membina Diri dan Kepimpinan Daripada Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah | Karim's Blog
[…] pembentangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll di Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-6 bertema (Klik di sini untuk sebahagian liputan bergambar) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) – […]