kertaputih parlimen 1988-coverxTajuk di atas adalah petikan sebahagian ucapan Khalid Samad pada 7hb Ogos 1987 di Parit Amal Johor semasa menjawat Setiausaha Pemuda PAS Pusat ketika itu.

Petikan ucapan beliau boleh dibaca dalam laporan kertas putih Parlimen 1988, Kertas Perintah 14, Tahun 1988, bertajuk Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara.

Dalam ucapan tersebut, Khalid dilaporkan memberitahu hadirin tentang ancaman gerakan Kristianisasi dan jika ianya tidak dibendungkan maka “ … seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000 …”

KhalidSamad-dikristiankan tahun 2000

Apa yang beliau rasai ketika itu mungkin ada kebenarannya jika Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai enakmen negeri-negeri berhubung kawalan perkembangan agama bukan Islam kepada orang Islam tidak ada. Alhamdulillah, dengan adanya kawalan sedemikian dapat membendung gejala ini merebak lebih besar.

Contoh di negeri Selangor, adanya Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988:

enakmen Selangor 1988-cover

Namun ianya tidak bermakna gejala kristianisasi ini tidak berlaku. Saya telah pun mengulas serta memberi contoh-contohnya dalam kiriman sebelum ini. Antaranya: Sememangnya Pelampau Evangelis Kristian Mempunyai Agenda Jahat Di Malaysia dan Tidak Ada Usaha Pemurtadan Di Malaysia? dan Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS.

 

Kita baca lagi petikan dari kertas putih Parlimen yang sama tersebut dan perhatikan kerisauan Presiden PAS, Al Marhum Ustaz Yusof Rawa pada tahun 1987:

60000 melayu murtad-yusof rawa

Dan juga yang berikut:

10000 melayu dikristiankan-MatSabuSememangnya pelampau evangelis Kristian tidak akan duduk diam seperti mana Allah s.w.t. telah mengingatkan kita semua dalam ayat 120 surah Al Baqarah.

Saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan seluruh umat di Tanah Air ini agar kita mesti SENTIASA berwaspada dengan agenda JAHAT pelampau evangelis Kristian. Menjadi kewajiban kita semua untuk menyekat segala punca ancaman ini.

Baca juga: Gerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi

 

 

Advertisements