You are currently browsing the monthly archive for May 2014.

KUALA LUMPUR 20 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang jelas terpesong daripada landasan akidah umat Islam yang sebenar perlu dibendung segera.

TPM lancar buku UEM

Muhyiddin Yassin ketika melancarkan buku Muhammad ‘Uthman El-Muhammady-Inteligensia Muslim Kontemporari sempena Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-6 Pencerahan Tasawwur Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Ismail Mina Ahmad (kiri). – UTUSAN/Halim Khalid

Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat perlu diberi pemahaman tentang ancaman yang dibawa oleh fahaman serta falsafah pasca modenisme terutamanya aliran liberalisme dan pluralisme agama terhadap akidah umat Islam.

 

Menurut beliau, fahaman dan falsafah tersebut sudah mula menular di negara ini malah terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan bidang kuasa institusi agama terutamanya majlis fatwa serta mahkamah.

“Hukum-hukum yang telah diputuskan secara qat’ie di dalam Islam seperti pengharaman meminum arak, berzina, murtad dan perkahwinan sejenis dipersoalkan atas alasan ia bertentangan dengan kebebasan serta hak asasi manusia.

“Malah, ada pihak secara terang-terangan mendesak supaya sistem perundangan Islam yang telah sekian lama dilaksanakan di Malaysia dihapuskan kerana dikatakan mencabuli prinsip hak asasi manusia sejagat,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pencerahan Tasawwur Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Pengarah Seminar, Mohd. Amin Hashim.

Dalam majlis sama, Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan buku bertajuk Muhammad ‘Uthman El-Muhammady-Intelegentsia Muslim Kontemporari yang diterbitkan oleh Muafakat.

Seminar itu merupakan siri ke-6 dalam Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah anjuran Muafakat yang berlangsung hari ini dan esok.

Muhyiddin menambah, usaha membendung fahaman liberalisme dan pluralisme agama boleh dilakukan dengan memberi pencerahan kepada umat Islam tentang prinsip-prinsip asas akidah Islam serta nilai yang dibawa syariat agama tersebut.

“Yang penting, setiap hukum yang ditetapkan oleh agama Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan hikmah ini perlu difahami serta dihayati oleh umat Islam,” jelasnya.

Beliau memberitahu, umat Islam tidak akan lagi mempersoalkan syariat Islam dengan menggunakan neraca pemikiran yang asing daripada tasawwur Islam yang sebenar apabila mereka memahami hikmah di sebalik hukum-hukum agama.

“Untuk itu, umat Islam perlu dilengkapi dengan kekuatan ilmu bagi memahami prinsip serta ajaran Islam yang sebenar.

“Dengan kekuatan ini, kita akan dapat mematahkan serangan pemikiran dan budaya yang sedang melanda umat Islam masa kini,” ujarnya.

Dalam masa sama, jelas Muhyiddin, umat Islam di negara ini perlu diberi pendedahan secara berterusan tentang fakta-fakta pemesongan yang dibawa oleh fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta bahayanya kepada akidah mereka.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri menyeru para ulama dan ilmuwan Islam di negara ini agar berusaha mengembalikan semula kedudukan Malaysia sebagai pusat pengembangan ilmu ASWJ di rantau ini.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan usaha dakwah dan tarbiyyah di Malaysia dapat diperluas dan diperkukuhkan lagi dalam memberi kesedaran serta pencerahan kepada umat Islam tentang ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan menyalurkan bantuan kepada para ulama, institusi dakwah serta tarbiyyah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperluaskan usaha dakwah dan tarbiyyah di negara ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140521/dn_02/Bendung-liberalisme-pluralisme#ixzz32ISREhkt
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jemputlah datang untuk 6 lagi pembentangan kertas kerja Wacana esok mulai jam 8:30 pagi. Sarapan disediakan.

(klik di sini untuk Liputan Bergambar Hari Pertama Wacana)

wacana ASWJ-2014

Aturcara Hari Kedua:

21hb Mei 2014 bersamaan Rabu, 21 Rejab 1435H

 

8:00 pagi

Sarapan dan Peserta mengambil tempat

8:45

Sesi 2:

Moderator: Dr. Mohd Mahyudi Mohd Yusop, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kertas Kerja 4: Ajaran Akhlaq Islamiyyah Dalam Membina Diri Dan Kepimpinan Daripada Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah

Ustaz Muhadir Hj. Joll, Jabatan Wahyu dan Ilmu Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kertas Kerja 5: Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Suatu Kebenaran Mutlaq               Berdasarkan Nass al-Sunnah

Prof Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim, Sekolah Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Kertas Kerja 6: Kemungkaran Fahaman Liberalisme: Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah

Dr. Anis Malik Thoha, Rektor, Universitas Sultan Agung Semarang, Indonesia

Kertas Kerja 7: Hak Asasi Manusia: Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah

Tuan Haji Azril Mohd Amin, Pengerusi, MuslimUPRo

Sesi soal jawab

 

12:45 tengah hari

Makan tengah hari dan Solat

2:15

Sesi 3:

Moderator: Dr. Yusri Mohamad, Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI)

Kertas Kerja 8: Konsep Kepimpinan Negara: Bandingan Antara Sunni dan Syiah

Prof. Dr. Idris Zakaria, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 

Kertas Kerja 9: Malaysia Sebagai Benteng Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah Alam Melayu: Strategi Untuk Memperkasakannya

Dr. Mohamad Zaidi Bin Abdul Rahman, Jabatan Siyasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Sesi soal jawab

4:30

Pembentangan Resolusi

4:45

Ucapan Penangguhan

 

 

Alhamdulillah hari pertama WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-6 bertema PENCERAHAN TASAWWUR AHLI AS-SUNNAH WA AL-JAMA`AH  (klik: maklumat lanjut, atau senarai tajuk dan pembentang) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) berjalan lancar sebentar tadi.

Insha Allah esok, bersambung dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang – dijemput hadir bertempat Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. (SILA DATANG UNTUK HARI KEDUA – 21hb Mei 2014 – klik untuk maklumat lanjut)

Berikut adalah sedikit liputan bergambar yang sempat dirakam.

WASWJ-1-peserta awal pagi

Para peserta mula mengisi Dewan Serbaguna Masjid Wilayah.

WASWJ-2-pembukaan MC

Majlis dibuka dengan sama-sama membaca surah Al-Fatihah diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pengerusi Majlis, Sdr. Abdul Razak Rawi, ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat MUAFAKAT.

WASWJ-3-aluan pengarahUcapan aluan oleh Pengarah Wacana, Tuan Haji Mohd Amin Hashim, merangkap Timbalan Presiden MUAFAKAT

WASWJ-4-moderator1Moderator sesi pagi hari pertama, Dr. Amran Muhammad, merangkap ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat MUAFAKAT mempengerusi sesi pembentangan slot beliau.

WASWJ-5-panelis pagiPenal pembentang sesi pagi hari pertama, dari kiri, Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti, Dr. Wan Adli Wan Ramli dan moderator Dr. Amran.

WASWJ-6-pembentang1Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa membentang kertas kerja bertajuk Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah – Suatu Kerangka Umum.

WASWJ-7-peserta sesi pagiPara peserta yang sedang khusyuk mendengar pembentang slot pagi hari pertama.

WASWJ-8-pembentang2 Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti membentang kertas kerja bertajuk Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Suatu Kebenaran Mutlaq Berdasarkan Nass al-Qur’ān.

WASWJ-9-peserta sesi pagi2

 Sebahagian lagi peserta slot pahi hari pertama.

WASWJ-10-pembentang3

 Dr. Wan Adli Wan Ramli, merangkap Naib Presiden MUAFAKAT membentangkan kertas kerja bertajuk Tasawwur ‘Aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Konsep, Dasar dan Ciri-ciri.

 WASWJ-11-pengkisahan UEM

Slot petang dimulai dengan pengkisahan hidup tokoh Ahli as-Sunnah Wa al-Jama`ah Al-Marhum Ustaz Muhammad `Uthman El-Muhammady yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa dan diikuti dengan tayangan video khas petikan pelbagai ceramah Al-Marhum yang merangkumi pelbagai aspek dalam menjelaskan epistemologi Ahli as-Sunnah Wa al-Jama`ah.

 WASWJ-12-momento keluarga UEM

 Majlis turut menjemput beberapa ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Uthman sebagai tetamu istimewa. Pengarah Wacana kemudian menyerahkan cenderahati kenangan atas ketokohan Al-Marhum kepada wakil keluarganya, Dr. Ahmad El-Muhammady.

 WASWJ-13-ketibaan TPM

Ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dikerumuni oleh juru gambar pelbagai media.

WASWJ-14-aluan PresidenMajlis perasmian dimulai dengan ucapan aluan oleh Presiden MUAFAKAT, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina Ahmad.

 WASWJ-15-perasmian TPM

 Ucapan perasmian oleh YAB Tan Sri Muhyiddin

 WASWJ-16-lancar buku

YAB Tan Sri Muhyiddin melancarkan buku terbaru terbitan MUAFAKAT berjudul Muhammad `Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari yang ditulis oleh Ustaz Ismail Mina.

WASWJ-17-cenderahati TPMPresiden MUAFAKAT menyerahkan cenderahati kepada YAB Tan Sri Muhyiddin.

 WASWJ-18-minum petang

 Tan Sri Muhyiddin minum petang bersama peserta wacana.

 WASWJ-19-TPM-SalahUEM

YAB Tan Sri Muhyiddin turut bertemu dengan salah seorang anak lelaki Al-Marhum Ustaz Uthman El-Muhammady.

 WASWJ-20-TPM imam asar

YAB Tan Sri Muhyiddin kemudian mengimamkan solat asar di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL.

 WASWJ-21-TPM doa

… dan memimpin bacaan doa,

 WASWJ-22-TPM mesra jemaah

… sambil bermesra dengan ahli Jemaah yang kebanyakkannya adalah peserta wacana,

 WASWJ-23-autograf

 … turut sempat menandatangan untuk adik Ahmad Ali.

WASWJ-24-TPM pulangYAB Tan Sri meninggalkan majlis.

 

 

 

Sempena perasmian Wacana ASWJ esok (20hb Mei 2014), YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan juga melancarkan buku terbaru terbitan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) berjudul “Muhammad Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari” yang ditulis sendiri oleh Presiden MUAFAKAT, Ustaz Ismail Mina Ahmad.

Kulit-MUEM-Inteligensia Muslim KontemporariMaklumat Lanjut: muafakatmalaysia.com

 

 

Insha Allah Wacana ASWJ bermula esok akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

wacana ASWJ-2014Pendaftaran bagi “walk-in” esok masih dibuka kerana kami telah menambahkan kerusi untuk menerima 1,200 peserta.

Datang awal jam 8:00 pagi untuk pendaftaran dan sarapan yang disediakan.

Maklumat Lanjut: muafakatmalaysia.com

 

 

 

logo ikim

Utusan logo

Terima kasih kepada IKIMfm dan Utusan sebagai media rasmi Wacana

bertemakan PENCERAHAN TASAWWUR AHLI AS-SUNNAH WA AL-JAMA’AH.

20-21 Mei 2014

8:00 pagi – 5:30 petang

Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL

Maklumat Lanjut: muafakatmalaysia.com

 

Dijemput semua sertai – bermula 8:00 untuk sarapan dan pendaftaran.

Alhamdulillah segala persiapan telah dibuat dengan yang terbaik yang termampu.

wacana ASWJ-2014
Kerusi telah ditambah untuk menampung 1,200 peserta.

reblogged from: helenang.wordpress.com

NigerianChristiansIn 1953 the year of Nigeria’s independence, there were 45.3 percent Muslims in the population compared to 21.4 percent Christians and 33.3 percent belonging to other folk religions.

In 2010 it was estimated that 49.3% of the Nigerian population are now Christian compared to 48.8% Muslim. Meanwhile the animists and holders of traditional spiritual beliefs were almost totally wiped out.

In the span of a little over 60 years, the Christian population in Nigeria leaped from 2 out of every 10 persons to covering half the population.

The evangelistas are most super effective and deadly efficient. Data on the superb success of Christian proselytization in Nigeria is a testament to this.

 

Animists must be >>”racist” << too and thus be “abolished”

Over the past half century, close to all the pagans in Nigeria have been effectively Christianized (upwards spiking line) whereas at the same time, Islam (flat line) has failed to increase its population share.

Nigerians who practice animist and other folk beliefs (plunging line) have been whittled down to near zero — see line graph below.

Animists and those holding to folk religions are being similarly targetted in Malaysia as are Hindus and Buddhists by the evangelistas.

NigeriaDo the Muslims think they are immune from the onslaught?

 

Line graph sourced from Google Books: The Price of Freedom Denied by Brian J. Grim and Roger Finke

South Korea’s mega churches

In 1960, South Korea had fewer than a million Christians.

A decade ago, approximately 3 out of every 10 South Koreans were Christians. According to the country’s 2005 census, 29 percent of the population in South Korea were Christian compared to 23 percent Buddhist (source via the ‘International Religious Freedom Report for 2012′, US State Department).

Although South Korea – which has a population of 50 million people – conducted a national census in 2010, it is not making its Religion data public.

Mega churches are a phenomenon in South Korea where its Yoido Full Gospel Church has a whopping one million members.

 Korean Christians

“Strong evangelistic impulse” of South Koreans

A Pew Forum survey found that “strong religious commitment on the part of South Korean Christians seems to drive their efforts to convert their fellow countrymen“. It added that this “strong evangelistic impulse” similarly made them extend their missionary zeal abroad including to Afghanistan.

South Korean missionaries had been famously kidnapped by the Taliban in the summer of 2007 with two of the 23 hostages executed.

“Not only are their numbers growing, but the level of religious intensity of South Korean Christians is much higher than that of other religious groups in the country”, said the Pew report (12 Dec 2007) monitoring the influence of the Christian community on the country’s presidential election.

It’s part of their global strategy for the Christians to flex their muscle in the political arena. The same is clearly happening in Malaysia too.

City Harvest Church in Singapore

Singapore exports their prosperity gospel to Jerusubang

Closer to home, Christians presently make up 18.3 percent of the Singapore population. City Harvest evangelistas have already established several affiliate churches in Malaysia with the main one being in Subang Jaya.

Over the last 10 years, the Buddhist numbers in Singapore fell by 9.2 percent.

JakimAllahNow just imagine if the Muslim numbers in Malaysia should fall by 9.2 percent by the time we get to the year 2024. Although this will probably not happen, nonetheless the hypothetical comparison shows in stark relief how the Buddhists are fast disappearing in our neighbouring country!!

Orang Melayu-Islam kena ambil iktibar ni …

For Jakim sermon excerpt above, see here

DAP objects to Jakim sermons warning against the enemies of Islam

Lim Kit Siang took Prime Minister Najib Razak to task, berating “How can he allow Jakim under the PMO to incite religious acrimony, animosity and hatred”.

In his 3 Feb 2014 press statement, the DAP Mursydul Am also alleged that Muslim extremists “want to tear the country asunder with incessant incitement of racial and religious hatred, conflict and tension”.

An article in The Malay Mail on 7 Feb 2014 labelled mosques as “hatred factories”.

The Malaysian Insider issues fourth apology in over a week - Malaysia - The Malay Mail Online 2013-12-22 01-53-18

TMI the leading pro-Christian spin site

The Malaysian Insider, needless to say, is always spinning on this issue.

“Nampak jelas sangat TMI mempunyai agenda jahat mereka. Dan semakin menyerlah. Menyerang Islam bertubi-tubi dan menghentam kerajaan pemerintah,” said Muafakat sec-gen A. Karim Omar in his blog posting yesterday titled ‘Takkan pegawai-pegawai PM Najib masih nak duduk diam jugak‘.

The Christians were angry when a Jakim sermon identified Jews and the Christians as the “enemies of Islam” .

They want to interfere in the administration of Islam and prevent Jakim from preparing sermons based on Quranic texts that warn the ummah against the wicked designs of the Christians and the Jews.

http://www.malaysiakini.com/news/263025

UiTM demonized by DAP and gang

It is not only Jakim which is concerned about the Christian threat. MAIS is too.

2_120Regarding surah Al Baqarah, verse 120: “Never will the Jews or the Christians be satisfied with thee unless thou follow their form of religion”, MAIS interpreted it as:

“Penegasan Allah tentang sikap dendam golongan Yahudi dan Nasrani yang selama-lamanya tidak akan redha dengan Islam dan umatnya selagi tidak berada di bawah telunjuk mereka”.

Statistics don’t lie. Evangelistas do

All the time.

The stats prove that evangelism is going full throttle in the vulnerable target countries.

Nonetheless when forums like the one in UiTM try to expose these facts, the non-Muslims make police reports against the seminar organizers as if the speakers were guilty of “hate crime”.

“Evangelicalism is growing twice the pace of Islam and three times as fast as the overall world population,” according to Jason Mandryk who co-authored the mission prayer guide Operation World.

Mandryk indicated that a significant growth of evangelicalism is seen in countries such as Brazil, China, Bangladesh and Nigeria which have “exploding” Christian populations, reported The Christian Post in its 28 Sept 2006 article ‘Mission Expert: Evangelicalism fastest growing religious movement‘.

Selangor’s celebrated Speaker Hannah Yeoh is a Born Again who converted to Christianity at the age of 19.

(1.006 words)

BELOW: Hannah Yeoh on stage in the City Harvest Church, Subang Jaya

Mama Dapster on stage during Subang Jaya City Harvest Church building launch

MAZA-Kristian dekat IslamKadang-kadang kita hairan, orang yang kononnya sudah mengaji tinggi-tinggi tapi tidak menunjukkan keilmuan yang sepatutnya telah beliau perolehi. Sebab itulah adanya kaedah-kaedah tertentu serta syarat-syaratnya untuk seseorang itu berijtihad. Bukan setakat mengaji satu bidang sahaja sudah boleh kita menjadi pakar untuk semua bidang.

Kalau kita ke Institut Jantung Negara, saya yakin tidak ada seorang pun daripada kita akan mengizin seorang doktor pakar kulit untuk membedah kita. Dan IJN pun pasti tidak akan membuat polisi gila sedemikian.

Sebab itu saya hairan Asri, mantan mufti Perlis, sama ada tidak faham tentang sesuatu isu dan sembrono membuat kenyataan atau beliau terasa sudah terlalu pandai?

Dalam komen terbaru beliau merujuk kepada Seminar Kristologi dan Kalimah Allah Nusantara di UiTM yang diadakan minggu lepas beliau seolah-olah mengecam penganjuran program sedemikian.

Beliau mengatakan:

Islam tidak ditindas di Malaysia

Janganlah terkejut kalau ada orang yang mengajak masuk Kristian.

Bila masa kita kata Islam ditindas di Malaysia? Dia baca dan faham atau tidak apa yang kami suarakan? Dan siapa kata kita terkejut dengan orang Kristian hendak dakyah orang Islam? Kita telah diperingatkan oleh Allah s.w.t. bahawa orang Yahudi dan Nasrani SENTIASA dan SAMPAI BILA-BILA akan bersungguh menyesatkan kita. Kita tahu pelampau Kristian ini akan sentiasa merancang, Allah sudah firmankan.

Asri sebaliknya mengatakan bahawa orang-orang Kristian ini amat dekat dengan orang Islam:

“Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian,”

Saya tidak pasti dari mana sumber pendapatnya sebab TMI tidak lapor. Saya agak dia maksudkan itu diambil dari ayat Al-Maaidah:82. Dan ayat inilah juga ramai yang suka bangkitkan apabila saya menceritakan tentang ancaman dari ayat Al Baqarah:120.

Kalaulah dia nak guna ayat Al Maaidah:82, takkanlah dah mengaji tinggi pun tidak tahu kisah sebalik ayat tersebut. (baca kiriman saya sebelum ini: Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam (?))

Ayat tersebut merujuk kepada baginda Raja Najasi Habshah. Saya petik sebahagian yang telah saya sebut itu:

Inilah perbezaannya dengan Baginda golongan Nasrani yang amat dekat sekali mesranya dengan orang-orang Islam bukannya puak-puak pengganas evangelis yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat Islam. Malah kita baca sekurangnya 17 kali sehari tentang golongan sesat ini dengan meminta perlindungan dari Allah s.w.t.

MAZA-Allah-lagunegeriDia hendak tunjuk dia pandai berhujah. Tapi dia berhujah di luar konteks. Dia hendak perlihatkan kehebatan untuk qias. Tetapi itu qias maalfariq (kiasan yang tidak kena).

Sebab itu apabila isu kalimah Allah dulu dia pun ingin tunjuk kehebatannya untuk membolehkan pelampau Kristian guna kalimah Allah maka dia kata bagaimana orang bukan Islam hendak menyanyikan lagu negeri kerana, kata Asri, “jika non-muslims sama sekali tidak dibenarkan menyebut … Tuhan Allah …”

Payahlah macam ini. Isu asas pun dia tidak faham. Menyebut ada bezanya dengan mengguna untuk ajaran agama mereka. Contoh, kalau si-Kristian ada kawan yang bernama Abdullah, kita tidak larang beliau untuk berterusan panggil kawannya “Abdullah”. Takkan kita nak suruh si-Kristian panggil kawannya dengan “Abdul Tuhan”?

Enakmen-Selangor-1988-9-1Asri hendak mengeluarkan pendapat, dia tidak rujuk larangan yang dibuat. Bacalah dulu enakmen yang melarang tu. Apa yang disebut dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Negeri Selangor AMAT jelas, terutama dalam perkara 9.

Asri turut mengatakan:

“Janganlah kita berlebih sangat. Ada NGO tertentu yang nak promosi NGO mereka, berlebihan sangat.

Saya bimbang jika ianya kata dulang paku serpih.

Cuma saya masih mengharapkan mungkin pelapor berita di TMI tersebut, Hasbullah Awang Chik, tersalah dengar atau tersalah lapor.

Baca tulisan terkini (1 Mei 2016): Asri MAZA Mahu Jadi Serba Tahu?

Klik pada imej: fitnah MAZA atas IKSIM

Baca juga: Laporan Polis Di Bawah Akta Hasutan Terhadap Dr. Asri

************

Kiriman sebelum ini yang menyebut tentang ayat 120 surah Al Baqarah:

Sila baca juga:

Tanah Melayu Tanah Air Ku

Di sinilah tempat bermandi darahnya bangsaku

Penjajah datang silih berganti

Sentiasa ada pahlawan bangsa menanti

Di dalam lipatan adanya gunting

Bersama musuh mereka membanting

Menghasut umat sendiri

Itulah dia orang yang tidak sedar diri

Tercatat sejarah mengiktiraf bangsaku

Suatu bangsa hebat bangsa Melayu ku

Malay archipelago sudah lama digelar

Kini ada pendatang yang ganas menyelar

Selamatkanlah Tanah Melayu

Tanah Air Ku

Malay-wikipedia2 .

Malay-britannica

.

Malay-wallace1869

.

Malay-benuakecil-tanahbesar1

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2014
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid