You are currently browsing the monthly archive for May 2014.

TMI-Najib-humarightismNampak jelas sangat TMI mempunyai agenda jahat mereka. Dan semakin menyerlah. Menyerang Islam bertubi-tubi dan menghentam kerajaan pemerintah dan terbaru ke atas PM Najib.

Hari ini TMI menggerakkan hasutan dan hentaman ke atas ketegasan PM Najib menentang ketaksuban hak asasi manusia melampau dalam ucapan beliau ketika perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan awal minggu ini. (Baca: Pemikiran dan fahaman humanrightisme ancaman baru umat Islam – Najib, dan Najib: Islam berdepan ancaman humanrightisme).

Sudah sampai masanya untuk tindakan tegas diambil ke atas TMI dan yang seumpamanya yang saban hari menghasut dan membuat provokasi untuk memburuk-burukkan Islam dan dakwah Islamiyyah serta serangan ke atas kerajaan dan pimpinannya. TMI ada agenda jahatnya. (baca juga: MalaysianInsider Medan Penghasut dan Pelampau Agama)

Takkan sudah jelas sebeginipun para pegawai yang ramai di pejabat PM masih hendak duduk diam?

TMI-Medan Hasutan PelampauPelampau-pelampau agama naik tocang apabila Malaysianinsider memberi ruang dan menjadi medan untuk puak-puak ini mengeluarkan kata-kata hasutan akhir-akhir ini.

Laporan menyimpang dan memburukkan Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di UiTM minggu lepas beserta dengan ulasan-ulasan untuk beberapa hari selepas itu jelas menunjuk mereka mempunyai agenda untuk menganyangkan Islam dan dakwah Islamiyyah di Tanah Melayu ini serta sikap tidak hormat mereka kepada Perlembagaan Persekutuan.

Terbaru, kes rompakan ke atas dua biarawati di Seremban pagi tadi, TMI jelas membawa provokasi sambil menyediakan medan untuk pelampau agama untuk ganyang umat Islam di Tanah Melayu ini. Kata-kata kesat dibiarkan membanjiri ruang-ruang komen kepada laporan yang berat sebelah dengan ayat-ayat menghasut.

Anehnya apabila ada komen-komen yang tidak menyebelahi mereka, cepat-cepat TMI akan lupuskan dari ruangan komen apabila tentera “hantu” pelampau-pelampau menyerang habis-habisan. Apa jenis kebebasan media?

Pelampau-pelampau yang membuat komen ini sebenarnya tidak tahu pun fakta sesuatu yang berlaku sebelum mereka melepaskan geram hasutan mereka. Contoh; ramai yang mengatakan kenapa biarawati yang “tidak mempunyai harta” hendak dirompak. Faktanya: kedua-dua mangsa tidak memakai “pakaian biarawati” mereka – siapa kenal mereka ini biarawati?

TMI-Nun -nonuniform

Apakah apabila seorang Haji (atau Hajjah) yang berumur dan mengenakan pakaian jubahnya dirompak tidak mengapa? Kenapa tiada laporan begini dari TMI? Apakah ianya tidak pernah berlaku? Baru-baru ini sahabat saya bekas ketua jabatan kerajaan yang berjalan-jalan selepas pulang solat Subuh pun kena rompak walaupun berjubah? Apakah itu “hate crime” yang dirancang oleh pengganas dan pelampau agama yang cuba menganyang Islam dan dakwahnya di Tanah Air tercinta ini?

TMI-crimehotspotAmat tidak masuk akal jika dibandingkan laporan menghasut tersebut dengan laporan mereka sendiri dan disahkan oleh paderi di tempat itu bahawa kawasan tersebut adalah kawasan jenayah tinggi. Kenapa masih hendak menghasut?

Pihak berwajib MESTI siasat agenda jahat ini dan dalang yang yang melakukan kerja-kerja yang mengganggu ketenteraman masyarakat Tanah Melayu ini. Jangan dibiar api-api hasutan ini menjadi terlalu besar untuk dikawal.

*********

Baca juga:

 

 

wacana ASWJ-2014

Senarai tajuk:

  • Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah – Suatu Kerangka Umum
  • Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Suatu Kebenaran Mutlaq Berdasarkan Nass al-Qur’ān
  • Tasawwur ‘Aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Konsep, Dasar dan Ciri-ciri
  • Ajaran Akhlaq Islamiyyah Dalam Membina Diri Dan Kepimpinan Daripada Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah
  • Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah: Suatu Kebenaran Mutlaq Berdasarkan Nass al-Sunnah
  • Kemungkaran Fahaman Liberalisme: Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah
  • Hak Asasi Manusia: Perspektif Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah
  • Konsep Kepimpinan Negara: Bandingan Antara Sunni dan Syiah
  • Malaysia Sebagai Benteng Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah Alam Melayu: Strategi Untuk Memperkasakannya

Senarai para pembentang:

  • Prof. Dato’ Paduka Zakaria Stapa, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Dr. Wan Adli Wan Ramli, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Ustaz Muhadir Hj. Joll, Jabatan Wahyu dan Ilmu Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Prof Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim, Sekolah Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia 
  • Dr. Anis Malik Thoha, Rektor, Universitas Sultan Agung Semarang, Indonesia
  • Tuan Haji Azril Mohd Amin, Pengerusi, MuslimUPRo
  • Prof. Dr. Idris Zakaria, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Dr. Mohamad Zaidi Bin Abdul Rahman, Jabatan Siyasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

***********

DAFTAR SEGERA – PERCUMA

***********

WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-6

 Tema

PENCERAHAN TASAWWUR AHLI AS-SUNNAH WA AL-JAMA`AH

 Anjuran

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia 

(MUAFAKAT)

Tarikh
20-21 Mei 2014 (Selasa dan Rabu)

 Tempat
 Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut:

muafakatmalaysia.com

SMS 019-427-1025

Tel: +603 4107-1025

 

wacana ASWJ-2014

 

WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-6

 Tema

PENCERAHAN TASAWWUR AHLI AS-SUNNAH WA AL-JAMA`AH

 Anjuran

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia 

(MUAFAKAT)

Tarikh
20-21 Mei 2014 (Selasa dan Rabu)

 Tempat
 Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut:

muafakatmalaysia.com

SMS 019-427-1025

Tel: +603 4107-1025

Penyertaan adalah PERCUMA dan dibuka kepada semua.
DAFTAR SEGERA

Tahniah PM Najib atas keberanian bertegas dalam hal ini!

Petikan Berita Harian:

Kuantan: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pemikiran dan fahaman humanrightisme kini menjadi ancaman atau serangan baru yang agresif kepada umat Islam.

PM-NajibPerdana Menteri berkata, fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baru yang amat berkembang pesat dalam dan luar negara.

Katanya, fahaman itu yang berasaskan pemikiran humanisme, sekularisme dan liberalisme adalah bersifat songsang apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata serta menolak sebarang sistem nilai merangkumi normal agama dan adab susila.

“Mereka melakukan segalanya ini di atas satu balutan indah yang diumpani dengan istilah kononnya atas dasar memperjuangkan Hak-Hak Asasi Manusia. “Sebagai sebuah negara Islam yang memartabatkan Maqasid Syariah, sudah tentu kita amat menitik beratkan kemaslahatan dan kebajikan setiap insan tanpa mengira warna kulit, bahasa mahupun agama.

 

“Keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan adalah ciri wasatiyyah yang kita gunakan dalam pelaksanaan hak asasi manusia di negara. Pemahaman hak asasi manusia yang ekstrem dan tidak mempunyai batas; diwasatiyyahkan dengan kerangka undang-undang, perlembagaan dan nilai budaya bangsa,” katanya di sini sebentar tadi.

Beliau berucap merasmikan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad di sini.

 

PM-Najib-musabaqah

Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor mengaminkan bacaan doa ketika majlis perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-75 bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ di Kuantan, Pahang, malam tadi. Turut sama, Adnan Yaakob (dua dari kiri) dan Jamil Khir Baharom (kiri). – BERNAMA

Syabas PM Najib!
Petikan Utusan Malaysia:

 

KUANTAN 13 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam kini berdepan dengan satu bentuk ancaman serangan baharu yang begitu agresif iaitu pemikiran dan fahaman humanrightisme.

Perdana Menteri berkata, fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baharu yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara.

Menurutnya, rencah utama fahaman tersebut adalah berasaskan pemikiran humanisme dan sekula­risme serta liberalisme.

“Fahaman ini bersifat songsang, apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata serta menolak sebarang sistem nilai yang merangkumi normal agama dan adab susila.

“Mereka melakukan segalanya ini di atas satu balutan indah yang diumpani dengan istilah kononnya atas dasar memperjuangkan hak-hak asasi manusia,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada majlis tersebut, tiga qari dan qariah jemputan yang pernah memenangi tilawah tersebut memperdengarkan bacaan masing­-masing.

Mereka ialah Datuk Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah, Datuk Ahmad Faizol Ghazali dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

Najib berkata, sebagai sebuah negara Islam yang memartabatkan maqasid syariah, sudah tentu umat Islam amat menitikberatkan kemas­lahatan dan kebajikan setiap insan tanpa mengira warna kulit, bahasa mahupun agama.

“Pemahaman hak asasi manusia yang ekstrem dan tidak mempu­nyai batas diwasatiyyahkan dengan kerangka undang-undang, Perlembagaan dan nilai budaya bangsa,” ujarnya.

Beliau berkata, hari ini dengan cabaran globalisasi dunia tanpa sempadan, pemikiran songsang di sisi Islam seperti pluralisme dan liberalisme cuba dicerna dan di­sebarkan dengan mengaitkan kesucian agama Islam.

Hakikatnya kata Najib, pemikiran sesat itu merupakan ancaman yang sangat berbahaya kepada akidah dan syariat Islam sendiri.

“Sudah tentu kita sama sekali tidak akan reda dengan sebarang tuntutan supaya hak untuk murtad daripada Islam diberikan atau hak umat Islam melaksanakan ajaran Islam melalui mahkamah syariah dinafikan, mahupun sebarang pe­rilaku songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diperakui dan dihalalkan,” ujarnya.

Menurut Najib, tuntutan al-Quran yang dibawa oleh wahyu suci telah memerdekakan manusia daripada pemikiran dan kegelapan jahiliah kepada cahaya keimanan serta kemuliaan insan.

“Sebagai umat Islam kita harus berusaha memahami al-Quran mengikut pemahaman Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan ketakwaan hanya kerana Allah SWT serta persaudaraan erat sesama Islam,” ujarnya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Syabas PM Najib kerana bertegas dalam isu ini.

Petikan The Star

KUANTAN: Islam is now being tested aggressively by an ideology which can be termed as “human rights-ism”, warned Datuk Seri Najib Tun Razak.

PM-NajibThe Prime Minister said the ideology was like a new “religion” growing rapidly inside and outside the country.

“This type of understanding is based on humanism and secularism as well as liberalism.

“It is retrograde as it glorifies human wants and desires,” Najib said at the opening of the National Quran Recital Competition here Tuesday night.

He said “human rights-ism” rejected the values of religion and etiquette, but was instead wrapped in an image of struggling for basic rights.

Najib said Islam already protected the rights of all, regardless of race, language or religion.

“However, in this age of globalisation, there are attempts to spread retrograde values such as pluralism and liberalism by linking it to Islam. It is very dangerous to our faith.

“Of course, we will not tolerate any demands for apostasy to be allowed, or for Muslims’ rights to implement Islamic teachings through the Syariah Court to be denied.

“What more for deviant movements like the LGBT to be recognised and permitted,” said Najib.

Mujahad bela EvangelisDalam keceluparan akibat kebebalan politik atau menjadi boneka, Mujahid lupa amaran almarhum ayahandanya sendiri yang amat bimbang dengan ancaman gerakan pelampau evangelis Kristian.

Mungkin dia masih budak hingusan ketika almarhum membuat pesanan beramaran demikian. Pada tahun 1987, Almarhum Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Haji Yusof Rawa, telah mengemparkan masyarakat Islam seluruh negara dengan menyatakan bahawa terdapat 66,000 orang Melayu telah meninggalkan agama Islam.

Apakah kata-kata Mujahid seperti di bawah ini bagaikan meludah ke muka almarhum ayahandanya sendiri?

Apatah lagi dakwaan-dakwaan usaha kristianisasi yang dikatakan merebak di dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah tuduhan yang amat berat. Jika ada bukti usaha ini maka yang mendakwa hendaklah mendatangkan bukti yang kukuh dan membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana penyebaran agama lain selain Islam adalah salah dari sudut artikel 11(4).

YusofRawa-66000 melayu murtadJika dakwaan kristianisasi dan pemurtadan umat Islam dibuat sebagai kenyataan umum sahaja maka ia berpotensi menimbulkan kemarahan kedua belah pihak malah menjejaskan kedudukan hubungan Islam-Kristian di peringkat global.

Baca juga: Isu Kalimah Allah: Antara Kebebalan Politik Atau Kebonekaan Mujahid Rawa

**************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

 

 

Hanipah tangguh hududBerbicara untuk menegakkan agama Islam kini sudah dianggap asing dan akan diasak bertubi-tubi. Apabila usaha untuk melaksanakan hudud pun musuh-musuh kita yang dulu nampaknya semacam mereka bergaduh sesama mereka tiba-tiba sepakat menghentam kita. Termasuk dari golongan orang-orang Melayu Islam sendiri pun yang pernah satu masa dulu berdegar-degar ingin menegakkan syariat Islam mula berbicara tentang “mungkin belum masanya”.

Suara sebegini dari pimpinan PAS, jika dibuat 20 tahun dulu,  boleh menyebabkan Hanipah ini tersingkir. Namun golongan “parasit Anwarinas” dalam PAS sudah kukuh bertapak dan sudah pasti Hanipah selamat dari sebarang pandangan negatif di kalangan ahli mahupun pimpinan mereka.

KitSiang-Hina-2-120

Keceluparan Kit Siang Semakin Menjadi

 

Apabila kita mendedahkan ancaman kerja-kerja jahat evangelis Kristian yang berusaha memurtadkan umat Islam di Malaysia – golongan-golongan ekstremis “chauvinist” ini pun mula menunjukkan belangnya (true colors). Dengan bongkak pelampau-pelampau ini mula menghina ikhtiar agensi-agensi kerajaan yang berusaha mengingatkan umat Islam tentang bahaya serta ancaman puak-puak pengganas evangelis yang sentiasa melakukan usaha jahat mereka memurtadkan umat Islam sepertimana yang disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 120. Baca keceluparan mulut Kit Siang di sini: Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?

Buku MAIS - M-insiderHinggakan usaha MAIS untuk memberi penjelasan berhubung isu kalimah Allah dan mendedah agenda evangelis Kristian melalui buku kecil turut dipertikai serta dibesar-besarkan. Apa yang dilakukan MAIS amat bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (4) dan Enakmen Negeri (1988). Buku ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam bahawa wujud beberapa pihak di kalangan penganut Kristian yang bersungguh tidak mengindahkan keluhuran perlembagaan. Jika buku ini tidak dikeluarkan, maka kita akan dengar pula komen-komen mereka mengatakan bahawa ancaman Kristiansasi yang digembar gembur hanya igauan atau dakwaan kosong.

Kita mempunyai bukti-bukti kukuh usaha jahat yang terancang pelampau evangelis Kristian bersumberkan dari dokumen-dokumen gereja sendiri. Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 TIDAK boleh dibaca tanpa Perkara 11 (4). Perancangan JAHAT evangelis melanggari Perkara 11 (4). Noktah!

**************

Bacaan berkaitan isu-isu Kristianisasi:

This is an open letter from our fellow beloved brother, Abdul Manaf Pawanchik, answering the Kalimah Allah’s issue.

SUBJECT : ANSWERS PERTAINING TO USING ALLAH’S NAME FOR CHRISTIAN PUBLICATION

ATTENTION TO : Catholic Priest, Father Lawrence Andrew, all Christian leaders and to all Christians

NOTE : To All Christians please read this article with open heart and mind in accessing the facts presented.

On the issue of weekly publication ‘The Herald’ insisting to replace the word God with ALLAH in their publication I would like to address some questions and opinions with regard to this matter. This problem won’t arise if you wisely translate the word God to “Tuhan” which is more accurate translation to Bahasa Melayu, not replacing the word god with ALLAH.

I want to ask the Catholic Priest Andrew, what is your intention of insisting to use the word Allah despite prohibition by the ministry of home affairs and the Sultan of Selangor.

You should be aware that by insisting on the use of the word Allah in your publication or the Bible would only mislead and confuse your Christian followers about concept of god (Trinity) in your believe that you preach. By replacing the word ‘God’ with Allah you are actually distorting facts in your Bible. Don’t you realized that you are actually amending verses in the Bible by using god’s name that you did not worship. This will impair your Bible which already being impaired by earlier hands of Christian scholars after Jesus Cruxification as you believed. (actual fact as told in the Quran Jesus was not crucxified). Your Bible is actually being re-written and amended by the hands of Christian clergyman after long absence of Jesus.

The originality of the Bible is questionable because it is not recorded in writing form during the lifetime of the Jesus, this is not so with the Quran.

Allah warned them with this verses:

“Then woe to those who write the Book with their own hands, and then they say : “this is from Allah,” to traffic with it for a miserable price! – Woe to them for what their hands do write, and for the gain they make thereby.” (Quran Chapter 2:79)

If your Bible came from god why there are many versions of the Bible. Bible differ from the Quran in terms of its originality. Quran verses revealed 1400 years ago is still the same verses being printed and read by Muslims throughout the world till this day. Originality of the Quran verses will be protected as guaranteed by Allah.

Christian’s doctrine of Trinity concept that Jesus is God and Son of God is contrary to the concept of oneness of God ALLAH or the concept of TAUHID as defined in the Quranic language. Allah cannot be understood without this concept of his oneness.

They do blaspheme who say: “Allah is one of three in a Trinity”: for there is no god except one Allah. If they desist not from their word (of blasphemy), verily a grievous penalty will be fall the blasphemers among them. (Quran Chapter 5:73)

For this reason the Christians are not eligible to make use the name of Allah in your publication or in your Bible. Moreover Allah is not the god that you worshipped. The concept of god in Islam is totally contrary to your Trinity concept of belief. The two different doctrine of God cannot be coexist to refer to the same God. Any attempt to do so will amount to a vulgarism of sort and an affront to Muslims. It shows disrespect towards the name of the Almighty God ALLAH worshipped by the Muslims.

Pope Benedict-Rabb not AllahIf you want to use the word Allah in your Bible or publications, you are advised to consult your highest Christian authority in the Vatican City (the Pope) to clear the status of Jesus Christ as God or son of god in your Bible, because Jesus is only one of the Prophets of ALLAH. YOUR POPE KNOWS THAT TRUTH.

Inaccuracies and insensitivities in the use and misuse of Allah’s name can only arouse suspicious among Muslims towards Christian authorities intention. This may have public order implication that can lead to tensions and disharmony among religious followers. Beware that freedom of religion in the constitution does not mean that you can twist the fact of oneness of god to influence the adherence of other religion (especially the Muslims) by claiming that you also accept Allah as God.

It seems that you have a hidden agenda/intensions as Allah foretold us in the Qur’an about Jews and Christian characters towards Muslims and Islam.

“It is the wish of a section of the people of the Book (Jews and Christians) to lead you astray. But they shall lead astray (not you), but themselves, and they do not perceive”. (Chapter 3:69).

“Never will the Jews or the Christians be satisfied with you unless you follow their form of religion. Say: “The Guidance of Allah, that is the only Guidance.”” Chapter 2:120).

LailahaillallahBy placing Allah’s name in your publication or the Bible reflecting that you are accepting Allah as your God? Do you want to accept Allah as your Lord as the Muslims believe? What about Jesus Christ and the Trinity concept you preach? Where do you want to place your God Jesus? How many God that you recognized?

If you want to use the word Allah, it is better for you to accept Qur’an without hesitation and accept Allah as your true Lord. The Qur’an is the book of God that complements the earlier scriptures (Gospel for Jesus and Torah for Moses). Accept Islam as your religion. Accept the teachings of the prophet of Muhammad (PBUH) who is the last messenger of God came after Prophet Isa (Jesus). Jesus was sent to Jews and Christians ONLY during His time. Prophet Muhammad brought the religion of Islam as a guidance from Allah universally for the whole mankind of all races.

With all due respect I urge all Christians to re-evaluate Christian doctrine of faith and the authenticity of your Bible. Accept Quran as a guidance in search of God and the truth. Islam will save you and obtain precious love of Allah upon you.

Kindly ponder over Allah’s reminder to all Jews and Christians in order to revert to the truth of religious believe that will not let you go astray.

Say: “O People of the Book! Come to common terms as between us and you: that we worship none but Allah; that we associate no partners with Him; that we erect not, from among ourselves, lords and patrons other than Allah.” If then they turn back, say you: “Bear witness that we are Muslims (bowing to Allah’s will).       (Chapter 3:64)

If anyone desires a religion other than Islam (submission to Allah), never will it be accepted of him; and in the hereafter he will be in the ranks of those who have lost. (all spiritual good). (Chapter 3:85)

This paper is in response to Father Lawrence and Christian authority’s arrogance of challenging the decision made by the ministry of home affairs and directive of the Selangor palace preventing the use of the word Allah by non-Muslims.

That’s all. Hope you will use your sense of accountability towards God to make right choice of God to be worshipped. Be sincere in your faith towards God. Accept Islam for your salvation.

Yours truthfully and responsible,

(Abdul Manaf Pawanchik) – P.Pinang

E- mail: amanaf2011@hotmail.com

Note: This is a signed letter sent via email.

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

May 2014
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 359 other followers

Tauhid