You are currently browsing the daily archive for 18 June, 2014.

Iman seseorang memang turun naik. Ada kala kita sedar ada kala kita diperingatkan. Kadang-kadang kita risau dan bimbang merosotnya keimanan kita dan kita minta jauh dari alpa dan bangga dengan kelemahan iman dalam fana keduniaan yang menyelinapi kehidupan harian kita.

Mungkin dulu kita kuat dan bersemangat. Berusrah tidak putus di zaman menuntut di universiti. Ada yang terbawa semangat membara itu ke alam pasca mahasiswa. Namun, ada yang tenggelam dek hambatan kerjaya dan kesibukan hidup berkeluarga. Tetapi ada juga yang terpesona dengan sedikit kemewahan yang diperolehi mulai leka dengan minum-minum kopi mahal di bistro mewah, memenuhi desakan kawan untuk sama asyik berfutsal dan ada juga yang leka dengan pergi memancing yang akhirnya menjadi kemestian yang tidak sudah-sudah. Atau memukul bola kecil kemudian mencari-carinya hingga berjam-jam lamanya diselangi dengan pelbagai gelak ketawa yang lagha sesama kawan.

Sememangnya kepentingan berjamaah sudah pasti baik untuk menjaga diri supaya berterusan dengan semangat berdakwah dan berbakti kepada masyarakat. Tidak kira ruang apa yang kita ceburi kita tetap ingin terus berkhidmat. Mencari keredhaan Allah.

risalah-qusyairiSebab itu dipesan oleh Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash (men. 291H/904M) [yang telah diajar oleh Al Marhum guru kami, Ustaz Muhammad Uthman el-Muhammady dalam membimbing kami untuk faham kitab Risalah Qushairiyah], bahawa “berkumpul dengan orang-orang soleh” itu adalah salah satu cara untuk kita ubati hati kita demi menjaga keimanan yang tulus kepada Allah SWT.

Jika yang didampingi itu orang-orang yang clubbing di lewat malam, maka iman kita menurutilah mereka itu. Nauzubillah. Jika musuh-musuh Allah pula menjadi rakan taulan dan bersama memperjuangkan agenda musuh-musuh Islam ini, maka semakin jauhlah kepekaan kita ke atas sensitiviti perjuangan Islam itu. Nauzubillah min zhalik.

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Sebab itu amat penting agar catatan-catatan di akhir hayat kita MESTI semakin mendekatkan kita untuk mengingatkan kita kepada Alam Kekal. Sebab itu di hujung kehidupan kita ini kita semakin menekuni ibadat sambil berjuang sesungguh mungkin untuk meninggalkan alam sementara ini agar aqidah anak cucu kita diperlihara.

Kita bersungguh menentang gerakan tersusun pelampau evangelis Kristian yang siang malam berusaha memurtadkan orang-orang di sekeliling kita. Allah suruh kita ingat ayat 120 surah Al Baqarah. (baca: Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?)

Allah pesan cara perilaku kita sesama Muslim dan sikap kita terhadap musuh Islam – “ashidda’u ‘alal kuffar ruhama’u bainahum”

“Muhammad (s.a.w.) itu adalah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), tetapi berkasih sayang serta belas kasihan sesama mereka sendiri (umat Islam).” Surah Al Fath : 29

Semangat berdegar-degar kita di zaman mahasiswa gugur perhitungannya jika di akhir hayat kita tercatat kekufuran kita, Nauzubillah min zhalik.

Tidak kira persatuan ala revolusioner “suara al Islam”kah atau apa-apa jenama pergerakan Islam lain yang kita pernah aktif dulu itu tidak memberi makna jika di hujung hayat kita menjadi pembantu musuh-musuh Allah.

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

Untuk kita renungi bersama: Gejala WhatsApp – Mencari Saham Akhirat Atau Membawa Beban Dosa?

Baca pertimbangan Neraca Aqidah … https://akarimomar.wordpress.com/2015/05/28/neraca-aqidah/

Neraca Aqidah

************

Baca juga:

 

kertaputih parlimen 1988-coverSatu penelitian yang dibuat oleh sahabat saya, Sdr. Imran Haaz, di blognya http://satuhala.blogspot.com:

Siapa boleh lupa dengan peringatan tentang ancaman Kristianisasi yang diucapkan Khalid Samad pada 7 Ogos 1987 di Parit Amal, Johor. Sewaktu itu, beliau menjawat jawatan Setiausaha Pemuda PAS Pusat.

Kata-katanya dimuatkan di dalam  laporan kertas putih Parlimen 1988, Kertas Perintah 14, Tahun 1988, bertajuk Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara. Tuan A Karim Omar pernah menulis tentangnya di sini.

Kata Khalid Samad:

“ … seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000 …”

Dua Puluh Satu tahun kemudian, pada 2008,  berlaku Tsunami Politik. PAS mendapat beberapa negeri hasil kerjasama mereka dengan DAP. Bukan memerintah. Tetapi berterusan menurut perintah. Tetapi, bukan itu yang mahu dibicarakan dalam penulisan ini.

Apa yang mahu dibicarakan ialah, sebaik Tsunami itu berlaku, tiada lagi kata-kata penuh bersemangat dari seorang pemuda pejuang Islam yang satu ketika dahulu, tidak jemu-jemu mengingatkan masyarakat Malaysia bahawa ancaman Kristian itu benar-benar ada. Kata orang-orang tua, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Media sosial mula memaparkan wajah-wajah Khalid Samad di tempat-tempat baru. Khalid yang dulu bukanlah yang sekarang. Dia kini dengan politik baru. Khalid mula bercakap tentang gereja dan memasuki gereja. Jika dulu evangelis Kristian adalah ancaman, tetapi sekarang evangelis Kristian adalah kawanan yang tidak boleh dicuitkan.

Selesa dengan Politik Baru, Khalid Samad sudah tidak janggal lagi melakukan sesuatu yang amat Tabu kepada sistem pemikiran politik PAS satu ketika dulu. Dulu PAS cukup ‘kolot’, tetapi kini aras kemodenan Islam Moderate PAS sudah mencapai tahap yang telah dicapai oleh Anwar Ibrahim.

Khalid mula dilihat melepak, minum dan makan di tempat-tempat yang dikira janggal untuk pemimpin PAS melepak sebelum demam politik baru ini.

Tahun 2010, dia menyertai sahabatnya untuk gerakan Fund Raiser yang diadakan di Restoran Mutiara Palace Damansara. Asyik dengan kesedapan hidangan Restoran Mutiara Palace Damansara, Khalid terlepas peluang beraksi untuk bergambar sebagaimana seorang Lebai politik semeja dengannya sedang berposing.

Sebentar tadi, sekali lagi Khalid Samad mencuri tumpuan media dengan gaya Politik Barunya. Kali ini, isu melibatkan rampasan Bible di Selangor. Kenyataannya boleh ditonton di bawah. (maaf – saya tidak dapat copy link videonya – AKO)

Ramai yang menggelengkan kepala. Tetapi, jika anda mengikuti perkembangan politik Khalid Samad dan membaca catatan ini dengan bersabar, anda semua pasti tidaklah terkejut sangat.

1987 hingga 2014, tempohnya 27 tahun. Ada manusia berubah. Ada manusia tidak berubah.

Jika ada yang merasakan kuasa itu datang melalui peti-peti undi kepada manusia, jelas mereka mengambil jalan kefahaman yang salah.

Suka saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat pengunjung satuhala dengan ayat berikut..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”. (Ali Imran ayat 26 – 27)

Undi manusia tidak akan mengangkat manusia ke puncak kuasa. Allah-lah yang akan melakukannya.

Ya.. Allah Tuhan Yang Maha Esa. Bukan Tuhan Satu Dalam Tiga.

sumber: http://satuhala.blogspot.com/2014/06/evolusi-sang-politikus-bernama-khalid.html

**************

Baca juga:

Ingatkan saya …

... dalam pelbagai pertemuan dengan saudara-saudara sekalian, terutama selepas mana-mana sesi taklimat, kadang-kadang ada yang meminta sesuatu dari saya. Kerap kali dalam kesibukan serta kelemahan saya sendiri, ada ketika janji-janji tersebut terlupa saya tunaikan ... tolong ingatkan saya. PM di FB saya atau emel kepada saya akarimomar.wordpress.com/about

***

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:
http://www.youtube.com/akarimomar

Buku-buku Armies of God dan Sang Nila Utama & Lion of Judah MESTI DIBACA

Tulisan Mr. Iain Buchanan yang mendedahkan agenda Evangelis Kristian ...
Untuk tempahan dan pesanan.

Buku2 Iain - poster1

.

Bicara Promoter LGBT

Maulid Pelajar Tahfiz

Tembakan Bedil di Bukit Pak Apil

Klik untuk tonton

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

Bacaan Hizib

Archives

Effective Islamic Parenting

June 2014
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Taqwim Solat – Prayer Time

Al Masjid – Memakmurkan masjid

Sinopsis Kitab Fiqh Akbar

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 358 other followers

Tauhid